Ahad, 28 Februari 2010

HILANGNYA BINTANG KEHORMATAN

 

Semalam aku dengar suara
tangisan seorang gadis manis
sendunya merentis lagu kekesalan
tetang kisah ngeri yang terjadi,
di medan jihat dia telah tumpas
menentang godaan hawa nafsu,

kotaraya keimanannya musnah
dilanda peluru bujukan syaitan
tubuhnya terdampar dan terketar
menyerah tanpa satu kerelaan
kini robek bintang kehormatan
keperawananya dirampas hilang.

Bersorak ketawa iblis dan syaitan
mengangkat bendera kemenangan
muram muka dua malaikat pencatat
janji iblis syaitan  banyak telah tertunai
manusia sering menjadi mangsanya
kerangkusan tanpa benting keimanan.

Oleh ; Nurimanja,
Di sebalik lumut batu Feringgi 1982 .

28 ulasan:

nurimanja berkata...

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

9. NABI MUHAMAD SAW ADA BBERAPA KELEBIHAN
__________________________________________________________________________________________________________________________________________


-Tidak menguap waktu mengantuk,
-Tidak ketawa besar, cuma senyum,
-Tidak makan banyak, sebelum kenyang berhenti
-Tidak berminpi khawin sewaktu rumajanya,
-Tidak nampak kesan buang air besar atau kecil,
-Tidak pergi ke tempat hiburan
-Tidak menyembah berhala
-Tdak terima sedekah kecuali hadiah
-Tidak takut dengan binatang buas

-Bila dia lina hatinya jaga dia tahu semua,
-Bila dia berjalan tidak ada bayang,
-Bila mengadap hadapan dia nampak apa dibelakang,
-Bila memberi salam dia dahulu dari orang lain,
-Bila duduk dlam majlis sentiasa tegak sahaja,
-Bila lahir sedah berkhatam atau bersunat,
-Bila berjalan lalat tidak hinggap pada tubuhnya,
-Bila ditempat panas awan sentiasa memayunginya,
-Bila menunggang unta lebih laju dari orang lain,
-Bila bergurau tidak sampai menyakitkan hati orang lain.
-Bila awan mendung nabi akan berubah mukanya menandakan azam

nurimanja berkata...

KISAH DAN TAULADAN SIRI 22 ABU LAHAB (ABDUL AZIZ BIN ADUL MUTTALIB)
_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bapak saudara nabi yang bernama Abdul Aziz dikenali juga dengan panggilan Abu lahab, pernah terjumpa nabi berjalan bermain
seorang diri tengah padang pasir, lalu dia mengambilnya balik dan meletakkan Muhamad di atas unta di belakangnya, tetapi unta itu seperti tidak mahu berjalan, bila dikerah berjalan, unta itu akan berjalan secara berundur ke arah kebelakang. Perkara ini menjadikan Abu Lahab bertambah hairan dengan anak saudranya ini.

Ketika dia meletekan nabi Muhamad di tempat duduk hadapan untanya , unta itu pun berjalan dengan pantasnya,Abu lahab telah dapat merasainya bahawa anak saudaranya ini, ada kelebihan luar biasa pada
dirinya.(lihat kelebihan nabi)

Abu Lahab dan seorang lagi Abu jahal bapa saudara nabi yang pertama menyambut hari jadi Muhamad, dengan rasa gembiranya
membawa anak saudaranya Muhamad mengelilingi Kaabah, tetapi mereka juga yang memusuhi nabi sehingga akhir hayat.

Pengajaran;
- orang Arab ini tidak boleh melihat keponakannya lebih daripadanya, apatah lagi nabi anak yatim piatu; waktu
kecilnya membela kambing abu Talib.
- dalam kehidupan kita seharian watak jahat mesti ada mungkin untuk menghidupkan cerita dan ketegangan plot
untuk kita mengambil contoh dan tauladan,
-musuh ini tidak kira siapa , dia ada dimana sahaja, termasuk adik beradik atau pun orang lain dan sahabat handai.

nurimanja berkata...

CERPEN 16 ; SIRI 1 BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


HATI Ilam kini telah puas, dendam kesumatnya selama ini telah terbalas, biar Sandin rasa penderitaanya pula, asalkan hati Ilam puas.Ilam sememangnya tidak mahu memelih jalan ini, Apa tah lagi untuk menyusahkan kekasihnya, tetapi hati yang dendam tidak mahu
lagi memikirkan soal itu, apa yang mahu diisi dalam hatinya ialah rasa kepuasan. justeruitu dia melakukan semua ini.

