Sabtu, 27 Mac 2010

SUJUDLAH DAHIMU ITU


Untuk bersama pesuruh nabi Muhamad saw
sujudlah dahimu pada pagi dan petang
sujudlah pada waktu siang dan  malam
Allah memuliakan orang banyak bersujud.
 
Dalam sujudlah tempat kita berbicara
dalam sujudlah tempat kita meminta
dalam sujudlah tempat diperkenankan
dalam sujudlah tempat ketentuan kita.

Sebenarnya Allah memandang orang sujud
kerana menyerah segala hati nuraninya
untuk dinilai segala akan dosa pahalanya
bagi menentukan se syurga atau neraka.

Oleh ; Nurimanja,
catatan pagi hari kuliah subuh,
23hb, Februari, 2010.

21 ulasan:

nurimanja berkata...

SAMUNGAN SIRI 5 DIMATANYA ADA SINAR KEIMANAN.


“Sebenarnya saya yang menulis surat komplen itu dahulu dan memberinya kepada guru Besar, orang kampong tidak berbuat demekian,” kata guru muda itu.

“Mengapa cikgu berbuat demikian?” Tanya ustazah Salwa dengan dengan lembut, kerana kebenarnya telah tebukti.

“Saya irihati, melihat murid-murid sekolah ini,lebih meminati ustazah dari saya guru tepatan. Sekarang saya menyesal. Saya tahu ustazah seorang yang berhati mulia,”
“Apa maksud cikgu?”

“Ustazah sanggup menderma darah kepada kakak saya, walau pun guru besar hampi-hampir mahu menukarkan ustazah dahulu,” terang cikgu mudah itu dengan penuh kesal.

“Saya tidak mengambil hati,saya menderma atas keikhlasan, dan kebetulan pula darah saya dapat diterima oleh kakak cikgu,” terang ustazah pula.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasihlah di atas pertolongan itu, kami Cuma tinggal dua beradik saja di dunia ini,”kata cikgu muda itu terhenti sedih.

“Sebenarnya saya tidak tahu yang isteri guru besar itu, kakak kepada cikgu,”kata ustazah Salwa, dia terasa kebetulan Allah telah menentukan.

“Kami satu mak, bapa berlainan, kata cikgu muda itu. Tangannya memicit-mecit kepalanya seperti memikirkan sesuatu. Dari ubuhnya yang kurus itu sudah cukup membuktikan, dia tidak akan dapat menderma darah kepada kakaknya.

“Sekali lagi saya meminta maaf di atas perbuatan saya yang telah terlanjuritu,” wajahnya jelas menampakkan sayu dan kesal.

“Saya sedia memaafkan, malah saya berterima kasih dan bersyukur kpada Allah SWT di atas pengakuan ikhlas cikgu itu. Setahu saya terlalu sukar bagi orang yang membuat salah, mahu mengaku dan memohon maaf secara terbuka begini,”jawab ustazah Salwa untuk menenangkan hati cikgu muda itu.

“Ustazah benar-benar tidak marah lagi kepada saya, ?” Tanya cikgu muda itu, matanya memandang tepat ke muka ustazah Salwa.

BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

ISSU SEMASA ISLAH DIGUNA ATAU DIPERGUNA
_________________________________________________________________________________________


Islah jika diguna untuk mendidik awalludinmakrifatullah,pembentukan akhlak,mendidik pada perengkat awal kehidupan lebih berkesan, apabila mereka berusia 23 tahun
mereka akan mengingatkan kembali apa yang diajar waktu beruia 4 atau 5 tahun dahulu.pasti bila ditimpa musibah mereka akan cuba mencari kembali mengingati Allah SWT.

Islah jika sengaja dididik untuk dipergunakan untuk menjatuhkan sesebuah perentah negara itu,
bila kanak-kanak ini beusia 21 tahun layak mengundi dan dia akan membencikan kerajaan yang sedang memerentah, apabila mereka berasa susah dan tertekan.mereka akan
melakukan apa saja untuk membantu pihak tertentu hasil mendidik mereka sewaktu kecil dahulu.

