Selasa, 23 Mac 2010

AKU BUKAN MUFAKIR ATAU MUALIM



Aku cuma seorang pencatat cerita masa
bukan tokoh seorang mufakir atau mualim
belajar tinggi banyak guru dan lama masa
ada ijazah menghimpun ilmu dari alim ulamak
bergelar diri termashoor dan lagi tershohor.

Aku cuma perenung zamanku dihujung malam
mencatat apa sahaja yang aku kira perlu
memperkatakan sesuatu yang benar dan shahih
menghendarkan apa yang mungkar dan niat jahat
biarkan mereka marah asalkan benar aku mencatat.

Jika aku diam terasa macam berdosa besar
Allah SWT tidak akan mengiftirap imanku
kerana membiarkan saudara Islam bershubahat
membenarkan segala musibah kemunkaran berlaku
cuma menjahanamkan bangsa agama dan negara.


Oleh : Nurimanja,
Pencatatan malam sepi
Tanggal 22/3/2010.

20 ulasan:

nrimanja berkata...

CERPEN 17. SIRI 1 DI MATANYA ADA SINAR KEIMANAN

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


SELESAI solat assar ustazah Salwa bergegas ke pintu depan, apabila dia terdengar ketukkan di daun pintu rumahnya beberapa kali. Di luar jendela dia ternampak se
buah kereta guru besar sekolahnya berhenti di tengah halaman. Beberapa soalan datang bermain di benak hatinya.

Ustazah Salwa segera membuka pintu
“Maaf cikgu! Lambat sikit, saya solat tadi,” Ustazah Salwa memberi ulasan.
“Tidak mengapa,”
“Sila masuk cikgu!”
“Terima kasih, di beranda ini pun cukuplah,” kata cikgu Tawisli.
“Ada apa hal cikgu?”Tanya ustazah Salwa ingin tahu. Di dalam hatinya dia berdoa kepada Allah SWT agar jauhkan daripada segala perkara yang tidak diingini berlaku kepada dirinya.

“Ustazah, sebenarnya saya datang ini hendak minta tolong. Saya harap ustazah tidak menghampakan,” kata cikgu Tawisli dengan harapan tinggi menggunung di dalam
hatinya.

“Tolong? Tolong apa cikgu? Tanya ustazah Salwa kehairanan:Selama ini cikgu Tawisli tidak pernah meminta sebarang pertolongan daripadanya, malah selalu sahaja
memberi teguran kepadanya.

Dia sedar dalam sebuah kampong di daerah pendalaman orang Asli yang terdapat sadikit sahaja penganut beragama Islam, amat memberi satu cabaran yang hebat pula padanya untuk mengajar di sekolah ini.

“Begini ustazah, pergi tukar baju dulu, saya hendak bawa ustazah ke hospital segera,”kata cikgu Tawisli guru besarnya, seperti mengarah pula.

Memang selama ini ustazah Salwa tidak pernah pula membantah akan segala arahan guru besarnya. Apatah lagi meminta tolong, tetapi kali ini dia menjadi serba salah, ingin dia bertanya lagi,dikhuatiri guru besarnya berkecil hati.

“Cepat ustazah, kita tidak punya masa lagi ini, saya menaruh penuh harapan pada utazah semoga dapat menolongnya,” terang cikgu Tawisli.

“Baiklah cikgu, saya salin pakaian dahulu,”jawab ustazah Salwa, dan segera masuk ke dalam biliknya.

BERSAMBUNG.s

Petualang Tiga berkata...

sapa plak sakit kt hospital???

Kembara Budiman berkata...

apesal kena pergi hospital??? suspen dh ni...

Saizul Maizav berkata...

anak guru besar ape yg sakit tu???

Kota Gersang berkata...

mula2 dh suspen mcm mne la episod 2 nnt???

Tanpa Wajah berkata...

ape jd? tetiba kena pi hospital?

Apek Lui berkata...

manyak suspen wo.... apa pasal kena pigi hospital???

