Selasa, 16 Mac 2010

PENGURUSAN HATI DAN JIWA


Pengurusan hati keperluan pengetahuan
bagi menyelesaikan  punca permasallahan
menghendar semuanya bagai satu percubaan
untuk mendidik hati lebih bersih dan suci murni.

Pengurusan jiwa pemeliharaan keinginan
boleh belajar menahan kehendak hawa nafsu
segeralah membersihkan hati dan jiwa nurani
agar musibah yang datang perlu keredhaan hati.

Oleh ; Nurimanja,
Di kampung Tersusun Pk.
Tarikh 10hb, April, 1994.

28 ulasan:

nurimanja berkata...

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SIRI SERAM ; OLEH NURIMANJA ; SIRIke DUA BERTEMU ROH : MASYARAKAT INDIA 1 MALAYSIA
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Apabila Gunalan sampai di tepi pintu perkarangan rumah batu kecil itu, dia menjadi kairan, setahunya lima tahun dahulu tiada rumah di
kawasan jalan masuk masuk ke kampung Doraisamy ini, cuma di penuhi dengan tanah perkuburanm lama, tetapi kini ada orang yang
membina rumah kecil di sini.

Gunalan berasa ragu-eagu setelah berada di situ, tetapi ini secara kebetulan sahaja, lagi pun gadis itu yang telah memanggilnya, di luar pula hujan masih turun renyai-renyai. Gadis itu mengarahkannya duduk, tanpa berkata sepatah kata, sekadar mengarahkannya sahaja.
Gunalan memerhatikan keadaan sekeliling, "Anih kawasan ini, rumah batu kecil ini tidak pun berbumbung, tetapi tidak pula dibasahi air hujan.

"Ini rumah saudari..?" Gunalan memulakan pertanyaan lagi, tetapi gadis itu masih juga berdiam dan masih juga menundukkan kepalanya.
Gunalan tahu gadis itu masih malu lagi kepadanya, Gunalan cuba mengawasi keadaan sekeliling masih sunyi sepi, tiada kelihatan pun
sesiapa di situ.

Gunalan cuba memberanikan diri, dia cuba memnghampiri diri gadis itu lebih dekat lagi. Gunalan ingin tahu kenapa gadis berpakain
serba putih itu rasa begitu malu padanya. Sewaktu Gunalan cuba melihat muka gadis itu dalam jarak lebih dekat sadikit, di waktu itulah cahaya kilat pun bersinar, alangkah terkejutnya Gunalan, wajah gadis itu serupa dengan kekasihnya Lakchmy , wajah yang sedang dirinduinya selama ini.

Gunalan terus merangkuldan memeluk tubuh gadis itu, terasa tidak terkira gembira rasa hatinya. "Ohh! Lakchmy !!!! Aku merinduimu
selama ini," Lakchmy masih juga diam, Gunalan begitu tidak sabar lagi mengucupi, tangan, dahi, pipi dan kepala Lakchmy dengan penuh
rasa kerinduan.

Lakchmy masih juga mendiamkan diri dalam pelukkan Gunalan. Dia cuma membiarkan apa sahaja yang ingin dilakukan Gunalan terhadap dirinya.
Kini Gunalan terasa puas sekali hatinya, segala kerinduan hatinya selama ini telah dilepaskan semua terhadap Lakchmy,di picit-picitnya bahu Lakchmy, dibelai-belainya rambut Lakchmy, kelu lidah untuk berkata, bila kekasihnya berada di depan mata.

Akhirnya Gunalan teringat ada cenderahati yang telah dibelinya dari bandar dahulu semoga dapat dihadiahkan kepada Lakchmy kekasihnya yang dirindui selama ini. Gunalan segera menyeluk saku seluarnya, kemudian mengeluarkan satu bukusan kecil, lalu membukanya
seutas rantai emas berloketkan lambang cinta ditunjukkan kepada Lakchmy.

Lakchmy masih juga mendiamkan diri dan masih juga menundukkan kepalanya, malah seperti tidak mahu memerhatikan akan hadiah
pemberiannya itu, Gunalan tahu Lakchmy masih malu-malu kepadanya Pada mulanya Gunalan bercadang untuk mengalungkan saja rantai emas berloket cinta itu ke leher Lakchmy, tetapi lakchmy menolaknya.

