Ahad, 14 Mac 2010

LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH SWT INI.

- buat sahabat kawasan parit buntar -


-Renungilah kebesaran Allah yang maha kuasa ini
telah membekalkan kita dengan beribu-ribu bilik
buat menyimpan segala khazanah untuk ingatan
bagai laptop yang menyimpan data pengisiannya.

-Saban hari kita melihat diri di depan cermin muka
bayangkanlah wajah kita cuma tengkorak kering
tidak punya isi urat darah tulang  kulit dan daging
juga tanpa nyawa otak dan pancaindera yang lima?

-Bolehkah kita bergerak bebas tanpa keizinannya
pasti kita susah untuk mengenal kita sesama kita
merakam segala peristiwa yang lalu sebagai ingatan
mengenal jalan pulang ke rumah jumpa anak isteri.

-Sepatutnya kita Insaflah  kelemahan kita selama ini
bahawa kehidupan ini ada tempat pergantungannya
yang perlu kita nilai akan kebaikan dan keburukanya.
sebelum kita dijemput kembali kepangkuan Ilahi......

-Oleh : Nurimanja,
pagi hari, mentari sebak,
serangan tanpa sempadan tsunami 2008.

22 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KISAH DAN TAULADAN SIRI 31 SYAITAN MENGODA TOK GURU PONDOK OLEH: QALAM MUTIARA.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Seorang tok guru yang diangap penduduk kampung seorang yang alim dan disegani oleh masyarakat, membuka pondok pengajian agama, mengajar tanpa mengambil gaji, cuma menerima zakat ,hadiah dan sedekah daripada anak - anak muridnya. Dia membina tempat
pengajiannya itu di hujung kapung, jauh sadikit dari orang ramai, agar senang untuk mentelaah ilmu pelajaran dan menyampaikan
pengajaran dengan tidak ada gangguan .

Bertahun lamanya dia menghuni di pondok itu, semua orang mengetahui kehebatan dan kepakaran ilmu tok guru itu, baik di dalam dan luar dari kampung itu. Syaitan dan iblis telah mengerahkan bala tenteranya untuk menghancurkan kekuatan iman tok guru ini,tetapi semua kecewa dan gagal untuk meruntuhkan binting keimanan tok guru ini. Malah bertambah ramai pula anak murid yang datang untuk menuntut ilmu di pondoknya.

Untuk menjadikan cerita, satu hari seorang abang yang bekas anak murid tok guru ini telah mendapat pekerjaan di bandar yang jauh
untuk dia berulang alik, kebetulan pula mereka si abang dan adik perempuannya ini, adalah anak yatim piatu. Dengan senang hati si abang telah bercadang meninggalkan adik perempuannya yang masih umur belasan tahun ini kepada tok guru.

Pada mulanya tok guru menolak kerana tiada mempunyai bilik untuk penginapan, tetapi si abang merayu juga minta tok guru menjaga adiknya
kerana tiada siapa lagi yang boleh diharap, malaikan kepada tok guru seorang. Akhirnya mereka setuju meletakan adiknya di dalam sebuah
bilik tempat simpan kitab lama dan barang kepunyaan pondok .

Malam itu para iblis dan syaitan pun bermusyuarat. Inilah peluang kita untuk menghacurkan iman tok guru itu. kata iblis aku akan
mengoda tok guru ini, dan syaitan pula bersetuju mengoda anak gadis belasan tahun ini. Biasanya pada siang hari anak gadis ini akan membantu menyapu dan mengemas bilik tok guru, kadangkala tok guru ini mengerling juga susuk tubuh anak gadis belasan tahun yang sedang membesar ini.

Satu malam bila hujan turun dengan lebat, guruh pula berbunyi dentum berdentum, anak gadis in menjadi takut berbagai bunyi dan bayang
melintasi ruang biliknya, kerana tidak tahan dia melarikan diri dalam hujan lebat itu ke bilik tok guru. kebetulan bilik tok guru tidak berkunci, dia menolak daun pintu dengan perasaan cemas dan takut dia menerekam dan memeluk tok guru.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

Apakah jadahnya kehidupan manusia
dnihari? Cerita yang terlalu mustahil
kini telah menjadi realiti.

