Ahad, 7 Mac 2010

AMARAN QIAMAT

 
Qiamat akan datang
manusia masih ghafalah
dengan amaran Allah SWT,
masih lagi lalai bermain-main
ada pula yang berpaling muka
diangap sebuah cerita dusta
yang tidak punya apa-apa.

Sedangkan qiamat itu
ada antara dua jari tangan
terlalu dekat dengan kita
sama ada suka atau tidak
dia bagai tetamu yang wajib
akan datang ke rumah kita
kemudian menghancurnya

Oleh ; Nurimanja,
Catatan malam hari,
dari seorang sahabat 2010.

31 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI TERAKHIR : ALAM MESTERI BERTAJUK : USTAZ GHANI DENGAN HANTU-HANTU BOTAK ; OLEH : NURIMANJA 4/8/1982
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kemudian diikuti pula dengan lembaga ke dua dan ke tiga melompat-lompat mengelilingi Abdullah Sani. Kerana terlalu takut , Abdullah Sani tidak sedar lagi yang dia telah memekek sekuat hatinya, meminta tolong sambil merempuh dan menarik daun pintu pondoknya. dan sekali gus dia melompat ke tanah tanpa memijak anak tangganya lagi.

Abdullah Sani mengumpul tenaganya berlari meredah angin malam. kawan-kawannya yang sedang nyenyak tidur dan ada juga seorang dua belum tidur di beberapa buah pondok lain menjadi panit dan takut. Semuanya bangun menuju ke pondok Abdullah Sani, keadaan menjadi kalut dan kelang kelibut.

Bila mereka sampai ke pondok didapati Abdullah Sani tiada lagi di pondoknya, tetapi dia telah rebah tidak sedar diri di hadapan pondok ketua madrasah. Mulutnya berbueh, nafasnya turun naik, ketua madrasah Lebai Saleh dan beberapa orang kawannya memberi bantuan.mereka mengusung Abdullah Sani ke surau madrasah.

Leman jongang dan Mat Yunus Tepung Talam, terjengah-jengah di muka pindu pondok Abdullah Sani sambil membawa kayu dan parang.Mereka seperti mencari sesuati, tetapi tidak ada apa yang mereka temui, keadaan pondok Wakaf Baru malam itu menjadi hinggar binggar
seketika. Mereka menyangka Abdullah Sani mengingau agaknya.

Selepas peristiwa itu. Hampir sebulan Abdullah Sani tidak hadir ke madrasah Wakaf Baru. dia terpaksa pulang di kampungnya di kawasan Tanah Hitam. Di rumahnya lebih seminggu setenga dia deman tak kebah kerana diserang rasa ketakutan yang amat sangat. Berpuluh juga piteh bapaknya habis mencari dukun yang pandai untuk memulihkan kembali semangat Abdullah Sani yang hilang dari tubuhnya.

Sejak daripada peristiwa itu, ustaz Abdullah Sani mengaku, jin dan syaitan memang ada, mereka juga makhluk Allah, jika mereka dicabar dan dipermainkan, mereka akan berjagai dan menujukkan rupa mereka. begitu juga kata Tok Guru Wakaf Baru. jadi kita sebagai manusia perlulah tahu dan menjaga hati keadaan makhluk lain di muka bumi ini.

Walaupun jin, hantu dan syaitan itu ada, manusia tetap terus mencari ilmu pengetahuan dan keagamaan untuk bekalan di dunia dan sebagai amalan bekalan diakhirat. Madrasah Wakaf Baru tetap juga ramai dikunjungi penuntut-penuntut baru di setiap tahun, mereka datang dari
segenap pelusuk tanah air di nagara ini. (termasuk ustaz muda ha ha ha ).

Jin dan Syaitan dengan kehidupan mereka tersendiri, mereka juga makhluk Allah, biarlah mereka dengan kehidupan mereka tersendiri, kita juga makhluk Allah sesama hidup dan mencari rezeki di muka bumi Allah ini. Mereka tidak akan menggangu kita, jika kita manusia tidak mencabar atau menganggu gugat serta mempermainkan kewibawaan mereka. kata Tok Guru Madrasah Wakaf Baru.

S E L E S A I . dcerita semula secara bebas OLEH ; NURMANJA.

Geletek Pagi berkata...

____________________________________________________________________________________________________________________

TIP NAK PERCAYA TAK PERCAYA ? SUKA HATI ANDA SAJALAH GELETEK PAGI
________________________________________________________________________________________________________

Benarkah Kelantan dulu dipanggil negeri Ck Siti Wan Kembang? kajian tidak rasmi dibuat, hasil dari permerhatian dan cerita dari kawan-kawan di maktab. Dulu ada orang Arab datang ke malaysia dan pergi pula ke kelatan dia singah
dekat pasar Khatijah, dia lihat ramai orang tina niaga,comel-comel sokmua.

Muda kecik dia panggil cik, besar sikit dah khawin dia panggil siti, kebetulan ramai tina jantan nama Wan, muda-muda pula macam bunga sedang kembang, itu sebabnya di panggil negeri Cik Siti WanKembang.

Adapun Kelantan diambil sempena daripada sebutan orang luar yang tidak tahu nama datang ke kota baru duk minum malam tepi sungai, sambil itu duk tengok api berkelip-keliptan. Bila orang luar datang ke pantai timur, orang tempatan bertanya mu nak pi mana? Amboi nak pi negeri malamnya ada api
berkelip-keliptan. Ohh! kalau lagu tu mu panggil nogeri keliptan, lama -lama hilang sebutan keliptan jadi Kelantan, ikut delek orang tempatan. ha ha ha !
mu nak percaya tak percaya suka hatimulah. tak paksa, ambo catat saja.

