Selasa, 23 Februari 2010

BILA PILU DAN SUNYI

 
 Bila pilu
menikam hati
terasa pada tulang dan sendi,

Bila sunyi
menghempit diri
bagai menyepit dan mengigit,

Aku pun sayu
merentih menahan sakit
di mulut kemelut aku bergelut .....

Oleh : Nurimanja,
Pulau Pinang,
20/12/1983.

22 ulasan:

nurimanja berkata...

Esok sebab apa dinamakan Tahun GAJAH?
Insyaallah!_
______________________________________________________________________________________________________________________________________________

PERISTIWA TAHUN GAJAH ; DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS DARI CATATAN LAMA ; OLEH NURIMANJA
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________

KISAH RAJA ABRAHAH,

Seorang panglima perang negeri Yaman setelah berselesih faham dengan seorang panglima perang bernama Aryat. Dalam peperangan itu Aryat gugur di tangan Abrahah. Akhirnya Abrahah menjadi Gambenor Di Yaman. Bila dia lihat kaum suku Kinanah pergi beribadat di Mekah setiap tahun mengerjakan haji, dia rasa tidak senang hati.

Abrahah membuat sebuah gereja bersalut emas intan dan permata, ditaburnya bau-bauan dinamakan Gereja itu Qulais,tetapi sayangnya tidak ada seorang pun yang sudi datang beribadat. Dia menjadi marah.Cuba menegah dan menyekat kaum Kinanah pergi beribadat ke Kaabah.

Satu hari ada seorang suku Kinanah masuk ke dalam gereja.Dia telah melumurkan najis ke dalam gereja itu. Bertambah-tambahlah lagi
marahnya raja Abrahah , lalu dia mengutuskan seorang bernama Mohamad Kazib bagi menghalang suku Kinanah untuk pergi mengerjakan ibadat ke Kaabah, tetapi malangnya Mohamad Kazib itu telah dibunuh oleh suku kinanah. Bertambahlah lagi marahnya raja Abrahah.

Dia bercadang hendak meruntuh Kaabah, dengan 1000 tentera bergajah dan 60.000 tentera perang bersama 10 orang panglima perang
yang hebat berani mati. Abrahah mahu semua orang beribadat di Gereja Qulais.

Abrahah segera melantik saekor ketua gajah bernama Mahmud, tujuan untuk hendak meruntuhkan Kaabah.

Orang Arab mula menjadi gempar dan takut . Seorang pemuda bernama Zu Nair sanggup berperang dengan raja Abrahah dan ramai pula yang mahu penyukongnya, tetapi telah kalah dan terbunuh di tangan raja Abrahah.

Akhirnya berita ini sampai kepada orang Arab Mekah, tentera Abrahah telah masuk dan merampas unta Abdul Mutalib sebanyak 200 ekor.


BERSAMBUNG ESOK..

nurimanja berkata...

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

CERPEN LAGENDA KE 15. SIRI 2 ; BERTAJUK : KEKOSONGANYA TERISI KEMBALI OLEH : NURIMANJA ; SIAR DI RTM SWRAK 19/7/1982.
______________________________________________________________________

"Mak Cik As pergi sama , Ya Abah?" Tanya Ruhaila pula.
"Kita berdua cukuplah .."
"Emm Mak Cik As pegi samalah abah.! "
Hat menjadi serba salah, bagi menjaga hati Ruhaila Hat terpaksa juga turut dengan kata-kata Ruhaila itu.
"Yalah! Yalah..." Hat memberi pengakuan, Ruhaila terdiam.

Sememangnya Ruhaila tidak dapat dipisahkan dengan Mak Cik As, Malah sejak ibunya pergi, Asmah yang mengambil alih tanggungjawab sebagai seorang ibu. Sehingga kini Ruhaila telah mengerti dan mengetahui siapa ibu kandungannya yang sebenar.
"Abah! .." Renget Ruhaila lagi.
"Emm Ada apa lagi Haila...?"
"Kenapa mama meninggalkan kita?" Tanya Ruhaila sayu kepada Hat.
Hat menundukan kepalanya, lama dia terdiam, rasa bagai tidak terdaya untuk menjawab, tetapi hati Ruhaila perlu dijaga,kerana apa yang telah berlaku,satu kenyataan. Ruhaila juga perlu tahu semuanya ini.

