Jumaat, 12 Mac 2010

SERUMPUN POKOK BULUH

Serumpun buluh,
bagi orang mahir kraftangan
boleh melahirkan hasil karyatif
menambah pendapatan kehidupan
di dalam zaman serba serbi mencabar ini.

Serumpun buluh,
terlalu banyak munafaatnya
batang dibuat galah ataupun pengokong
daun dan rantingnya penyapu serawan rumah
rebung pula dibuat jeruk, sayur, gulai dan ulaman
bilahnya bakul, raga, sarang burung, stay dan cungkil gigi.

Serumpun buluh,
ada hikmah dan rahmatnya
jika manusia pandai megunakan minda
bahawa Allah menjadikan sesuatu bukan sia-sia
jika dispinasikan dengan hati dan fikiran yang terbuka.

Oleh : Nurimanja,
catatan pada akhir 2009
Di kampung Teluk Tempoyak Penang,

39 ulasan:

nurimanja berkata...

ALAM MISTERI CERITA KE 2/SIRI AKHIR. BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA
_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Saya difahamkan, bila wak kardi disoal siasat , dia dengan senang hati mengaku bersalah.lalu dimasuk ke dalam penjara orang kampung meminta dia membuat rayuan ,tetapi dia sendiri menolaknya. Semasa dalam tahanan, dia tidak bercakap
banyak kata kawan-kawan sepenjara, apa yang pelik siang dia berpuasa, malam kuat bertahajud, beberapa kali dia khatam alQuran. Begitulah keadaan Wak Kardi setiap hari keadaannya.

Bila tiba hari bila dia untuk digantung sampai mati. Dia diberi taklimat semuanya. Dia tetap tenang, di tangannya ada rantai
biji tasbih yang tidak lengkang dipusing-pusingnya,sambil mulutnya kumat kamit membaca zikir yang orang lain tidak pula memahaminya.

Sebelum dia dihukum, dia meminta sedikit arang kayu dapur daripada Kawan-kawan sepenjara dengannya, mereka hairan, Wak Kardi hendak
buat apa, orang yang sudah kena hukum gantung sampai mati masih memerlukan arang kayu dapur nak tulis apa? Salah seorang kawan
yang bersimpati mengambil dan memberi kepadanya. Dia tersenyum semacam dapat sesuatu yang menyenangkan hatinya.

Sepanjang malam itu dia kelihatan membersihkan dirinya dan bersolat tidak berhenti sehingga jauh malam, sedangkan siang dia puasa,
kawan-kawan sepenjara semuanya bersedih dan muram setelah mereka tahu ceritanya, salah seorang yang mencari arang itu menghampirinya, belum pun sempat bertanya, Wak Kardi berkata, "Kalau kau nak ikut aku keluar malam ini, marilah kita sama solat hingga ke pagi, kau tengok aku dah lukis gambar dengan arang yang kau beri itu.

Kawan sipengambil arang itu pun terkejut! Ada lukisan pintu terbuka di dinding penjara itu, kemudian ada gambar jalan bengkang
bengkok macam saekor ular dihujung halus jalan tiadak kelihatan lagi. Tetapi si pengambil arang itu tidak berkata apa-apa, dia cuma
rasa sebak dadanya tidak dapat berkata apa, kelu rasa lidahnya. Dia yang menangis, kemudian dia berlalu dari situ.

Esok suasana menjadi gempar. bila pengawal penjara mendapati Wak Kardi.......telah hilang dari penjara, apa yang tinggal cuma
satu lukisan hitam dari kayu arang dapur, dan ada gambar orang halus di hujung jalan sambil mengangkat tangan, menunjukkan tanda seperti
selamat tinggal semua. Seolah-olah Wak Kardi keluar melalui jalan yang dia lukis itu, dan ghaib entah kemana .................

S E L E S A I.
Harap maaf skerip asal sudah hilang semacam mana juga hilang Wak Kardi. Cerita ini asal dari Indonesia orang jawa yang cerita.
saya tulis lama, nak hantar dekat penerbit takut tak logik, tak mungkin nak siar, simpan sajalah. tetapi ini hari baru saya dapat
rasa adanya misteri, cari lagi dua helai ms8 dan ms9 hilang macam ada orang pisahkan ..... Maaf saya pun tidak berani hendak bercerita panjang. Nanti Wak Kardi muncul bawa parang ladingnya. Benar tak benar x tahu! Ada pengajaran . Ada juga MISTERI.

Syakir Retro berkata...

wo! wak ni ada ilmu hitam ape?

Nama Aku berkata...

wah! ni lagi mesteri!!!

Harimau Berantai berkata...

mmg menyeramkan! misteri...

Ali Conan berkata...

takkan wak tu masuk dlm lukisan plak? pelik betol...

Saizul Maizav berkata...

semua cerita ni sy x rasa misteri dn seram yang akhir tu sekali skrip en nuri yg hilang! yg paling misteri...

Ustaz Muda berkata...

sekali episod 8/9 plak hilang! yg mmg misteri!!!! ape2 pun seram jgk.....

Lagenda Pulau berkata...

huh! skrip hilang lagi misteri pada saya...

dam catur berkata...

cerpen tu siri akhir hilang! lagilah misteri...

Sulaiman Embong berkata...

mcm mna boleh hilang tu???? xkn hantu wak yg ambik?

