Sabtu, 31 Julai 2010

MENGAPA KAMU ENGAN BERSATU?


Kembalilah kepada agama Allah yang satu
jangan kamu berpecah belah dan sesat
semua nabi-nabi membawa agama Islam,
umat kamu semua cuma ada satu aqidah
walaupun berbilang bangsa dan berpuak-puak
tidak ada bezanya diantara  Arab dan Ajam
nilainya disisi Allah hanyalah ketaqwaan.

Kebenaran itu sebenarnya dekat dengan kita
kamu semua wajib mempercayai satu umat
dan tuhan yang kamu sembah itu hanya satu,
walau bagaimanapun kepadaku kamu kembali
perkara mungkar tidak akan dilakukan hambaku
apatah lagi perkara syirik cuba menduakan aku
Sebenarnya aku ini Tuhan yang kamu sembah!

Oleh: Nurimanja,
catatan Penceramah Bebas,
jam 8.malam 28/7/2010.

16 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERPEN SIRI KE 4 : AKU MEMANG TAK TAHU ; OLEH NURIMANJA PERAK.
_______________________________________________________________________


SEBENARNYA aku memang tak tahu. Tak tahu apa-apa. Tetapi siapa suruh mereka kata aku tahu. Gasaklah , mereka mahu sangat aku pegang tugas itu. Tetapi tugas itu berat. Bukan sebarang tugas, mesti kerja keras . tetapi apa yang aku nak buat. Aku sendiri tak tahu . benar-benar tak tahu.


Hai! Gila! Gila. Gila aku dibuatnya. Kalau macam itu siapa yang gila? Mereka gila atau aku gila? Hai Entahlah aku pun tak tahu. Memng aku tak tahu lagi, apa yang hendak aku katakan nanti.

Satu hari , waktu matahari mula merangkak ke dada langit. Aku terima sepucuk surat yang bersetem sepuluh sen.Terbeliak biji mataku. Bila nama persatuan Sedenyutrasa atau hati, aku baca. Ada Mesyuarat lagi. Ahh!! Karut.Aku tengah sesak duit ini masa itu.
(maklum masih menganggur) .

Tak mahu pergi. Aku punya tugas penting, malah aku dikehendaki wajib hadir dalam menyuarat AJK persatuan itu. Hai mempus! Bagaimana ini? Entahlah. Aku sungguh tak tahu masa itu. Tak tahu apa-apa hendak kukatakan dalam mesyuarat nanti.

Mujurlah di hari di adakan mesyuarat itu ada kematian di kampung , jiran sebelah rumah pula. Aku cukup bersyukur kepada tuhan, bukan bersyukur kerana kematian jiran sebelah rumah. Tetapi disebabkan ada kematian itu, mesyuarat persatuan aku batalkan.

Malam itu juga , aku taip sepucuk surat, malam itu juga aku beri melalui seorang kawan untuk tatap Yusof Tongkat sitiausaha persatuan itu, aku terangkan sebab kenapa aku tak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut, aku serahkan kepada persatuan apa saja keputusan.

Pada hari isnin, aku turun ke pekan kecil di daerahku. Sengaja aku melangkah kaki singah sebentar di kedai Pustaka Kawan, tempat menjual buku dan akhbar harian. Baik sungguh hatiku hari itu sudi membeli akhbar harian. Entah kenapa aku pun tak tahu.

Sebelum ini aku jarang sangat membeli sebuah akhbar. Tempek baca hak kawan-kawan saja, ataupun di kedai kopi Salam, macam jalil janggut. Lagi pun aku bukan baca berita, tapi aku cari sudut sastra. Kalau ada puisi atau cerpen atau kartun sinis di dada akhbar.

Sebab itulah mereka mengatakan aku hantu puisi, kaki cerpen, tahi kartunis. Aku memang seronok dengan gelaran itu. Macam orang ketagis candu, digelar kaki candu atau tahi candu, bukan jadi penyakit padanya, malah terasa satu macam punya sihat. Dan bagai satu penghormatan paling agung dalam hidupnya.

BERSAMBUNG.

Suara Pulau berkata...

ISU SUDAH LAMA ADA BOLA LAMBUNG TUNGGU SMES SAJA LAGI Oleh; Suara Pulau.


