Jumaat, 26 Disember 2014

BICARA PUISI TERKINI RERAKAN CITRANURI KELANTAN HAMPER LUMPUH





Kelantan  diakhir tahun
Masih lumpuh dicengkam banjir besar  2014
Kau melanda lagi dibumi cik siti wan kembang ini
Dulu 2004 Bandar kota baru terputus perhubungan.
Kini Bandar Gua Musang dan Kuala Krai paling teruk diserang.

Keadaan menjadi kelam kabut
Banyak kehilangan dan Kerosakan harta benda
Mencecah jutaan ribu ringgit permis peniagaan ditutup
Para pelancong juga  membatal kan segala perjalanan
Dimanakah silapnya kita? Atau menganggapnya sebagai ujian?

Kelantan Cik Siti Wan Kembang
Kedamaian daerahmu  kian tercabar dan resah
Bincana banjir  besar  menegelami  10 daerah lebih parah
Dari cemuhan kemelut politik dengan agenda hudud lamanya
Rakyat terseksa dengan musibah lepas kemarau banjir besar pula.

Oleh: Tinta Azimat
Bicara apa yang dilihat
Catatan Tanggal 24 Disember 2014




7 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...



3 Jun 2013 3:49 PTG
1.SELOKA SINIS

sikecil tidur dengan lenanya
sigila sedang menghitung harinya
sicantik sedang meratapi dirinya
sipendita berfikir dipenghujungnya
sigagah melihat orang disekeliling
sihantu masih berdiri di jendelan
tertawa melihat gelagat mereka
ada yang tak ada akalnya
ada yang panjang pula fikirannya
cuma yang berduka hanya silicik
kerana dilihat bukanlah yang nyata
sipencerita masih kekal teguh
walaupun dibelakangnya
masih ada sipemerhati
memerhati gerak tari dilakonkan
walau ada yang tersalah langkah
sipemerhati hanya tersenyum sinis

Datuk Sri Adnan
Kuching
1.7.2015
26 Disember 2014 5:33 PTG
ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRANURI BUAT KITA SESAMA KITA 2014
SELOKA SINIS
Datuk Dri Adnan menyentuh thema kehidupan gelagat manusia dewasa ini. dengan peceritaan yang penuh dengan sinis agenda mabuk kuasa ., pengucapannya penuh simbolik yang padat dengan sinis. mungkin kisah yang pernah dilihat dan dialaminya . kini si penulis sebagai pemerhati Cuma sekadar mampu tersenyum sahaja melihat gelagat kehidupan manusia di alam maya ini. Semoa kita tidak begitu Amin.
Oleh: Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...



2.BURUNG DAN MANUSIA

kadangkala aku mahu jadi burung
bebas terbang tanpa rasa gusar
membelah samudera dan angkasa raya
melunjur jauh dari tempat asalnya
dengan tubuh yang ringan
terbang bersama awan-awan
bersiul keriangan tenang rasanya
manusia pula lain bezanya
ada sahaja masalah datang diduga
pergi bagaikan berat dilepaskan
manusia penuh dengan hasad dengki
manusia penuh dengan kekecewaan
walau tak terasa kejamnya manusia
tetapi burung bisa tetap berbeza

Wak Kelana
Kulai
2.3.2014
26 Disember 2014 5:35 PTG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRANURI BUAT KITA SESAMA KITA 2014

BURUNG DAN MANUSIA

Wak Kelana thema perbezaan kehidupan mahkluk Allah SWT di dunia ini. Pengucapannya yang perlu kita ambil pengajaran ingin menjadi burung atau manusia , terpulang ? Sesekali terasa bagi si penulis ingin jadi burung lebih senang dan mudah tak ada dosa dan kesusahan yang perlu kita lalui dan dialaminya seperti manusia setiap amalan buruk dan baik pasti diambil kira oleh dua pencatat malaikat kiraman dan katibin. (LS2)

Oleh: Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...




