Ahad, 19 Februari 2017

CARILAH KEBERUNTUNGAN



mimpi sama.jpg




CARILAH KEBERUNTUNGAN


Sesungguhnya kata saidina Ali
Beruntung lah orang yang lebih baik hari ini
Berbeza dengan kehidupan daripada hari semalam.

Perlulah kita menanam azam
Setiap kali menjelang tahun baru yang datang
Jangan biarkan sekadar mencatat tidak melakukannya,

Kerana datang awal tahun itu
Kita bagaikan membuka satu lambaran baru
Jikalau kita masih gagal melaksana cita-cita teruskan.

Sebenarnya  bagi orang Islam
Kita mempunyai hari , bulan dan tahun hijrah
Perlulah kita rebut peluang yang Allah S.W.T menentukan.

Sebelum tidur perlu muhasabah
Tanam azam dan cita-cita itu perlu dilakukan
Bukan sekadar catat dalam diari dan simpan di hati saja.


Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .30petang
Ahad Tanggal 8hb Januari 2017.



1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sesuatu projek itu tidak akan berjaya jika kita sekadar mencatat dalam diari sahaja .