Ahad, 14 Februari 2010

AIRMATA ,PUISI DAN AKU

 

Airmata ini kutitiskan
dalam pengambaraan yang pahit
di satu jalan yang paling sukar
di puncak gunung yang tinggi dan gusar.

Puisi ini yang kutulis
daripada aliran rasa terseksa
ilham deritaan seorang anakmuda
yang jatuh tersungkur di Pulau Mutiara.

Aku adalah pengembara,
berwajah letih kurus dan kerdil
tetapi paling angkuh memburu cita-cita
sehingga kini belum kutemui penghujungnya.

Ada pun diantara tiga,
kewujudan Airmata Puisi dan Aku
semuanya terasa hidup dan mati bersama
di setiap detik langkag-langkag terakhirku.

Oleh: Nurimanja,
Daripada Sedenyutrasa
11hb, September, 1974.

15 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG……..
Sambungan cerpen siri ke 4 bertajuk ; Matahari Merah Dirembang Petang .MK 4
______________________________________________________________________

Ini mungkin saki baki komunis yang tinggal di hulu sungai semak ini telah melarikan diri kerana diburu pasukan keselamatan membuat operasi pembersihan kawasan hitam.

“Tetapi bagaimana kau dapat pulang ini?”
“Setelah aku sakit mereka menyuruh aku pulang,”
“Keparatttt!!.. Jahanam sungguh penganas komunis ini.”
Tiba-tiba perasaan marah dan geramku timbul di hati, jika aku ikutkan perasaan marah Ini mahu sahaja aku pergi mencari dan membunuh pengganas komunis itu.

Waktu tubuhku bergementar, jari-jari tanganku pula menjadi keras, urat-urat tanganku naik tegang, aku tidak sabar lagi dinding pondok itu tempat aku melepaskan geram. Bila aku sedar, baru aku terasa gengaman penumbuk sebelah kanan terasa sakit dan pedih.

“Sandin, aku berjanji , demi mata hari merah dirembang petang ini, aku akan bertindak Sandin,aku akan bertindak, kau tengoklah nanti,” marahku terasa meruap-ruap tidak seperti dua tiga hari yang lalu, aku menjadi kecut dan takut.

“Apa yang hendak kau lakukan? Kita tidak dapat keluar dari kawasan ini Nurin,” celah Sandin pula ingin mengingatkan aku.

“Aku tahu itu semua, tetapi kawasan ini mesti diselamatkan daripada ancaman pengganas
Komunis itu”, aku seperti tidak sabar lagi, kalau ada sayap sudah lama aku terbang.

“Jangan Nurin, jangan kau buat satu tindakan yang membahayakan dirimu, penganas ituTidak kira siapa Nurin, dia akan membunuh siapa saja,” Kata Sandin, dia seperti mahu
Menahan aku dari meninggalkan tempat itu.

“Aku tahu Sandin, tetapi aku tidak boleh membiarkan kau dalam keadaan bigini, kau tentu diserang malaria,kauperludiubatisegera,”
kataku pada Sandin.

“Biarlah aku disini, sakit atau mati,”
“Tidak Sandin,”kataku memotong,
“Jadi kau hendak pergi juga?”
“Ya, biar aku pergi meluluskan diri, aku tak mahu penduduk disini fikiran mereka telah diracuni pihak komunis bedebah itu” Aku bersiap sedia untuk meninggalkan tempat itu Sandin menggeling-gelingkan kepalanya.


BERSAMBUNG ……..

Geletek Pagi berkata...

ISU SEMASA.
JANGAN JADI MUFLIS DI AKHIRAT

Penyakit saman menyaman ini, kita patut sedarlah. di dunia ini
kalau kita menang begembiralah, tetapi kalau tak setimpal dengan
kesalahan seorang itu, di akhirat kita kena bicara sekali lagi
sebagai seorang Islam dihadapan mahkamah agong Allah.

Kalau kalah di akhirat, wang tak penting lagi disana, mereka mahu
pahala kita sebagai ganti. akhir sekali kita jadi muflis diakirat.
bila pahala habis, timbangan jadi berat pada dosa ... akhirnya
kita di humban ke neraka. Nauzubillahiminzalik.

Nama Yang Menang
kalau berani
bubur!bubur!
dewan negeri..

Nama yang kalah
kalau kalah
terima! Terima!
taqdir Allah..

Baik! Baik!
kerja sama
gaduh! gaduh!
buat apa?

Rakyat! Rakyat!
mahu pesan
muak! Muak!
sudah bosan..

