Isnin, 15 Februari 2010

HARI-HARI YANG DATANG

 

1

Hari-hari yang datang
hari-hari yang pergi
aku adalah tersendiri
pada waktu petang dan
pada waktu pagi...

11

minggu-mingu yang atang
minggu-minggu yang pergi
aku adalah pegembara
di pelabuhan sementara
yang masih duka nestapa.

111

Bulan-bulan yang datang
bulan-bulan yang pergi
aku adalah terasing
dalam kehidupan sedikit
terlontar di bumi gersang..

1V

Tahun-tahun yang datang
Tahun-tahun yang pergi
aku masih tetap  begitu
mengira bulan dan mentari
dalam kekalutan hidup ini
sering dihantui mimpi ngeri...

Oleh: Nurimanja,
Dayacipta club Sedenyutnadi.
3hb, Ogos, 1974  malam hitam kelam.

23 ulasan:

nurimanja berkata...

Sambungan cerpen siri akhir, Bertajuk ; Matahari Merah Dirembang Petang._
__________________________________

Setelah membuat laporan kepada pihk polis . Akhrnya tuan inseptor bersama dua buat bot Polis telah mengetuai pasukan selamatan bergerak menuju ke hulu sungai tempat aku dan
Sandin bekerja.

Lewat petang , barulah aku dan kompolan itu sampai. Tuan inseptor mengarahkan aku dimana tempat penganas komunis itu berada, tetapi belum pun sempat aku member tahu, dari jauh kelihatan sebuah bot sedang behenti di sebuah rumah panjang di pinggir sungai.

Pelahan-lahan kami mengapiri bot itu , kelihatan mereka seang memungut barang-barang makanan daripada penduduk-penduk tempataSungai Semak itu. Seketika kemudian Tuan Inpektor Razi mengarah anak buahnya mengepung bot tersebut.

Mujurlah kami mempunyai dua buah bot, sebuah bot lagi diketuai oleh Sarjan Nuing anak Ngambab, sebuah lagi di ketui oleh Tuan Inseptor Razi sendiri. Bila bot kami hamphampir pada bot musuh itu. Tuan Inseptor Razi member perentah kepada pihak
Musuh itu.

“Menyerah! Jangan melawan, kamu semua telah dikepung!!” Sergah tuan Inseptor Razi.Beberapa orang yang berpakaina bercelorong celoring cuba menghidupkan enjin,
Ttapi malang mereka sudah pun terkepung.

“Tidakk!!”Pekek seorang daripadanya, mungkinketua daripada kumpulan penganas komunis itu. Seketika kemudian mereka melepaskan tembakkan bertalu-talu kearah kami.
“Balas tembakankk!!” Inseptor Razi bertempek kuat kepada anaka buahnya.

Kira-kira dua puluh minit tembak menembak berlaku. Aku lihat dari jendela bot Polis itu.
Beberapa orang pihak penganas komunis telah terjun ke dalam air Sungai Semak, suasana kelihatan menjadi sepi.

Air Sungai Smak menjadi merah, Sarjan Ning segra melompat ke dalam bot penganas komunis itu,tembak menembak tiada lagi kedengaran , hatiku pun merasa lapang.Tiba-tia aku terdengar suara jeritandari Sarjan Nuing,
“Tuann!! Ada seorang lelaki terikat kaki dan tangan,dia telah mati ditembak tuan,”Pekek Sarjan Nuing dari dalam bot penganas komunis itu. Aku menjadi cemas mendengarnya.

Seketika kemudian lelaki itu diangkat bersama dengan beberapa orang penganas komunis yang terbnuh, Alangkah terkejutnya aku bila melihat wajah lelaki yang terikat kaki dan tangan itu. Tidak aku sangka aku telah memekk sekuat hatiku. “Sandinnnn!!!”.

Perasaan aku menjadi kacau dan sdih sekali. Sandin yang aku tinggalkan telah dibunuh Begitu kejam. “Maafkan aku Sandin, kerana terlewat member bantuan kepada kau..Ïnseptor mumujuk aku, Waktu itu tepat matahari merah dirembang petang. Sahabatku Sandin pergi tanpa meninggalkan pesan .....
T A M A T .

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CRSIRI 24 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK ; FATIMAH SEDEKAH KALONGNYA.

_________________________________________________________________________________________________________________


Satu hari Fatimah anak nabi Muhamad saw didatangi seorang peminta sedekah, Fatimah dengan rasa sedih telah menyedekahkan kalong kesayangannya kepada pemnta sedkah itu.Bila peminta sedekah itu memberi tahu kepada nabi,Muhamad, air matanya pun mengalirdan sahabatnya yang melihat pun bersedeh.

Lalu sahabat nabi itu pun bertanya kepada peminta sedekah itu, "Berapa patut jual kalong itu kepada saya?".
"Dua puluh darham." jawab peminta sedekah itu.
"Saya akan bayar seratus Dinar untuk Pak Cik untuk beli roti, kain solat dan unta untuk perjalanan."kata
sahabat nabi itu,sambil menyerahkan wang dinarnya kepada peminta sedekah itu.

Sahabat nabi kemudiannya menyerahkannya semula kepada Fatimah kalong kesayangannya itu. nabi amat terharu,
Bagaimana Allah mengerakkan hati sahabat nabi untuk membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan menyerahkan semula kepada Fatimah.

