Suara gembira
yang membelah zaman
adalah suara kanak-kanak
yang tidak pernah mengira duka,
Betapalah hidup ini,
dapat seriang kanak-kanak
kita mahu selamanya begitu,
tetapi taqdir mencatatkan
masa menjemput kita berlalu.
Keriangan yang lalu
terpaksa juga ditinggalkan
kerana ruang yang mencabar ini
berbagai episud terpaksa kita hadapi
dari segala ujian yang telah ditetapkan
sehinggalah denyut nadi kita berhenti.
Oleh : Nurimanja,
waktu dalam keresahan di asrama
9hb, Mei, 1974, Pulau Pinang.
yang membelah zaman
adalah suara kanak-kanak
yang tidak pernah mengira duka,
Betapalah hidup ini,
dapat seriang kanak-kanak
kita mahu selamanya begitu,
tetapi taqdir mencatatkan
masa menjemput kita berlalu.
Keriangan yang lalu
terpaksa juga ditinggalkan
kerana ruang yang mencabar ini
berbagai episud terpaksa kita hadapi
dari segala ujian yang telah ditetapkan
sehinggalah denyut nadi kita berhenti.
Oleh : Nurimanja,
waktu dalam keresahan di asrama
9hb, Mei, 1974, Pulau Pinang.
32 ulasan:
ALAM MESTRI CERITA KE 2/SIRI PERTAMA BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
WAK KARDI terus membanting tulang empat kerat di bawah sinar terik matahari pagi di musim kemarau. Keringatnya pun mengalir tidak berhenti, sesekali dia menyapu dengan kain tuala mukanya yang sudah lusuh itu. Wak Kardi menarik nafas panjang kemudian srgera melepaskannya pelahan-lahan, angin pagi sesekali menerjah muka dan tubuhnya.
"Inilah perjuangan hidup. Akan aku bawa dongkul-dongkul kematu di dua belah tapak tanganku ini akan kubawa akhirat nanti, sebagai bukti
aku hidup sebagai petani mencari nafkah menyara isteri." Begitu keluh hati Wak Kardi.
Bla suara azan berkumandang di menara masjid tanda masuknya waktu solat zohor, Wak Kardi segera berhenti kerja, lantas pergi
mengerjakan solat di sebuah pondok kecil yang usang di kebunnya. Di situlah dia berehad, makan tengah hari atau tidur sebentar, sebelum memulakan kerja berkebunnya hngga ke petang.
Wak Kardi sering berdoa minta kesejahteraan di dunia dan juga akhirat, agar dapat memelihara kerukunan rumah tangganya agar berkekalan bersama isteri mudanya yang masih dara perawan. sesakali wajah isterinya yang berambut ikal mayang itu terbayang di ruang mata
nya, Wak Kardi tersenyum, terasa memberi semangat membuat Wak Kardi bekerja lebih gigih lagi.
Lewat matahari petang cundung di ufuk barat. Wak Kardi terbongkok-bongkok pulang ke rumahnya. Di muka pintu Wak Kardi tenang
melihat isterinya yang ayu itu menunggu dengan penuh kemesraan bersama senyuman yang menawan, segala keletehan dan rasa penat
lelah Wak Kardi terasa luruh ke bumi.
Orang-orang kampung tahu Wak Kardi mempunyai isteri yang muda jelita. Kegigihan Wak Kardi bekerja dengan tulang empat kerat itu,menumpahkan keringat untuk mengumpulkan wang, sememangnya Wak Kardi layak meminang seorang gadis cantek jelita dengan hantaran wang yang beribu ringgit.
Bila jauh malam, Wak Kardi sering meninggalkan isterinya didakap kesejukkan malam, pelahan-lahan Wak Kardi bangun mengerjakan
solat tahajud dan sunat-sunat lain sehingga menjelang subuh cuma untuk menyerah diri kehaderat Ilahi. Kemudian menyediakan bekal
untuk ke ladang lagi. Bila lewat petang dia akan pulang. Begitulah kehdupannya menjelang hari demi hari .
Isteri muda jelitanya telah hampir tiga bulan tidak pernah disentuh atau digaulnya, dia terlalu sayang pada keperawan dan kegadisan yang terlalu muda baginya untuk disentuh. dia bercadang untuk membela dan menjaganya sebaik munkin. isterinya masih mentah, usia kebudak-budakannya, perlu dididik supaya lebih matang, begitulah fikir Wak Kardi.
BERSAMBUNG.
INFO GURAU AJA ASAL USUL SEMANGGOL DI PERAK .
______________________________________________________________________________________________________
Dulu perak ini hutan ramai orang semang susah hati, bila ada orang buka hutan dengan menebang pokok hutan dua tiga pemeluk untuk dijadika estate tanamgetah , (masa itu belum lagi ada tanam kelapa kapal atau kelapa sawit). jadi orang semang ini rasa sedih,bangun pagi mereka duduk atas tunggul pokok-pokok yang telah di tebang. Bila orang kampung lalu mereka pun berkata hai kasihannya orang semang, ramai duduk atas tunggul. Tiap hari mereka lalu, bila sampai saja kawasan itu, mereka pun berkata semanggul. sampailah ke hari ini ... kau percaya?