Apek Lui berkata...

seklip en nuli hilang ka! haiyo! lagi misteli ma! wa manyak silam oh..

PENYAIR AGUNG berkata...

NI DARI CERITA BENARKAH EN??? SELALUNYA KALAU CERITA BENAR EN MENCERITAKAN SEMULA MUNGKIN SI MATI TAK SUKA CERITANYA DI HEBOHKAN? WAALAHUALAM... APA-APAPUN KITA DOAKAN ROH WAK DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN BERIMAN... BAGI SAYA WAK TDAK BERSALAH DALAM HAL NI DIA MUNGKIN TERANIAYA...

Mozaire berkata...

x takut pun cte ni saya baca tp last sekali mmg naik bulu roma! sekali cerpen akhir hilang?????

Tanpa Wajah berkata...

ni bukan dh misteri ni dh berhantu ni...

Mat Noh berkata...

tu la en nuri bahaya kita cerita pasal org dh mati ni...

Brader Joe berkata...

wak ni org indon ker? selalu org indon mmg byk ilmu hitam...

Kota Gersang berkata...

huH! mmg misteri cerita ni harap2 aku boleh tido mlm ni...

Badrul Shah berkata...

ki katogori seram misteri.... fuh! kalau cerita ni buat drama best jgk? nnt nk bincang dgn pengarah la...

Madah Pujangga berkata...

x pnh sy baca cerita semisteri ni.. mmg msteri...

Siti Alia berkata...

tgk cerita hantu pun x seram? sekali baca cerita ni mmg seram gileer!!!

Pengembara Masa berkata...

cerita ni lagi misteri dr misteri nusantara...

Ku Dania berkata...

klu sy tau kesudahan cerita dia mcm ni? mmg sy x baca sbb sy ni cepat terpengaruh kalau baca cerita seram ni malam msti mengigau la..

Raja Zaki berkata...

ni bukan cerita misteri ni cerita seram dh ni... siap hilang skrip akhir?

Budak Rap berkata...

sah! sy x tido malam ni! mmg seram habis cerita en nuri ni...

Mona berkata...

dr baca cerita hantu lagi seram baca cerita ni! eee.... naik bulu roma...

Julia berkata...

ni mmg misteri! bukan cerita je sekali en pun mengalami misteri...

Firasat Hikayat berkata...

mustahil mcm mne wak tu boleh masuk dlm lukisan???? pelik....

Danial berkata...

wak ni mesti ade kena mengena dgn david blaine ni... pakar bab magic ni...

Ustaz Rahman berkata...

en mengalami peristiwa misteri ker?? harap2 pembaca cerita ni tak kena tempias jgk...

Sipaun Supain berkata...

sepatutnya en nuri minta izin dr keluarga wak sebelum cerita... mmg misteri apa yg en alami..

Qultbai Khaisai berkata...

saya pun nak mengambil kesempatan memohon maaf lagi kerana ulasan en nuri dari pagi tadi sudah sampai tp kami mengalami kesulitan sedikit tak tahu kenapa? semua sistem rosak... saya tak menuduh cerita en nuri ada kaitan? tapi di pejabat kami 3org perempuan diserang histeria! tak tahu kenapa... harap2 bukan wak dalam cerita en tulis ni...

Dedalu Sunyi berkata...

sajak ni mengambarkan kehidupan manusia ker?

Penyajak Istana berkata...

sajak kali ni berunsur politik jgk ker?

Geletek Malam berkata...

x berani komen cerpen sy komen sajak jer? sajak kali ni berkenaan ape???

Qalam Musofa berkata...

sajak tak paham la psl apa??

Geletek Malam berkata...

x berani komen cerpen sy komen sajak jer? sajak kali ni berkenaan ape???

nurimanja berkata...

Saya harap kita semua dapat sedekah
al fatihah kepada aruah Wak Kardi ji\ka cerita ini benar,

Saya juga terkena rasa anih, bangun
pagi kedua kelopak mata bengkak macam
orang menangis,di dada rasa macam ada
orang toreh, badan dan pinnggang rasa
sakit tak sedap badan,solat jumaat
pun saya tak pergi,sampai ke petang
jadi lemah kepala pun sakit.mata
rasa berat macam nak tidur sahaja.
bila anak saya kata banyak ulasan,
bagun terpaksa lepas juga.lepas ini
nak tidur balik....Assalamualaikum!

Pejuang Islam berkata...

BINTANG YANG TERANG

Semalam aku terlihat bintang
Yang lari jauh sekali
Lalu entah,aku buntu
Kerana aku sangat mahukan itu
Bintangnya satu Paling terang
Terdedah pada aku
Tapi aku tak dapat melihatnya
Lebih rapat,lalu aku malu
Bintang itu Bernama cinta
Hingga aku rasa Indah..


Pejuang Islam
3pagi
9.3.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Pejuang Islam dengan sajak bertajuk BINTANG YANG TERANG.
Agak susah sadikit rasanya untuk ditafsirkan, Cuma andaian sahaja. Bintang sesuatu yang kita cari, terasa di antara bintang yang banyak ada bintang yang menarik, walaupun bintang itu sering melarikan diri. Untuk cuba
mencapanya kita perlu berani dan yakin berusaha mendapatkannya.