Aku cuma seorang pencatat cerita masa
bukan tokoh seorang mufakir atau mualim
belajar tinggi banyak guru dan lama masa
ada ijazah menghimpun ilmu dari alim ulamak
bergelar diri termashoor dan lagi tershohor.
Aku cuma perenung zamanku dihujung malam
mencatat apa sahaja yang aku kira perlu
memperkatakan sesuatu yang benar dan shahih
menghendarkan apa yang mungkar dan niat jahat
biarkan mereka marah asalkan benar aku mencatat.
Jika aku diam terasa macam berdosa besar
Allah SWT tidak akan mengiftirap imanku
kerana membiarkan saudara Islam bershubahat
membenarkan segala musibah kemunkaran berlaku
cuma menjahanamkan bangsa agama dan negara.
Oleh : Nurimanja,
Pencatatan malam sepi
Tanggal 22/3/2010.