Kemudian Gunalan menangkap tangan Lakchmy, lalu meletakkanke dalam tapak tangan Lakchmy, tetapi Lakchmy masih juga engan membuka jari jemari tangannya. Gunalan tahu, sememangnya dari dahulu lagi Lakchmy seorang yang amat pemalu dengannya. Maklum barangkali belum bertunang, belum berkhawin, cuma sudah lama bercinta. Akhinya Gunalan meletakkanya rantai itu disisi Lakchmy.

BERSAMBUNG.

Yusma berkata...

Anak muda dengan zaman rambut sarang
ayam, nilai seni yang sukar dapat dinilai..

Dulu kalau aku pergi sekolah, rambut
panjang,tidak bersikat, ada panjang sikit tendang telinga , kena denda
dengan guru kelas.

Tetapi hari ini penyanyi, artis, host tv, pembaca berita, syok pula dengan gaya rambut x bersikat, untung x payah beli sikat,tamparan
hebat pada kilang sikat.

Budaya ini dulu dipelupori oleh kartunis Lat. Aku juga dulu x bersikat, guna 5 jari tangan saja.

Saizul Maizav berkata...

huh! dia jmpa laksmi? sapa laksmi tu??? suspen ni...

Ali Conan berkata...

huh! pelik la laksmi tu.... hantu ape????

Ustaz Rahman berkata...

huh! malam2 kat rumah kosong? x tkut ker?

Mamu Kassim berkata...

sah! mmg hantu takkan org plak? gunalan tak perasan ker?

Harimau Berantai berkata...

sah! ni mmg hantu atau syaitan! ade plak mlm2 ade pmpuan???

Brader Joe berkata...

eh! ni msti roh laksmi ape?????

Mat Noh berkata...

ni mcm cte nang nak jer? dia jmpa roh bini dia... tp smua org kmpung kata dh mati...

Petualang Tiga berkata...

serm plak aku bca! ape la gunalan ni berani btol dia...

Apek Lui berkata...

haiya!!! manyak silam woh.. wa talak boleh baca sampai habis maa... wa sula ala takut lor.... ini celita botot ka en nuli?

Malik Wariya berkata...

seram plak baca cerita ni mlm2.... eee....

Kamal berkata...

ni msti roh laksmi! seram plak.........

Inspektor Halim berkata...

huh! ni msti roh laksmi nk minta tolong kat gunalan...

Angker 13 berkata...

meremang bulu roma aku baca cerita en nuri kali ni...

Tetamu Malam berkata...

rumah tu tak basah ker? pelik jgk???

Pak Awang berkata...

biasalah yusma trend bdk2 skrg...

Tengku Anita berkata...

sah! tu roh laksmi! dia mati kena rogol ape???

Penjejak Badai berkata...

dorg ni terpegaruh budaya barat ni yusma....

Yusri Nawab berkata...

ha! hahaha mmg btol yusma! skrg bdk2 mcm tu la x thu kenapa? terpegaruh la tu....

Atuk berkata...

ikut-ikutan pengaruh budaya mcm en nuri kata kecelaruan minda... cucu2 saya pun rama buat rmbut mcm ni...

Si Kecil berkata...

sajak yg menarik!

Geletek Malam berkata...

sajak psl apa? politik lagi ker?

Umar Haslam berkata...

sajak ketuhanan ker????

Ustaz Mahfuz berkata...

sajak ringkas dn padat! mmg puitis!

Dedalu Sunyi berkata...

seram plak baca cerita kali ni??? eee...

Sipaun Supain berkata...

AKU BODOH

Apabila di dunia ini,
wujud manusia yang hanya tahu,
melukai hati orang tersayang,
itulah aku.

Bagaimana,
hendak ku lafazkan padanya,
Aku cinta pada mu.


Sipaun Supain
perak
12mlm

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN?

Sajak ini agak sadikit lucu dan menarik pengucapannya. Oleh Sipaun Supain.

Bertajuk AKU BODOH. Begitu berani ada mengaku tentang kebodohan diri,
Bila anda sering melukai hatiorang tersayang. Untuk melapaskan cinta, sudah Memadai anda mengakui dengan kebodohan anda didunia ini.sebagai hadiah cinta untuknya.