Selasa, 16 Februari 2010

BELAJRLAH DARI HAIWAN

 
Bayi tidak akan terbuang
ke longgokkan sampah atau ke dalam sungai
sekiranya belas ihsan mengatasi haiwan
tidak akan dibakar jika imannya
lebih tebal daripada haiwan.

Dunia akan aman damai
jika manusia belajar dengan  kehidupan haiwan
lihatlah berbagai bentuk resam pergaulan
masing-masing dengan kelompoknya
tidak mengganggu sesiapa

Kita kena belajar sadikit
dengan merenung kehidupan haiwan melata
carilah yang terbaik daripada sikapnya,
kerana Allah menjadikan sesuatu itu
pasti ada pengajarannya.

Oleh; Nurimanja,
lapan malam 15/2/2010.
Pulau Mutiara.


19 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN CR. ;BERSIRI YANG KE 14 .MK 1. BETAJUK : PENGKALN BATU.
Oleh : Nurimanja Serawak. : Sempena Tahun Baru China Gong Xi Fa Chai 20!0.
_______________________________________________________________________

LIM AH HOCK lemah mnghayung langkah menuju ke Pengkalan Batu yang menghala ke muara sungai. Lim Ah Hock berdiri lama di situ, matanya merenung jauh di tengah sungai Muara Tuang..

Matahari petang sedang mengisut di kaki langit,air sungai bergemrcik di tiup angin bayu petang, burung-buung camar betrbangan mencari kawan.Lim Ah Hock tekenang peistiwa hitam yang pernah mencengkam sejarah hidupnya beberapatahun yang lalu, sehinga kini Dia kehilangan seorang isteri yang amat dikasihinya.

“Lim! Esok aku ingin brsamamu?” Kata Swee Lan memecah kesunyian hening malam itu. Lim yang kurang sihat dan sering diserang bantuk-batuk kecili malam hari, telah membiarkan peranyaan itu dibawa angin malam berlalu.

“Lim,esok aku ingin bersamamu,””
Ulang Swee Lan lagi sekali dengan penuh harapan.
“Hendak kemana?”
“Ke hutan,”
“Buat apa?”
“Menebang bakau,”
Lim Ah Hock memanang muka Swee Lan yang berwajah bujur sireh itu. Swee Lan tunduk, hatinya begitu sayu bila melihat tubuh Lim yang bertambah kurus dan cengkong kerana bekerja kuat di hutan bakau itu.

“Benarkanlah aku pergi Lim.”Rayu Swee Lan. Lim Ah Hock menarik nafas panjang, kemudian dia melepaskannya pelahan-lahan, jari-jari tangannya memicit-memicit dahi kepalanya yang terasa pening.

“Tak usahlah Swee Lan,” jawab Lim, sambil merebahkan tubuhnya di pangking kayu yang bersirat tali jerami, Dia terbatuk-batuk kecil, kemudian bertambah kuat bunyinya.

Swee Lan segera menghampirinya, dia segera mengurut-ngurut dada Lim, sebotol ubat batuk yang tinggal separuh isinya diberi minum kepada Lim Ah Hock.Setelah batuknya reda.

“Di hutan itu bukannya suatu yang senang,”Kata Lim, matanya merenung ke tulang bumbung, saolah-olah dia sedang melihat hutan bakau yang penuh dengan lumpur, agas, naymuk,
Ular kapak, babi hutan dan akar –akar bakau yang berceracak tajam menikam kaki.
“Terdayakah oleh kau?”
“Aku akan cuba,”jawab Swee Lan.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CRSIRI 24 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK ; FATIMAH SEDEKAH KALONGNYA.

_________________________________________________________________________________________________________________


Satu hari Fatimah anak nabi Muhamad saw didatangi seorang peminta sedekah, Fatimah dengan rasa sedih telah menyedekahkan kalong kesayangannya kepada pemnta sedkah itu.Bila peminta sedekah itu memberi tahu kepada nabi,
Muhamad, air matanya pun keluar mengalir dan sahabatnya yang melihat pun bersedeh.

Lalu sahabat nabi itu pun bertanya kepada peminta sedekah itu, "Berapa patut jual kalong itu kepada saya?".
"Dua puluh darham." jawab peminta sedekah itu.
"Saya akan bayar seratus Dinar untuk Pak Cik untuk beli roti, kain solat dan unta untuk perjalanan."kata sahabat nabi itu,sambil menyerahkan wang dinarnya kepada peminta sedekah itu.

Sahabat nabi kemudiannya menyerahkannya semula kepada Fatimah kalong kesayangannya itu. nabi amat terharu,Bagaimana Allah mengerakkan hati sahabat nabi untuk membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan menyerahkan
semula kepada Fatimah.

Pengajaran;
Seorang yang membantu walaupun dengan benda kesayangannya. Allah akan membantunya kembali dengan keikhlasan.
Jika sesuatu benda itu masih rezeki kita, biar bagaimana susah pun dia tetap akan menjadi hak kita juga.janganlah bersedih setiap yang miskin atau kaya itu mesti ada hikmahnya disisi Aallah SWT. Amin...

nurimanja berkata...

