Rabu, 24 Mac 2010

PENYAKIT BURUK



Dalam ruhani
Jika ada penyakit buruk,
Walaupun sebesar debu sekali pun 
Perasaan hasad dengki, tamak haloba,
Tidak akan dibenar masuk syurga Allah SWT. 

Orang yang suka 
Melakukan dosa pula,
Seperti minum arak, judi dan wanita
Disediakan satu penyeksaan yang pedih 
Dan mencabut imannya seperti membuang baju,
lalu nampaklah segala-galanya.


Oleh : Nurimanja,
Catatan kuliah pagi penceramah bebas. 
Tanggal 20/2/2010 sementara menunggu dhuha.

19 ulasan:

nurimanja berkata...

SAMUNGAN SIRI 2 DIMATANYA ADA SINAR KEIMANAN.


DALAM perjalanan yang memkan masa setenga jam itu, ustazah Salwa memberanikan diri mngemukakan pertanyaan.

“Buat apa kita ke hospital cigku?”
“Isteri saya, dia memerlukan banuan daripada ustazah, tolonglah ustazah, kami tidak mengharapkan orang lain lagi selain daripada ustazah,”Kata cikgu Tawisli sayu bunyinya.

“Kenapa isteri cikgu? Tadi saya nampak dia di kelas sihat bersama budak-budak itu,”
“Ya, pagi tadi dia sihat, tetapi selepas dia balik mengajar, dia dibawa oleh kereta ambulan kerumah sakit daerah, kemudian dihantar pula ke hospital.”
“Dia nampaknya mengandung cikgu?”
Ya, nak masuk enam bulan, tengah hari tadi dia mengadu sakit perut, petang ini tadi dia terjatuh dan keguguran,” kata-kata cikgu Tawili terhenti.

Ustazah Salwa juga terdiam.
di dalam hatinya bertanya: Adakah kerana hal ini cikgu Tawisli datang membawa aku ke hospital untuk menemannya di perjalanan. Berbagai andaian bermain di benak
hatinya.

Sampai saja ke hospital, cikgu Tawisli segera membawa ustazah Salwa ke wad kecemasan untuk menemui isterinya. Di situ cikgu Tawisli memberi penerangan.

“Begini ustazah, saya difahamkan ustazah seorang yang selalu saja menderma darah di hospital ini, dan kebetulan darah ustazah dengan isteri saya grup O sama bolehlah diterima,sedangkan saya grup A,” terang cikgu Tawisli dengan penuh harapan.

“Saya faham keadaan cikgu, baiklah saya sedia menderma, semoga Allah akan memberkati usaha ini,” kata ustazah Salwa dengan penuh rela.

Isteri cikgu Tawisli kelihatan terlantar di atas katil. Keadaan bandannya lemah tidak bermaya, akibat kehilangan darah yang banyak, di hospital pula bekalan
darah tidak mencukupi.

Sebentar kemudia ustazah Salwa dipanggil oleh seorang doctor, kemudian dia diiringi oleh seorang juru rawat lalu memasuki bilik kecemasan dimana isteri guru besar
Tawisli terbaring.Kemudian ustazah Salwa diminta berbaring di sebuah katil kecil di sisi isteri cikgu Tawisli.

BERSAMBUNG.

Seri Suri berkata...

ingatkan kenapa td rupanya derma darah ker? apa jd lps ni plak???? hmm...

Sharifah berkata...

sian ustazah tu jd mangsa keadaan??kena derma darah plak? adoi...

Harimau Berantai berkata...

la...smpai gugur bini ustaz tu... kesian...

Saizul Maizav berkata...

lps ustazah ni derma darah jgn dia plak yg pensan?? hehe

Firasat Hikayat berkata...

eh! xde dramtik pun? ape2 pun tunggu episod 1 lagi... hehe

Dendam Langsai berkata...

kenapa tjuk dia ada sinar keimanan???? setakat ni xde pun psl sinar keimanan??? hehe

Abul Hassan berkata...

ingatkan cerita pasal mualaf? sbb tjuk mcm cerita psl mualaf??

Petualang Tiga berkata...

ingatkan ustaz tu bujang lagi rupanya dh kwin ker? ape jd lps ni? hmm....

Nik Aziman berkata...

darah x sama x leh derma ker? kenapa? pelik plak aku...

Tanpa Wajah berkata...

ni cerita berkisar tentang apa?? pelik jgk aku....

Mat Noh berkata...

sy rasa msti bini ustaz tu mati lps tu dia kwin dgn ustazah tu...

Geletek Malam berkata...

sajak ni mcm ade bunyi politik jer???

Juragan Desa berkata...

sajak ni tentang apa? x berapa paham la...

Kakiku Kaku berkata...

sajak penyakit buruk??? penyakit HIV ker selsema burung?

Nama Aku berkata...

penyakit buruk? penyakit apa tu???

Qalam Mutiara berkata...

penyakit buruk, biasa kita susah nak nampak, tapi bila kita berkawan
lebih semingguta duduk atau tidur
dengan sahabat kita baru kita boleh
kenal penyakit buruk atau baiknya.

Jangan kita ingat seorang yg warak
pergi masjid pagi petang, dah baik,
ada penyakit buruknya, seperti iri
hati, dengki, sombong, riak, sam'ah,
ujub, takbur, dan dlln lagi sifat mazmumah.

Bulan Terang berkata...

CHEWING GUM

kamu itu seperti chewing gum.
boleh membesar menjadi belon.
walau kamu pecah.
kamu tetap melekat dimulutku,
kemudian kukunyah kembali.
membuatkan kamu menjadi belon sekali lagi.
tapi bila rahangku mulai lelah menyimpanmu
aku buangkan kamu dalam tong sampah
khayalan itu sayang sekali,
bila rumah baru beralamatkan tong sampah
khayalan tadi kamu sudah tidak boleh di kitar lagi


Bulan Terang
11mlm
diperkarangan rumah

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Bulan Terang Sajak Chewing Gum menunjkkan satu kekecewan dalam hatinya,Menilai sesuatu, seperti Chewing Gum, sentiasa didalam mulut dikunnyak, nak telah tak berani, nak buang sayang. Tetapi lama mana untuk dia bertahan, sehingga rasa yang diharap tidak punya rasa lagi, lalu liluntarnya ia ke dalam tong sampah.kini BT ingin bebas tidak mengunyah lagi.