Isnin, 29 Ogos 2011

ANAK PERANTAUAN




 buat mereka diperantauan.

Satu syawal
Datang menjenguk
kamar anak perantau
senyumnya bagai dipaksa
hatinya dipagut resah
jauh di rantau orang
di jendela duduk terkenang
air mata pun jatuh berlenang
lantaran jauh dari ayah bonda
dan juga sanak saudara


Oleh; Nurimanja,
Pulau Burneo Penghujung 1979.
sajak lagenda




30 ulasan:

Qalam Azimad berkata...

Buat mereka yang merantau. jenguk-jeguklah kampung halaman. lihatlah ayah ibu yang disalut ketuaan. tulang berdongkol dengan kulit yang keriput, demi mencari nafkah untuk membesar anak-anak meeka.

Bila anak telah dewasa. ibu ayah
janganlah dilupa, sejahat dan
seburuk mana pun mereka. namun
mereka tetap ibu dan ayah kita.

Tinta Azimad berkata...

10. SALAH SANGKA.



Ah Seng seorang yang tinggal di seberang sungai . Dia selalu menaiki sampan penambang pulang ke rumahnya selepas membeli barang di kuala kurau. Di sebuah pekan kecil di kuala sugai itu.


Pada suatu hari Ah Seng , bersama bininya pergi berbelanja di pekan kecil itu, waktu petang, Ah Seng berjumpa dengan kawan lamanya bernama Abu yang bekerja sebagai kontrak di kuala Lumpur untuk pulang ke kampung seberang.


Abu pulang bersama mak, dan isterinya yang baru berkawin. Sewaktu hendak membayar tambah Ah Seng dengan pantas berkata, “Abu Lu gua,bini sama mak lu, bini gua, jangan susah, lu duduk diam-diam,” Ulang Ah Seng.


“Apa lu cakap Ah Seng , wa punya mak , lu mahu bikin bini, lu jangan main-main Ah Seng, nanti wa hentam lu punya muka,” kata Abu , marah .


“Tata, gua cakap, lu, gua, mak lu, bini gua, wa kasi bayar semua tambang , lu jangan susah” Kata Ah Seng sekali lagi.



“Wooo, Cakap lah itu macam , gua salah dengar dan gua salah faham , soryylah Ah Seng, syoryyy” Kata Abu , agak malu, kerana tersalah sangka.




TAMAT Oleh; Nurimanja,


ULASAN:

Dalam pergaualan kita sehari di kalangan rakyat berbilang kaum ini, ada berlaku kesilapan salah faham tentang mengucapan kata. Oleh itu eloklah di amati terlebeh dahulu, sebelum kita bertindak.

Kembara Budiman berkata...

TIKA LAMPU PADAM

tika lampu kesamaran
bersama redupnya alam
kala sayunya rembulan
bersama segar angin malam
fikiran ligat berputar
terjah ke balik roda hidup
berterusan berputar
di landasan penuh liku
landasan hidup insani
jelas terbayang kisah harian
ada terselit rasa manis pahit
muhasabah seketika
adakah pahala tercatit
di penjuru buku kanan
atau juga ada dosa
di penjuru buku kiri
tolong maafkan aku
kerana aku mahu lena beradu…

kembara Budiman
sajak kekesalan

Jengking Perak berkata...

LOCENG BERBUNYI

loceng berbunyi
Menandakan mulakan aktiviti
dibukanya pintu gerbang
Pekerjaan rutin dijalankan
Dalam sebuah kawasan penghasil wang
Orang-orang berseragam mulai masuk
ke tampat masing-masing
Melakukegiatan sebelumnya dilakukan
Trak-trak besar sudah diparking
Bersiap membawa barang ke pelabuhan
ke tempat pihak-pihak yang meminta
Setiap hari begitu Selalu begitu

Jengking Perak
sajak ruti harian berkeja

BUlan Terang berkata...