Geletek Malam berkata...

geletek pagi cerita asal usul kelantan aku cerita terengganu....


Nama Terengganu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Sementara itu " Taring anu " berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.

Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.


ha! korg jgn ingat geletek pagi je yg thu aku pun thu gak... hahahhaa

Golok Buta berkata...

hahaha aku x pcya sgt geletek pny cte ni sbb aku tau dia ske melawak...

Mozaire berkata...

aku masih 50/50 bleh pcya ke geletek pnye cte n?

Malik Wariya berkata...

ade ke asal usul dia mcm tu? biar btol jgn ubah fakta geletek! ahahahha

Saizul Maizav berkata...

WAKAKAKAKAK ade cte psl negeri lain x geletek lps ni? best jgk baca asal usul ni... ahhha

PENYAIR AGUNG berkata...

BENAR KATA EN NURI MEREKA MAKHLUK ALLAH JUGAK,JADI JANGANLAH DI PERTKAIKAN KEWUJUDAN MEREKA DAN TAK SEMESTINYA KITA HARUS MEMPERCAYAI ATAU TAK TAK PENTING YANG PENTING HORMAT MEREKA DAN JANGAN DICABAR MEREKA SEBAB BENDA NI KITA TAK BOLEH TAKUT SANGAT TAK BOLEH BERANI SANGAT... APA-APAPUN PESAN SAYA BIAR MEREKA HIDUP DI DUNIA MEREKA KITA DI DUNIA KITA....

Guest berkata...

tu la pasal jgn cabar benda2 tu bahaya! padan muka ustaz ghani tu..

Nama Aku berkata...

ade jgk nama jongan dlm ni teringat halimah jongang plak? hahahha

Budak Rap berkata...

aku kdg2 mcm ustza ghani jgk la... lps ni aku xnk la cabar2 benda2 ni..

Role Model berkata...

ha! cakap besar sgt kan dh kena.......

Pahlawan Kesatria berkata...

lain kali mulut kena jaga.. sbb benda2 ni mmg menakutkan...

Ali Conan berkata...

hormat menghormati semasa makhluk allah tu penting..

Ustaz Rahman berkata...

ape2 pun pengajaran masuk tempat org jgn celupar....

Haji Khali berkata...

wlpn anda ustaz sekalipun benda ni bkn takut kat anda kalau dicabar.. jd hati2....

Ku Dania berkata...

kpd semua ape2 pun jaga tingkah laku lps ni..

Kembara Budiman berkata...

salah ustaz tu la lain kali ape org kata jgn x ambik peduli..

Angker 13 berkata...

ustaz ni nak mentelaah pun ajak la kawan ni sorg2 lagi la benda tu suka..

Naga Samudera berkata...

ustza tu tak pagar dulu ke kat pondok dia tu...

Puteri Bunga berkata...

jaga adab dgn makhluk allah lain kali..

Amad berkata...

sebulan demam tak kebah ker? takut sgt tu... ape2 pun jgn ckp besar...

Mona berkata...

ingatkan benda tu tak kaco ustaz2... tgk2 pun dia kaco jgk..

Diana Sanubari berkata...

naik bulu roma baca.... mmg seram skola pondok kt mana ni en nuri?

Pengembara Masa berkata...

dia lompat terus ke tanah tak pijak tangga? mmg kalau takut tak ingat ape dh kira nk selamatkan diri jer..

Danial berkata...

sajak qiamat bkn en nur dh letak ker dulu????

Olie Pajutdy berkata...

insaf baca sajak mmg mengerunkan...

Petualang Tiga berkata...

sajak qiamat! mmg nsaf baca..ape2 pun smoga qiamat lambat lagi.. amin..

nurimanja berkata...

Nama sebenar Ustaz Ghani, untuk jangan berkecil hati nama terpaksa
dtukarkan.

Cerita di kelantan, waktu itu beliau
belem lagi jadi seorang ustaz.

Kita masih bertugas atau pencen, saya
tidak dapat mengesannya.

Bagi anda yang masih mengungati saya
dg nama pena di blog ini semasa di
BLTC, Kughing Serawak.selamat anda bertugas, panjang umur murah rezeki
amin.

Juragan Desa berkata...

LANGKAH BARU

Terjebak di antara pekat malam
Seperti kembali menyelami masa lalu
Saat tapakku begitu sunyi hentak
Meski tak pernah kesunyian meretak

Ingin ku segera memeluk mimpi
Namun perkataan selalu selubungi
Kau kembali hadir…
Terus melintas dan menyergap
Dan aku tak tahu lagi harus kemana
Semua tempat yang ku datangi selalu ukirkan pedih

Semakin lama,jalan semakin sempit
Dan sepasang kaki juga telah letih
Apa sekarang saatnya berhenti?
Baiklah aku tak mungkin sembunyi
Mungkin sekarang saat ku lepas
Dan segera mencuci tapak kakiku


Juragan Desa
10.3.2010
Sungai buluh

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak bertajuk LANGKAH BARU oleh Juragan Desa. Terasa pengucapan
sajak berunsur imbaskembali masa silam, lebih lagi bila berada dikala sepi dan sunyi. Menyinkap kisah lama, terasa pedih dan sakit. Bila diteruskan terasa terhimpit, perlukah diteruskan. Jika kaadaan kurang menyenangkan
ada baiknya anda mengangkat kaki. Ucspksn sayonara!