Khamis, 13 Mei 2010

ALLAH BERSUMPAH PADA DEMI WAKTU-WAKTU TERTENTU


Selain masa Demi waktu dhuha dan malam yang hening
Allah tidak membuang kalian atau membenci kepada kalian
begitu juga bila nabi lama tidak menerima wahyu Allah
keadaan nabi menjadi resah gelisah dan muram jadinya
setelah menerima wahyu kembali nabi kelihatan ceria
Sesungguhnya  Allah itu maha mendengar dan mengtahui
Allah tidak membuang kalian atau membenci kapada kalian
tetapi kalian manusia telah menyalah sangka pada Allah
apabila ditimpa sesuatu musibah atau sangsara kehidupan
barulah sedar sebenar semuanya adalah satu ujian Allah SWT
ketahui kalian sesubgguh Allah maha tinggi lagi maha agong.

Oleh : Nurimanja,
Catatan Kuliah Penceramah bebas,
daripada apa yang didengar,
Pertengahan April, 2010.

18 ulasan:

nurimanja berkata...

SAMBUNGAN SIRI 7 CERPEN BERTAJUK MARAH SEORANG NYONYA .


“Tuii! . Nyonya meludah lagi ke dalam air sungai, anak-anak ikan seluang berebut-rebut menerkam untuk memakan air liurnya.”Lu tipu sama gua Kiat, Bila duit wa kasi , lu pergi main judi, bila kalah, lu lali,” Bentak hati Nyonya geram.

Dia kesal memberi kebenaran Kiat tinggal di rumahnya setelah mendiang suaminya mati, Sehingga orang-orang kampung menganggap dia akan bersuamikan Kiat keparat itu, walaupun ada bau-bau bacang dengan mendiang suaminya Ah Kap. Tetapi Ah Kap seorang yang amat baik hati,sewaktu dia sakit semuanya di
serahkan kepada sepupunya Kiat.

Pelepok!
Sampan lopek Nyonya terhenti. Dayung di kedua belah tangannya terlepas, Nyonya terdorong haluan kehadapan, hampir-hampir Nyonya terjerumus ke dalam sungai, Nyonya bangun pelahan-lahan, segera dia menggodok-gosok kepala lututnya yang tertenyeh ke lantai papan di haluan sampan lopeknya itu.

Di bawah sampan lopeknya Nyonya itu kelihatan ada apung nipah sebesar anak gajah putih sedang hanyut bergoyang -goyang di dalam air, sakerat daripada bawahnya telah terangkat sampan lopeknya tidak bergerak, haluan sampan terbabas, sekerat ke atas apung nipah itu, Nyonya cuba sedayaupaya melepaskannya.

“Jahanamm!!” Maki Nyonya.
Sampan lopeknya bergoyang-goyang hendak terbalik, Nyonya kelihatan terkial-kial mengimbang dan cuba membetulkannya, Hatinya rasa amat kecut, kalau-kalau sampan lopeknya akan terbalik, dia akan tengelam ke dasar sungai.

Burung-burung hantu malam sesekali berbunyi bersahut-sahutan, sepeti mengejek Nyonya yang terkial-kial membetulkan sampan lopeknya yang terbabas dan tersadai pula di atas apung nipah sebesar anak gajah putih itu.


“Jahanamm, Jahanammm!!”
Pekek Nyonya seperti dia mahu meminta tolong, waktu pun sudah menjelang senja, matahari sudah setengah tengelam di permukaan gigi air ditebing sungai, warna merahnya cukup mengerunkan hati Nyonya.waktu menjelang senja kala begini,tidak ada seorang pun yang mungkin lalu di sungai ini.

BERSAMBUNG.

PENYAIR AGUNG berkata...

BILA AKU MENULIS

Aku genggam garis horizontal
Genggam jugak vertikal misteri.
Berjalan walau rasa nak stop di sini.
Cuba letak kaki di signal lampu merah.
Hiruk-pikuk trafik buat aku lemas.
Patah balik? Mana boleh.
Sekerat jalan kehidupan.
Rasa mahu dijadikan titik.
Kebisingan pujian ghairah
Berlalu sekelip mata,
Biarpun mendengar kritik orang bodoh
Gelak orang ramai acuh tak acuh
Pilihlah jalan sendiri
Dengan tidak menuntut penghargaan
Kau penilai diri sendiri yang muktamad.
Kau yang paling kritis tentang ciptaan Tuhan.
Kau berpuas hati dengan hasil tulisanmu?
Kalau begitu biarlah orang mengutuk tulisan kau.
Meludah api yang menjulang ditempat pujaan kau
Sambil tersasul menggongcangkan ayat kau.
Tetapi sebenarnya dia tak faham
Apa yang engkau khabarkan.
Hari-hari tak pernah panjang
Cuma dilamakan oleh kerisauan
Dicepatkan oleh kelalaian
Sebab itu aku memilih untuk lebih risau.
Risau sepanjang waktu.
Berpihak pada Tuhan aku.
Kerana dunia akan kaku.
Dan aku pasti buntu.

PENYAIR AGUNG
Khusus di sungai petani
8pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak kali ini geliran Penyair Agung dengan tajuk BILA AKU MENULIS.

Setiap penulis punya citarasa yang tersendiri, kerana tuhan, kerana wang, kerana bakat, atau kerana diupah untuk menjatuhkan diri sesaorang, bangsa, agama dan
negara, tepulang pada nawaitunya. Biasanya dalam kehidupan ada orang suka, dan ada orang tidak suka. Mengikut kepahaman tersendiri, kalau kita berniat untuk mengingat dan nasihat, lebih condong kepada mendekati akan kuasa kebesaran Allah. serta mengingati mati. Teruskan.Biarpun tanpa ganjaran apa
apa, kerana kerisauan ini sebagai daei-menyeru ke jalan kebenaran dan diredhai Allah.Teruskan!

Sulaiman Embong berkata...

sian nyonya ni baik sgt pun kena tipu?

Putera Damien berkata...

sian nyonya ni.... byk kisah sedih dia....

Penjejak Badai berkata...

nyonya ni nak pi mana? byk situasi dia kat sungai jer?

Suria Kencana berkata...

bila dia nak balik umah? nk thu jgk la kisah anak2 nyonya ni?

Kelana Juara berkata...

sian nyonya ni? x sabar nk thu apa kesudahan cte ni....

Ali Conan berkata...

nyonya ni mmg keje dia jual nipah ker?

Ku Dania berkata...

sedih baca tentang nyonya ni? dia xde sdara mara ker?

Juragan Desa berkata...

nyonya ni umur brpa??? sian dia...

Mentari Senja berkata...

eh! nyonya ni dgn kiat sapa? ade bau2 bacang????

Tetamu Malam berkata...

ni cerita tahun bila? kenapa byk suasana kampng jer?

Umar Haslam berkata...

best jgk cerpen ni.. tp yg sedih kesian nyonya ni... smua org x ske kat dia?

Supain Sipaun berkata...

menarik sajak ni... syabaz!

Lelangit Biru berkata...

en nuri pnya sajak semakin menarik! tahniah!

Saizul Maizav berkata...

dul en nuri letak sajak2 politik lps tu skrg byk plak sajak2 ketuhanan? lps ni sajak ape plak dr en nuri? hehe

Lagenda Pulau berkata...

skrg byk plak sajak2 ketuhanan dr en nuri,...