Ilam melihat perutnya yang sudah membusut tinggi itu, kain sarung yang dipakainya tertolak hingga ke bawah pusat, dia menelentang,
matanya sayu memandang siling.
:Sudah puas aku mencarikau selama ini Sandin, rupa-rupanya kau lelaki yang tidak bolehdipercayai, kau telah menodai cinta dan janji
kita selama ini."

Masih terbayang diruang mata Ilam,bagaimana Sandin menghinanya di tengah khalayak ramai, dan pura-pura tidak mengenalinya,
"Sadiin ! Aku Ilam ini Sandin, Ilam kekasihmu, sekian lama aku mencarimu Sandin, kenapa kau melupai aku?" Ilam cuba menerkam
untuk memeluknya, tetapi Sandin menolak,Ilam jatuh tersungkur di tepi kaki lima di sebuah kedai di tengah bandar Sarikei yang
sebuk itu.

"Perempuan gila! Aku tidak pernah mengenalimu!." Begitu kata Sandin, lalu masuk ke dalam kereta dan meninggalkannya. Ilam masih
terasa di waktu itu, malu, marah dan bencinya Ilam kepada Sandin bukan kepalang, Bandar Sarikei yang angkuh itu bagai tidak mahu
menerima kehadirannya, berpuluh biji mata manusia melemparkan pandangan semacam menghina dan mengejeknya,

Ilam masih teringat lagi pemandangannya menjadi kabur, entah kenapa air mata kasih keluar berjujuran, dadanya menjadi sebak,
lidahnya menjadi kelu untuk berkata, dia bangun sebagai seorang musapir yang lemah, lalu pergi membawa malu yang menebal
di mukanya.

Ilam mengusuk-gusuk perutnya dengan jari dan tapak tangannya, di bawah lampu minyak yang meliuk lintuk itu, suasana menjadi
kelihatan muram, dan kelam seperti hatinya jua. Seja, peristiwa itulah hati Ilam bertambah sakit, dendemnya bagai meruap-ruap
kepada Sandin. Dia tidak akan meninggalkan rumah sewa kecil di tanah haram di pinggir bandar Sarikei ini, selagi dendamnya tidak
terbalas, begitu janji Ilam pada dirinya.

Ilam tahu dia cuma gadis kampung yang berasal dari rumah panjang kampung Jakar, dia tidak bersekolah tinggi, tidak ada kerja
yang layak untuknya hidup di bandar ini. Walaupun pada tujuan asalnya dia berhijerah ke bandar ini untuk mencari Sandin, tetapi
semuanya ini tidak berarti lagi.

Namun kenangan manisnya bersama Sandin di waktu di kampung dahulu masih bermain dilipatan hatinya, walau pun dia tahu Sandin telah merampas dunia kegadisannya pada malam Gawai di rumah panjang Jakar, tetapi kini Sandin orang yang paling dibenci di muka bumi ini.

"Aku pergi Ilam, demi untuk mencari pekerjaan di bandar Sarikei. Bila aku di sana nanti, aku akan menghubungimu, janganlah kau bimbang dan bersedih Ilam," Begitulah pengakuan Sandin kepadanya, sebelum dia pergi
meninggalkan kampung mereka yang tercinta.
"San! Anak dalam kandungan ini aku tidak gugurkan, bila kau dapat kerja nanti, kita akan khawin San, aku tertap menunggumu,"

Pertemuan terakhir itu berlaku di belakang rumah panjang, di waktu penghuni rumah panjang sedang asyik dibuai mimpi-mimpi indah di hujung malam. Begitu berat sekali dia hendak melepaskan pelukan Sandin dalam perpisahan itu, seolah-olah perpisahan itu tidak mahu mempertemukan lagi mereka kembali.

Memang benar dugaan Ilam, selepas enam bulan sandin pergi tiada sepucut surat pun yang pernah diterimanya, jauh sekali untuk
mendengar khabar berita, hati ilam rasa tercabar dan dipermainkan.

BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

ISU SEMASA KEMARUK CINTA
_______________________________________________________________________________

Kenapa lewat kebelakangan ini, sering kita dengar kisah anak gadis
belasan tahun kemaruk cinta, sehingga tidak dapat dinilai lagi akan baik buruknya. Maruah ibu bapak tidak dapat dijaga. ikut kata hati dan ikut kata rasa.

Sehingga sangup ambil suami orang yang sebaya umur dengan ibu
atau bapanya. Sebagai bapa atau ibu tentulah risau, kadangkala dia
teman sahabat kita, diam-diam mengorat anak kita, bagaimana ini?
sahabat sendiri , tiba-tiba jadi menantu?

