Sabtu, 17 Julai 2010

PERJUANGAN PARA NABI ADALAH DEMI ALLAH



Nabi  Ayub alaihisalam,
kekayaannya telah musnah
banyak musibah datang menimpainya
anak-anak, isteri dan penyakit ditubuhnya.
yang memudharatkan kepada keluarga adalah ujian.

Nabi Ayub alaihisalam,
keluarga memencilkan dirinya
kerana penyakit anih yang diterimanya
Allah menguji keimanannya  yang tertinggi
sehinggalah Allah kembalikan semuala kekayaannya.

Nabi Ayub alaihisalam,
cuma sekadar berdoa sahaja
anak- anak, tanaman, ternakan, pekerja,
semuanya telah menjauhkan diri daripadanya
namun, katanya semua itu terlalu sadikit sebelum ini,

Nabi Ayub alaihisalam,
lantas berkata kepada isterinya
berbanding dengan kasihatanku yang lama
Allah turunkan belalang emas dan hujan rahmat
sebagai gantian nekmat iman nabi Ayub alaihisalam.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Ceramah Bebas,
semingu dua lalu Jun, 2010.

20 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN KANAK-KANAK: SIRI 4. BERTAJUK: KERANA KAMPUNGKU
___________________________________


Aku dibenarkannya masuk, tetapi aku engan duduk badanku yang basah masih lagi terketar-ketar rasa kesejukan.

“Siapa nama kamu? Kenapa dengan kamu ini?’’ tanya inspektor itu
“Nama saya Kasi anak Panau, cucu pada Jambu anak Sungai,” jawabku
“Kenapa boleh basah kuyup begini?”
“Tuan! Tolong tuan, kampung kami di hulu sungai Semak telah diganggu oleh pihak pengganas komunis,” jawabku masih terketar kesejukkan.
“Apa? Kampung kamu diganggu pengganas komunis.” Terbeliak biji mata tuan Inspektor itu.
“Iya tuan! Pengganas telah memaksa kami memberi bantuan makanan, jika engkar kami akan dibunuh.” Jawabku rengkas dan berani. Aku pun segera menceritakan apa yang telah pun berlaku.

“Sarjan! Kerahkan orang kita bersiap sedia.kita akan berangkat sekarang juga ke kampung Sungai Semak segera,” Perentah tuan Inspektor iti.

Sarjan Jugah telah membantu aku memberi pakain dan secawan kopi panas dan sebuku roti, aku yang lapar terus memakanannya dengan lahap sekali. Selesai aku makan mereka segera membawa aku naik bot peronda polis dengan alat
Senjata yang lemgkap.

Kira-kira empat jam aku naik marine Polis itu, kami pun sampai; ke kampungku, lebih kurang pukul sepuh pagi, kalau mengunakan moto bot air tentu lebih lama lagi.

“Dimana kampung yang pengganas komunis itu memeras ugut meminta makanan dari orang-orang kampung?” tanya tuan Inspektor itu padaku.

“Semalam tuan di kampung tengah, sewaktu matari senja, hari ini mungkin di kampung hilir pula di sebelah pagi begini,” jawabku dari pengalaman yang aku tahu dari bapa.

Orang kampung sememang tidak ada seorang pun yang berani memberi tahu pihak pemerentah. Jika rahsia ini terbongkar, mereka akan mati katak,dibunuh oleh pihak pengganas yang berkuasa di daerah kampung kami itu.

Sebentar kemudian aku nampak bot pihak pengganas komunis yang sedang leka memunggut barang-barang makanan dari orang-orang kampung di tebing sungai semak itu.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

KENAPA MANUSIA BILA DAPAT KENEKMATAN DIA DIAM SAHAJA,
DITIMPA MUSIBAH BARULAH DIA GELABAH


Begitu resamnya manusia,bila dia dapat rezeki Allah baik danlumayan diam tidak mahu cerita,kalau boleh makan seorang sahaja, contoh perniaga di puduraya, penanam tembakau di kelantan,peternak ikan dalam sangkar, perniaga warung di tepi jalan, perternak dan juga
pertanian,perlu kena menilai dan muhasabah diri. Tanya balik pada diri sendiri "Adakah aku bayar zakat selama ini?" Adakah aku dengar aku patuh ayat Al quran mengatakan "Dirikan solat dan keluarkan zakat!?"

