Khamis, 11 Mac 2010

TUK MAT DAN TUK TEH

 
Teringat jiran sebelah rumah
waktu tinggal di Taman Seri Kurau
keduanya kini telah mendapat pangkat
bergelar datuk daripada cucu pertamanya
lahir daripada anak perempuan sulung pertama.

Gelaran Tuk Mat dan Tuk Teh,
sebagai satu kurnian tinggi nilainya
lihat cucu teringat pula uban di kepala
inilah kemuncak peraturan alam kehidupan
semoga mengerti perjalanan ini ada perhentian.

Oleh: Nurimanja,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang,
ketika tekenang kampung halaman.
tanggal 17hb, Disember, 2009.

34 ulasan:

nurimanja berkata...

ALAM MESTRI CERITA KE 2/SIRI 4. BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Wak Kardi berlindung di balik pokok kelapa dara yang tidak jauh dari rumahnya. Matahari pagi sudah menampakan dirinya meninggi di hujung pokok nibung. Burung-burung berterbangan berkicauwan,berselang seli dengan kokokkan ayam jantan
sudah kedengaran di sekitar kampung kerana keluar mencari makan, rezeki daripada Tuhan.

Tetapi rumah Wak Kardi masih lagi tertutup pintu dan tingkapnya. Perempuan anakkan, jika dibiarkan memang jadi siallan' jika tidur pun meninggi hari, bisik hati Wak Kardi. Kemudian perlahan-lahan dia menghampri dinding bilik tidur rumahnya, dia cuba memang telinga, ada suara mengerengeh kegelian, hati Wak Kardi berdebar kencang,
dia cuba mengamatinya lagi, bunyi itu cuma seketika, Wak Kardi terus menanti.

"Siallan!" Bentak Wak Kardi di dalam hati. Bila dia terdengar bunyi nafas sesak , kemudian disusuli suara mengeloh panjang. Wak Kardi mengumpul tenaga tuanya, lantas meluru ke muka pintu rumah. Parang lading tergengam erat di tangannya, bersama kemarahan yang membara di dada, dia melepaska
satu tendangan ke arah daun pintu, sekali gus terkopak daun pintu, Wak Kardi segera meluluskan diri ke dalam bilik tidurnya.

Wak Kardi berdiri tercegat di hadapat katilnya, parang lading terhunus mencari mangsa, matanya merah dibakar api kemarahan,
Sukiman segera melompat, tetapi belum pun sempat bertapak, parang lading Wak Kardi menyambar pada pinggangnya, terhuyung kehadapan, Sukiman memekek kesakitan, belum pun sempat Sukiman terjerumus ke lantai, satu lagi limbasan parang menghinggapi pula di tengah belakangannya, Sukiman terus saja tersungkur.

Darah memancut keluar membuak-buak dari tubuh Sukiman. Wak Kardi melihat mata parang ladingnya merah, beberapa titisan darah jatuh ke lantai. Sutimah menjadi panit melihat keberangan Wak Kardi yang luar biasa itu. Dia cuba bangun untuk menutup batang tubuh yang terdedah itu, tetapi Wak Kardi terlebih dahulu melepaskan satu limbasan parang ladingnya itu ke tubuh Sutimah.

Sutimah terhuyung ke belakang. Satu jeritan kuat menguasai suasana pagi itu. Wak Kardi sudah hilang pertimbangan, satu lagi
lembasan parang lading yang dahagakan darah itu dilepaskannya hinggap pula di pangkal tengok Sutimah, dia tidak terdaya lagi
mengelak,malah dia menerima lagi beberapa kali limbasan parang lading Wak Kardi yang datang hinggap di batang tubuhnya.
Akhirnya dia tertiarap di atas katil itu.

Orang-orang kampung yang lalu lalang berhampiran dengan rumah Wak Kardi meluru ke muka pintu. Wak Kardi mencampakkan parang ladingnya ke tanah, kesan darah merah masih basah di mata parang ladingnya itu. Dia terasa segala perhitungannya selesai.

