Jumaat, 26 Februari 2010

MUHAMAD YA RASULLULLAH

 
Muhamad ibni Abdullah
Muhamad kaulah rasulullah,
kau lahir ditengah keruntuhan akhlak
hidup cuma mepertuhankan kebendaan
lahir anak perempuan ditanam hidup-hidup,
Aqidah  menyembah berhala, bertenung nasib
perempuan, arak, zina, judi dan penjualan hamba,
berkasidah dan mengarang syaeir agenda utama mereka.

Telah datang lelaki pilihan
Al Amin namanya  yang diberi,
rasul membawa rahmat sekelian alam
bersykurlah wahai insan  kepada Allah SWT
kerana memberi sinarnya ke seluruh alam maya
membela nasib wanita dan membebaskan hamba
dari cengkaman musuh pembesar Arab  durjana
hapuskan manusia  bertopengkan kepentingan dunia.
kini bebaslah sudah segala sangsara hamba yang terinanya.

Oleh ; Nurimanja,
12 Rabiulawal 1431
Pulau Mutiara 1 Malaysia.

16 ulasan:

nurimanja berkata...

ABDULLAH BERKHAWIN DENGAN AMINAH
_______________________________________________________________________________________________________________________________

Ada seorang bangsa Arab sanggup mengantikan 100 ekor untuk kepada Abdullah Mutalib syarat asalkan Abdullah sanggup khawin dengan Aminah anak Wahab, ponakan anak Khusyai dan anak Kilab. Sebenarnya Abdullah seorang yang telah ada gf di negeri Syam tempat dia kerap pergi berniaga, sehingga lupa nak balik ke Mekah. terpaksa abang
pergi pujuk balik, cuma nak bagi khawin.

Abdullah sebelum khawin seorang yang kacak, mempunyai cahaya muka atau aura memikat, ramai anak gadis yang tergila-tergilakan kepadanya. Setelah dipanggil balik engan berkhawin, setelah dipujuk, rupanya khawin sok juga. Aminah
watak lemah lembut dan penyabar, membuat dolah tak keluar rumah.

Selepas wangnya pun sudah kian berkurangan dua atau tiga bulan, Abdullah bercadang untuk pergi berniaga kembali ke negeri Syam.
sesampai di sana dia jatuh sakit, mungkin diganggu gf lama, atau mungkin terkenangkan Aminah isteri tersayang dengan jarak yang jauh untuk mencari rezeki.

Berita ini sampai kepada Abdul Muttalib,maka Haris abang Abdullah pergi menyusuli, tetapi sudah ditaqdirkan, sebelum Haris sampai Abdullah telah meninggal dunia.Dan dikebumikanya di negeri Syam. Tinggallah Aminah dalam keadaan dia mengandung dua bulan, Abdul Muttalib terpaksalah memujuk menantunya Aminah semoga bersabar, semoga Tuhan memberi kau anak yang soleh. BERSAMBUNG

nurimanja berkata...

SEBELUM NABI DILAHIRKAN.

Waktu nabi dalam kandungannya , Aminah setiap bulan bermimpi akan kehadiran nabi-nabi sepanjang sembilan bulan.

diantaranya bulan pertama nabi Adam, bulan kedua nabi Idris, bulan ketiga nabi Noh, bulan keempat nabi Ibrahim,bulan kelima nabi Ismail, bulan keenam nabi Musa, bulan ketujuh nabi Daud, bulan kelapan nabi Sulaiman, bulan sembilan nabi Issa, mereka mendoakan dan berkata bila engkau lahir anak ini kau namakannya Muhamad.

MALAM SEBELUM NABI LAHIR

Ada beberapa perkara gangil telah berlaku;

- Ada cahaya turun dari langit seperti terbakar kota Mekah
- Ada obor yang dua ribu tahun bernyala telah terpadam.
- Ada wadi atau tasek yang kering kontang telah dipenuhi air.
- Ada wadi atau tasek yang sedia ada air didapati hilang terus.
- Ada iblis dan Syaitan bertempiaran lari ketakutan melihat cahaya.

