Khamis, 4 Mac 2010

LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH SWT INI


 
-Renungilah kebesaran Allah yang maha kuasa ini
telah membekalkan kita dengan beribu-ribu bilik
buat menyimpan segala khazanah untuk ingatan
bagai laptop yang menyimpan data pengisiannya.

-Saban hari kita melihat diri di depan cermin muka
bayangkanlah wajah kita cuma tengkorak kering
tidak punya isi urat darah tulang  kulit dan daging
juga tanpa nyawa otak dan pancaindera yang lima?

-Bolehkah kita bergerak bebas tanpa keizinannya
pasti kita susah untuk mengenal kita sesama kita
merakam segala peristiwa yang lalu sebagai ingatan
mengenal jalan pulang ke rumah jumpa anak isteri.

-Sepatutnya kita Insaflah  kelemahan kita selama ini
bahawa kehidupan ini ada tempat pergantungannya
yang perlu kita nilai akan kebaikan dan keburukanya.
sebelum kita dijemput kembali kepangkuan Ilahi......

-Oleh : Nurimanja,
pagi hari, sebelum sunat dhuha, mentari sebak,
melihat serangan tanpa sempadan tsunami 2008.

19 ulasan:

nurimanja berkata...

TUJUAN BERSELAWAT KE ATAS NABI . SIRI AKHIR MAULIDUR RASUL
___________________________________________________________________________________________________________________________________

Semoga kita mendapat safaat di akhirat nanti. kalau kita tidak pernah menyebut nama orang yang kita kenali,bagaimana mungkin untuk dia menolong kita. Diakhirat ramai umat manusia menemui pesuruh mereka untuk mendapat pertolongan, semua nabi menolak, lalu mereka mengatakan mereka juga ada dosa, tak boleh membantu orang lain, kecuali kamu pergilah kepada nabi Muhamad SAW.

Sesunguhnya Allah dan para malaikat selawat ke atas nabi , wahai orang yang beriman selawat ke atasnya semoga kamu mendapat kesejahteraan . Sesiapa yang mendengar namaku tidak berselawat ke atasku, inilah orang kedekut.
Sesiapa yang selawat ke atasku sekali, akan aku doa 10 kali kepadanya, jika 10 kali, aku tambah 100 kali pahalanya.Allah akan tunjukan gambaran muka ibu bapaknya kepadaku, dan dia akan mendapat safaat (pertolongan).

Amalan berselawat ke atas nabi akan mendapat ganjaran pahala . Segala doa juga tidak akan dimakbulkan jika doa itu tidak dimulakan di awalnya selawat ke atas nabi dan penutupnya selawat juga ke atas nabi, bagai tergantung
di anatar bumi dan langit.

Dengan kata lain selawat ke atas nabi ini, sebagai hormat ke atas seorang pemimpin yang membawa kepada kita agama Allah yang benar di akhir zaman. oleh itu banyak-bayaklah selawat untuk mendapatkan safaat di hari akhirat nanti. amin
wallahhuaklam bissawab.!

nurimanja berkata...

CERPEN 16 ; SIRI AKHIR BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bila api dibesarkan, cahaya lampu minyak menerkam ke muka, mata Ilam tertumpu pada muka lelaki itu.
"Kau... Sandin!!"
"Ilammm!"
"Jahanammmmm!! Keluar kau dari sini!!" Ilam memekek seperti kanak-kanak geram dan marah.Giginya berlaga di anatara atas dengan yang bawah. Mata Sandin terbeliak, mengapa Ilam berada di rumah ini.
"Te tolong Ilam , aku inginkan perlindungan," seperti minta dikasihani, dengan suara yang tergugup-gugup kerana takut pada
pihak yang berkuasa, dan malu pula kepada kekasihnya yang pernah ditipunya dahulu.

Ilam terasa keangkohan Sandin padanya dahulu perlu dibalas. Inilah jalan untuk membalas dendam kesumatnya selama ini, Ilam
diam seketika, matanya tajam merenung, sambil berjalan mara kehadapan Sandin. Ilam menurunkan ikatan kainnya hingga ke bawah pusat. Perutnya yang membusut dan dadanya yang mengembang itu jelas bentuknya kelihatan di depan mata Sandin.

