Ahad, 21 April 2013

BIDADARI MENARI (7)

Sambara maha tempat ke tujuh 2012

Malaikat kecil bermain kecapi
bidadari menari riang
diatas tingkap langit
tanpa kelabu mereka sambut Nirwana
Tanpa sombong bagai merak
Mereka berpuisi hidup penuh damai
bunga bercahaya wangian
berasal dari tempat jahanam
Kini hanya menjadi sampah
Karena mereka semua sama
seperti pasir tanpa pemisah

Oleh; Hambali Maliki
Sajak Politik isu semasa
ketika berjalan-jalan di kuala selangor 8.1.2013/8 Januari 2013 4:26 PTG



2 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

PUSINGAN KEEMPAT SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG FINAL PENENTUAN.
Sdra Hambali Maliki Thaniah! Layak lagi melangkah ke pusingan penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: BIDADARI MENARI Thema sajak politik isu semasa nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan penuh sinis kenyataan namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya menyentuh tentang isu semasa politik tanah air yang dilaluinya Mungkin pada hati nuraninya kurang menyenangkan dengan sikap segelinter pemimpin yang ada berkepentingan diri sendiri. Sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kerusi yang didudukinya.. Cuma andaian Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara puisi maha tempat ke tujuh (7)

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sebaiknya mereka yg ingin menyertai sayembara puisi dalam blog citra rasa nurimnaja ini perlu menjadi ahli dahulu . baru boleh dikata sahabat citranuri .

Apa pun minta en, Jalal penjaga blog ini dahulu buka kembali penyertaan ahli ini bukan kpd 1018 sahaja .

Kerana ramai ahli dan muka baru .
Bagi ahli lama seperti biasa masih terbuka . Pada yg telah meninggal dunia kami sedekah al Fatehah . Amin.