Jawapan mestilah baik dan dapat menyenangkan , jika tidak Ruhaila akan dihingapi penyakit rendah diri, perasaan takut dan cemas, seta terhina lantaran ketiadaan ibunya.

"Haila.."
Hat bersuara lembut, Ruhaila memandang ke muka Hat, matanya merenung tajam ke dalam mata Hat,dia menunggu lontaran suara dari bibir Hat.

"Kita ini Tuhan yang menjadikan, hidup dan mati kita Tuhan yang menentukan,"
"Tapi.. Abah, Haila tak sempat bermanja dengan Mama, jika mama ada, ah alangkah gembiranya,"
"Tapi.. Haila boleh bermanja dengan Mak Cin As,"
"Mak Cin As tak akan sama dengan Mama Haila sendiri.."
"Haila...Oh.. Haila Anakku.."

Kata-kata Had terhenti disitu, dia menundukan kepala , hatinya terasa sayu. Namun hati Ruhaila perlu dijaga, dan hati Mak Cik Asmah
juga perlu dijaga. Jika hendak dinilai pertolongan serta segala pengerbanan dan budi bicara Asmah selama ini, memang Hat tidak dapat
membalasnya.
"Haila jangan cakap begitu, nanti Mak Cik As dengar, jauh pula rasa hatinya, Haila tak sayang Mak Cik As lagi?"
"Sayangg!.. Mak Cik As pun Haila sayang. Abah pun Haila sayang, Mama pun Haila sayang, tetapi Mama sudah tiada lagi, Emm Abah? Abah
sayang Mak Cik As tak?"

Hati Hat menjadi terharu dia menarik napas panjang, Pertanyaan Haila itu bagai satu kata-kata yang datang mengisi kekosongan
hatinya,dia tahu telah lama dia bersembunyi dalam kesepian sejak kehilangan isterinya Rubiah.

Hat memberi pengakuan.Dan merangkul
kembali tubuh Ruhaila yang kecil itu, cukup erat, seolah-olah dia ingin menyatakan perasaan sayu isi hatinya selama ini ke dalam hati Ruhaila.

Sekali lagi Hat menarik nafas panjang kemudian melepaskannya, seolah-olah dia ingin mencari satu ketenangan bagi menjawap
pertanyaan Ruhaila yang begitu menyucuk hatinya itu.
"Haila.." kata-kata Hat terhenti lagi. Dia tidak menduka Ruhaila yang baru berusia tiga tahun setengah itu sudah pandai berkata
kata, malah dapat membezakan kasih sayang Mak saudaranya dengan ibunya sendiri.

"Mak Cik As pun .. Abah sayang juga.."Hat menyambung kata-katanya.
Ruhaila tersenyum, kemudian dia menutup mulutnya dengan dua hujung jarinya, Ruhaila memeluk leher abahnya, kemudian melepaskan ciuman di kedua belah pipi abahnya, nampak sekali keriangan di wajahnya itu.

"Abah?.. Mama dulu malu, macam Mak Cik As juga ke?"
"Ya! mcam mama Haila juga.." Hat memberi pengakuan.
Ruhaila memandang tepat ke muka Hat, dia seolah-olah seperti mengharap sesuatu daripada Hat.

BERSAMBUNG.........

Geletek Pagi berkata...

ISU TERKINI ; WANITA PATUT DISEBAT & WANITA PENGUBAR DASAR
________________________________________________________________________________________________________


Ada baik dan buruknya, dalam dua isu yang menarik untuk kita sahabat CR dan pelayar atau penziarah blog CR memberi pendapat dengan ikhlas dan tulus hati.

Padangan Geletek Pagi, kembali kita ke filem Semerah Padi,apabila si dara dan aduka disebab kerana berlaku zina, untuk memberi pendidikan dan pengajaran mungkin baik, luka dari sebatan atau parut memberi kesan mendalam bagi orang lain melihatnya, takut, memalukan, maruah, keluarga, hina dipandang , insaf diri.

