Rabu, 30 Mac 2016

HIDUP SEORANG PESARA






26.HIDUP SEORANG PESARA

Seorang pesara
Sentiasa gudah gulana
Apabila usia di hujung senja
Memikirkan tentang kematiannya
Masih bernafas untuk esok atau lusa?

Wang bukan lagi
Satu cerita soal utama
Kalau sakit ke hospital sahaja
Segalanya  mudah dan percuma
Buat seorang bekas pesara kerajaan,

Kematian sering
Datang menghantuinya
Mengganggu jiwa dan perasaan
Banyak amal ibadat mungkin bahagia
Penuh kemungkaran ini yang merisaukan?

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.40 pagi
Tanggal 22hb Januari 2016.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Benarkah Seorang pesara hidup selalu dalam gundah gulana? Sekiranya anda sudah berusia 62 tahun lebih dikira sudah melebih usia bonus drp Nabi Muhamad SAW . Bersyukurlah.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Usia senja yg anda perolehi ini buatlah sesuatu yg digemnari org ramai atau masyarakat setempat , bukan usia yg lebih ini Allah SWT berikan kita masih lagi lupa dan leka dengan kehidupan memburu kemegahan di dunia ini. kerana semuanya tidak abadai.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jadi seorang ayah atau atuk yang diseganni dan di hormati, bukan seorang ayah atau atuk yang sering dicaci dan dibenci oleh anak cucu yang ada disekeliling kita.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sebaiknya jadilah seorang Atuk atau nenek yang selalu menceritakan kisah sejarah lama agar anak cucu dapat buat pandoman dan jadi pengajaran utk mereka hidup di hari hadapan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kini pun negara kita sudah mempunyai angka ribu warga tua atau emas yang menjangkau 60 an ke atas . Kerana penjagaan yg rapi dan hidup dalam keadaan yg haomurni. Senang beribadat dan bebas ke sana ke mari. Wallah huaklam bissawab!