Rabu, 14 Julai 2010

DUNIA JANGAN MEMPERCAYAI AI



Jika suara 191 negara boleh ditolak begitu saja
mengapa kita mempercayai dua sekutu ini
dulu pun mereka cuma daripada kuasa kecil
kerana propaganda mereka bertahun-tahun lama
kini mereka pun menjadi kuasa besar dunia
mulalah dilakukan apa sahaja yang menguntungkan
bersama sekutu-sekutunya yang ada berkepentingan.

Bukankah hidup ini umpama roda yang berpusing?
kita perlu  menanam semangat tidak terlalu percaya
maka kita tunggulah masa 60 atau 70 tahun  nanti
suara-suara yang bersatu akan menguasai dunia ini
diketika itu dirinya pula zaman akan menghukumkannya
bukan kuasa muttelak untuk mereka menguasai seluruh dunia

Oleh: Nurimanja,
Mengenang Nasib Gaza,
Jam 3.00 petang, 10/07/2010.


22 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN KANAK-KANAK: SIRI 2 . BERTAJUK: KERANA KAMPUNGKU
___________________________________

TETAPI ini kampungku, tempat lahirku, tempat tumpah darahku, aku mesti bersamanya.Mesti membela untung nasibnya, jika tidak, siapa lagi? Jika ada orang yang cuba menganggu gugat dan membuat kacau kedamaian kampung kami.

Aku mesti bertinda, walaupun apa yang terjadi. Pihak pengganas komunis mesti dihapuskan. Jika tidak, keadaan orang kampubng akan bertambah teruk lagi,Diancam dan diugut oleh pihak pengganas komunis itu.

Aku masih ingat kisah tiga hari yang lalu: Bagaimana orang gemok muka penyu itu datang ke rumah kami dengan bengisnya, bapa pun terketar-ketar ketakutan,.Orang gemuk muka penyu itu dengan muncung senapangnya menghala ke arah dahi bapa memaksa kami
untuk memberi makanan.

“Mana beras hari ini?” Sergah orang gemuk muka penyu itu. Bapa dengan rasa takut terketar-ketar masuk bawah katil buruk untuk mengeluarkan sadikit beras untuk menyerahkan kepadanya. Aku pula mematikan diri disisi bapa.

“Ini tuan, ambilah!” Bapa dengan rasa berat hati terpaksa pula menyerahkan beras yang disimpan untuk makanan kami sebulan dua, dari hasil jualan rotan yang bapa cari di hutan rimba.

Setelah mereka mendapat beras itu, mereka ketawa, kemudian mereka pergi meninggalkan kami.Aku cukup geram melihat keadaan itu. Tetapi apa daya, aku masih budak kecil yang tidak terdaya menentang mereka.

Apa yang akan kami makan esok dan lusa. Aku tidak tahu. Bapa aku juga kelihatan bertambah uzur, Esok aku akan cuba mencari jalan untuk keluar dari kampung ini, bagi menghubungi orang luar dari kampungku ini.

Malam itu aku dengar bapa semangkin kuat batuknya , ini mungkin terlalu kuat bekerja mencari rotan di hutan untuk dijualkannya, agar dapat pula ditukarkannya dengan beras, gula kopi, garam, cabai, bawang dan ikan kering ataupun sadin.

Jika ada duit lebih bapa akan beri padaku untuk belanja harian di sekolah. Tetapi hari ini ada pula orang yang cuba meminta dengan memaksa semua rezeki kami untuk diserahkan kepada mereka, apa yang hendak aku belanjakan di asrama sekolah nanti. Jahanam!

BERSAMBUNG.

Pagok Lana berkata...

Seloka FIFA

Semua mengejar mahu menyepak
berlari tangkas mahu menendang
silap gaya termakan sepak
tumbukan di mulut datang bertandang
sempit empat penjuru
setiap bucu termengah meluru
tak dapat bola kepala digaru
di gelecek musuh jadi keliru
penjaga gol menjaga gawang
jangan terlepas bola ke dalam
kadang haloba melihat wang
mimpinya satu menjulang menang
apa cara pun dia juangkan
hingga lawan terkenang kenang
lawan menyerang di bawah menunggu
kerah memulas segala ilmu
membiar lawan duduk termanggu
begitu lincah rentak gayamu
sepak mula menanduk di hujung
laju mengejar macam peluru
megah di puja menang di sanjung
si kalah menangis tidak berlagu
Paul si sotong jadi tok nujum
ramal pasukan yang mana menang
selesai sudah kisah di stadium
empat tahun lagi jika umur panjang


Pagok Lana
pulau pinang

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Pagok Lana bahasa orang rawa adik beradik yusof rawa kou? Ached street kampong melayu, petani road , ada orang rawa? Di perak pula selama danggoping ramai orang rawa. Sajak Pagok Lana kali ini berbentuk seloka buat FIFA, tunggu bila mereka ada FIFA untuk permain wanita pula, lagi banyak lawak ,bukan kisah pemain tetapi kisah penuntun; Ramai yang gila dekat pemain pula bukan gila bola. Hari ini kita semacam orang terkena histria. Kalau ada mesti bertambah kaya kaki bookie dan FiFa . Malah bertambah ramai pulalah perang rumah tangga. Terima kasih Pagok Lana. Apa maana pago lana?

Comel berkata...

eh! asrama??? tp cerita zaman jepun> mne ade skola asrama?

Kota Gersang berkata...

sian en nuri... jepun mmg celaka!

Penggilan Laut berkata...

kurang ajaq pnye jepun selumber je ambik rezeki org!

Laut Gelombang berkata...

eh! cerita zaman jepun ke? bintang 3? atau pun british ni?

Dang Anum berkata...

cis! mmg jahat mcm setan jepun masa ni...

Qalam Musofa berkata...

org kmpung x tolong ke? dorg x pkul ke laki gemuk tu?

Busur Berduri berkata...

ape jd kat en nuri nnt? msti en nuri blas dendam ni...

Hidayah berkata...

semakin suspen plak cerpen ni? bila agaknya nak selesai masalah ni..

Karim Ghani berkata...

eh! laki muka penyu tu jepun ke melayu?

Janguus Juri berkata...

eh! ape terjadi nnt yer? rasanya org kmpung akan bangkit kot?

Nasruq Haq berkata...

sedih plak baca cerita en nuri ni....

Kaber Arafat berkata...

sapa hero dlm cerpeh en nuri ni agaknyer???

Sulaiman Embong berkata...

eh! ni sajak pasal PBB ker? rasanya anggota PBB 191...

Kamal berkata...

harap2 nasib org gaza terbela 1 ari nnt...

Bumi Hijau berkata...

sian org di gaza smua pihak buat x thu jer...

Harimau Berantai berkata...

181 ni negara apa? bilangan negara asia ke?

Pelajar Teknik berkata...

eh! jepun ambik duit harian ayah en nuri ke? teruk la jepun ni...

Saizul Maizav berkata...

sdih baca sajak en nuri dan lagi sedih baca cerpen en nuri! mmg sedih2 belaka hari ni...

Ustazah Hamidah berkata...

jepun masa ni mmg x berhati perut!!!