Ali Conan berkata...

aku rasa ustazah suruh lawat mak dia sakit ni....

Mozaire berkata...

aku rasalah guru besar ni ade hati kt ustazah tu la.. aku agak jer...

Umar Haslam berkata...

suspen plak? x sbar nk tunggu next episod...

Harimau Berantai berkata...

ape plak ajak pi hospital? ajak la pi tok kadi... hahahaha

Danial berkata...

ade org meninggal ke??? tetiba ajak pi hospital plak?

Sudin Ramli berkata...

ape jd ni? pi hospital? suspen je ni?

Nik Aziman berkata...

mualim tu apa???

Putera Damien berkata...

sajak ni mmg tnggi mksudnya.. mmg best!!!!

Tengku Anita berkata...

ape mksud sajak ni? best jgk ayat2 dlm ni....

Seri Suri berkata...

sajak yg merendah diri.. mmg menarik!

Haji Khali berkata...

untuk malik wariya,richard dan zain issac yg bru melangsungkan perkhwinan jika mendapat anak.....


1. Melaungkan azan dan iqamah[1]

Disunatkan melaungkan azan dan iqamah kepada bayi sebaik saja dilahirkan iaitu azan ke telinga kirinya dan iqamah ke telinga kanannya, sama ada bayi itu lelaki atau perempuan. Diriwayatkan dari Abi Rafi’ r.a. yang menceritakan;

رأيتُ رسولَ اللّه صلى اللّه عليه وسلم أذّن في أُذن الحسين بن عليّ حينَ ولدتهُ فاطمةُ
“Aku melihat Rasulullah s.a.w. melaungkan azan ke telinga Husain bin Ali r.a. ketika ia dilahirkan oleh Fatimah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Hakim dan Ahmad)

Husain bin Ali r.a. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فأذَّنَ في أُذُنِهِ اليُمْنَى، وأقامَ في أُذُنِهِ اليُسْرَى لَمْ تَضُرّهُ أُمُّ الصّبْيانِ
“Sesiapa dilahirkan untuknya anak, lalu ia melaungkan azan ke telinganya yang kanan dan melaungkan iqamah ke telinganya yang kiri, nescaya tidak akan berupaya memudaratkannya Ummu Shibyan (Ummu Shibyan ialah jin perempuan yang selalu mengganggu anak-anak). (Riwayat Ibnu as-Sunni)

Danial berkata...

BACA DAN BERLALU PERGI
Aku ingin terdampar begini...
Melihat awan berarak pergi..
Menanti sinar mentari...
Mengharapkan kehadiran sang pelangi...
Ingin terus begini...
Mengira bebintang di dada langit...
Menawan sang kejora...
Mendoakan isi langit sekalianya sejahtera...
Ingin aku hinggap di rembulan..
Kerna cahayanya terlalu mempersonakan....
Ingin aku mencium indah tiap kenangan,
Kerna hanya dari situ derita dilenyapkan...
Di situ memori indah tersimpan...
Di situ zamankanak-kanak ku terakam...
Ingin mencintai aku..kamu dan dia..
Pingin hati luka bersulam suka..
Pingin jiwa lara bertukar merdeka...
Ingin jiwa kosong ku isikan belaianmesra....
Terkadang ingin bersendiri...
Merenung hati-hati sunyi..
Melayan hasrat dalam sanubari...
Yang selama ini..saat ini..kosong tak terisi...
Terlalu ingin aku pergi...
Meninggalkan jejak seorang penyepi...
Menghapuskan setiap kata sangsi...
Yang selamanya merantai diri...
Yang tak tertanggung ini lagi....


Danial
UUM kedah
3 ptg

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Kau pelajar UUM ?
Sama dengan anak en nuri agaknya. Sajak baca dan berlalu pergi, Danal mengambarkan cerita lama dan kesepian yang meronta,anda mungkin anak muda yang suka menyepi,sering merenung alam maya, mencari dalam sepi.Kini perlulah keluar dari kepompong keresahan dan keraguan yang merantaiSehingga tidak tertanggung lagi.