Satu lagi cerita. dalam kampung itu ada seorang pemuda yang pandai main bola nama dia semang , dulu main bola dengan buak kelapa tua yang agak bulat kering betul buang air , buat bola. Bila mereka main bola tua muda jantan betina dok mai
tengok, kerana kehebatan semang main bola. Alah mohtar dahari (jangan-jangan si mohtar ini agak belajar dekat semang apa?) Bila dia bawa bola. orang kampung semua
menjerit , bertepuk sorak, mereka kata Semang! Semang! Gol! Gool!! Tiap kali dia dapat bola mesti Gol.
akhirnya mereka gelarlah kampung semanggol. ha ha ha x gila kalau siapa percaya!
cerpen ni xde cemas2 pun? cte pasl ape ni?
SELALUNYA KEBANYAKAN CERPEN EN NURI SAYA DAPAT MENANGKAP PENGAKHIRAN CERPEN TAPI KALI INI CERPEN INI AGAK MENCABAR MINDA KERANA HATTA MASAKAN TDAK CERPEN YANG DIKETENGAHKAN KALI INI MEMANG PENUH TANDA TANYA KERANA HANYA WATAK WAK KARDI DAN ISTERI SAHAJA? TIADA WATAK JAHAT YANG MENDRAMATIKAN SUASANA.. INI MEMBUATKAN KAM SEMUA TERTUNGGU2...
wak kardi psl apa? cerita kekeluargaan ker?
episod 1 ni xde ape pun yg berlaku kt wak kardi pun en nuri?
tgk harmoni je keadaan wak kardi??? cte psl apa?
ape jd kat wak kardi? takde ape2 pun tanda pun?
wah! untung wak kardi ni dapt bini muda tu...
wak kardi umurnya brapa? tiada anakkah dia? cerita emangnya menarik...
apesal tak suruh bini dia yg keja? sian wak kardi dh tua...
wak kardi ni keja apa masa muda bila dh tua kaya plak?
cerpen pasal apa ni? xde pun unsur2 suspen???
cerpen cerita hantu lagi ker?? pada amatan saya msti bini dia pontianak...
cerpen kali ini pasal apa? suspen plak? tak sabar nk tunggu sambungan dia...
dulu cerita misteri kali ni pun misteri ker? xde pun hantu dalam cerpen ni????
cerpen ni pasal apa? wak ni bela hantu raya ker???
semanggol ni kat mne plak? nama kmpung ker? nama negeri d luar negara?
hahahaha memandai jer ko ni geletek! ade ke cerita dia mcm tu? hahahahaa
aku langsung tak pcya sbb aku tau geletek ni suka bergurau? hahahahaha tp mmg lawak gak...
ko ni memandai je geletek! hahaha aku dok semanggol aku tau la asal usul dia lain la.. hahahahhahaha
sedih baca sajak teringat zaman kanak2 saya...
huh! ape plak asal usul dia mcm tu? ko ni tak baik ubah fakta... haha
sajak ni mmg mengimbau balik zaman kecik2 aku.. seronok jer.... skrg dh besar dh..
sedih la plak sajak ni teringat zaman kanak2... klu zaman kanak2 semua indah2 belaka...
zaman kanak2 la zaman paling best sekali! hmm..
klu la masa boleh diputar ke kebelakang kan best?
sedih baca sajak teringat zaman kanak sy.. teringat plak kat arwah atok dgn nenek....
sajak mmg sedih klu masa boleh ke belakang byk kesalahan aku? aku nk ubah balik..
sajak kanak2? kalau la saya boleh ke zaman lampau saya nk mnta maaf kat cikgu sbb dulu sy nakal slalu tak buat keja.... minta maaf cikgu nasri!!!
PUNCAK
Kuletakkan segala ngilu dijalanmu
Meski beku tak juga menyingkir
Aku ingin terlelap, meski sejenak
Sekedar melupakan sajak-sajak yang berjejalan di dalam kepala
Namun tak juga membias biru itu
Aku tak tahu…
Apa harus ku toreh merah…
Meskipun darah juga ikut membeku
Aku masih tak ingin beranjak
Sebab hanya semburat berikan damai
Siti Alia
Di Kolej Masterkill
3ptg
ULASAN
PUNCAK sajak oleh Siti Alia , Terasa ada sudah melewati jalan yang Ada pilih,lalu teruskan sampai kepuncak. Walaupun kadangkala hati cuba juga merengngek untuk melepaskan rasa keletehan, cita-cita dan perjuangan
harus diteruskan jika anda ingin sampai ke puncak
Catat Ulasan