Sabtu, 27 Februari 2010

MARAH ITU API

 
 Marah itu api
api itu daripada Syaitan
berwuduklah apabila marah.

Jika marah sedang berdiri
segeralah  duduk dahulu
jika  marah sedang duduk
segeralah  berbaring,

Marah itu api
api itu perlu kawalan
agar tidak terus terbakar,

Marah dengan rasa bijiksana
mendidik menjadi cendekawan,
marah dengan rasa keikhlasan
memelihara menengak kesucian,
marah dengan rasa keberanian
menegak maruah perjuangan,

Jika tidak ada sifat marah
pasti kita digelar dayus!
perlu ada juga sifat marah
tetapi biarlah dibawah kawalan.

Oleh ; Nurimanja,
catatan Penceramah Bebas,
akhir bulan Februari, 2010.

18 ulasan:

nurimanja berkata...

6.PERGERAKAN NABI MUHAMAD SEWAKTU BABY
____________________________________________________________________________________________________________

satu hari sama dengan sebulan, masuk tiga bulan berdiri, selepas lima bulan berjalan,masuk sembilan bulan terus berlari, dan boleh bercakap dengan fetah dan fasih ,

- Nabi dilahirkan keadaan bersih.
- Telah berkhatan bersunat.
- tali pusatnya telah terpotong.
- tubuhnya kelihatan berminyak.
- matanya pula bercelak.

Kebetulan pada masa itu negeri Mekah ditimpa wabak penyakit, maka Abdul Muttalib mencari ibu susu.
Sudah menjadi kebiasaan orang Arab Quraish , melatih anak mereka hidup di kampung,kerana bahasanya lembut dan tahan susah serta berani.

Nabi diberi susu kepada Halimatun Saadiah, waktu berumur 2 tahun, nabi cuma menyusu di sebelah kanan sahaja, susu sebelah kiri kepada Abdulah Masuud. (lihat dlam kisah & tauladan)

Waktu sedang bermain dengan saudara sesusunya, datang malaikat datang membelah dada nabi Muhamad,
mungkin dimasukan segala hikmat
Waktu nabi berusia 4 tahun dia dipulang oleh ibu susunya semula, dikhuatiri malaikat datang lagi
lalu diserah semula kepada datunya Abdul Muttalib.

Semasa Halimah bersama suaminya Abu hamisah menjaga nabi Muhamad hidup merekamenjadi senang, mewah, kambing menjadi beranak kembar, kebun tamar pun berbuah lebat.

nurimanja berkata...

KISAH DAN TAULADAN SIRI 21 HALIMATUN SAADIAN IBU SUSU NABI YANG KE DUA.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sudah menjadi tradisi bangsa Arab penduduk dari kampung datang ke bandar Mekah mengambil upah anak susu, jadi ramailah kumpulan yang pergi mengambil upah menacri anak susuan itu. Termasuklah Halimatun Saadian bersama suaminya Abu Hamsiah.

Sewaktu bertolak unta Halimatun berjalan agak lambat hingga ditinggalkan oleh rombongannya. Apabila sampai di kota Mekah , kawan-kawannya semua telah dapat anak susuan, cuma Halimah yang masih terjegah-jengah mencarinya. kerana terlewat sampai.

Akhirnya kawan-kawannya memberi ada seorang anak yatim yang tinggal dengan datuknya. Engkau pergilah ambil.menjadi kebiasaan orang Arab anak yatim biasanya bayar sadikit rendah. untuk tidak menyecewakan Halimah mengambil
nabi Muhamad sebagai anak susuannya.

Sewaktu dia pergi mengambil, kawan-kawannya telah berangkan pulang, tetapi dia menjadi hairan, apabila unta yang dinaikinya bersama Muhamad terlalu laju berjalan, sehingga dapat memotong semua rombongan yang telah berangkat
dahulu. mereka semua tercengang melihat unta yang dinaiki Halimatun Saadiah.

