Isnin, 22 Februari 2010

MELAYUKU KINI PECAH TIGA

 
Melayuku kini kian tenat,
bila hendak dikira terasa malu
jika tidak dikira bertambah terharu.

Dulu cuma retak dua saja,
kini bertambah retak tiga pula
tidak kira pula yang  kepala lembu.

Apa direbut pisang sesikat?
dibuat gulai dapat sebelanga
bukankah baik kita bermufakat
hidup atau mati  berkerjalah sama.

Oleh ; Nurimanja,
Biarlah menyering jangan telangkup,
21hb, February, 2010 petang hari kini.

23 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA KE 15. SIRI 1 ; BERTAJUK : KEKOSONGANYA TERISI KEMBALI OLEH : NURIMANJA ; SIAR DI RTM SWRAK 19/7/1982.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


HAT membimbing tangan Ruhaila menuju ke ruang anjung rumah, di sebuah kosen panjang Hat telah
menghenyakkan punggulnya, Hat terasa Ruhaila begitu mesra dan manja di sisinya.Setelah hampir tiga tahun Ruhaila ditinggalkan, cuma cuti-cuti di hujung tahun begini sajalah Hat dapat pulang ke kampung untuk melepaskan rasa rindu dan kasih sayangnya kepada Ruhaila.

Hat menarik Ruhaila disisinya, Ruhaila menurut saja, kemudian Hat mengusap-gusap mesra rerambut Ruhaila yang terurai jatuh ke dahi,
sesekali kedua mata Ruhaila terpejam tanda merelakan. Angin malam menghembus pelahan, lalu menyelinap masuk melalui daun jendela yang terbuka. Rumah yang berbentuk sederhana itu , dulu adalah sebuah istana buat Hat.

Kini segala-galanya tiada lagi, segala-galanya telah musnah, segala-galanya cuma menjadi satu kenangan di waktu malam begini. Itulah penderitaan yangdipendamnya selama ini . Hat cuma menunggu sesuatu daripada Ruhaila. Kini Hat benar-benar berasa senang bila berada di sisi Ruhaila, walaupun Ruhaila selalu saja ditinggalkan, namun Ruhaila tetap kasih dan manja kepadanya.

Sesekali jejari tangan Hat cuba menepuk-nepuk bahu dan belakang Ruhaila . Dengan hati yang penuh rasa kasih sayang, Hat melepaskan
beberapa kali ciuman pada pipi Ruhaila yang lincin dan lembut itu, mata Ruhaila terpejam tanda mesra dan merelakan. Hat ingin melupakan tugas-tugasnya di Semenanjung, dia mahu menghabiskan hari-hari cutinya bersama Ruhaila gadis kecil manis yang amat disayanginya.

Ruhaila cuma mendiamkan diri, dia juga ingin melepaskan perasaan kerinduannya itu, kedua-dua belah tangan Ruhaila terpaut kuat dan erat di tengok Hat , jari-jari lembut Ruhaila yang kecil dan mogil itu mengusap-ngusap dan menepok-nepok belakang Hat. Sesekali Hat cuba merenung ke dalam mata Ruhaila, terasa sayu hatinya. Ruhaila memejam kedua matanya dan menyembamkan mukanya ke dada Hat.

Hat merangkul kembali tubuh kecil Ruhaila, kemudian menepok-nepok mesra dan manja di bahu dan belakang Ruhaila, lalu dia menguis
-nguis butang baju tidur Hat denganm hujung jari telunjuknya, namun pipinya masih tertekap ke dada Hat yang berdarah pewira itu.

"Hujung minggu ini kita pergi ziarah mama ya?" Kata Hat, sambil menepok-nepok dengan mesra di belakang Ruhaila. Angin malam terus dari laut China selatan mencuri masuk, seskali datang menerjah dan menjamah pipi Ruhaila yang bersih dan lembut itu, Ruhaila tidak pula menjawab, dia merenung ke dalam mata Hat. kemudian beberapa titis air matanya yang jernih keluar mengalir ke pipi.

"Eh! Ehh! Janganlah menangis..." Pujuk Hat, cuma menenangkan semula hati Ruhaila, suasana malam tadi yang damai bagai tercemar dari rasa titisan air mata kesayuan Ruhaila itu. Hat mengesat air mata kesayuan itu dengan ibu jari tangannya. Dia tidak mahu Ruhaila gadis kecil yang disayanginya itu terus menitis airmata, cukup sajalah penderitaan yang ditanggung selama ini, jangan pula dibebani oleh Ruhaila.
"Kita pergi ya sayang!" Pujuk Hat, sambil melepaskan satu ciuman lagi di dahi Ruhaila.


BERSAMBUNG ...

nurimanja berkata...

NAZAR ABDUL MUTALIB

Nazar Abdul Mutalib jika dia dapat mencari dan mengali air di telaga zam-zam , salah seorang anaknya yang 10 orang itu akan dikorbankan.

Kaum Judzeah telah memberi kuasa kepada Abdul Mutalib menjaga Kaabah yang terletak di antara dua gereja Nailah dan Habal,tiga kali dia bermimpi, bila kaum khuraish dilanda kemarau panjang, dalam mimpi itu, ada gambaran menyatakan tempat yang perlu dicari, lihat ada sekumpulan semut putih dan saekor gagak berparuh putih bermain di sekitar itu.