ISU SEMASA;
MASALAH BUNG BAYI.

Ada tiga sebab Allah SWT masih membenarkan menurunkan hujan kepada makhluk di muka bumi ini, kerana bayi, ungas kecil, dan orang tua.

Jika bayi dibuang, ungas kecil dibubuh racun serangga, orang tua-tua dicampak kerumah orang tua pengasuh. tunggulah bala akan menimpa..

Jika ketiga ini musnah, hujan tidak akan turun, Allah tidak akan
memberi belas kasihan lagi, kerana ketiga-tiga ini tiada lagi di
dunia ini.....

AWASLAH WAHAI MANUSIA, BELAJARLAH DRI HAIWAN BINTANG YANG MELATA.

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CRSIRI 26 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK ; KISAH NABI ISHAK DENGAN TIGA ORANG PEROMPAK.
_____________________________________________________________________


Nabi Ishak telah dirompak dua ketul emasnya oleh tiga orang perompak,sewaktu mereka melarikan diri, mereka bercadang hendak memberi emas itu sama rata, Tetapi mereka ada bertiga.

Dua orang cuba mencari akal meminta eorang daripadanya pergi membli roti, sekembalinya dari kedai, mereka bercadang hendak membunuhnya, dua ketul emas itu boleh dibahagi sama rata.

Sibembeli roti bercadang hendak membunuh dua sahabatnya dengan meletakan racun ke dalam roti yang dia beli. Sewaktu dia pulang,kedua kawannya itu telah pun bertindak
membunuhnya.kemudian memakan roti, akhirnya keduanya mati.Kemudian nabi Issa kembali mengambil dua ketul emasnya kembali yang cuba dirompak itu.

Pengajaran;
Orang yang tamak selalu rugi, seperti bunyi pantun, dalam semak ada duri, Ayam putih buat sarang, orang tamak selalu rugi, seperti anjing dengan bayang-bayang.

kata orang kalau bukan rezeki kita nasi dalam mulut pun boleh jatuh
Semula ke tanah.

Mozaire berkata...

cerpen ni pasal komunis gak ker?

Ali Conan berkata...

huh! cerita pasal cina plak! yela ni kan dh raya cina.... hehe

Atuk berkata...

cerpen menarik.. msti lps ni ceritanya akan jd lebih menarik...

Nama Aku berkata...

eh! cerpen pasala org cina plak? msti cte bintang tiga ni....

Tengku Anita berkata...

akhirnya sapa pun x dpt! hahaha padan muka tamak sgt!!!!

dam catur berkata...

padan muka tamak sgt sape pun xdpt! hahahaha

Jengking Perak berkata...

mmg kesian btol perompak tu... rupanya tiga2 smua jahat2!!! akhirnya mati jgk.. alhamdulilah...

Seri Suri berkata...

dorg ni lebih hina dr binatang! ade ke buang bayi mcm tu jer....

Mentari Senja berkata...

kerana nafsu anak2 yg jd mangsa! mmg tragis la... sedih tgk bayi kena buang klu xnk letak je la kat masjid...

Mona berkata...

aku doakan pd sapa yg buang bayi akan dapat hukuman yg setimpal!!! biar tuhan latnat dia!

Pengembara Masa berkata...

sepatutnya anak tu anugerah tuhan ni dibuang mcm tu... adoi...

Kaki Hantu berkata...

mmg manusia akhir zaman dh skrg ni... aku doakan kalau tuhan nak kasi bala pun jgn la org yg x bersalah pun kena amin...

Firasat Hikayat berkata...

sian bdk kecik tu xthu ape2 jd mangsa.... kejam! binatang pun x kejam mcm tu!!!!

Puteri Bunian berkata...

MASIH BELUM BERUBAH

Jika pijakan tak menjatuhkanku
Aku akan segera berdiri di atas air
Lalu kubasah tapakku yang membara
Seperti amarahmu saat kucoba menunjuk bintang itu

Aku juga masih bingung
Apa ada yang salah
Mereka di atas tak pernah mengeluh
Hanya saja terkadang kesombongan menyelubungi pekat dunianya
Tapi itu tidaklah penting
Yang jelas aku tak mampu meraihnya

Kemarin ku bawa kuntum mawar putih
Aku tak sempat menanamnya,
sebab dia layu begitu
Tapi aku masih menikmatinya sekejap
Begitu menyakitkan,
hingga menusuk luka musim
Dan kau pun tertawa sambil menitikkan air mata


Puteri Bunian
di asrama KUIS
12mlm

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Masih Belum Berubah sajak Puteri Bunian dari KUIS, Apa-apa pun kita
selalu mengharap. Sesuatu yang baik dikira, tetapi apa yang terjadi kini
sebaliknya.Oleh itu jangan terlalu mengharap akan sesuatu yang belum
tentu ada baik buruknya untuk terus berubah.