Selasa, 2 Mac 2010

BUAT SAHABAT

 
 Sahabatku!
kalau kau marah
marahlah pada senyumu
kalau kau menangis
menangislah pada ketawamu
kerana marah dan menangis
adalah luahan perasaan
senyum dan ketawa
adalah satu kemesraan
perlu diminta perhatian.

Oleh; Nurimanja,
malam isnin, jam 8./10/9/1973
di asrama al mashoor, pulau pinang.

23 ulasan:

nurimanja berkata...

11 BILA NABI BERUSIA 15 -25 TAHUN RALAT PEMBETULAN SEMULA KISAH BUKAIRA
________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bila nabi sampai ke satu temoat bernama Bukaira, seorang rajab menjaga gereja melihat nabi dan bertanya nama,dan dia percaya dalam kitab injil menceritakan, setelah dia bersoal jawab dengan nabi mengenali asal usulnya.
semua tekaan dan telahan padri itu betul.

Fadri Bukaira itu berpesan kepada Abu Talib "Jaga anak saudara kamu ini, dia akan menjadi seorang rasul akhir zaman,"
berita ini telah diketahui oleh orang Yahudi. Bila nabi pergi ke Syam ramai orang Yahudi akan cuba membunuhnya. Di negeri Syam
nabi cuma duduk di dalam khemah sahaja, waktu itu umurnya 12 tahun.

Waktu berumur 15 tahun Abu Talib membawa balik semula nabi ke Mekah melalui negeri Madian, wadi Samud dan melihat kecantikan negeri orang hingga sampai semula ke Makah. Sewaktu peperangan fijar nabi berusia 12 hingga 15 tahun.
nabi menolong isi panah dalam tabung.

Nabi berkawan dengan orang yang lebih muda daripanya, Sewaktu berumur 25 tahun bertemu dengan khadijah dan menjadi jurujual kepada saudagar khadijah seorang janda kaya, dan dilantikannya seorang lagi pemuda bersama nabi
bernama Maisyarah. Nabi berniaga dengan jujur.

Bila balik dari berniaga nabi selalu memberi buah tangan kepada khadijah , akhirnya khadijah meminta orang meminang nabi Muhamad sebagai suaminya, nabi berniaga hingga ke Syam dan Abuak mengetahui banyak soal ilmu perniagaan secara Isalam.

Perhatian: Catatan cerita ini ada yang ralat, jika tersalah fata, minta rujuk yang lebih arif dengan ilmu sirah ustaz, dan ilmuan
keagamaan, saya sekadar mencatat apa yang saya dengar dari guru dan ustaz yang telah pun kembali kepangkuan Ilahi..

nurimanja berkata...

CERPEN 16 ; SIRI 3 BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

"Ada apa Ilam?"
"Tak ada apa-apa,"
"Tetapi kenapa kau ke bilik tidurku?"
"Aku ingin tidur bersamamu,"

"Ilam, apa yang kau cakap ini? Adakah kau sakit?"
"Tidak, aku tidak sakit, cuma aku ingin bersamamu,"

"Tetapi kau , kau kekasih orang, kau tidak ingat lagi kepada Sandin?" Ngambab bertambah bengung memikirnya.
"Sandin! Perlu apa lagi aku mengingatinya, kalau dia langsung tidak mahu mengingati aku." jawab Ilam dengan menjuehkan bibirnya,
"Tapi, kau datang ke bandar ini, bukan untuk mencari sandin." Ngambab menerangkan duduk perkara.

"Iya, mencari Sandin, tetapi kalau dia tidak memerlukan aku lagi, kini aku bebas mencari sesiapa yang aku suka." jawab Ilam.
"Tapi .. Sandin telah ..."
"Ahh, Jangan pedulikan dia lagi.." Ilam bersuara seperti orang yang tidak menaruh harapan lagi kepada kekasihnya itu.

"Kau tidak mengingatinya lagi?"
"Perlu apa aku mengingatinya lagi, lebih baik aku mengingati orang yang telah banyak berbudi dan menolong diriku selama ini,"
"Siapa?"
"Kauu!" Ngambab terdiam.

Ilam menurunkan ikatan kain kembannya.Ngambab menjadi gelisah, hatinya berbelah bagi. melihat kelakuan Ilam itu.
"Kalau kau letih biar aku memecik tubuhmu," Ilam memberi pengakuan. Hati Ngambab kian berdebar-debar.

"Ah! Tidakkah Sandin marah nanti? Ngambab mengharapkan kepastian dari Ilam.
"Dia bukan Sandin yang kurinduinya lagi," Ilam kian menghampiri katil Ngambab, tanpa diarah Ilam menghenyakkan pinggulnya
diberai katil di sisi Ngambab. Tangannya berlabuh di tubuh Ngambab.

Ngambab yang sememangnya tidak berbaju itu menjadi seram sejuk bila jeri-jemari Ilam memecit dengan mesra di bahu dan juga
belakang Ngambab. Sesekali Ilam tertunduk hingga dadanya menjamah belakang Ngambab. Kepanasannya terasa hingga membakar urat sarap.

Ngambab mengelak dari kekalutan itu. Dia sedar Ilam lebih tua darinya. Ngambab menganggap Ilam sebenar sebagai kakaknya
sendiri, tidak lebih dari itu, tetapi apabila iblis telah mengoda, hati Ngmbab menjadi cair. terasa kelelakiannya kini telah tercabar. Dia memusing tubuh, tanganya merangkul tubuh dan pingang Ilam.

