Memaparkan catatan dengan label menyambut merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menyambut merdeka. Papar semua catatan

Sabtu, 1 September 2012

ANAK KECIL MENYAMBUT MERDEKA




Anak kecil menyambut merdeka
Ikat bendera di belakang basikal
Tempek sorak dan gegak gempita
Pusing taman dan masuk desa
Sambil melaung sebut MERDEKA.

Diraup wajah nampak riang  ber gimbira
Berarak  dan mengebar jalur gembilang
Biar tidak mengetahui arti kemedekaan
Asalkan aman damai selamat sejahtera
Hidup senang dan bebas kemana sahaja.

Kanak-kanak merderka satu Malaysia
Hidup jangan terlalu leka membuang masa
Kerana kamulah Genderasi warisan bangsa
Janganlah  tersalah membuat perhitungan
Masa depan negaradi tangan anda semua.


Oleh; Nurimanja,
Getak Sanggul, Penang.
29hb, Ogos, 2012.


Ahad, 29 Ogos 2010

ANAK KECIL MENYAMBUT MERDEKA



Tanggal 1957,
kelas darjah satu,
pertama kali sambut merdeka,
aku pakai  baju melayu
songkok tinggi saiz besar
ikut arahan cikgu bawa bendera
sambil  berarak kami benyanyi
bertempek sorak sebut merdeka.
sampai di padang sekolah Bagan serai,
akulah  budak yang kurus melidi
kain samping sering saja jatuh ke kaki.

Badanku semua basah kuyup
kain bajuku habis lencun
kena berdiri di tengah padang
diberi minum ais bandung percuma
satu tempayan besar disediakan.

Siapa  hendak minum ais sejuk
di tengah-tengah hujan mencurah lebat
aku kanak-kanak kecil belum mengerti
peduli apa pada syarahan umum
duduk saja di belakang kemah
main lompat tadah air hujan .

Oleh; Nurimanja,
SK. Matang Geru,
Bagan Serai, Perak.
31hb Ogos, 1957