Sabtu, 10 Julai 2010

MENGENALI PADANG MASYAR.




Sebagai umat Muhamad
kita perlu mengtahui segalanya
sebagai satu persiapan persediaan
buat bekalan, pengetahuan dan amalan,
sebelum berlaku sesuatu mendukacitakan.

Ingat di padang masyar
Kita punya satu kehidupan lagi
yang perlu kita lalui dinamakan
satu hari perhitungan yang dahsat
ketika ditiup sangkala pertama
40 tahun berlaku kematian semula
kemudian ditiup sekali lagi
dibangkitkan kehidupan semuala

Kehidupan dari kebangkitan ini
di padang masyar satu perbandingan
dengan air untuk menghidupkan
segala kehipan di dunia ini
agar manusia mengambil pengajaran
bila kita yang hidup dimatikan
kemudian dihidupkan semula
di pehimpunan padang masyar
sedia redha mengingati akan mati.

Oleh; Nurimanja,
BBTK, Bayan Lepas, Penang.
Catatan 21hb,Disember, 2009.


31 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPENSIRI5 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
____________________________________________________________________
,

Bila musim padi masak orang kampong tidak Nampak kelibat Mail gila lagi di kampong itu. Dia hilng entah kemana , bila ditanya tiada siapapun yang tahu termasuk orang yang agak rapat dengan Pak Ngah Halim.

Sejak dia jadi tentera lima tahun dulu maknya pun sudah berkhawin lain dengan orang Tanjung Piandang, adik-adiknya juga turut berpindah sekolah. Rumahnya jadi kosong kembali.

Ada yang mengatakan dia kerja kampong ambil upah buat bendang di rumah bapa tirinya. Ada kata dia jadi bilal di sana. Ada juga yang mengatakan dia kerja kilang di Perai. Berbagai andaian telah dilemparkan kepada Mail gila.

Suatu hari orang kampong semunya terkejut melihat Mail gila balik dengan sebuah kereta, disebelahnya ada seorang perempuan yang memandu kereta melewati waktu maghrib di hadapan masjid.
Terbeliak biji mata anak qariah kampong itu.

Beberapa orang anak muda di kampong itu memberi tahu Tuk ketua dan Tuk iman Pak Ngah Halim yang telah mendidik Mail gila sadikit sebanyak dengan ilmu agama. Kini Mail gila buat hal lagi.

“Dulu Nampak warak bukan main, tetiba saja balik bawa betina pula, malam hari pula tu,” Gerutu seorang kawan lamanya juga Abas Sharif.

“Mala mini kita tangkap saja tuk Iman.” Kata pula Tuk Bilal lebai Noh.

“Hai tak baik, kita kena tanya dahulu, mana boleh serbu sebarang..” Kata Tuk ketua kampong Nibung Hangus Pak Long Jali. Di sokong pula oleh pak cu at, dengan mengangukkan kepalanya sambil trsenyum dengan cerut cap tekonya.

“Dah dua malam dia balik. Duk bergelak samapi jauh malam. Itulah mak long hang Duk kata, Mail ini bawa balik sapa. Pakai kereta proton pula, mesti orang berada.” Kata Pak Long Kasa pula. Karana Mail memang berjiran dengan rumahnya.

“Itulah , lama tak Nampak. Tetiba balik dengan kereta bawa betina pula. Woii bukan main dahsat
Mail kali ini.” Kata Jantan duda yang tak khawin sampai ketua Setelah isterinya yang muda dara mati bersalin anak sulungnya.

“Apa-apa pun kita tunggu apa kata Tuk Iman Pak Ngah Halim dulu,”kata Pak Long Jadi pula. Pakcu at terus mengangukkan kepalanya, sambil memusing-msingkan curutdimulutnya. tersengeh senyum.
BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT AKU LUPAKAN

CERITA SESAT DALAM KELAMBU –telah pun dijadikan sajak.

Anih, kebanyakkan orang selalu sesat dalam hutan belukar , dalam laut , sungai atau kampong ,dalam pekan atau bandar.

Semasa itu aku masih belasan tahun, kuat berkayal,kerja berat sikit tidak boleh, kaki penyakit, badan kurus Kering, mudah kena asma, selalu saja tidak boleh makan banyak, nanti semput, dua tiga hari pula aku kena puasa.

Satu hari aku kena deman agak kuat Maliyria/panas, muka pun panas , badan pun panas, tetapi kaki rasa sejuk, mata pula jadi berpinau-pinau, aku tenguk ke tanah dari atas rumah, macam sayu saja. Takut ada, cemas pun ada, terasa aku macam masuk ke satu alam deminsi yang ke 5.

Aku ingat nak mati dah, Nampak papan keranda, mimpi orang mati saja setiap hari, aku pun macam tak begitu betul, minta maaf dekat siapa saja, malah aku baca quran dan hadis untuk anak saudara aku yang masih kecil depanku, apa yang mereka tahu, rasa semacam hendak mati sesangat, minta maaf kepada semua adik beradik dan rasa nak minta maaf orang seluruh dunia.

