Memaparkan catatan dengan label pengajaran haiwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengajaran haiwan. Papar semua catatan

Khamis, 1 Julai 2010

DAILOG TIGA EKOR HAIWAN



Waktu maghrib telah masuk
azan pun berkumandang di udara
di tengah padang permainan bola
kelihatan anak muda masih bermain
dilihat:lembu, kambing dan kucing

lembu berkata kepada manusia:
"Cukuplah tu bermain bola.!
 Esok pula sambung semula!!"

Kambing pun menyampok:
"Bila hendak balik?
 Maghrib dah nak habis!!"

Kucing pula berkata;
"Tak solat tak risau?
 di akhirat nanti baru kacau"

Maka berkata ketiga haiwan itu:
"baik manusia menjadi haiwan,
 kami pula jadi manusia,
 akan kami tunduk dan patuh
 kewajiban kami kepada Allah swt.".

Oleh: Nurimanja,
catatan lama tiga empat tahun lalu
ketiga mendengar ceramah di sksa 2002.

Selasa, 16 Februari 2010

BELAJRLAH DARI HAIWAN

 
Bayi tidak akan terbuang
ke longgokkan sampah atau ke dalam sungai
sekiranya belas ihsan mengatasi haiwan
tidak akan dibakar jika imannya
lebih tebal daripada haiwan.

Dunia akan aman damai
jika manusia belajar dengan  kehidupan haiwan
lihatlah berbagai bentuk resam pergaulan
masing-masing dengan kelompoknya
tidak mengganggu sesiapa

Kita kena belajar sadikit
dengan merenung kehidupan haiwan melata
carilah yang terbaik daripada sikapnya,
kerana Allah menjadikan sesuatu itu
pasti ada pengajarannya.

Oleh; Nurimanja,
lapan malam 15/2/2010.
Pulau Mutiara.