NABI LAHIR KE DUNIA

Nabi lahir pada tahun gajah, waktu pagi hari Isnin, 12 rabiul awal.
malam itu penduduk kota Mekah melihat ada cahaya yang melintasi
langit , kerana iblis dan Syaitan bertempiaran lari ...

Sebelum diberi nama, Abdul Mutatalib datuknya telah memberi nama Hisyam, lalu dibawanya mengelilingi Kaabah. sambil berkata; selawat atas engkau, cahaya hambamu. Setelah dilihat Abdul Muttalib menantunya, muka berubah kerana tidak dinamakan seperti di dalam mimpi yang diceritakannya.

Malah Abdul Mutatalib sendiri ada bermimpi dia didatangi seorang tua
kepadanya memberi nama Muhamad kepada cucunya. lantas dia pun
bersetuju dinamakan MUHAMAD.

Bapak saudaranya Abu lahab (Abdul Aziz bin Abdul Mutalib) terlalu
gembira mendapat anak saudaranya, lalu memanggil Syuwaibah untuk
menyusu anak saudaranya, dan meraikannya dengan besar-besaran.

Julia berkata...

sedih plak baca kisah nabi ni....

Seruling Kelana berkata...

kesian aminah abdullah meninggal masa dia tgh mengandung....

Usop Saripan berkata...

mmg sedih kisah nabi ni... bahaya tgh mengandung susah hati...

Yusri Nawab berkata...

dollah ni kwin lambat jgk? sama mcm aku la.... hehehe

Tetamu Malam berkata...

oh.. mcm ni kisah riwayat hidup nabi muhamad sebelum lahir... aku pun dh lupa sbb kan dh lama tinggal skola....

Pak Awang berkata...

wah! ni pun perkara baru saya tahu nabi sebelum di letak nama Muhamad nama dia Hisyam??

Sheikh Al Habib berkata...

en nurimanja ana dh ambil sajak? cerita para ambia? dan kisah riwayat hidup nabi dah baca di khutbah di masjid tadi... alhamdullilah ramai yg x tido mngkin seronok cerita anta tulis... terima kasih nuri....
أشكركم قد أنعم الله نوري في أون

Sudin Ramlee berkata...

wah! cerita yg menarik... bru aku tau pasal nabi sebab kdg2 tu terlupa sbb yela x skola dh kdg2 terlupa...

Madah Pujangga berkata...

ari ni semua kisah nabi? mmg menarik utk dikongskan bersama.....

ABC berkata...

salam maulidur rasul! cerita yg diceritakan dalam ni semua menarik2 belaka...

Putera Damien berkata...

byk yg aku x thu psl nabi semua dh thu... thnkz! en nuri!!!

si para para berkata...

ringkas dan padat...

Pak Ngah But berkata...

SENJA TANPA HUJAN

Menunggu merahnya senja ini
Aku kehilangan senyum cakrawala
Hanya sebongkah awan merah kesepian diantara gumpalan hitam
Sesepi nafasmu
kini telah larut oleh hujan kemarin
aku tak mampu berkata
Semakin kuraih tak juga habis jarak mentari
Dan harapan?
Mungkin hanya sekedar barisan kalimat pelebur dosa
rembulan mungkin datang malam nanti
Aku semakin resah...
Mampukah...
Sudahlah...
Dan diam adalah jawaban terakhir

Pak Ngah But
sajak lagenda saya 1995
harap en nuri sudi mengulasnya...

Qalam Mutiara berkata...

Pak Ngah But!

Satu harap dan penantian yang tidak tiba , adalah bagai satu penyeksaan, dan kehampaan,. Semankin mengharap pada sesuatu, semankin pula kita resah dan gelisah.

Sebaiknya kita menyepi sahaja. Keadaan pun tidak keluh kesah.