Jumaat, 9 Julai 2010

KELEBIHAN DUA MUJIZAT NABI DAUD



Semua haiwan dan jemadat pun mengerti
mereka boleh bertaskir bersama nabi Daud
Dia seorang nabi dikurniakan dua kelebihan
suara yang merdu, tangan boleh mencairkan besi
Allah memerentahkan semua makhluk ikut bertasbih
langit bumi, pokok gunung, burung dan haiwan
agar bertasbih bersama-sama dengan nabi Daud
janganlah kamu hairan kelebihan suara merdu
bunyi pantulan bergema sama suara tasbihnya.


Oleh: Nurimanja.
Catatan Penceramah Bebas.
dua tiga hari yang lalu2010.

34 ulasan:

nurimanja berkata...

3.ISRAK DAN MIKRAJ FASA 2

Pengajaran Daripada Peristiwa Israk dan maikraj

3.2.1 Membuktikan kebesaran Allah yang punya keagungan dan kekuasaan yang melakukan sesuatu dengan
Qudrat dan Iradatnya.Semua gambaran
yang ditujukan kepada pesuruhnya nabi Muhamad saw adalah untuk
disampaikan pengajaran kepada umatnya.


3.2.2 Peristiwa ini juga secara tidak langsung menyetuh tentang akidah dan menguji keimanan kita umat manusia sama ada mahu menerima atau tidak yang nabi Muhamad saw telah melalui peristiwa israj mikraj ini melibatkan empat jinis alam;

1. alam mulk (syahadah), 2. alam malakul, 3. alam jabarut, dan 4. alam izzah (mastawa) sebahagian
daripadanya ini merupakan perkara-perkara (samiyyat) ertinya yang (didengari) apa yang disampaikan
daripada nabi atau al quran tidak boleh difikir atau diujikaji diluar lingkungan daya fikir manusia. melainkan dengan izin dan kehendak Allah swt sahaja.


3.2.3 Gambaran peritiwa ini adalah kehidupan bagi kita menghayati keimanan dengan melaksanakan amalan
seperti solat, jihat, infaq, amanah dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah(terpuji) akan mendapat balasan atau ganjaran yang terbaik daripada Allah swt. Dan bagi golongan yang melakukan perkara terkutuk ini: zina, makan riba, makan harta anak yatim engan bayar zakat, mengumpat,takbur dan segala macam sifat mazmumah(keji) pasti akan menerima azab yang pedih (dahsat).


3.2.4.Setiap manusia seestinya cuba menghindarkan dii dari godaan iblis dan syaitan yang mana kekayaan dan kemewahan di dunia sebagai wasilah disamping perancangan yang halus dari golongan Yahudi dan Nasrani untuk mempengaruhi umat nabi Muhamad akhir zaman teperangkap dalam jebak mereka.


3.2.5 Solat lima waktu ada kemuncak segala ibadat. jika betul solatnya akan memperbetulkan amalan-amalan kehiupannya. Solat adalah satu ibadat yang diwahyukan secara langsung kepada nabi Muhamad saw di langit.


3.2.6 Setiap muslim tidak kira bangsa dan keturunan apa sekali pun dipandang mlia di sisi Allah swt. jika dia melakukan Tazkiyatul-Nafs (menyucikan jiwa dan hati) dengan perbanyakan zikrullah, solat, membaca dan
memahami alqran, infaq harta, muhasabah, meningati mati dan sebagainya. amin!

nurimanja berkata...

CERPENSIRI4 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
___________________________________
Kerana ketidak dapat pengawalan darahnya yang mula naik dan panas dia digantung daripada tugasnya hamper enam bulan menerima rawatan di syaki tekanan ganguan sakit jiwa.

Semasa menerima rawatan ia sendiri tidak megerti tiba-tiba panas membakar dirinya, darahnya cepat naik jika ada orang menyendir dan menghalang kata-katanya, kian hari bertambah parah, tiada kawan-kawan yang berani bertgur sapa dan bergurau dengannya .

Pernah suatu ketika dia belum lagi pulih menerima rawatan ingatan sepenuhnya, kebetulan, dia melihat ada dua orang anak mudah bergaduh didepanya pasal merebut Seorang perempuan, cinta tiga segi. Mail Gila tidak boleh tenguk dan tidak boleh dengar suara orang meninggi dan memekek dan bertekak, darahnya cepat naik.

Bila dia tegur mereka tidak mahu berhenti, dua-dua orang kena labuh dengan Mail Gila. Lima enam orang pegang mail, kesemuanya Mail Gila kilas tertiarap ke tanah, ada yang makan pasir. Kekuatan Mail gila memang luar biasa, seperti kuatan seekor kerbau jantan naik minyak.

Selepas peristiwa itu dia digantung tugas dan diberhentikan terus setelah para doctor yang merawatinya sukar mengesan penyakitnya yang kekadang baik dan elok, seperti orang biasa, tetapi bila datang angin yang panas barannya tidak siapa dapat menghalangnya, disahkan bagi penyakit keturunan yang sukar dikesan.

Setelah dia diberhentikan menjadi seorang tentera bersama sadikit pampasan Mail gila pulang ke kampong. Namun dia tidak pula menunjukan tanda tidak siuman malah mengadakan kenduri majlis kesyukuran di masjid memberi jamuan kepada orang kampong.

Pada mulanya oang kampong masih menghomati Mail gila, tetapi lama kelamaan wang pampasannya pun sudah habis.kawan-kawan yang karib pun mulai menjauhkan diri. Mail gila terpaksalah menjalani
kerja-kerja kampong yang tidak menentu hasil usahanya.

