Jumaat, 12 Februari 2010

SAEKOR TERKUKUR

 
Kenalkah kamu?
saekor burung terkukur
berjalan banyak mengangguk
terbang berbunyi kepaknya
duduknya didahan yang tingi
cuma bila ada padi sedang masak
sesekali dia akan turun ke sawah.

Bunyinya merdu
terkuku irama lagunya
resamnya mudah bercanda
kerjanya cuma memerhati saja
bila padi menguning di sawah
rasa megah menganggukkan kepala
mengaku padi sawah dia yang punya.

Oleh : Nurimanja,BBPBL,
Teluk Kmbar,Pulau Pinng.
10hb, Febuay, 2010.

17 ulasan:

nurimanja berkata...

Sambungan cerpen siri ke 3 bertajuk ; Matahari Merah Dirembang Petang .
______________________________________________________________________


PAGI esok aku dapati ramai pekerja tidak dating lagi bekja. Kawasan menjadi sunyi sepi.Dua tiga orang berbangsa Iban yang mencari ketam di hutan bakau itu telah membri tahu aku. Penganas komunis telah bemaharajalla di kawasan itu. Ramai orang-orang kampong telah ditangkap dan dipaksa member bantuan makanan dan perubatan jikalau engan akan dibunuh.

Semua penghuni rumah panjang di sekitar kawasan sungai Semak tidak dapat keluar untuk behubung dengan orang-orang yang tinggal di pecan kecil yang terletak di Kuala Sungai Semak itu. Aku menjadi bertambah resah, Sandin sahabatku tidak juga pulang.

Aku juga terdengar pihak penganas komunis telah merasuk serta meracuni akal fikiran penduduk tempatan yang hidup susah untuk memujuk mereka memasuki perjuangan bagi menentang kerajaan..Aku juga cukup bimbang jika Sandin juga telah terlibat dengan kompolan itu.A

Setelah tiga hari tiga malam aku berada seorang diri di pondok itu fikiran aku bertambahKacau, aku menjadi gelisah sepanjang hari disekitar pondok itu. Waktu matahari merah di rembang petang, aku masih termenung di atas tangga di pintu pondok itu.

“Kuh kuh kuh …”
Aku terdengar bunyi orang batuk-batuk kecil, seperti menahan sakit,sesekali bunyi pula suara mengerang seperti orang menahan sejuk ditimpa hujan. Waktu itu matahari merah Dirembang petang kian mengambang senja.

“Kauu.. Sandinnn… “ Aku tidak menduga dengan tiba-tiba sahaja Sandin pulang
“Kemana kau selama ini Sandin?”
Aku mengemukan soalan , rasa tidak sabar ingin tahu.Tetapi dia tidak dapat memberi menjawab,apa yang aku lihat dia saolah-olah mahu jatuh, muka dia pucat dan kurus nampak dalam keletihan seperti tidak makan.

Aku melompat dari tangga dan meluru kea rah Sandin segera memeluknya, hati aku rasa gembira,Dia masih terbatuk-batuk seketika.
Äku sakit Nurin.”kata Sandin. Aku segera memapahnya masuk ke dalam pondok. Kemudian membaringkannya di atas pangkin kayu bakau tempat tidur kami.

“Kemana kau menghilangkan diri selama ini Sandin?”Tanya aku lagi, setelah aku lihat batuknya reda. “Kau aku lihat begitu kurus dan pucat, apa yang telah terjadi?”sambung aku lagi.Äku ditawan dan dipaksa oleh pihak komunis, membantu mereka mendirikan kemah dan memandu mereka mengenali kawasan sungai Semak ini,”kata Sandin agak
Lemah dan sayu saja bunyinyan.

BERSAMBUNG……..

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 21 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : ABU SULAIMAN DAN UMMU DARDAR
_________________________________________________________________________________________________________________________________


Pada satu hari Abu Sulaiman berjmpa dengan kakaknya ummu Dardar, bila dilihatnya ummu Dardar berpakain lusuh buruk dan masai, dia pun bertanya,"Kenapa engkau berpakaian seburuk ini?" kata Abu Sulaiman.

"Buat apa aku berpakaian elok,Abang kamu Abu Dardar siang dia berpuasa sunat, malam bertahajud pula di masjid." jawab Ummu Dardar,semacam kecewa.

Satu bila Abu Sulaiman datang ke rumah Abu Dardar untuk melihatnya, Abu Dardar terpaksa berbuka puasa
dan tidur dirumahnya melayani saudaranya Abu Sulaiman.

Hal ini telah diceritakan kepada nabi Muhamad saw,untuk meminta pandangan, nabi menjawab dengan tenang,kedua-duanya betul. Abu Sulaiman buat yang penting untuk dunia dan untuk akhirat.

Pengajaran;
Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari, bekerjalah seolah kamu mahu hidup seratus tahun lagi. Adapun dunia ini jambatan untuk menuju ke alam akhirat.

Jengking Perak berkata...

sajak perumpamaan yag menarik... heeehe

Penghibur Diraja berkata...

en nuri ni mcm2 benda alam dia perumpamakan dalm kehidupan manusi? hehehe

Atuk berkata...

ni msti sajak psl kehidupan kehidupan manusia! en nuri mmg versatil mcm2 binatang digambarkan mcm2 kehidupan manusia?

Faizal Syafie berkata...

sajak kurang jelas la maksud apa?nnt harap qalam tolong ulas....

Comel berkata...

sajak yg best!!! hehehe

Pencari Inspirasi berkata...

sian sandin komunis ni mmg jahat la nsib baik skrg dh xde....

Brader Joe berkata...

patutlah hilang sandin kena culik dgn kmonis rupanya..

Satria Juragan berkata...

msti sandin kena paksa minum sabun.... sbb slalu komunis slalu suruh minum sabun je....

Kelana Juara berkata...

mmg kejam btol lakomunis dulu2 ni... geram aku tgk!!!!

Kelana Juara berkata...

mmg kejam btol lakomunis dulu2 ni... geram aku tgk!!!!

Umar Haslam berkata...

hrp2 sandin x jd tali barut jepun la nnt....

Mozaire berkata...

jahat btol komunis ni... rsa mcm nk tembak je kepala dorg!!!

Petualang Tiga berkata...

sedih btol babak ni... menyayat hati... sian sandin msti mati lps ni..

Syakir Retro berkata...

PHOBIA PAGI

akankah kau kembali sembunyi
ketika mata mulai melihat
wajah mulai meratap
awa mulai melesat
tangis mulai meledak
sebaris kata tak mampu terungkap
aku hanya mampu lelap semula...

Syakir Retro
sajak pertama sajak mencuba sahaja
12.2.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak oleh pendatang baruoleh Syakir Retro bertajuk PHOBIA PAGI .
Membawa satu pengertian suasana yang membimbangkan kehidupan.
agak terseksa kehdupan begini, situasanya dilanda ketakutan, apakah yang perlu diucap sehingga keadaan kembali tenang. Sekadar andaian sahaja.