Aku berasa waktu itu masa berjalan cukup lamadan lambat. Jam baru pukul 9. 00 pagi aku rasa sudah masuk waktu zohor, habis salam , aku kerja hendak tidur saja, sudahlah solat duduk, terus tidur atas sejadah. Berapa lama aku tak ahu, mata jadi berat dada semacam berdebar-debar rasa takut.

Aku pun marah dengan keluargaku, kenapa masak nasi terlalu lama dari pagi ampai petang. Sedangkan masa belum lagi jam 10 pagi. Aku hentam solat zohor dua kali, bila aku dengar macam ada suara azan,
aku pergi ambil wuduk solat assar pula, selepas salam, aku tenguk jam belum pukul 11 pagi. Belum masuk waktu zohor. Yang aku hentam solat assar buat apa.? Dua-dua solat aku batal.

sambung esok!

Petualang Tiga berkata...

GAGAK RIMBA

wahai merak kayangan
mengapa kau datang lagi
mengapa bertamu di sini
sudah berkali ku katakan
aku cuma gagak rimba
langsung tiada sepadan
tidak mungkin kita seiring
pergilah kau ke sana
bersama teman merakmu
usah kau jejaki lagi aku
kita tak mungkin bersatu
aku tak mungkin jadi merak
tolonglah fahami sedalamnya
bukakan segala kewarasan
bentangkan akal luasmu
pandang jauh ke hadapan
bulatkan mata seluasnya
lihatlah siapa aku
aku gagak rimba
hanya layak di sisi gagak


Petualang Tiga
UiTM
2.7.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Petualang Tiga UiTM dengan sajak GAGAK DIRIMBA. Disini ada rasa rendah diri pengucapan yang boleh dibuat andaian. Gagak biasanya sering menjauhkan diri dari Merak dan tempatnya pun di rimba. Perbandingan bezanya dengan Merak dikatakan turun dari kayangan ( pinjaman kata nyanyian allahyarham P. Ramlee) terlalu sukar untuk berkawan ataupun bersama. Dengan kata lain menilai diri mungkin tidak sama tinggi kedudukan dan juga rupanya. (gagak mungkin merentah diri) Tetapi tidak juga mustahil jika kalau sudah merak memandang si gagak bagai jantan pelihannya yang menarik hatinya atau bagai hitam metalik yang mempersona.

Hafizudin berkata...

oh mcm ni rupanya cerita di padang masyar???

Kaki Hantu berkata...

alamak! sajak padang masyar plak? insaf baca...

Kevin Chong berkata...

oh mcm ni padang masyar ingatkan mcm mana lah sebelum ni x thu plak sy?

Mualim berkata...

sajak padang masyar plak? wah! lain dari yg lain... menarik! syabas!

Lelangit Biru berkata...

menarik jgk sajak padang masyar ni...

Mega Sutera berkata...

eh! en nuri kena buatan org ker masa ni???

Brader Joe berkata...

sesat dalam kelambu??? tp cerita en nuri xde pun psl kelambu?

Saiful Amri berkata...

sian en nuri terseksa btol.. sadis sy bca....

Mawar Harum berkata...

en nuri kena santau ke masa ni?? pelik2 je kejadian en nuri hadapi...

Rossa Long berkata...

ni msti kecik2 dulu en nuri x kena enjek? sbb tu en nuri slalu sakit...

Ustazah Hamidah berkata...

en nuri sorg je kena atau ada jgk adik beradik en nuri pun kena?

Kaber Arafat berkata...

eh! pelik penyakit en nuri hadapi ni... dh berubat x?

Ezad Emir berkata...

en nuri kena penyakit apa ni? x pi hospital ker?

Bulan Terang berkata...

en nuri menderita penyakit misteri ke? xpegi bomoh ke masa ni?

Budak Rap berkata...

menarik jgk cerita sesat dlm kelambu ni byk suspen jgk...

Guest berkata...

tjuk sesat dalam kelambu bkn dulu en nuri buat sajak ke? kali ni cerpen plak?

Jalil Janggut berkata...

eh! sdih plak baca penyakit en nuri kena ni....

Naruq Haqq berkata...

pelik btol mail ni hilang mcm tu je??

Geletek Perut berkata...

eh! mail bawak balik pmpuan?? bini dia kot?

Pak Ngah But berkata...

eh! mail ni tetiba jd kaya? dia masuk saham ker?

Qalam Musofa berkata...

tetiba lama menghilang bawak pmpuan plak? ape pnya mail ni....

Ismail Harakam berkata...

mail ni msti keje jd drebar kot??? hehe

Nuri Kecil berkata...

mail ni bawak pmpuan? sapa pmpuan tu agaknya? bos dia kot?

Atuk berkata...

mail ni bawak pmpuan plak? sapa pmpuan ni bos dia kot?

PENYAIR AGUNG berkata...

MUNGKIN MAIL BAWA BALIK BINI DIA YANG JANDA KAYA TU KOT??? TAPI MACAM MANA DIA BOLEH KENAL DENGAN JANDA TU???

Saidatul Husna berkata...

semakin lama semakin mendebarkan cerita mail ni...

Rembulan Senja berkata...

pak ngah halim x thu ke sapa yg mail bawak tu??? kan pak ngah halim rapat dgn mail tu...