Tunggu! Tunggu!
rakyat tentukan
Pengundi! Pengundi!
akan memutuskan

Geletek! Geletek!
kalau tak geli
zikir! zikir!
ingatlah mati..

Lihat zikir U Tube Berita Harian .Orang Perak x ada zikir barat.
cuma ditambah 5 rangkap lagi ... bagi dia geli siki..ha ha ha ..

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CRSIRI 23 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : MIMPI ABI KHUTABAH
_____________________________________________________________________________________________________________

Abi Khutabah bemimpi melihat seorang hamba Allah yang terseksa hingga hitam mukanya, kerana anak-anaknya di dunia tidak melakukan pekara yang baik-baik, malah membelanjakan harta peninggalan aruah ayahnya ke jalan
yang kurang menyenangkan.

Kemudian dia melihat pula sorang hamba Allah mukanya bercahaya-cahaya bila ditanya; inilah berkat doa anak-anaknya di dunia sering bersedekah dan amalan soleh.atau amal makrup nahi mungkar.

Bila khutabah bangun dari tidur,dia mencari keluarga yang teseksa itu, dan menceritakan apa yang telah belaku ke atas aruah ayahnya di dalam kubur.Lalu segeralah anak-anak sahabatnya itu melakukan amal makrup nahi mungkar, maka jadilah mereka waladunsolehon. (anak yang soleh).

Setelah bebeapa lama Abi Khutabah bermimpi lagi sekali,dia melihat dari kubur yang sama penghuninya dalam keadaan yang mengembirakan. bila dia bertanya, lantas dia menjawab dengan sukacitanya berbanyak terima kasih kepada Abi Khutabah.

Pengajarannya:
Anak-anak merupakan harapan untuk ayah ibu menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat agar dapat membantuayah ibu di alam barzah (kubur) atau pun di akhirat nanti.

Harta peninggalan aruah ayah kita jangan dibelanjakan ke jalan yang mungkar ataupun maksiat, sebaiknya lakukanke jalan membawa kebajikan dunia dan akhirat.

Qalam Mutiara berkata...

Apakah kesudahannya cerpen MMDP?
mungkin esok siri teakhir, berjayakah
Nurin keluar dari kawasan yang telah dikepung oleh bot pihak pengganas komunis itu? Bagaimana kesudahanya Sandin yang deserang deman malaria?
Ikutilah siri teakhir mungkin
menyanyat hati ......

Faisal Syafie berkata...

aku ske btol sajak aku air mata dan pusisi ni... best btol ayat2 dia...

Qalam Musofa berkata...

sajak kali ni mmg menarik...

Atuk berkata...

sajak ni mcm sdih jer..... sajak berkenaan ape ni?

Bintang Kejora berkata...

sajak kali ni lain dr yg lain... mmg menarik...

Bulan Terang berkata...

wakakakakaka lawakah anda ni geletek! sbb tu sy keluar sbb buat malu saja dh kalah terima sahaja dh xde rezeki...

Keris Sakti berkata...

btol geletek! irama tu mmg patut di baca pada penyokong nizar! buat malu jer dh kalah terima sj lah... wat apa nak bisng2...

Sulaiman Embong berkata...

oh.. aku dh tgk dh tou tube mmalukanlah dorg ni!adoi.... ade buat dikir barat plak? hahahhaha apa2 pun kesian muka nizar merah padam tu! hahaahhaha

Orang Lama berkata...

nk buat mcm mna dh lumrah la ade kalah dn menang ape2 pun terima sajalah buat pa nk bising2....

Pencari Inspirasi berkata...

geletek ni mmg lawak la! hahahha ape2 pun aku sokong pendapat ko...

Haji Khali berkata...

SISA MALAM DI SIMPANG LIMA

Masih menderu...
Sisa bahan bakar di tangki motormu
Menuju satu sisi ruang sempit
Di antara gedung itu

Bibir merah itu masih merekah
Menyedot rokok tinggal setengah
Memoles bait demi bait
Dalam sisa malam ini
Mata langit kian layu
Menggambarkan kegelisahan

Haji Khali
selepas pulang Pasaraya Maidin
13.2.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Tuan Haji Khali sajak penuh pengertian sajak bertajuk sisa malam di simpang lima Andaian Cuma. Mungkin bagi sesaorang perjalan hidup ini berbagai andain telah dialamminya berlandaskan rukun islam dan iman , melihat segala kepincangan yang berlaku lalai hingga ke hujung perjalanan , membuatkan kita gelisah.