Memaparkan catatan dengan label ikut cara sah halal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikut cara sah halal. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Oktober 2010

SEKIAN LAMANYA AKU




Sekian lamanya aku
cuma kini baru
kembali bersamamu
sesekali aku lihat
akan senyum manismu
dengan penuh terharu...

Sekian lamanya aku
cuma kini baru
kembali menatapmu
sesekali terasa lemah
menilai keayuan wajhmu
membuat aku penuh terharu...

Oleh; Nurimanja,
sajak jiwa-jiwa anakmuda,
tanggal 25/07/1977. 30 tahun lalu.


Selasa, 11 Mei 2010

MANUSIA DENGAN NAFSU SEXNYA


Dalam tubuh seorang manusia
ada akal dan nafsu sex tabie
ingin kepada kaum sejeninya
jika bersua berlainan jentina.

Manusia diarah mengawal diri
si wanita sepatut tutup aurat
agar nafsu tidak terangsang
mencabar rasa kelelakiannya.

Allah mengatur perentahNya
agar nafsu mengikut saluran
bukan bebas bagaikan haiwan
dimana saja asal mendapatnya.

Si Lelaki dan si perempuan ini
dijadikan berpasang dan berpuak
berkenalan cinta berkasih sayang
dan berkhawin melahirkan zuriat.

Oleh; Nurimanja,
Catatan Malam Hari.
jam 12,00.awal Muharam 1431