DERA ANGIN MENGHERET

Dera angin singgah di beranda ini.
Saat malam masih dalam lamunan,
langit menghitam bertabur bintang
lembut cahaya bulan malam
sebagai sebuah hikayat panjang.
Walau sepi dari gema bahagia,
namun dapat berkata tentang
satu kehidupan sebelum perjalanan
terus mendera dan menyeret
dalam langkah panjang dan fana.

Bulan Terang
sajak simbolik

Harimau Berantai berkata...

HENTIKAN RODA WAKTU

ingin kutahu siapa henti roda waktu
tentunya berhenti saat itu
waktu terus mengalir
darahku yang kian tersendat
isi hidupku hirup
udara bumi kian surut
Sang Pencipta pasti panggilhambaNya
ingin kusirami warna sisa hidupku
dengan damai dan bahagia
tak terkira segala apa
yang akan terjadi dalam hidupku ini

Harimau Berantai
sajak kehidupan

Qalam berkata...

SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


Sdra. Kembara Budiman dengan sajak TIKA LAMPU PADAM.Ungapannya menarik dengan bicara tentan kehiupan yang sesekali terasa diri bagaikan terperankap dalam kecelaruan. Kini terasa jiwa inginkan pengampunan, kerana belum tentu yang ibadat yang kita lakukan ini adaJuga pahala yang tercalit dosa. Amat dikhuatiri tangan kanan atau kiri yang menerima buku catatan amalan dalam kehidupan di dunia ini , lalu dinilai kembali di akhirat nanti. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


Sdra Bulan Terang dengan sajak bertajuknya yang mnarik; DERA ANGIN MENGHERET. Sajak ini mungkin membicarakan atau menyentuh akan perik getil kehidupan yang sesekali dihimpit kekalutan.lalu manusia yang lemah ini (goyah dengan keimanan) menjadi terhempet di bawa angin atau arus serba pembangunan yang mencabar kewibawaan hati nurani kehidupan di alam fana ini. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


Sdra Jengking Perak dengan sajak LOCENG BERBUNYI . Penceritaanya semacam rutin tempat kerja buruh kontrak saja.kau tak bekerja dengan oli kedai kopi? Atau kerja tempat kewangan jadi pengawal ke? Gambaran di kilang penghasilan barang pun ada. Cerita yang kau paparkan semacam teka teki pula.Apa pun jika kau dapat kerja baru baguslah demi masa depan kau .nak harap Oli sampai ketua kau tak berbini. Apa pun usaha lagi lain kali. Sajak anda terpaksa terkeluar, pohon maaf. harap maklum. (TK)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


Dari Sdra.Harimau Berantai dengan sajak kehidupannya bertajuk HENTIKAN RODAWAKTU. Semacam dalam kegelisahan nampaknya harimai ini. Waktu-waktu bagaikan menghimpit situasi Kehidupannya. Bolehkah dihentikan waktu ini. Sebenarnya kita yang perlu terus berjuang .waktu tidak akan terhenti, selagi mentari terus bergerak, Cuma makhluk di dalamnya yang terhenti dan salin berganti datang dan pergi. Jika kita kecundang,pasti tersungkur di kaki waktu. Apa pun usaha lagi lain kali. Sajak anda terpaksa terkeluar, pohon maaf. harap maklum. (TK)

Geletek Petang berkata...

DALAM NEGERI
Isu Bukit Kepong: Mukhriz anggap hanya helah politik Karpal

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mahukan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong hanya satu helah politik untuk mengelak wujudnya persepsi negatif masyarakat terhadap pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Karpal terpaksa berbuat demikian kerana bimbang sokongan terhadap parti pembangkang terutama DAP akan terjejas disebabkan kenyataan yang dibuat oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu.

Katanya, reaksi negatif daripada banyak pihak berhubung kenyataan Mat Sabu itu menyebabkan Karpal menggesa pemimpin Pas itu supaya menarik balik kenyataannya.

"Ini sebenarnya satu helah. Kita tahu siapa Karpal kerana sebelum ini beliau pernah menghina raja-raja Melayu, tetapi tidak pernah pula beliau menarik balik kenyataan itu.