Wak Kardi berdiri di depan muka pintu."Aku telah membunuh musang kepala hitam dan anak ayam didik kesayanganku." Wak Kardi turun ke tanah, kemudian menuju ke telaga untuk membasuh percikkan darah merah yang terdapat di tubuhnya.

Hari ini satu musibah malapetaka pembunuhan isteri muda curang telah berlaku. orang-orang kampung pun menyerbu masuk ke dalam rumah Wak Kaedi, mereka dapati dua batang tubuh tidak perpakain tertirap bergelempangan di atas lantai dan atas katil bilik itu. kedua-duanya tidak bernyawa lagi.

"Sekarang hatiku puas! Akulah yang membunuhnya. Sekarang bawalah aku ke balai polis. Aku sedia menerima hukuman. "
Kata Wak Kardi dengan tenang, orang-orang kampung yang datang melihatnya menjadi serba salah. mereka bertanya sesama sendiri
meluahkan sikap sempati bila melihat telatah Wak Kardi.

PERLUKAH DISAMBUNG?
Maaf kerana belum masuk mesteri, dua helai ms8 dan ms9 lagi kertas sambungan cerita alam mestri ini hilang dalam simpanan.dmana pergi?

B E L U M S E L E S A I

nurimanja berkata...

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

INFO AGAMA 17 RAKAAT JIKA DISUSUN MENJADI RAJAH MANUSIA OLEH ; NURIMANJA
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Percayakah anda seorang ustaz memberi tahu saya, satu hari kita solat lima kali, ada 17 rakaat katanya, ambil saya mancis api
17 batang saja cukup, saya akan tunjukkan kamu rajah robet (rangka manusia). Mula saya pun pening memekirkannya, tetapi dia
meminta saya lihat apa yang dia hendak buat. Ketika itu saya masih belum cukup umur baligh agaknya. Anih ustaz ini, nama ?

Setelah saya bagi mancis api kepunyaan bapak saya, dia pun mengambil 17 batang anak mancis menyusun sambil bertanya saya;

1.Solat subuh berapa rakaat? 2 jawab saya, dia ambil 2 anak mancis diletakannya berbetuk huruf T ( Tengkok dan Kepala )
2.Sola zohor berapa rakaat? 4 jawab saya, dia ambil 4 anak mancis diletakannya berbentuk 4 segi kotak ( dada atau badan )
3.Solat assar berapa rakaat? 4 jawab saya, dia ambil 4 anak mancis diletakannya kiri kanan 4 segi kotak ( lengan dan siku )
4.Solat maghrib 3 rakaatkan? 3 jawab saya, dia ambil 3 anak mancis diletakannya di bawah 4 segi kotak ( jadi perut )
5.Solat isyak berapa rakaat? 4 jawab saya, dia ambil 4 anak mancis diletakannya di bawah 3 anak mancis ( jadi kaki kiri kanan )

Setelah siap memang betul jadi rajah robet bentuk manusia, Adu! ( cuba buat kalau tak percaya, kalau tak jadi nak matilah itu )

Kemudian dia pandang muka saya, kamu solat lima kali sehari semalamkan? okey! Lihat rajah robet ini betul-betul katanya.
orang tak solat subuh, sama seperti tak ada kepala dua rakaat
orang tak solat zohor pula, sama seperti tak ada badan 4 rakaat
orang tak solat assar juga, sama seperti tak ada dua belah tangan 4 rakaat
orang tak solat maghrib pula sama seperti tak ada perut 3 rakaat
orang tak solat isyak pula sama seperti tak ada dua belah kaki kiri kanan 4 rakaat.

Adakah kamu suka bentuk orang yang tidak sempurna ? saya masa itu kecil lagi, cuma geleng kepala saja. dia senyum. ka;au
takut solat lima waktu jangan tinggal. sampai akhir hayat. Siapa orang itu saya pun tak tahu, tak ada pun saya jumpa atau ketemui
dalam hadis atau al Quran. apa yang penting ada kesan juga dakwah ustaz yang saya tidak kenali in (tiada catatan cuma ingatan)

Ambuyak berkata...

yup! sy dh try buat susun2 jd muka org! wah! mmg menarik..

Madah Pujangga berkata...

kalau guna pen boleh? sy xde mancis.. ape2 pun info yg menarik..