Tetapi apabila tempat gerai kena roboh, kemarau berlaku, diserang ulat, hawar binatang atau banjir
laian lagi. Masa itu barulah mereka mengatakan dulu saya punya pendapat lumayan, tidak perlu
harap pada kerajaan, kami boleh hidup dengan berniaga saja, tidak payah makan gaji, kami ada duit
ada rumah , ada kereta kami tidak susah sesiapa, tidak mengharap sesiapa, kami boleh hidup sendiri.

Setengah itu bukan main sumbong lagi dan lupa segalanya. Malah ada pula yang mahu menentang pihak
pemerentah, segala pemberian dan jasa pemerentah langsung tidak dikenang malah sentiasa saja
ikut serta jika ada demontrasi jalanan, menyokong membabi buta, seperti lembu dicucuk hidung.

Hari ini ada petanda sadikit bila bulan Allah (Rejab) datang dan sedia mengambil dari pengajaran dan iktibar peristiwa Israk dan mikraj yang digambarkan oleh Nabi Muhamad SAW kepada umatnya diakhir zaman. Amin!

Pak Awang berkata...

btol tu dunia akhir zaman...

Danial berkata...

sama mcm sy jgk... hehe menarik info en nuri ni...

Rahman Rahim berkata...

pelik kan? bila dpt apa je msti nk sembunyikan...

Iman Ali berkata...

selalunya mcm tu la dpt nikmat sorok bila musibah menimpa mula nk heboh2..

Ku Dania berkata...

smoga kita x tergolong dalam golongan en nuri kata ni...

Seri Suri berkata...

manusia semakin pelik akhir2 ni....

Ali Omar berkata...

dh di timpa musibah bru la nk ingat tuhan...

dam catur berkata...

manusia akhir zaman ni pelik2 plak kelakuan dorg...

Pak Ngah But berkata...

smoga kita insaf baca info en nuri ni...

Pedang Pahlawan berkata...

bila dapat byk sorok2 bila x dpt mula nk mencanang sluruh dunia..! apa la..

Iman Ali berkata...

TUJUH

disebalik 7 warna indah pelangi
dirimu paling indah
disebalik 7 petala langit
7 petala bumi
dirimu paling agung
disebalik 7 hari silih berganti
dirimu paling kudambakan
disebalik 7 keajaiban di muka bumi
dirimu mengatasi keajaiban segala
disebalik 7 gelora lautan terentang luas
rahmatmu,barakahmu,redhamu mengatasi segala
aku dambakanMU
aku hambaMU



Iman ALi
Simpang Pulai
2pagi

Brader Joe berkata...

oh... nabi ayob yg kena penyakit kulit...

Angker 13 berkata...

sian nabi ayob seksa oh kena penyakit kulit...

Olie Pajutdy berkata...

ingatkan nabi daud yg kena penyakit kulit? rupanya ayob ker?

Umar Haslam berkata...

sajak pasal nabi plak? menarik...

Hafizudin berkata...

eh! nabi ayob? wah! menarik... esok nabi ape plak?

Puteri Bunian berkata...

nabi ayob sampai mati kan dia menderita penyakit misteri...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Iman Ali mulakan sajaknya dengan angka TUJUH sama dengan bilangan hari Dalam seminggu, langit bumi, keajaiban dan lautan yang bergelora
Namun semua Ke tujuh-tujuh itu tidak sehebat keagongan Allah swt. untuk menilai tentang berkat,
rahmat dan keredhaanmu mengatasi segala-galanya. Amin. Sajak ketuhanan daripa sdra Iman Ali yang jarang sekali menghantar sajaknya . terima kasih buat sdra Iman Ali semoga kita dapat kongsi ilham bersama. Amin sebagai renungan.