Sabtu, 20 Februari 2010

HIDAYAH SEBENARNYA DARI ALLAH SWT

 
Hidayah itu sebenarnya dari Allah
bukan daripada nabi Muhamad SAW
atau sesiapa yang bernama manusia ,
cuma dengan izin dan kehendak Allah
Dia memberi taufik dan hidayahNya itu
kepada sesiapa yang dikehendaki saja
nabi juga pernah berdakwah di Makiah
13 tahun terlalu sukar masyarakat Arab
yang menyembah bahala untuk menerimanya,
kecuali di Madaniah ada keelesaannya.

Hidayah mempunyai ada tiga peringkat
1.bayi yang baru lahir mula menangis
ingin minum dan makan dan disayangi
2.kanak baru berusia tujuh lapan tahun
tahu mengawal diri dari mara bahaya
3.para nabi dan rasul mendapat hidayah
untuk dirinya dan kepada orang lain
membantu menyakinkan kewujudan Allah
4.Al Quran kitab wahyu yang menunjukan
sirat menuju ke alam duniawi dan akhrawi.

OLEH : NURIMANJA,
BAGAN SERAI, PERAK.1999

12 ulasan:

Geketek Pagi berkata...

ISU HARI INI ; RAKYAT YANG BODOH MUDAH TERPENGAROH!

Syabas!! Wakil Rakyat Pemimpin Bayan Baru!
demi agama , bangsa melayu negeri pulau pinang hatimu x dirantai dan ditutup
cukuplah sajalah kelas kemas dirantai dan ditutup. PASTI tidak MATI tetapi
Kenapa menjadi hobi pihak tertentu untuk memastikan KEMAS kian LEMAS?

Kenapa cakap banyak putaq?
Janji pagi tak boleh pakai petang, cakap petang tak boleh pakai pagi?
Bagaimana untuk memberi kepercayaan kepada rakyat?
Bolehkah seorang pemimpin hidup dengan pembohongan dan putaq belit?
Hanya mereka x dapat taufik dan hidayah dari Allah boleh kerjasama
dan bersekokong dengan kecelaruan minda yang dirasuk oleh iblis dan syaitan
bermata satu ini? Di akhirat nanti berbondong-bondonglah mereka yang bersubahat
dirantai dan dihret di mahkamah agong di hadapan Allah SWT. jangan buat main
soal aqidah dan bagi mereka yang sedar demi agama bangsa dan negara, ingatlah
kita ada Allah, buatlah apa yang Allah suka, jangan putaq bilitkan fakta........
adakah malaikat akan membiarkannya, tak perlu mencatatanya?
Allah maha melihat mendengar dan maha mengetahui........

Bulan Terang berkata...

wah! geletek ni mmg bersemangat! apa2 pun aku sokong! hidup geletek!!!!!

Suara Rakyat berkata...

benar kata geletek! jgn diperdaya lagi!!!

Faisal Syafie berkata...

eh! geletek cte psl politik plak? dulu isu semasa... ape2 pun aku sokong geletek!!!!!

Lagenda Pulau berkata...

apa2 pun BN adalah parti benar!!!! hidup najib!!!!!

Golok Buta berkata...

xphm la apa kena mengena senarai 4 perkara dalam sajak dgn hidayah allah?

Zain Issac berkata...

sajak yg menarik! alhamdulilah sy sudah mendapat hidayah....

Kevin Chong berkata...

en nuri sy rsa hati mau masuk islam sy x kisah wlpn kena potong lancau sy suda bersedia tp apa sama ama marah la dorang kata kalau saya masuk islam dorg mau buang saya kawan2 plak mau pukul saya.. macam mana? sy tak boleh tulis psl ni kat chatbox nnt kwn2 tau mati sy..

nurimanja berkata...

Kevin Chong!
anda boleh belajar sikit-sikit dahulu, dan bila keadaan agak tenang,insyaallah, jika anda sudah
dapat hidayah tiada siapa boleh menghalang.

Saya cadangkan anda minta pandangan
dari Dr, Ruduan Tii klau x silap dia
kini pengerusi China Muslim Malaysia dan Ustaz Fariz Rawi dekat KUIS.

nurimanja berkata...

gola boleh lihat huraian yang di
maksudkan 4 hudayah itu.

bersama dalam ulasan esok,
insyaallah.

Teratai Mekar berkata...

TITIK DAN KOMA

Kau torehkan dalam kanvas
Segumpal keindahan dalam kepalsuan
Terjelma dalam hati yang subur Terpupuk nafas perkataan
Namun kata yang berloncatan
seakan mencabik tumpuan musim
Menghabiskan sajak belum terlahir
Meruntuhkan nada belum tersusun
Mengubur khayalan belum terfikirkan

Dari jarimu keluar bayangan ular terkapar kerna menelan bisa sendiri
Dari jarimu pula kutemukan gairah dendam menusuk di setiap lukisan
Selalu dengan kemarahan
kau ukir katakata itu
Selalu dengan kemarahan
kau termakan kalimatmu
Tidurkanlah jiwamu
agar dapat kau lukis mimpi ditemui
dapat kau tempatkan titik dan koma


Teratai Mekar
di tempat kerja
12 tgh hari

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Teratai Mekar sajak bertajuk TITIK DAN KOMA . Cuma sekadar andaian saja. Pebgucapan berbau kekecewaan. Juga sering acapkali bersua mudah menaruh harapan, bila kata cuma sekadar mainan lidah, hati pun mula rasa gundah. Pastinya terlalu sukar untuk menilai di antara koma dan nohtah.