"Kau lihat ini!" kata Ilam sambil merenung tajam dan sinis.
"kau telah mengandung Ilam?" Terbeliak ke dua biji mata Sandin, penuh keharuan dalam kepalanya.
"Iya! Aku telah mengandung, lihat ini." Sambil memusing-musing tapak tangannya diatas perut yang sedang membengkak besar itu.
"Siapa yang mengandungkan kau?"
"Ngambab, teman karip kau dulu." Ilam menjawab tenang, seperti mengejek kepada Sandin,
"Bila kau khawin?"
"Sebenarnya kami tidak khawin, cuma sekedudukkan,"
"Jahanammmmmmmm!!!" Sandin segera melepaskan tumbukkan di dinding pondok yang usang itu, bergegar hingga keluar.

Sandin terasa hendak melompat mahu menerkam ke arah Ilam, dan kedua tangan Sandin terdepa, jari jemari tangannya yang keras dan kasar itu mengarawang untuk mencekek tengkuk Ilam. Tetapi belum pun sempat Sandin bertindak.
"Buka pintu ini , kaml Polis!"Ada suara keras memerentah dari kuar, langkah Sandin terhenti.
Ilam segera meluru ke pintu dan membukanya. Beberapa orang pihak polis menyerbu masuk,Sandin segera dibawa pergi dengan kedua belah tangannya tergari.

"Dia seorang pengedar dadah yang kami cari selama ini. Terima kasih di atas kerjasama cik puan itu," kata salah seorang daripada anggota
pegawai polis itu. Ilam cuma menganggukkan kepalanya tanpa berkata sepatah kata. Pintu rumahknya ditutup. Dia kembali ke bilik tidur,hatinya rasa puas, dendam kesumatnya selama ini telah pun terbalas.

S E L E S A I .

Kota Gersang berkata...

lps ni aku kena slalu berselawat lah...

Amad berkata...

oh.. bru aku tau.... lps ni aku kna rajin berselawat....

Ali Conan berkata...

lps ni kena slalu berselawat... byk manfaat ni...

Harimau Berantai berkata...

anak tu anak sape sebenarnye? confius aku....

Busur Berduri berkata...

mana ngambab msa ni? dia x thu ker???

Julia berkata...

eh! sandin tetiba dtg plak? selamat dia x bunuh ilam tu...

Abul Hassan berkata...

ha! entah2 ngambab pun pengedar jgk ape??????

Danial berkata...

ngambab x balik jgk ker? ilam ni kenapa pi bukak bahaya sorg2....

Olie Pajutdy berkata...

eh! ilam ni sedudukan dia ni islam ker??? mne boleh dok sama2....

Kamal berkata...

masa tsunami ker en nuri buat sajak ni????

Dendam Langsai berkata...

menyayatkan hari betol baca sajak en kali ni....

ANgker 13 berkata...

sedih sajak ni... sajak psl memperingati mangsa tsunami ker?

gelora maya berkata...

sajak yg penuh makna... mmg menarik!!!

hafizudin berkata...

insaf baca sajak en nuri kali ni....

Firasat Hikayat berkata...

sajak tsunami ker sajak ni? bkn dulu dh siar ke?????

Orang Lama berkata...

SEDIAKAH AKU?

Kucuba kembali langkah
Yang beberapa hari kemarin terhenti oleh kebisuan detik-detik
Tapi sebongkah khayalan melemparku
Memaksa untuk menjawab tanya yang belum pernah terucap

Mungkin ini disebut keterpakuan
Ketika aku tersesat asap rokok mengepul dari moncong bibirku
Mungkinkah Tuhan akan datang ketika kita dalam kesendirian?
Tapi aku belum ingin bertemuNya
Sebab aku belum membeli baju bagus

Lantas apa ku lakukan sekarang?
Apa aku harus kembali membenamkan mukaku di atas bantal...
Mata ini telah letih
Lebih baik aku kembali membakar rokok dan menyeduh secangkir kopi
Lalu mencoba menulis puisi


Orang Lama
ketika membaca paper
9pagi

Qalam Mutara berkata...

ULASAN?

Sajak oleh Orang Lama bertajuk SEDIAKAH AKU? persoalan dalam sajak
Orang Lama, bagai nostalgia lama yang datang kembali dan buat menghidupkan Semangat lalu. Walaupun terasa hari-hari dijemput kembali oleh Taqdir. Apakah kita akan berhenti segalanya, Oleh itu bersama baki usia dihujung ini
Luahkan segala rasa yang dikira tertinggal dulu kepada bait-bait puisi. Amin!