Memaparkan catatan dengan label kereyangan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereyangan hati. Papar semua catatan

Isnin, 8 Mac 2010

SUARA GEMBIRA

 
Suara gembira
yang membelah zaman
adalah suara kanak-kanak
yang tidak pernah mengira duka,

Betapalah hidup ini,
dapat seriang kanak-kanak
kita mahu selamanya begitu,
tetapi taqdir mencatatkan
masa menjemput kita berlalu.

Keriangan yang lalu
terpaksa juga ditinggalkan
kerana ruang yang mencabar ini
berbagai episud terpaksa kita hadapi
dari segala ujian yang  telah ditetapkan
sehinggalah denyut nadi kita berhenti.

Oleh : Nurimanja,
waktu dalam keresahan di asrama
9hb, Mei, 1974, Pulau Pinang.