Perangkap Ilam telah mengena, Ngambab tumpas di dada laut yang bergelora, perahu yang mereka naiki terdampar di pantai,
mereka tidur sebagai sepasang suami isteri hingga ke pagi. Sehingga hujan turun tadi malam mereka tidak sedari bila berhenti.

BERSAMBUNG.
- cerpen ini pernah tersiar di akbar tablor Mingguan Timur dekitar tahun 80 an. maaf agak panas sadikit. , cari apa mesejnya?

nurimanja berkata...

INFO SEMASA KEEGOAN DIRI
____________________________________________________________________________________________

Keegoan diri sesaorang jelas menunjukkan keangkuhan diri yang sukar boleh dinasihati dan menganggap diri mereka lebih sempurna daripada orang lain.
Bagi ahli ilmu tasauuf di angap salah satu sifat orang yang keji (mazmumah)

Seorang tokoh agama, ahli saufi, alim ulamak yang benar cintakan ukhrawi,tidak akan mempunyai sifat yang diangap keji ini. Sekiranya ada rasa masihbersekokol, segera keluar daripada kelompok ini, agar anda tidak dikira bersubahat nanti.
Syabas! bagi mereka yang telah pun insaf dan mengerti.

Orang yang menyombong, angkuh, cakap besar, samaah, ujub, takbur, riak, putar belit, tipu helah,dan tinggi diri ini,bumi akan berkata, hari ini kau berjalanlah di atasku
dengan menegak dada dan menghentak kaki, kau tunggu sajalah, bila kau mati tubuhmu masuk saja dalam kebumi, aku akan mengcengkam serta menghimpitnya kekuat mungkin. agar kau akan tahu keegoanmu di atas muka bumi/dunia dulu.

Kota Gersang berkata...

sajak mmg best tp mcm pernah baca jer... mcm sajak puisi ini ku tulis cuma utk kwn...

Shuhada berkata...

sajak menarik la... best2....

Julia berkata...

sajak psl perpisahan kwn rapat ker??

An-Nur berkata...

sajak kali ni mmg menyentuh hati....

dam catur berkata...

sajak sahabat? wo! mmg menarik.... ape2 punhargailah kwn anda...

Firasat Hikayat berkata...

mcm ni kisah riwayat nabi... aku pun kdg2 terlupa...

Syakir Retro berkata...

cerita psl nabi mmg best! sambung lagi en nuri....

Nik Aziman berkata...

byk kisah nabi ni en nuri dpt mna??????

Kembara Budiman berkata...

cerpen kali ini ade 18sx la..... ni yg best baca ni... hahahhaahaha

Mozaire berkata...

fuyoooo!!!! ngambab dgn ilam dh buat tut..... haahahahhahaha

Ustaz Muda berkata...

eh! ilam ni islam ker? klu islam dosa besar ni.....

Danial berkata...

mmg panas cerpen kali ni... hehehheheehe

Ambuyak berkata...

tak sabar nk baca sambungan seterusnya.... ade lagi tak 18sx??? hahahahhahahahhhahahahaa

Haji Mustapa berkata...

takde serbuan ker dr org kmpung ker? dorg ni dh la tinggal sekali blum kwin....

Lagenda Pulau berkata...

wah! ade adegan yg memberahikan la plak kat cerpen kali ni.... hehhehe

Mohamad Akmal berkata...

huh!!!! aiseh! pak cik! ade babak2 18thn keatasa la plak??? hehehe tp sy dh terbaca lah... hehehehehhehehe

Tengku Anita berkata...

agrh!!! ade adegan asmara plak dlm cerpen en nuri kali ni!!! kpd bdk2 xleh baca ni.....

nurimanja berkata...

Apakah yang telah terjadi kepada
Ilam seterusnya? Dapatkah dia bertemu
dengan Sandin? (Ini Sandin lain)

Tanya Ledenda pulau orang Iban banyak
nama, Linai, Cumang, kasi, sungai,panau,jambu dlln.

Mereka bukan Islam,dan bebas memilih
pasangan yang mereka suka. saya sudah
lama menulis kisah masyarakat 1 Malaysia.

Atuk berkata...

cACATAN SEBELUM KU KENCING

Kau mendorong,Mendesak,meronta
mintA membuka gerbang membebaskanmu
Kau katakan padaku
aku terlalu lama dalam kebohongan
semakin lama semakin jijik
Kau telah memutuskan
kau harus memulai perjalanan baru
Sebuah dunia menjanjikan kebebasan
Pada pikiranmu dan juga kebusukanmu
Kau tersenyum melihatku kesakitan
Begitu katamu nyaring di telingaku
Baiklah jika kau ingin melawanku
Sekali ini aku akan mencUbanya
Siapa tahu ada masalah baru
harus kita pecahkan bersama
Aku bukan pencari masalah
Tapi aku lebih bahagia temu masalah
Karena itu membuatmu lebih dekat
Dan aku akan merasa bahagia
Terlalu banyak basa yang di lontar


Atuk
Di jendela rumah
12.3.2010

Mutiara berkata...

ULASAN?

Sajak Atuk bertajuk cacatan sebelumku kencing. Satu penceritaan yang agak Panas dan marah, setelah membebaskan pada yang meminta melalui bujukrayu Dan muslihat yang dipinta,berjanji untuk hidup baru, tetapi telah menimbulkan Masalah, hal ini perlulah ditangani.