3.MASA BERLALU

Masa tetap berlalu
usia makin membisu
tatkala semua masih keliru
hati ini terasa diganggu
pelbagai rasa dihati ini
makin tak tertahan beban ini
makin berlalu setiap duka
makin terluka kisah lara
makin terkenang masa lalu
aku masih sendiri
merenung kembali masa itu
masa tak seceria dahulu
hati bertambah sayu
apabila dikenang takkan berlaku

Maududi Helmi (PB)
ketika bercuti Kota Marudu11.2.2014
26 Disember 2014 5:37 PTG

ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRANURI BUAT KITA SESAMA KITA 2014

MASA BERLALU

Sdra. Maududi Helmi (PB) thema biasa sekadar terkenang. Pengucapannya agak samar-samar , penceritaannya juga tidak dapat dinyatakan , kami boleh menangkap mesejnya secara andaian sahaja : Mungkin terkenang cerita sewaktu kecil dahulu yang banyak perbezaan dengan masa kini? Apa pun kisah yang lalu mungkin lebih manis dan menarik tidak akan dapat berulang lagi.Maaf usaha lagi.

Oleh: Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...

4.MENCARI YANG TAK PASTI

HIDUP PERGI MENCARI MATI
MATI TETAP MENUNGGU DISINI
HILANG PERGI MENCARI BAYANG
BAYANG MASIH TETAP TIDAK HILANG
MIMPI MASIH MENUNGGU REALITI
CUMA REALITINYA TAK DISINI
KEHIDUPAN YANG ABADI
TAK SEMUANYA AKAN SAMA
MUNGKIN JUGA BERBAGAI CERITA
MENCARI YANG SETIA MUNGKIN SUKAR
MENCARI BERDUKA SERINGKALI DISINI
HIKAYAT YANG DICERITAKAN
MUNGKIN JUGAK SATU PENIPUAN
KERANA SEMUA BERLAKU ADA TUJUAN
HARAPAN DAN KEMUSNAHAN DIHATI
TETAP TAK SAMA DALAM DIRI
CUMA YANG HILANG AKAN PERGI
YANG MUNCUL AKAN KEMBALI
SEDANGKAN AKU SELAMANYA DISINI

Mursyidi Awit(PB)
Kota Samarahan
12.12.2014
ULASAN SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRANURI BUAT KITA SESAMA KITA 2014

MENCARI YANG TAK PASTI

Sdra. Mursyidi Awit (PB) Cuma mengenegahkan thema belum pasti dan penuh keraguan? Pengucapannya Mungkin sedang mencari sesuatu dalam kehidupan ini? Dalam hati terlalu banyak keraguan dan kebimbangan sesuatu yang belum pasti, Sebaiknya anda hendarkan sikap keraguan dan kebimbangan yang bersarang di hati. Berusaha dan bertawakal kpd Allah SWT dan pasrah kpdNya. Maaf usaha lagi.

Oleh: Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...

Cuma dua buah puisi terpilih dan Layak Seterusnya

SELOKA SINIS (LS1)
BURUNG DAN MANUSIA (LS2)

Dua lagi cuma Maaf usaha lagi.
Sekian . Makasih.

nurimanja49@gmail.com berkata...

4 lagi 4 sajak kami akan ulas esok
Insha allah.

KAMI CUMA ADA masa 2 JAM SEBELUM SUBUH . oKEY!

MAKASIH
Salam sejahtera amin.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Nak cerita sikit drp Pb1.

Beberapa org Admin yg pernah berada membantu en nuri dlm blog ini dulu telah mengangapkan blog ini sudah mati kerna passwordnya telah hilang dan digodam.

Jadi mereka telah membuka Fb baru kini hampir 20 ribu lebih akhli dlm 4 Fb. Jadi sumpah Jalal hanya terpakai bila blog ini hidup jika telah mati en nuri sepatutnya berhak bagi membenarkan Admin menyiarkan dlm Fb daripada tidak dibaca dan banyak pula yg hilang begitu sahaja.

Okey mulai tahun 2015 blog ini hidup kembali Pb1 dan Pb2 tidak membenarkan puisi tahun tersebut disiarkan dalam Fb. okey!