Ada setengahnya memandang harta, masa depan anak konon, jika
tidak bernasib baik dapat dekat kasanoba. Nak beli baju biarlah padan dengan badan,jangan terpilih bulu, akhirnya musang berbulu ayam....

Mozaire berkata...

sajak ni pasal gadis dr lombok ker???

Tandus Suci berkata...

sajak psl pmpuan yg terlanjur ker??

Kakiku Kaku berkata...

sajak mcm psl putus cinta jer???

Qhalisha Khaisara berkata...

sajak ni psl org yg ske buat mksiat ker?

Syed Al Ghozali berkata...

sajak mcm psl penyesalan jer.... hehe agak jer ni....

Olie Pajutdy berkata...

byk btol psl nabi en nuri thu? en dpt mne???

Teratai Mekar berkata...

nabi mmg manusia yg 1 dlm sejuta....

Ali Conan berkata...

wah! hebat btol nabi ni... mmg misteri...

Lelangit Biru berkata...

wow! byk btol kelebihan nabi ni.. ape2 pun nabi kita mmg istimewa..

Danial berkata...

ha! kelebihan nabi ke semua ni!!!! wah! mmg menakjubkan....

Brader Joe berkata...

kecik2 pun dh nmpk nabi ade kelebihan... unta tu jln ke belakang..

Seri Suri berkata...

eh! bila nabi ke belakang unta pun kebelekang gak?? hmm... ape2 pun dia nk nabi di depan,........

Umar Haslam berkata...

abu jahal dan abu lahab? yg mne jahat? confius plak?

Bulan Terang berkata...

musuh bkn dikalangan org luar kdg2 tu ade jgk musuh dlm selimut....

Nik Aziman berkata...

ape2 pun jgn mudah mmpercayai org... smua bkn boleh percaya mcm nabi ni bapak sedara sendiri pun nk memusuhi dia...

ABC berkata...

hahhahaha btol geletek! aku sokong! dorg ni xde otak!!!!

Diana Sanubari berkata...

org yg dh kemaruk cinta mcm2 boleh bagi kdg2 tu maruah pun tergadai....

Janggus Juri berkata...

best jgk isu semasa geletek kali ni aku sokong pendapat ko geletek!!!!

Bob Kuli berkata...

aku sokong ko geletek! ape2 pun manusia zaman sekarang ni mcm2 ragam,...

Angker 13 berkata...

klu dh jd mcm ni bg aku smua salah geletek bkn salah mak bapak jer....

Ustaz Muda berkata...

gadis2 skrg smua mcm senang jer digoda? adoi.. ape nk jd la gadis zaman skrg ni? ape2 pun harap2 aku dpt jodoh dgn pmpuan elok2...

Kelana Juara berkata...

eh! ade isu semasa yang hangat dr geletek! ape2 jer pendapat ko mmg aku sokong 100% hehehe

PENYAIR AGUNG berkata...

LILIN


Satu detik,dua detik,tiga detik...
Satu minit,dua minit,tiga minit...
keras ini sedikit demi sedikit mengikisnya

Satu mili,dua mili,tiga mili...
Satu senti,dua senti,tiga senti...
Kegelapan sedikit demi sedikit memakannya

Ketakutan lama menyelubungi tubuhku
Rasa dingin rasa hendak menyantapku
Kesunyian rasa menikam jantungku
Tiupan angin yang menampar,
terus menghantui tatapan butaku
Yang kulihat satu titik cahaya
Dari lilin yang tinggal separuh
Tak lama lagi,tidak akan lama
Dia meninggalkan aku yang termenung
Menunggu harapan yang tidak pasti

Sekilas melihat sudut duniaku
Aku mulai tersedar
Beberapa saat lagi aku akan mengalami hal yang sama
Satu detik,dua detik,tiga detik...
Satu minit,dua minit,tiga minit...
Kegelapan menjadi warga kampung ini

Satu detik,dua detik,tiga detik...
Satu minit,dua minit,tiga minit...
Lilin tinggal separuh
berubah menjadi cair
bisu yang mulai mengeras
Dan aku pun...
Mulai menutup mataku


Penyair Agung
Jerantut Pahang
8 pagi...

Qalam Mutiara berkata...

Ulasan

Hidup umpama lilin hdup membakar diri buat menyenangi orang lain,

Lilin mulanya panjang,bila dibakar api, Kemudian beransur pendik dan cair dan keras semua. Begitu juga kita, bila tiba saatnya. Lalu kita pun pejam mata dan tiada.