Isnin, 3 Jun 2013

JANGAN BIARKAN MELAYU MEREMPAT LAGI





Kata Atuk Aki
Aku dulu susah. Nak makan pun payah
Hidup kalian hari ini jangan lupa diri
Belajarlah berterima kasih sesame  manusia
Bersyukur kepada Allah   yang maha  berkuasa

Jika kamu pilih
Ketua berjiwa pengkianat. Negara akan lumpuh dan tenat
Jangan biarkan kemerdekaan ini hancur
Setelah datuk nenek kita bersusah payah
mengapa dibiarkan petualang meyebar dakyah

Ingat  PRU 13
Tentukan semangat juang. Jangan biarkan melayu merempat
Bersama pendurhaka yang mabuk kuasa
Pastikan murtabatkan  Ketuanan melayu terjaga
Agar  anak-anak  peribumi tidak hidup berputih mata


Oleh: Nurimanja,
5hb Disember, 2011. Ketika  jam delapan Malam.


11 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Maaf Wak ingat-ingat lupa kunci blog. kali ini boleh pula wak buka.

Tapi ayang puisi yang menang dulu haib entah kemana wak cari tak jumpa Ada 5 buah lagi belum siar .

Maaflah wak dah tua tak ingat lagi mana buak2 palat letak . Wak Catok cuma siar apa yang puisi wak jumpa.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Maaf Wak ingat-ingat lupa kunci blog. kali ini boleh pula wak buka.

Tapi ayang puisi yang menang dulu haib entah kemana wak cari tak jumpa Ada 5 buah lagi belum siar .

Maaflah wak dah tua tak ingat lagi mana buak2 palat letak . Wak Catok cuma siar apa yang puisi wak jumpa.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Maaf Wak ingat-ingat lupa kunci blog. kali ini boleh pula wak buka.

Tapi ayang puisi yang menang dulu haib entah kemana wak cari tak jumpa Ada 5 buah lagi belum siar .

Maaflah wak dah tua tak ingat lagi mana buak2 palat letak . Wak Catok cuma siar apa yang puisi wak jumpa.

Tanpa Nama berkata...

SELOKA SINIS

sikecil tidur dengan lenanya
sigila sedang menghitung harinya
sicantik sedang meratapi dirinya
sipendita berfikir dipenghujungnya
sigagah melihat orang disekeliling
sihantu masih berdiri di jendela
tertawa melihat gelagat mereka
ada yang tak ada akalnya
ada yang panjang pula fikirannya
cuma yang berduka hanya silicik
kerana dilihat bukanlah yang nyata
sipencerita masih kekal teguh
walaupun dibelakangnya
masih ada sipemerhati
memerhati gerak tari dilakonkan
walau ada yang tersalah langkah
sipemerhati hanya tersenyum sinis

Datuk Sri Adnan
Kuching
1.7.2015

Tanpa Nama berkata...

BURUNG DAN MANUSIA

kadangkala aku mahu jadi burung
bebas terbang tanpa rasa gusar
membelah samudera dan angkasa raya
melunjur jauh dari tempat asalnya
dengan tubuh yang ringan
terbang bersama awan-awan
bersiul keriangan tenang rasanya manusia pula lain bezanya
ada sahaja masalah datang diduga
pergi bagaikan berat dilepaskan
manusia penuh dengan hasad dengki
manusia penuh dengan kekecewaan
walau tak terasa kejamnya manusia
tetapi burung bisa tetap berbeza

Wak Kelana
Kulai
2.3.2014

Tanpa Nama berkata...

MASA BERLALU

Masa tetap berlalu
usia makin membisu
tatkala semua masih keliru
hati ini terasa diganggu
pelbagai rasa dihati ini
makin tak tertahan beban ini
makin berlalu setiap duka
makin terluka kisah lara
makin terkenang masa lalu
aku masih sendiri
merenung kembali masa itu
masa tak seceria dahulu
hati bertambah sayu
apabila dikenang takkan berlaku

Maududi Helmi (penjaga blog)
ketika bercuti Kota Marudu
11.2.2014

Tanpa Nama berkata...

