Khamis, 25 Mac 2010

HATI PEREMPUAN



Hati seorang perempuan,
Sebenarnya inginkan satu belaian
Hidup mesra di samping seorang suami
Memasak, membasuh, menjaga anak tercinta.

Bukan mereka meminta,
Merebut dan mengejar dengan masa
Memburu kebendaan dengan harta menimbun
Rumah, kereta, pangkat glamour dibawah pancaran kemera.

Sekiranya mereka tiada,
Bacalah catatan yang ditinggalkan
Bisa merakamkan kerugian yang tidak dipinta
Apabila ajal menjemput meninggalkan keindahan di dunia ini.

Oleh : Nurimanja,
Catatan dinihari 2010
Setelah angin dingin melengkar diri.


19 ulasan:

nurimanja berkata...

SAMUNGAN SIRI 3 DIMATANYA ADA SINAR KEIMANAN.


SEWAKTU di atas katil tempat pembaringan itu,segala kenangan pertama kali dia ditugaskan mengajar di sekolah perkampungan orang Asli,keluarga cikgu Tawisli merupakan orang pertama yang mula dikenali dan melayaninya.

“Buat sementara waktu ini, ustazah boleh tinggal di kuaters saya dahulu. Esok atau lusa saya akan menyuruh orang membasuh kuaters di hujung sana itu,”
“Terima kasih cikgu, saya bimbang kalau tiada tempat tinggal di sini,” kata ustazah Salwa.

Setelah enam bulan barulah ustazah Salwa dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekeliling, telah mengetahui jiga sadikit sebanyak bahasa pertuturan orang Asli, adat resam dan budaya tempatan datuk moyang mereka mereka.

Sewaktu kemesraan itu sedang memuncak, di satu hari yang tidak diduga; Ustazah Salwa telah dipanggil dating ke bilik guru besar oleh budak pejabat.

“Utazah sepatutnya tidak boleh betindak ikut perasaan atau sesuka hati. Saya dapat tahu utazah telah menahan budak hingga terkencing di dalam kelas?” Kata cikgu Tawisli sambil dia membuka bebeapa fail di hadapanya yang tidak menentu
Itu, kerana kesal dengan kelakuan sorang utazah.

“Setahu saya tidak ada pula anak murid saya yang terkncing di alam kelas?” jawab ustazah Salwa kehairanan.
“Itu surat komplen dari orang kampong disampaikan oleh cikgu Bahurei pada pagi tadi,” sambung guru besar itu lagi.

Ustazah Salwa berasa dia berada di dalam serba salah, bila menerima tuuhan palsu yang tidak berasas itu, tetapi dia cuba tabahkan hati.

“Saya rasa ada dua orang budak yang selalu minta keluar buang air kecil, tetapi mereka telah menipu dengan bermain di belakang sekolah,” terang ustazah Salwa.
“Jadi ustazah telah menangkap mereka dan menahannya ke dalam kelas di waktu rehat, sehingga mereka terkencing di dalam kelas?” Tambah guru besar pula.

“Pekara itu tidak pula saya tahu, tetapi saya tidak pernah menahan mereka?” kata Ustazah Salwa, meningi sadikit suaranya.
“Baiklah, kalau ustazah rasa kurang senang mengajar pendidikan islam disini, minta petukaran, saya boleh uuskan pertukaran ustazah itu,”terang guru besar.

Diwaktu itu marah dan malunya bukan kepalang, walaupun perkara itu idak benar dan mungkin satu fitnah semata, namun dia tetap bersabar.

BERSAMBUNG.

Nuri Jaguh berkata...

sajak ni msti en nuri tulis utk bini dia....

Sulaiman Embong berkata...

sajak ni kalau aku bagi kat bini aku hadiah ulang tahun best jgk ni...

Julia berkata...

wah! tahniah sajak en ni mmg best! en mmg memahami hati kaum pmpuan...

Jengking Perak berkata...

sajak hati pmpuan? hati laki xde ker?

Ku Dania berkata...

sajak ni msti bini en nuri yg buat sbb xkn en nuri tulis sbb sajak ni btol2 memahami hati pmpuan ni msti bini en nuri yg tulis sbb pmpuan yg memahami hati pmpuan.... hehehehe

Balqish berkata...

sajak yg sgt menarik!!! tahniah en nuri kerana membela nasib wanita!!!

Siti Alia berkata...

sajak ni en nuri tulis semperna hari wanita sedunia ker??

Danial berkata...

huh! smpai terkencing murid tu! sian....

Mamu Kassim berkata...

kejamnya ustzah tu... smpai terkencing depa ustazah tu jerkah sekali apa...

Ezad Emir berkata...

la...x baik la ustazahtu denda org mcm tu tnpa usul periksa....

Cikgu Said berkata...

sy rasa betol tindakan ustazah tu sbb kdg2 murid2 ni bkn nk pi tandas tp ponteng! sy tahu sbb sy pun ada pengalaman mcm ni...

Olie Pajutdy berkata...

pening jgk aku ni sapa yg salah? cikgu tu ka murid???

Angker 13 berkata...

kejamnyer ustazah tu!ape2 pun jgn la denda mcm tu...

Ustaz Rahman berkata...

rasanya btol tindakan ustazah tusbb kdg2 murid2 ni suka menipu apa2 pun kita kena tgk mata dia sbb mata x boleh bohong ni berdasarkan pengalamn saya....

Geletek Petang berkata...

Anda boleh buat berbagai andaian.
tak ada masalah,ini menunjukan crita
menarik, seperti sajak dan lukisan
sepuluh org tenguk 10 macam telahan,
walau bagaimanapun ikut crita biasa
seterusnya.

Si Kecil berkata...

LARI
Mereka-Mereka Itu Lari Bertempiaran
Mereka Berlari Untuk Merebut Roti
dan merebut Segala Jenis Makanan
Untuk Memenuhi Perut
Mereka Yang Kelaparan


Si Kecil
2ptg
20.3.2010

Viger berkata...

sajak boleh masuk sebuah saja dalam satu ulsan sajak en nuri.

Aku difahamkan en nuri salu terbit sajak atau puisi dia sebelum masuk
solat subuh, kena tunggu kadangkala
selpas olat subuh, ada juga 12 malam
ke atas......aku pun pelik

Aku kawan baik dengan anak nuri jantan

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Si Kecil pula dengan tajuk LARI , mengangap kesemua manusia yang hidup di dunia ini, sebagai lapar, membuat sesuatu ada kepentingan untuk dirinya sendi, di ibaratkan org lapar makan cuma merebut untuk mengisi perut sendiri.