Itu tidak termasuk islah dari pihak gereja, budihs, kuil dan dlln lagi, semuanya usaha ini akan
mereka mulakan dari usia 2 atau 4 tahun,islah inilah yang diamalkan orang Yahudi sebab itulah semangat kekitaan begiu kuat jadidiri dan cintakan one Israil.Berbiza dengan kita 1 Malaysia bebilang kaum dan bangsa.demi untuk menghidupkan cintakan negara Malaysia.

Tidak hairan kalau saya katakan kejayaan lima negeri ditawan lima negeri ini,hasil islah yang mereka beri, bila ada tokoh sipolan ini digelar jahat maha peraun.

Hari ini telah terbukti,ramai pelajar pengajian tinggi menolak pemerentah,di sesebuah negara,
walaupun biasiswa dan pinjaman diberi bantuan untuk mereka dapat ilmu, dan ijazah.Jadi kita tidak perlu hairan jika kita dengar kemas kian lemas bila dirantai pintu dan pagarnya, pasti mesti dipastikan tidak akan mati, Apakah islah ini diguna atau diperguna?

Atuk berkata...

sy sokong pendapat geletek pagi! mmg benar2 terjadi perkara ni..

Haji Khali berkata...

patutlah pun jd mcm ni dr kecik dh di didik dh...

Tanpa Wajah berkata...

geletek ni mcm2 dia thu? mcm intenet bergerak jer... hehehee

Ustaz Rahman berkata...

mne anda dapat info psl ni geletek??? sy pun bru thu je psl ni...

Sulaiman Embong berkata...

apa yg di perkatakan oleh geletek sy x tau nk komen apa? sbb sy x menyebelah mana2 pihak... sy BEBAS...

Sulaiman Embong berkata...

PERMAINAN POLITIK

Kucing sudah pun bertanduk
Bulan sudah diatas riba
Hari hari sampai hilang perkiraan
janggut tumbuh dicukur semula
ku tunggu kau tak muncul
hari kelmarin berani sangat
menuduh orang tak ingat
sekarang semua tembelang pecah
mana kau nak lari pengkhianat!
jangan leka bermain dengan permainan politik lagi
jangan putar belit
sekarang diri sendiri tersepit


Sulaiman Embong
7pagi
selepas solat subuh

Malik Wariya berkata...

baik gila ustazah ni derma mcm tu je darah dia x minta bayaran pun..

Juragan Desa berkata...

jahat betol cikgu tu fitnah ustazah tu... sian ustazah tu...

Budak Rap berkata...

dia boleh maafkan org fitnah dia mcm tu jer?? klu aku pecah muka dia aku kerjakan aku bukan boleh org fitnah2 aku ni....

Pengembara Masa berkata...

mulia betol hati ustazah ni..... x mkn ati pun...

Julia berkata...

xkn dia x rasa hati? klu aku la aku nk dia minta maaf kt aku di khayalak ramai... biar dia malu,,,

Sharifah berkata...

truk btol perangai org busuk ati ni......

Angker 13 berkata...

xkn nk lps mcm tu jer?? repotlah la kt guru besar........

Teratai Mekar berkata...

baik sgtlah ustazah ni.... nnt takut cikgu tu buat lagi....

Olie Pajutdy berkata...

apesal x balas dendam balik? ape punya baik ustazah ni...

Nakhoda Belantara berkata...

sajak sujud ni best jgk....

Hafizudin berkata...

sajak solat kan? mmg menarik....

Syed Al Ghozali berkata...

sajak menarik! sajak ketuhanan ni...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN(TU)

Sajak ketiga bertajuk Permainan Politik oleh Sulaiman Embong juga ada rasa sadikit perasaan kecewa, lalu mengingatkan,sepintar mananya sang pelanduk,Jerat tidak pernah lupa. Sekian lama dia menunggu, penantian adalah merupakan satu-satunya penyeksaan.akhirnya kucing tidak akan bertanduk, dan janggut sudah pun berkali dicukur dan berkali tumbuh,janji cuma tinggal janji. kini kau terima sajalah padahnya yang akan menanti.Aku ingin bebas dan merdeka.
2010 Mac 28 12:34