Apa nak jadi dengan dunia harini ni?
guru agama perempuan dengan pasangan
kena cekup basah,sedia dengan condom
basah pula baru diguna. Astaffarullah
halazim.

Walaupun seribu dalam satu, tetapi dia sungguh memalukan. orang tak tahu mungkin di kira satu dosa yang tahu pun buat, sepuluh kali ganda kena.

Bila kita duduk berdua tina/jantan,
jangan lupa orang ketiga di tengah
kita, iaitu iblis datang mengoda...
bacalah cerita Qalam Mutiara.


MALAM INIjam 12.30 malam, saya akan terbitkan siri seram BERTEMU ROH.(yang pernag dijanjikan okey!)
cerita masyarakat India 1 Malaysia.

Angker 13 berkata...

sajak ni mmg sesuai dgn cogan kata dunia dh berubah zaman dah maju... hehe

Hasnol berkata...

sajak teknologi plak! woa!

Olie Pajutdy berkata...

sajak IT ke en nuri? mmg menarik!

Pak Awang berkata...

sajak zaman milienium dulu bkn ade laptop2 ni? skrg mcm2 ade...

Mat Noh berkata...

part buntar? mmg x maju2 lagi.... hehehe

Ali Conan berkata...

zaman tentang arus permodenan ker?

PENYAIR AGUNG berkata...

CERITA NI MACAM PERNAH SAYA BACA DI DALAM MAJALAH MASTIKA YANG DIBELI OLEH ISTERI SAYA.. TENTANG USTAZ NI RASANYA SAYA DAH TAHU KESUDAHAN CERITA NI APA-APA PUN SAYA TUNGGU DAN LIHAT ADAKAH SAMA DENGAN CERITA YANG SAYA BACA NI...

Faizal Syafie berkata...

sah! tok guru tu akan buat benda tak baik kat pmpuan tu...

Saizul Maizav berkata...

mcm dh thu je ape kan jd en nuri? alamak! tak suspen la... eh! letak la cerita misteri lagi...

Hafizudin berkata...

aku rasa tok guru tu rogol la pmpuan tu... hahaha

Seri Suri berkata...

ha! sah lps ni kena tangkap khalwat dorg ni!

Saiful Amri berkata...

huh! aku rasa lps ni dorg msti hanyut dgn asmara....

Tengku Anita berkata...

hmm...mcm pnh dgr je cerita ni? bkn dulu ade main dlm tv ker???

dam catur berkata...

ha! skrg ni tak boleh tgk luaran je dalaman pun kena tahu... smua org tak boleh percaya sgt...

Atuk berkata...

skrg ni kdg2 tu ustaz pun ribut adoi...

Malik Wariya berkata...

skrg x tahu nk pcya sapa? smua sama jer....

Brader Joe berkata...

org skrg ni wlpn luaran nmpk alim kdg2 tu bkn boleh percaya...

nurimanja berkata...

Cerita QM ini saya pun pernah baca juga, dekat sebuah buku kalau tak
salah godaan iblis.

Apa-apa pun kita tunggu sambungannya
esok. saya baca tahun 1991 waktu mengajar dekat seri siakap kuala
kurau perak. depat sekolah itu ada
perpustakaan desa.

Waktu itu saya paling banyak baca
buku di situ.pernah satu hari mereka cari saya nak bagi hadiah
orang paling banyak meminjam buku
tapi saya dah balik ke pulau pinang.

Pencari Inspirasi berkata...

BUKAN HAL MUDAH

Bukan hal mudah
Untuk aku sembunyikan
Perkara yang jelas di mindaku
Bukan hal mudah
Untuk aku nafikan
Perkara yang benar di hatiku
Bukan hal mudah
Untuk aku tidakkan
Perkara yang tulus di jiwaku
Bukan hal mudah
Untuk aku palingkan pandangan
Daripada cinta membunga di hati


Pencari Inspirasi
di Gurney Road
12tgh hari

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN?

Bukan Hal Mudah sajak oleh Pencari Inspirasi, menceritakan perkara yang mudah untuk diperkatakan hal mudah. Apa tah lagi jika hati berat untuk mengatakan apa yang tersembunyi, jelas, benar,tulus dan cinta kudus. Kerana keberatan ini membuat anda menjadi susah untuk meluahkan apa yang benar dan telus.