Keluarga Halimatun Saadian dan suaminya juga menjadi hairan, tanaman mereka juga menjadi subur, haiwan ternakan mereka juga telah membiak dan sering beranak kembar. Nabi Muhamad cuma menyusu sebelah kanan sahaja, susu Halimahtun
di sebelah kiri di susu oleh Abdullah Masuud, saudara sesusu nabi.

Pengajaran;
Jangan memandang hina pada anak-anak yatim kerana Allah yang memberi rezeki kepada mereka
Saudara sesusu tidak boleh berkhawinan bila dewasa kelak, dan islam itu biasanya bersaudara.
Nabi mempunyai perkara yang luar biasa, serperti mujizat, unta berjalan laju, awan memayunnya dlln.

Nakhoda Belantara berkata...

wah! nabi masa baby pun ade cte? hebat en nuri ni mcm2 cte ade...

Usop Saripan berkata...

en nuri ni mcm2 cerita yg menarik ade.. best...

PENYAIR AGUNG berkata...

PADA PENDAPAT SAYA EN NURI NI MESTI SEORANG USTAZ ATAUPUN SEORANG PENCERAMAH BEBAS KERANA BANYAK CERITA-CERITA NABI YANG EN NURI ADA.. APA2 PUN EN NURI HARAP DAPAT TERUSKAN BERDAKWAH SECARA ONLINE.....

Putera Damien berkata...

oh.. mcm ni cte nabi masa dia kecik ni baru aku thu sebelum ni xthu pun...

Halilintar berkata...

eh! btol2 magik la nabi ni... sapa yg jaga dia dorg jadi maju semua ternakan menjadi...

Siti Alia berkata...

wah! nabi ni mmg bayi ajaib la....

Si Kecil berkata...

btol sy sokong! jgn hina anak yatim! sbb dorg pun manusia jgk....

Ali Conan berkata...

cte pasal nabi plak? cerpen xde ker?

Abul Hassan berkata...

kenapa org arab msti nk cari org susuan???? kaum ibu xreti menyusu ker?

Tanpa Wajah berkata...

sajak ni bkn en nuri dh terbit ker??? sajak yg terdelete....

Dendam Langsai berkata...

lain kali aku kena kawal marah ni... thnkz en nuri...

gelora maya berkata...

ape2 pun klu nmpk org marah mmg sy xkn mendekati dia bahaya tu...

Brader Joe berkata...

yup! btol! klu tgh marah mmg ingat ape2 dh....

Pengembara Masa berkata...

sajak ni mcm pnh baca jer....apa2 pun sajak mmg best!

Pahlawan Kesatria berkata...

PENDAKI

Jalan yang selama ini kau tempuh
Semakin sulit dan kian sukar
Meracun di setiap hentakan
Namun komitmen selalu jadi kental
bergetar keras,mencabik sukma setiap kali kau hendak mundur

Kegetiran yang kini kau rasakan
Adalah cermin dari tangisan alam
Yang kian terpuruk bersimbah nista
Mereka menjerit dan kau meronta
Mereka merintih dan kau terkapar

Masihkah ada harapan
Agar kalian dapat bernyanyi bersama
Tapi esok mentari masih bersinar
Harapmu jalan itu tak lagi gelap
Namun cahaya itu tidak cemas
Akan tuntutan sebuah hakikat kawan
Pengembaraanmu takkan ada akhir


Pahlawan kesatria
sewaktu mendaki
di Gunung Kinabalu
12tengah hari..

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Dalam kehdupan kita sering memburu cita, hajat dan kejayaan,pendakian ini Satu Pengajaran buat kita yang bernama manusia, tetapa susah dan payahnya seorang Pendaki, jika tersalah langkah, kita pun akan tergelincir jatuh, sakit dan juga sebagainya.dan bagi yang hidup teruskan perjalanan dan pendakian anda.