Walaupun begitu, sikap Mail telah banyak berubah. Dia kelihatan lebih warak selepas ditamatkan perkhimatannya dalam tentera. Dia lebih awal ke masjid, malah lama dia berzikir dan berwirik di dalam masid. Orang yang paling dihormati Pak Ngah Halim anak Pak Ndak Mahmud seorang tuk Iman di kampong itu.

Pak Ngah Halim memang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya bila keadaanya mula tidak setabil, dan perlu banyak berastakfar dan ingat kepada Allah swt.badan pula sentiasa berwuduk agar syaitan tidak dapat masuk.

BERSAMBUNG.

Ali Conan berkata...

KUASA LIDAH

kata-kata sang lidah
tiada akan terhenti
selagi belum merasa puas
selagi semua belum terlontar
lidah tidak bertulang
senjata paling ampuh
buat tuan berkot hitam
melontar segala hujah
memangkas segala belaan
hebat sekali kuasa
anak didik tekun membatu
dengar ajaran sang guru
telinga luas terhampar
serap segala ilmu
hebat sekali kuasa
suami perkasa diam menyepi
dengar hujah sang isteri
telinga tebal berinci
tahan bedilan bertalu
hebat kuasa lidah...

Ali Conan
Senawang
2.7.2010

Qalam Muiara berkata...

ULASAN:

Ali Conan Senang ajak bertajuk KUASA LIDAH.jika ada orang takut dengan lidah
Ada baiknya berkawin dengan oang bisu. Dua pengaruh besar ini yang selalu boleh
Membawa kebaikan dan kejahtan. Maka tidak hairan dalam israk dan mikraj pun ada gambaran orang yang mengunting lidahnya sediri.kepecahan bangsa melayu kepada tiga juga kerana lidah dan hati yang sering saja tidak rasa senang dan sebulu. Sebenarnya kita orang Islam masih ingat hari akhirat, jika kita pun rasa sama dengan si kerusi roda itu kita juga boleh hentam apa saja. Kini pun tuhan sudah tunjuk.tidaklama lagi tak boleh bercakap.

Mona berkata...

wah! hebat jgk mukzijat nabi daud ni...

Angker 13 berkata...

oh.. rupanya nabi daud la boleh melebutkan besi..

Brader Joe berkata...

la..selama ni aku ingat nabi ayob yg suara merdu rupanya daud ker?

Seri Suri berkata...

eh! nabi daud suara merdu ker? wah!

Abul Hassan berkata...

menarik jgk sajak nabi ni? esok nabi ape plak yer? hehe

Bob Kuli berkata...

nabi daud klu ade skrg? sah Akademi Al Quran dia sapu smua! haha

Danial berkata...

eh! nabi daud mmg hebat! kalau mngaji msti menang ni...

Karim Ghani berkata...

eh! mail ni pak sibuk jgk? lantak la dorg bergaduh yg dia msuk campur kenapa! adoi...

Mat Noh berkata...

giler pnya kuat mail ni? dia mentedarah ape???

Yusof Lim berkata...

mmg manusia yg memrbahaya mail ni smua org dia nak belasah jer...

Ustaz Zulkainain berkata...

5org pun x boleh kalahkan mail sorg??? wah! dia pakai ilmu kebal ker?

Malik Wariya berkata...

eh! mmg gila tahap maxima mail ni! smua org dia nak lanyak! bahaya btol..

Mat Noh berkata...

pak ngah halim? anak pak dak mahmud? eh! dorg ni bkn ke sedara en nuri dalam cerpen yg sebelum ni??? ada hubung kait ker?

Usop Nayan berkata...

pak ngah halim pun ada??? mcm knal ja nama ni?

Jengking Perak berkata...

eh! dia gila? mne boleh sembahyang x sah....

Julia berkata...

wah! skurangnya ada jgk org ambik berat kt mail.. bagus pak ngah halim ni...

Pak Awang berkata...

eh! cerita mail ni makin lama maik suspen plak?? x sabar nk thu kesudahan...

Mega Sutera berkata...

cerita mail ni boleh dikatakan cerita terbaik lps cerita mencari ketenangan...

Ismail Harakam berkata...

agaknya mcm mne la akhir sekali cerita mail ni??? harap2 dia jd normal... hehe

Ku Dania berkata...

mail ni derita penyakit misteri ke?? buatan org kot?

Mawar Harum berkata...

eh! siap buat jamuan lagi lps dibuang dr tentera?? mmg pelik...

PENYAIR AGUNG berkata...

EH! TAJUK CERPEN NI MAIL KAWIN DENGAN JANDA KAYA???? TAPI SETAKAT YANG SAYA BACA TIADA PUN TANDA2 ADA JANDA KAYA DALAM CERITA NI????

Lagenda Pulau berkata...

Wwah! best cerita israk mikraj ni sambung lagi en nuri...

Zain Issac berkata...

byknya alam? sampai 4 plak? pening kt situ...

Richard Sirosa berkata...

wah! skrg baru saya paham serba sedikit tentang islam... terima ksih en nuri...

Guest berkata...

ada smbung lagi x cerita israk mikraj ni en nuri???

Qalam Musofa berkata...

menarik! padat dgn smua isi yg senang paham! tahniah en nuri best cerita israk mikraj ni...

Geletek Malam berkata...

eh! xkn dh hbis cerita israk mikraj ni?? sambung la lagi x puas baca.

Faisal Syafie berkata...

semoga mail jd org yg berguna xknlah sampai mati dia gila? sian dia...

Panah Arjuna berkata...

cepat sambung lagi en nuri! best la cerita israk mikraj ni...