Abdul Mutalib bersama salah seorang anaknya Haris, setiap hari pergi mencari dan mengali tanah disekitar yang dikira ada tanda
dalam mimpinya, orang quraish tidak mahu menolong , mengangap mereka dua beranak gila buat kerja yang sia-sia, setelah beratus ribu tahun, mana ada lagi telaga zam-zam.

Dengan izin Allah dia berjaya memperolehi telaga zam-zam itu, menjadikan hatinya cukup gembira bersama penduduk Quraish itu,
seketika dia pun terkenang akan janjinya untuk menyebeleh salah seorang anak lelakinya yang 10 orang itu. Apabila dibuat undian anak panah yang paling pendek sekali dalam sarungnya, masih juga jatuh kepada anaknya yang bungsu Abdullah. walau pun beberapa kali undian dibuatnya.

Sewaktu upacara hendak dijalankan, kaum Quraish berasa kesian mereka mencadang sangup menganti dengan 11 ekor unta sebagai cagaran mengantikan Abdullah. Abdul Mutalib pun bersetuju...

Esok sebab apa dinamakan Tahun GAJAH?
Insyaallah!_

Nama Aku berkata...

ape pasal asyik abdullah jer yg kena sembelih? semalam dia jgk... malang btol nasib dia....

Harimau Berantai berkata...

dia lagi yg kena? dh dua kali terselamat dr disembelih.. alhamdulilah...

Dendam Langsai berkata...

bapak paling haprak sekali yg aku pnh jmpa!!!!! anjing btol! ade ke nazar nk sembelih anak??? agak2 la... giler dh dia ni...

Pengembara Masa berkata...

mmg org dulu2 ske sembelih anak ker?

Izaty Hamzah berkata...

org dulu lgi kejam dr org sekarang! ade ke bapak nk sembelih anak????? pikir la sikit....

Dedalu Sunyi berkata...

ni bapak yg dh xde otak anak sendiri pun nk disembelih! patut anak2 dia ramai2 pakat sembelih jer bapak dia tu!!!

Ali Conan berkata...

wah! intro cerpen pun dh ade babak2 romantik... hehehe

dam catur berkata...

wah! romantik giler cerpen en nuri yg bru ni.... hehhehehe

Seri Suri berkata...

cerpen ni utk bacaan 18thn keatas sj! hehehehe mohd akmal jgn baca ok? hehehe

Puteri Bunian berkata...

wah! cerpen ni elok la dibaca oleh pasangan suami isteri byk babak2 asmara.... hehehheehehehehee

Jengking Perak berkata...

wah! cerpen ni mcm best jer... x sbar aku nk tunggu sambungan.... hehhee

Siti Alia berkata...

cerpen ni byk babak cinta la... ni yg best ni! hehehehe gatalnyer aku ni... hehe

Bob Kuli berkata...

perghhh!!! cerpen ni mmg jiwa2 la.... ni yg aku seronok nak baca ni... hahhaahaha

Julia berkata...

alamak! cerpen ni utk bacaan org dewasa je kan seri? hehehehehe

Firasat Hikayat berkata...

cerpen ni pasal apa? mcm mne melyu boleh jd 3??????

Pencari Inspirasi berkata...

mcm mne melayu ade 3? sepatutnya 3 bangsa? hehehe en nuri silap la tjuk....

PENYAIR AGUNG berkata...

SAJAK ADA BERBAUR POLITIK.. MELAYU PECAH TIGA NI ADAKAH BERMAKSUD 3 PARTI YANG ADA DI MALAYSIA????

Mentari Senja berkata...

sajak msti pasal org melayu yg ska berpuak-puak kan??

nurimanja berkata...

Nazar dengan Niat

kalau nazar kita dengan Allah, wajibtunai, ka;au tidak ditimpa musibah.boleh tak boleh kena lansaikan Nazar

kalau niat tak mengapa rengan sikit,kalau kita kata nak puasa, tak puasa boleh qada semula dengan bersebab .

Abdul Mutalib bernazar kena sembelehanak dia Abdullah setelah telaga zam zam dapat digali.....

Mat Noh berkata...

AKU MENGHANTRMU PERGI

Kali ni aku mengantarmu pergi
Untuk menuntaskan syahwatmu
Yang selama ini tertunda oleh adat
Kali ini kau menjadi lelaki
Dengan gagah berani
kau hadapi angkuhnya samudera
Dengan senyum simpul kau tatap mentari senja yang hendak sembunyi
Lari dari seorang lelaki yang hendak memulai pengembaraannya

Kali ini kau benar memulai hidup
dan akan rasakan masin air laut
manisnya air tebu...
Asamnya air jeruk...
Serta pahitnya peria...

Kali ini aku mengantarmu pergi
Meski telah kucuba senyumku
Tapi takkan merubah menjadi lelaki
Kali ini kau benarbenar telah pergi
Meski sebagian jiwamu masih tertinggal di lantai kamarku


Mat Noh
di masjid sungai dungun
3petang

Qalam Mutiara berkata...

Ulasan

Mat Noh, dekat kampong en nuri!
Kalau kita yakin sesaorang yang kita didik dan asuh selama ini telah sedia dan yakin menjadi seorang manusia yang boleh melayari bahtera hidup ini.

Biarkanlah dia mengemudikan bahteranya kehidupanya. Kita sekadar mendorongkannya sahaja.