Ahad, 25 Julai 2010

MERENUNG KITARAN ALAM




Kitaran alam
Bunga berkembangan
Dan bunga pun layu
Air pasang, air pun urut
Inilah kitaran alam
Sudah semula jadi
Sebenarnya ketentuan illahi
Sebagai riwayat hidup,

Manusia pun begitu
Menunggu hari mati
Jika anda tidak tahu
Asal  usul keturunan
Samalah seperti dedaun
Yang gugur melayang
Tidak tahu asal usul
Dari mana pokoknya?

Oleh; Nurimanja,
BBPBL, Penang.
 8.Malam 10/12/2009.


12 ulasan:

Geletek Pagi berkata...

Setengah itu bukan main sumbong lagi dan lupa segalanya. Malah ada pula yang menentang pihak
pemerentah, segala pemberian dan jasa pemerentah langsung tidak dikenang malah sentiasa saja
ikut serta jika ada demontrasi jalanan, menyokong membabi buta, seperti lembu dicucuk hidung.
hari ini ada petanda sadikit bila bulan Allah datang dan sedia mengambil dari pengajaran dan iktibarperistiwa Israk dan mikraj yang digambarkan oleh Nabi Muhamad SAW kepada umatnya diakhir zaman.
Amin!

PENYAIR AGUNG berkata...

2010 Mac 10 13:57
PENYAIR AGUNG berkata...
SAYA JUGA INGIN BERKONGSI TENTANG ILMU LADUNI... HARAP EN NURI TIDAK KISAH DENGAN PENGKONGSIAN SAYA..


Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang.Ia ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allamaka tidaklah perlu dipelajari,sebaliknya ia merupakan hasil amalan dan taqarrub kita.

IlmuLadunni akan membawa seseorang lebih mengetahui tentang Allah
rahsia diri,hakikat,penciptaandan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangannya.Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni anugerah dari Allah dengannya hamba mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu meninggalkan kehendak dirinya untukmelaksanakan kehendak Allah.

Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah,tipuan diri dan syaitan,tipu-daya dunia,perkara-perkara merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya,
kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya,
keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan makhluk Allah Jadi, yang utama bukanlah ilmu ladunni,tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni.

Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah
seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis menambahkan kesombongan perasan diri hebat.

Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya. Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya hanya disedari oleh orang lain.

Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyak. Ramai para ulamak dan auliyak tidak menyedari karamah pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah,akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan.

SELESAI.

Saizul Maizav berkata...

HILANG KHUSYUK

Nak ambik cuti tak?
bini nak balik kampung?
tapi hari ni plak kerja?
takpa nanti balik kerja
nak kena hantar dia
dapur plak dah lama tak berasap
bini mula berleter
apa nak makan nanti
peti sejuk dah kosong
kejap lagi nak pergi pasar
eh! mana kunci kereta
oh atas rak tv agaknya
bukan atas meja makan tadi
streamyz pulak kena bayar hari ni?
alahai minyak belum isi
kena singgah petronas
tiba-tiba baru teringat?
dah berapa rakaat solat aku ni
dah cukup agaknya?
atau belum lagi?
was-was plak jadinya
kena sujud sahawi ni
tak khusyuk plak solat aku?


Saizul Maisav
semasa solat subuh adoi.. nampak sangat tak khusyuk..
23.7.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Hilang Khusyuk kerana terlalu banyak memikirkan hal kehidupan. Mujurlah boleh penampungnya dengan sujud sahawi. Ada seorang kawan saya pandu kereta hendaak pergi maa pun dia tidak tahu , apa dia fakir, semua dia lupa. Ini lagi parah pula, kawan kedua.perempuan, dia cari senduk hebdak kacau nasi, senduk ditangannya cari x jumpa.. Kena banyak baca quran agar dijauhi penyakit lupa. Ada lagi petua otang dahulu. Jangan baca nama orang meninggal dibatu nisan, jangan makan sulam air.jangan lalu di tengan, bila ada perempuan kiri kanan. Baca YA QAWI 11 kali sebelum bagi salam lepas salam akhir tangan atas kepala. Ini petua en nuri.Insyahallah.

Oleh ' Qalam Mutiara

Geletek Malam berkata...

sokong pendapat geletek pagi! tahniah! isu anda menarik..

Danial berkata...

mmg xreti menghargai! btol tu geletek pagi...

Mega Sutera berkata...

apa2pun kerajaan kena edlidik dahulu butir2 peminjam..

Seniman Jalanan berkata...

eh! kitaran alam? sajak best! dapat 1 lagi lagu.. hehhee

Seri Suri berkata...

btol tu kdg2 kita x thu pun asal usul kita....

Comel berkata...

suka sajak ni! tahniah!

Saidatul Husna berkata...

sajak kitaran alam mmg menarik utk dikongsi bersama...

nurimanja berkata...

setiap sabtu dan ahad sajak-sajak lama akan disiar semula untuk sahabat yang baru menjadi member CR.
Harap maklum.

Sebenar ramai tidak tahu. blog ini dilahirkan pada penghujung julai 2009.tetapi nuri kecil telah terdelek
menyebabkan 7 buah cerpen hilang dan
sajak hampir 260 ke 270 buah hilang..
mulai Ogos 2009 hingga Februri 2010.