Malik Wariya berkata...

mmg ajaib sungguh ciptaan Allah ni..

Sipaun Supain berkata...

wah! mcm mne dia thu en nuri??? sy pun x pnh terpikir pun psl ni...

Budak Rap berkata...

apa2 pun aku kena slalu bersolat la... xnk aku xde kepala....

Ali Conan berkata...

sy ade try buat td mmg jd muka org! wo! mmg menarik hebat!!!

Orang Lama berkata...

besar sungguh ciptaan allah! setiap rakaat membawa mksud..

Nuri Jaguh berkata...

slalu mcm tu la apa tuhan buat msti ade maksud tersembunyi...

Nama Aku berkata...

wah! mmg pembunuhan kejam la.. kanun keseksaan ni...

Saizul Maizav berkata...

la.... cerita en trgantung ker? adoi tak best la bru nak naik syeikh baca cerita ni...

Seri Suri berkata...

arghhh!!!!!! ganas cerpen ni... tak sabar nk tunggu sambungan seterusnya...

Julia berkata...

er.. er,... mmg menakutkan.. ape jd lps ni?

Angker 13 berkata...

eh! wlpn tua wak tu ada kudrat nk bunuh jgk... wah..

Abul Hassan berkata...

tp tak boleh salahkan wak sahaja bni dia pun satu yg curang apesal?

Mozaire berkata...

klu marah mmg macam2 boleh buat.. eh! sambungan cerita ni hilang???

Richard Siriosa berkata...

eh! takkan cerita ni hbis mcm ni saja bah? hilang dimana plak ceitanya?

Ustaz Muda berkata...

la cikgu sambungan cerita ni hlang ker???? cikgu cipta sendiri la smbungan dia kami semua seronok baca ni... rugilah kalau xthu kesudahan dia...

Saiful Amri berkata...

ha!! kejam betol wak ni.. seram plak aku baca....

Bob Kuli berkata...

mmg mengerikan... ape2 pun tak sabar nk tunggu sambugan....

Halilintar berkata...

wo! mmg marah giler wak ni.. ni msti setan rasuk bdn dia ni...

Teratai Mekar berkata...

apa2 pun padan muka dorg dibunuh wak! tu la curang dgn suami sgt....

Dang Anum berkata...

kalau dh tahu wak tu tua apa pasal kwin jgk? kan dar dulu kwin dgn sukiman lagi senang...

Nahul Hidzar berkata...

tok teh tok mat? sapa plak ni??

Puteri Bunga berkata...

sajak org tua2 ker??? mmg menarik jgk...

Putera Damien berkata...

tok mat dan tok teh??? sajak ni sajak rumah org tua2 ker???

Atuk berkata...

tu la bila dh ada cucu mula terasa diri dah tua..

pak Awang berkata...

kalau dh tua mcm mna pun tapi tak ada cucu rasa macam muda balik? haha

Pak Ngah But berkata...

bilalah saya nak dapat cucu jugak? sbb cucu org kata penghibur di hari tua....

Kembara Budiman berkata...

kalau ada anak buah pun kira tua jgk ker? hehehehhe

Harimau Berantai berkata...

sajak ni dar cerita benar ker en nuri?

Kembara Budiman berkata...

MUSIM DINGIN

Disini aku sudah bosan
salji turun setiap hari.
beku.sejuk.dingin.seksa!

Satu hari,kau sentuh aku, kau kucup aku,dengan cinta itu.
Saat sama salji turun lagi.
kini baruku rasa nyaman.selesa.indah.cantik!

Sekarang,setiap hari dalam kesejukan musim dingin,
aku terhangat oleh marak cinta itu.
Terima kasih Tuhanku.


Kembara Budiman
11mlm
di rumah sewa
4.3.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

MUSIM DINGIN oleh Kembara Budiman, sajak membawa maana Ketenangan, Dahulu dirasakan sebagai satu penyeksaan, tetapi kini telah berubah, setelah tekat hati kian bulat, musim sedingin ini ada
banyak faedahnya, setelah hati dan jiwa mendekati Tuhan.