Khamis, 8 Julai 2010

BILA KATA MESTI DIKOTA JANGAN BUAT DIAM SAJA



Pemerentah kini akan dipermainkan
jikalau apa yang dikata tidak dikota
bila ada peraturan tidak ditegaskan
jangan biar musuh banyak dalam selimut
mengapa budaya putarbelit dibiarkan
kelemahan inilah musuh curi kesempatan
sepatutnya perentah cuba untuk menekan
supaya tindakan tegas patut dikenakan.

Bila keadaan tidak mahu diseriuskan
musuh-musuh akan cuba mencari peluang
dengan mudah mempermainkan undang-udang
ada berita sebenar menjadi tidak benar
bila cerita dusta telah pun digemburkan
kita perlu mencari dimana kelemahannya
kerana ketiadaan satu tindakan ketegasan
pendusta fitnah akan hancurkan kerajaan.

Oleh ; Nurimanja
suara rakyat suara kita gen Suara Pulau lama x bersuara. 
Tanggal dua tiga hari Julai lalu 2010.





37 ulasan:

nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ FASA 2.

2.1. Setelah melalui lapisan langit yang ke tujuh, Nabi Muhamad saw melihat berbagai keajiaban
sehingga nabi dibawa ke Sidratul muntaha . Disinilah nabi Muhamad saw dapat melihat akan wajah
malaikan Jibrail yang sebenarnya

2,2, Nabi juga dibawa melihat syuga yang lapan tingkat dan neraka tujuh tingkat. malah nabi juga diperlihat dengan penghuni masuk syurga dan penghuni masukneraka . Malah kebanyak penghuni orang masuk syurga ini terdiri daripa orang mikin dan penghuni masuk neraka pula kebanyakkannya wanita.

2.3. Nabi juga dimikrajkan sehingga sampai i satu tempat yang dinamakan "Mustawa" sehinggalah
telinga nabi terdengar Qalam yang menlis di Luhil Mahfuz. nabi naik lagi sehingga ke Arasy dan
disinilah nabibermunajat dengan Allah swt.


2.4. Makan kemuncak dari Israk dan Mikraj ini, adalah keperluan ibadat solat. Pada mulanya ibadat
solat ini difardhukan seanyak 50 waktu. ttapi di atas nasihat nabi Allah Musa,nabi berulang alik
meminta Alah mengurangkan sehingga menjadi lima waktu sahaja seperti yang dikerjakan pada hari ini.


BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

CERPENSIRI3 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
____________________________________________________________________


Beberapa bulan yang lalu begitu juga Mail Gila hampir hendak berparang dengan Harun anak Haji Resad ,orang kaya yang banyak kebun nipah, kelapa dan kelapa sawit di kampong itu. Mungkin tuduhan liar agaknya, Bila Harun dapati pucuk nipahnya banyak yang hilang ditebang orang.

Sememangnya Mail Gila ada menebang pucuk nipah, tetapi dia mengambil pucuk nipah liar yang tumbuh ditebing sungai, tanah rezab kerajaan bukan ada siapa yang punya, itu pun kalau dia sudah tidak ada wang dan kerja lain seperti upah menebas, kopek kelapa, atau kerja kontrak di estate, tidak ada lagi,

Kalau musim potong padi dia ambil upah Ada sikit duit, kalau tidak pun dia pergi tikam udang galah di sungai musim air jernih , dapat juga sepuluh dua untuk belanja
harian. Itulah kehidupan Mail Gila di kampong. Tetapi tidak ada siapa pun yang tahu, dia punya cita-cita untuk menjadi seorang tentera.

Pagi esoknya beberapa orang pegawai polis telah datang ke rumah Mail Gila, mereka mengejutnya, Beberapa kali namanya dipanggil, tiada jawapan. Suasa juga nampak sunyi dan lengang.
keputusan diambil, pintu rumah Mail Gila dipecah, tetapi Mail Gila sudah pun menghilangkan diri.

Sejak peristiwa itu lebih lima tahun Mail Gila menghilangkan diri sehingga waran tangkapnya pun habis. Malah tidak ada seorang pun yang tahu kemana Mail Gila pergi. Ada khabar angin mengatakan dia bekerja sebagai buruk kontrak di bandaraya Singapore, Ada pula yang mengatakan dia diam di rumah kongsi pekerja pendatang haram Indonesia di bandaraya Kuala Lumpur.

Setelah bertahun tidak pernah dengar khabar berita , tetiba ada orang mengatakan Mail Gila jadi tentera dilatihan tentera kem Kumunting Taiping Perak. Malah ramai daripada orang kampung tidak percaya, tetapi apabila bersua dengan beberapa orang budak kampungnya yang juga sama jadi tentera , barulah semunya percaya.

Mail Gila pandai ambil hati dia begitu baik dengan pegawai atasan dan rajin membantu bila disuruh, hamper dia hendak dinaikan pangkat setelah beberapa bulan tamat latihan.

Tetapi nasibnya malang, entah bagaimana setelah terima gaji, membayar duit motosikal dan belanja ibu dan adik-adiknya di kampong, dia naik berang di sebuah restoran, mukanya naik merah macam udang dibakar, dibelasahnya tauke restran dan pekerjanya, malah beberapa orang lagi kawan-kawa sekerja dalam tentera yang hendak mendamaikannya.Habis lebam dan bengkak dilanyaknya.

BERSAMBUNG.