"Bagaimanapun, apabila kenyataan yang dibuat oleh rakannya, Mat Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk kaum Cina dan India, beliau bimbang sokongan terhadap DAP akan terjejas.

"Jadi, beliau mahu Mat Sabu menarik balik kenyataan tersebut supaya tidak menjejaskan sokongan terhadap pakatan pembangkang terutama DAP. Ini merupakan helah beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mukhriz mengulas kenyataan Karpal yang mahukan Mat Sabu menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pada 21 Ogos lalu, Mat Sabu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaysia (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong merupakan hero sebenar, pada ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut mengecam sikap berdiam diri Pas berhubung isu berkenaan kerana tindakan itu menggambarkan bahawa parti tersebut menyokong penuh kenyataan Mat Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong.

"Saya yakin bahawa kenyataan Mat Sabu itu mewakili partinya. Beliau merupakan pemimpin nombor dua Pas, jadi sudah semestinya apa yang diucapkan itu adalah apa yang diperjuangkan partinya.

"Lebih-lebih lagi ada pemimpin dalam parti seperti Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan) yang menyokong tindakan Mat Sabu itu. Jadi kita sendiri boleh menilai pendirian Pas dalam isu ini," jelasnya.

Nada sama turut disuarakan bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip apabila menyifatkan gesaan Karpal itu tidak ikhlas dan hanya bermotifkan politik.

“Kalau benar Karpal jujur dalam mempertahan fakta sejarah mengenai kemerdekaan negara, peguam veteran itu akan mengiktiraf semua perjuangan UMNO membebaskan negara daripada penjajah.

“Saya tidak nampak keikhlasan Karpal dalam isu ini. Sebaliknya saya melihat ia adalah sandiwara terbaru pembangkang dalam usaha mereka untuk mengalih dan menutup isu mengenai cubaan memurtadkan 12 individu muslim di Selangor,” katanya.

Menurutnya, jika benar pembangkang ikhlas, bukan Karpal yang sepatutnya membuat gesaan itu, sebaliknya ia perlu dilakukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BERITA UTAMA
Kenyataan Mat Sabu dibidas

KOMENTAR:

Kalau kapal ingin membuktikan Apa yang dikatakan benar dan Ikhlas. Dan Mat sabu pula dan kuncunya
ingin mengubah fakta sejarah. Buktikan kepada rakyat yang mula meragui kepimpinan mereka berdua.
dengan peberpiah saja dari PAKATAN RAKYAT. Berdiri dengan parti sendiri. Selama ini pun pakatan
terang-terang secara haram kerana tidak berdaftar..

Apek Liew berkata...

hahaha wa pernah jadi ini macam kwan wa salah dgr wa cakap

Ravi Ramachandran berkata...

org cina ckp mmg susah phm

Harimau Berantai berkata...

mmg pening la ah seng tu ckp? hahaha

Olie Pajutdy berkata...

hahah sekali salah sangka plak?

Ummu Akilah berkata...

nk tergelak baca

Comel berkata...

kesian salah sangka rupanya

Pangliema sakti berkata...

org cina ckp mmg mengelirukan

tetamu malam berkata...

kena dgr btol2 bru dpt tangkap

tetamu malam berkata...

eh! mcm mana boleh dia silap dgr plak? hahaha

Dam Catur berkata...

bhaya kalau ckp cpat nnt silap dgr

Raja Muda berkata...

hahaha nk tergelak baca

Raja Muda berkata...

lain kali kena sbut btol2 nnt trsilap plak? hahahha

Bob Kuli berkata...

apa pnya malang mak lu bini gua? hahahhaa

Nahul Hidzar berkata...

mmg lawak la cerita ah seng ni!

Jalal Rafzee berkata...

ah senga kena belajar cakap melyu btol2 dulu

Salina berkata...

nmpaknya ada uban pun sedih

Madah Pujangga' berkata...

sian dia sedih ada uban plak?

Ustaz Sahzan berkata...

eh! sedih sbb ada uban?

Ustazah Hamidah berkata...

hahahah lawak la cerita ah seng ni