Mereka mula rasa takut dengan bayangan-bayang penyokong mereka sendiri. kerana Najib sudah beri
ada bola smes (Ini pengalaman bukan cerita doging) Malah ada juga di pejabat PPD bagi mereka pergerakan menegak dan melintang, bagi naik pangkat jadi guru KK, PK, GP, kalau mereka boleh berubah tetapi malang masih kuat juga menghentam dan menentang dasar pemerentah , ada saja yang tak kena pada mereka.(alaupun undi hak masing2)tetapi jangan hentam 24 jam
tak cukup di sekolah kuliah maghrib dan subuh pun jadi

Inilah yang dikata beri susu dibalas tuba. Tetapi yang pelik dan ajaib, ramai juga guru pro pemerentah, tak kata apa, senyap, dan senyum saja. cukup baik dan berhemah. sedangkan guru-guru penyokong parti ini cukup berani dan ghairah, bawa pula Harakah ke sekolah tunjuk dekat cikgu ini dan itu. seperti ingin berkempen pula,
biasanya berlaku di kantin, atau mereka sesama mereka.

Ada juga yang mencabar, kalau hang tak suka. letak saja jawatan. Tak berani pula. Inilah budaya tak tahu berterima kasih. Cugan kata mereka berterima kasih dengan tuhan bukan dengan manusia. Kekadang waktu perhimpunan mereka ambil kesempatan. (kalau di Jepan , kalau anda kerja dengan syarikat ubat gigi, tetapi anda pakai ubat gigi jenama lain, esok terima notis berhenti kerja.

Orang Lama berkata...

SANDARAN

Aku pertahankan hidup ini
Bagai mengengam bara api
Menanti terbitnya mentari pagi
Dengan harapan yang tak pasti
Biarpun hampir terlucut gengaman
Kerana beratnya menggalas bebanan
Namun peganganku tak pernah berubah
Yakinku hanya pada satu arah
Kadangkala air mata ini mengalir
Kerana rintangan tak berakhir
Terasa diri terlalu lemah
Hingga sukar untukku melangkah
Selagi hidup masihku nikmati
Selagi itu aku takkan berhenti
Kekuatan hati tetap bersamaku
Kerana sandaranku hanya padaMu


Orang Lama
9pagi
15.7.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Kehidupan kita ini bersandarkan kepada ketentuan Allah bersama al quran dan sunahnya.Begitulah pengucapan Orang Lama dengan sajaknya bertajuk; SANDAAN. Beliau menceritakan akan saki baki kehidupan yang dilaluinya saban hari penuh dengan cabaran dan rentangan, onak dan duri, terasa kian mencengkam segala saki baki kehidupannya lewat hari-hari yang dilalui. Cuma tinggal kekentalan hati pada rasa keimanan yang masih boleh bersandarkan pada ketaqwaan kepada Allah swt. Amin.

Sulaiman Embong berkata...

cerpen ni bkn cerita semalam ke??? en nuri terterbit 2 kali la nmpknya....

Abul Hassan berkata...

cerpen ni mcm dh baca je smlm?? en nuri letak episod yg sama la...

Seri Suri berkata...

eh! episod ni smlm dh baca kenapa en nuri letak lagi

Angker 13 berkata...

alamak! en nuri letak episod yg sama la....

Julia berkata...

mcm dh pnh baca je cerpen ni smlm?? kenapa en nuri terbit lagi???

Angker 13 berkata...

sepatutnya en nuri letak episod seterusnya? tp ni nmpk episod yg sama la....

Penyajak Istana berkata...

isu suara pulau ni bkn smlm dh terbit ke?

Kembara Budiman berkata...

nmpknya bkn cerpen saja en nuri terbit 2 kali isu suara pulau pun sama...

Pak Awang berkata...

menarik sajak ni!! bersatu kita teguh! bercerai kita roboh!

Bulan Terang berkata...

mlyu skrg x bersatu la.... skrg siap pecah 3!!

Badrolshah berkata...

sajak yg best! bersatu teguh!

Jalil Janggut berkata...

best sajak bersatu ni! diharap kita semua bersatu padu!