Memaparkan catatan dengan label bersatulah demi agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersatulah demi agama. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Julai 2010

MENGAPA KAMU ENGAN BERSATU?


Kembalilah kepada agama Allah yang satu
jangan kamu berpecah belah dan sesat
semua nabi-nabi membawa agama Islam,
umat kamu semua cuma ada satu aqidah
walaupun berbilang bangsa dan berpuak-puak
tidak ada bezanya diantara  Arab dan Ajam
nilainya disisi Allah hanyalah ketaqwaan.

Kebenaran itu sebenarnya dekat dengan kita
kamu semua wajib mempercayai satu umat
dan tuhan yang kamu sembah itu hanya satu,
walau bagaimanapun kepadaku kamu kembali
perkara mungkar tidak akan dilakukan hambaku
apatah lagi perkara syirik cuba menduakan aku
Sebenarnya aku ini Tuhan yang kamu sembah!

Oleh: Nurimanja,
catatan Penceramah Bebas,
jam 8.malam 28/7/2010.