Satria Juragan berkata...

GEMBALA KERBAU

gembala kerbau riuh menyanyi
lagu merdu iringan pagi hari
gelagat yang riang ceria sekali
khabar apa ingin dikongsi
apa agaknya berita dibawa
mungkinkah khabar ria gembira
atau khabar duka lara
atau hanya mainan semata
hati yang lara menjadi ceria
melihat kepulangan teman bicara
berbunga jiwa segera disapa
jiwa merindu terubat segera
duduk sejenak di bangku kayu
melepas segala rindu bertamu
bicara halus selembut baldu
hilanglah rindu di angin lalu
terima kasih gembala kerbau semua
khabar gembira sudah diterima
dua jiwa sudah bersama
semoga kekal hinggal akhirnya


Satria Juragan
Kota Bharu

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak Satria Juragan dengan sajak Gembala Kerbau dengan khabar gembira, nyanyian lagu merdu,satu suasana yang mengembirakan , bila menerima berita yang mungkin menyenangkan hati rakyat buat keberuntungan bersama. Jika anak peneroka tunggu saja bulan ramadhan ini ada ganjaran duit raya berkat keuntungan pertanian.
begitu juga posman dan anggota tentera, akan ada habuan rezeki Allah swt, semoga berkat kerja kuat dan muafakat yang dilakukan. Kalau di KB mungkin royalti minyak untuk diagihkan untuk kepentingan rakyat. Cuma andaian saja.

Brader Joe berkata...

panas baran btol mail ni smua org dia nak lanyak...

Mualim berkata...

eh! org gila pun jd tentera ker??? hehe

Tanpa Wajah berkata...

eh! terus bilang mcm tu mail ni??? wah! pakai ilmu ghaib ke ape ni?

Ezad Emir berkata...

patutnyer kalau dia x salah jgn la lari ni dia lari nmpk sgt dia salah..

Ali Conan berkata...

eh! senang2 je dia jd tentera??? pelik jgk...

Sudin Ramlee berkata...

mail gila ni mmg panas baran terlampau! smua org dia nak lanyak...

Harimau Berantai berkata...

asyik dia je belasah org mail ni nk tgk jgk org belasah dia plak? hehe

Danial berkata...

eh! mail gila ni lari mcm mne? tiba2 ada kat tentera plak?

Seri Suri berkata...

alamak! ganas giler mail ni! dasyat..

Angker 13 berkata...

sian dia org tuduh mcm2 sbb dia betol sgt...

Julia berkata...

mail ni xde anak langsung ker??

dam catur berkata...

mail ni bila nk jd normal asyik gila jer...

Kamal berkata...

jd tentera pun masih nk belasah org jgk? gila mmg gila mail ni...

Tengku Anita berkata...

alamak! biar btol penghuni neraka pmpuan ker????

Mona berkata...

eh! menyeramkan penghuni neraka pmpuan plak?

Mat Noh berkata...

eh! org miskin masuk surga ker? alhamdullilah....

Abul Hassan berkata...

nabi tgk muka malaikat jibril?? mcm mnelah agak2 muka jibril tu?

Rembulan Senja berkata...

wah! mcm2 nabi nmpk kt langit tu.

Sharifah berkata...

nabi jmpa mustawa?? ape bnda tu mustawa?

Comel berkata...

wah! nabi jmpa muastawa dan arasy dan terus bermunajat??? menarik...

Saizul Maizav berkata...

klu x 50??? klu 50 mampus org mcm ni... selamat skrg 5.. hehe

Mozaire berkata...

50 waktu??? mcm mne agaknyer nk tunaikan? leh patah lutut ni..

Richard Siriosa berkata...

rasa seronok plak ikut cerita israk mikraj ni sbb snang phm...

Kevin Chong berkata...

menarik jgk cerita israk mikraj ni sambung lagi en nuri...

Zain Issac berkata...

kenapa surga ada 8 neraka ada 7??? pelik...

Malik Wariya berkata...

mail ni umur berapa masa dia gila ni???

Harimau Berantai berkata...

kenapa dia lanyak org kt restoran tu?? sbb kata dia gila ker?

Ku Dania berkata...

msti dorg perli dia ni sbb tu dia mengamuk kat restoran tu...

Nahul Hidzar berkata...

cerita mail ni cerita btol ke en nuri???

Karim Ghani berkata...

mail ni pangkat apa dlm tentera? prebet ke?

Mawar Harum berkata...

mail ni xde sedara mara ker??

Jalil Janggut berkata...

cerita ni mmg cerita pengajaran lain kali x boleh mengusik org gila..

nurimanja berkata...

dalam pengembaraan nabi di siradul mutaha sehingga tempat tertinggi alam mustawa , setengah berpndapat
tidak ada siapa yang boleh samapi
ke situ, malaikan nabi termasuk malaikat Jibrail pun trhenti dipintu langit ke tujuh.Inimungkin sukar digambarkan melainkan dengan mata hati, kerana melewati alam ghaib,(luar kotak fikiran manusia) dan berbagai alam lagi, kita juga tahu alam barzah, alam roh, alam mimpi,alam akhirat tetapi terlalu sukar untuk digamarkannya, cuma dua tiga alam saja yang kita telah rasa. contoh alam rahim (dlm kandungan tetapi tidak sedar) alam fana (dunia) alam mimpi (kita yang tahu dan rasa) alam lain sedang menungg....