Khamis, 16 Jun 2016

SATU MALAM YANG KUCARI










SATU MALAM YANG KUCARI

Ramadan al Karim
Satu malam yang kucari
Dibawah sayap  restumu
Aku bangun di hujung malam
Bersimpuh memanjat doa
Mencari malam seribu bulan

Berkatilah hidupku ini
bagai kembara di bumi gersang
berikanlah  taufik dan hidayah
bersama para syuhada dan solehin
kerana rindu tiada batasan ini
menggamit panggilan ke pintu syurga

Di mana Janatul Naim dan Makwa
Benarkan aku melepas dahaga
Setitik air di telaga al kausyar
Semoga di akhir ramadan ini
Semoga dapat bertemu  kembali
Di ramadan tahun depan.

Oleh; Nuri manja,
BBPTK .  Pulau Mutiara,
4hb, September, 2009,



4 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Di bulan Ramadan ini terutama 10 malam terakhir eloklah kita banyakkan beribadat carilah malam-malam yang ganjil 11 , 13,15,17,19 Ramadan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kerana di dalam bulan Ramadan ada satu malam yg ganjil barang sesiapa beribadat pada malam itu ganjaran pahalanya sama dgn seribu bulan, lebih kurang 82 tahun .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jika anda berusia 70 tahun anda dapat selama 30 tahun solat malam jatuh pula malam ganjil itu 30 kali dapat malam Lailatul Qadar . hebatkan lebih panjang usia ibadat anda dari umur anda sendiri.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jadi rebutlah bulan tawaran yang diberi oleh Allah utk kita mendapatkan bonus percuma dengan kerja yg sedikit.merebutlah!