Pandangan kedua, ada baiknya jua wanita menguasai setor awan atau suwasta dalam megubar dasar jika mereka berkemampuan, setelah lama mereka belajar dalam sesuatu bidang khas untuk jawatab tersebut, biarkanlah, jika ada pun 100 lelaki jika malas, lebih baik daripada 10 wanita yang rajin dan berwawasan, dunia pun nak akhir zaman , nanti tak tercapai pula wawasan 2020 .......

Lelaki ini bukan tidak boleh, tetapi bila dia naik sadikit, mulalah dia buat lain hal.
mudah lupa, kereta besar, rumah besar, bini besar, tak cukup satu tambah dua...
bukan semua, tapi tak ramai , itu sebabnya dunia rumah tangga tak mudah aman.

Hasnol berkata...

eh! mne nabi muhamad xde ke cte para ambia ni?

Brader Joe berkata...

oh.. mcm ni cte pasal tahun gajah aku pun dh lupa sbb lama tinggalkan sekola

Saizul Maizav berkata...

jahat btol abrahah ni snggup dia meruntuhakn kaabar bila burung ababil ker? hud2? kalau x salah la.. nk dtg?

Halilintar berkata...

la.. ingatkan tentera islam menag dorg kalah ker? tp mmg pun tentera abrahah ramai siap bawa gajah....

Budak Rap berkata...

kenapa dinamakan tahun gajah? sbb tentera abrahah bwk gajah ker?

Nik Aziman berkata...

mak cin as tu mak tiri haila ker?

Dendam Langsai berkata...

la...aku ingat bini dia rupanya anak ker? hahaha

Malik Wariya berkata...

sedih la plak.. haila ni kecik2 dh anak yatim...

Abul Hassan berkata...

ha! anak ker aku ingat bini dia sbb smlm aku baca mcm ade babak asmara rupanya haila ni anak hat? hahahha tertipu oleh en nuri lagi...

Guruh Gempita berkata...

sedih la plak cerpen ni... bini hat tu mati sbb ape?

Seri Suri berkata...

sayu jer baca cerpen ni... kesian hat.. apesal x kwin jer dgn ma cin as? x lawa ker?

Mona berkata...

mmg sedih.. dn mmg lagi sedih klu xde mak? sob.. sob...

Mentari Senja berkata...

pendek giler cerpen ni tp membawa maksud yg mendalam...

Danial berkata...

sajak ni mmg menarik wlp pendek jer...

Kaki Hantu berkata...

rigkas dan padat! sajak mmg menarik!

Angker 13 berkata...

sajak mmg puitis wlpn pendek je rangkap yg ada...

nurimanja berkata...

Cerpen ini hanya rekaan semata, tetapi nama dalam cerpen memang
wujud.

Selepas cerpen ini tersiar, Haterus datang berjumpa saya. Dia orang Melanau, urut dada dia, sebab dia
baru khawin... Jangan cikgu, nanti
dia jadi betul.... Yabek map guru!!
Sengaja Kawan! pidan menulis.

Ustaz Muda berkata...

1 LANGKAH LAGI KITA KE GERBANG

Apakah kita harus berhenti di sini?
Atau kembali saja ke dunia kemarin?
Ketika tirai mulai terbentang
Keraguanmu memaksaku mempertanyakan kembali arah kita

Aku sedar kita telah lama bersama
lihat matahari cumbui rumput basah
Dan aku masih ingin bersamamu untuk menikmati derai hujan
Meskipun kita harus melalui perjalanan yang melelahkan


Ustaz Muda
di perkarangan rumah
8 pagi

Qalam Mutiara berkata...

Ulasan

Ustaz Muda Belia!

Jika kita punya minat yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu, usaha sepatutnya diteruskan . jangan anda terhenti di pertengahan jalan, jika usia masih muda belia darah
perjuangan masih kental. Teruskan memburu cita-cita anda!.