Pengajaran;
Seorang yang membantu walaupun dengan benda kesayangannya. Allah akan membantunya kembali dengan keikhlasan.
Jika sesuatu benda itu masih rezeki kita, biar bagaimana susah pun dia tetap akan menjadi hak kita juga.
janganlah bersedih setiap yang miskin atau kaya itu mesti ada hikmahnya disisi Aallah SWT. Amin...

Geletek Pagi berkata...

__________________________________________________________________________

ISU SEMASA;
MASALAH BUANG BAYI.

Ada tiga sebab Allah SWT masih membenarkan menurunkan hujan kepada makhluk di muka bumi ini, kerana bayi, ungas kecil, dan orang tua.

Jika bayi dibuang, ungas kecil dibubuh racun serangga, orang tua-tua dicampak kerumah orang tua pengasuh. tunggulah bala akan menimpa..

Jika ketiga ini musnah, hujan tidak akan turun, Allah tidak akan
memberi belas kasihan lagi, kerana ketiga-tiga ini tiada lagi di
dunia ini.....

AWASLAH WAHAI MANUSIA, BELAJARLAH DARI HAIWAN

Geletek Pagi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Putera Damien berkata...

aku ske sajakni... hehehesory lambat bg ulasan kami smua tgh bergembira! hhehe

Tanpa Wajah berkata...

best la sajak nimmg menarik!

Angker 13 berkata...

korg x ulas ker? bercuti? cuti gak ulasan jgn lupa... hehe ae2 pn aku ske sajak ni

Petulang Tiga berkata...

sajak ni lain dr yg lain la mmg best! hehehe smua ayat puitis....

Hrimau Berantai berkata...

aku ske sajak ni! hari2.. bulan2... dantahu2... hehehehehe mmg best ayat dia!

Umar Haslam berkata...

sajak yg menarik la..heheeh pinjam sajak ni en nuri...

Kakiku Kaku berkata...

mmg seronok sajak ni... hehehe aku dh ulas la ulasan korg bila plak?

Julia berkata...

pengakhiran yang menarik la cerpen ni.. kesian sandin...

Lelangit Biru berkata...

yahooO!!! akhirnya tertangkap jgk pengganas tu...

Halilintar berkata...

cerpen ni mmg sedih la sian sandin.....

Ku Dania berkata...

akhirnya tertanggkap jgk komunis tu... alhamdulilah....

Nama Aku berkata...

huh! dh sedekah kt org dpt balik??? hehehe

Mat Glamor berkata...

bertuah btol fatimah dh la sedekah kat org lps tu dpt alik plak?? wah!

dam catur berkata...

ni la dikatakan rezeki dh sedekah kt org lps tu dpt balik? mmg rezeki btol...

Janggus Juri berkata...

best btol klu sedekah dpt balik... nnt aku nk slalu bersedekah lah...

nurimanja berkata...

CERPEN bertajk matahari merah dirembang pang ini, pernah tersiar i majalah BALAI MUHIBAH, jabatan perdana menteri belia dan sukan Malaysia

Bagi saya ia cuma sebuah cerpen lagenda di waktu saya berada di
bumi Kenyalang.

Jika tesiar,
janji royalti atau honorium RM100
dan layak tercalun bersama 12 cepen
penulis lain.tetapi saya tidak mendapatnya. akhirnya saya dengar kabar pejabatnya pun tebakar....

Qalam Mutiara berkata...

sajak: cuma tinggal kenanan dan
airmata, puisi dan aku, ada lebih
kurang sama pengucapannya.

Pertama , setiap orang ada ceita dlam hidupnya, jika gagal atau kecewa masih tinggal kenangan dan sesekali ingatan itu mengusik jiwa.

Kedua,
pendeitaan hidup dalam menjalani kehidupan ada perjuangan yang rasa
terlalu sukar dilupai, lalu dicatatkan di dlam puisi,buat melahirkan ingatan tetap bersemadi di sudut hati.

Ali Conan berkata...

JALAN PULANG

Sebuah isyaratkah ini...
Ketika kulihat setangkai mawar
depan pintu kamarku
Mengingatkan aku pada lentik jarimu
memilin tangkai demi tangkai
Yang dulu kita tanam bersama
kau tiup kehidupan di hujung daun
Melalui seulas bibir

Lagi anganku terusik dengan datangnya sepasang kupukupu
Sedang menari aroma sejuk penantian
Hingga memaksa aku menulis syair
Belum juga tintaku menggores
Telah patah batang penaku

Lupakah naluriku pada jalan pulang
Tapi sayap ini terlanjur dinding
Mungkin semusim lagi...
Ketika kita telah melupakan mawar
Ketika sepasang kupukupu pergi
Yang mengunyah kuntum bunga itu
Lupakah aku pada jalan pulang...
bila sebait puisiku hampir selesai


Ali Conan
di senja kala
7mlm

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Jalan Pulang oleh Ali Conan. Cerita lama sesekali akan bermain kembali bila ada sesuatu yang menyetuh hati, kemesraan lama kadangkala sering bermain kembali dibenak hati. Membuat kita lupa jalan pulang, atau sengaja ingin cuba menanguh menjadikan kita asyik dan lupa pula pada jalan pulang.