MENCARI YANG TAK PASTI

HIDUP PERGI MENCARI MATI
MATI TETAP MENUNGGU DISINI
HILANG PERGI MENCARI BAYANG
BAYANG MASIH TETAP TIDAK HILANG
MIMPI MASIH MENUNGGU REALITI
CUMA REALITINYA TAK DISINI
KEHIDUPAN YANG ABADI
TAK SEMUANYA AKAN SAMA
MUNGKIN JUGA BERBAGAI CERITA
MENCARI YANG SETIA MUNGKIN SUKAR
MENCARI BERDUKA SERINGKALI DISINI
HIKAYAT YANG DICERITAKAN
MUNGKIN JUGAK SATU PENIPUAN
KERANA SEMUA BERLAKU ADA TUJUAN
HARAPAN DAN KEMUSNAHAN DIHATI
TETAP TAK SAMA DALAM DIRI
CUMA YANG HILANG AKAN PERGI
YANG MUNCUL AKAN KEMBALI
SEDANGKAN AKU SELAMANYA DISINI

Mursyidi Awit
Kota Samarahan
12.12.2014

Tanpa Nama berkata...

MISTERI BAYANGAN

Kaki ini masih berdiri
tegak kaku di hadapan
bangunan tak berpenghuni
semua aku lihat bagaikan halimunan
aku masih kekal teguh berdiri
cuma angin yang menemani
unggas yang berterbangan keriangan
bagaikan menyindir kehadiranku ini
aku masih berdiri di tiang panjang
melihat tiada masih belum datang
aku berpaling ke belakang
apa ku lihat hanya satu
bayangan memerhatikan aku
tapi kaki ini ku rasakan
agaikan sudah didasar tanah
aku cuba pejamkan mata
aku harapkan sinar akan di temui

Hamid Man (penjaga blog)
Pondok Upeh
1.8.2014

Tanpa Nama berkata...

SEORANG TUA DAN PERAWAN TUA

aku di tengah lautan manusia
mencari seseorang yang membantuku
tapi aku cuma terlihat
seorang tua di landasan
cuba melintas jalur
melintang di lantai bumi
aku cuba untuk membantu
tetapi belum kaki nimahu melangkah
aku cuba palingkan pandangan
pada seorang perawan tua
terpinga ditengah lautan manusia
aku mahu melangkah ke sana
tiba-tiba aku terjatuh
rupanya aku hanya di alam mimpi

Pak Akop
Seberang Jaya
6.2.2014

Tanpa Nama berkata...

MASA LAMPAU ATAU MASA DEPAN

semalam aku bermimpi
mimpi aku berjumpa diri sendiri
diri aku bagaikan berbeza sekali
aku nampak diri aku masih kecil
bagikan baru 10 tahun
tak mengerti apa-apa cuma bermain tanpa memikirkan orang lain
hingga keringat membasahi diri
tapi ia tak peduli semua itu
main hingga tak mengerti lelah
ketika aku mahu menghampiri
aku lihat budak itu menjadi besar
bagaikan usianya 3 kali ganda
walau wajahnya makin tampan
tapi raut wajahnya sedikit sugul
aku bingung memikirkannya
adakah ketika sudah dewasa nanti
aku makin sugul begini?
aku harap mimpi sekadar mimpi
kerna aku kini belum sempurna

Abang Japp
sungai petani
19.6.2014

Tanpa Nama berkata...

HARAPAN YANG HILANG

MUNGKINKAH SESUATU AKAN BERLAKU
KERANA HIDUP BAGAIKAN FATAMORGANA
DUNIA BAGAIKAN TANPA PENGHUJUNGNYA
CUMA BAYANGAN PERGI TANPA RELA
HILANG CUMA MIMPI TANPA NYATA
KIASAN UMPAMA ILUSTRASI
KAYANGAN TAK MUNGKIN ADA
HARAPAN HILANG BERSAMA DUKA
GEMBIRA HANYA SEMENTARA
MATI TANPA NISAN YANG TERUKIR
DI DALAM DADA TETAP MENANTI
TAKDIR TAK BISA KABUR
KERANA HATI MASIH DISINI MENANTIMU

Srikandi Dunia
kenangan di langkawi
12.6.2014