Sabtu, 25 Ogos 2012

SATU SYAWAL DENGAN 3 EPISUD



cuma buat renungan 

Episud 1.
Satu syawal
waktu kedenginan
mencengkam malam
bergema suara takbir dan tamit
di hujung menara sebuah majid
kerana esok ada pesta
hasil kejayaan besar
muslimin dan muslimat
dari pengobanan
ibadat sebulan.

Episud 2.
Satu syawal
anak bulan di atas kubur
di pagi syadu kelihatan
dari celah daun
ranting puding
terdengar bisikan
mendayu suara sendu
seorang isteri bergelar balu
menangisi pusara suami
yang telah kembali
kepangkuan illahi.

Episud 3.
Satu syawal
Datang menjengok
kamar anak perantau
senyumnya bagai dipaksa
hatinya dipagut resah
kerana jauh di rantau orang
di jendela duduk terkenang
air mata pun jatuh berlenang.
bila terdengar takbirraya
lantaran jauh dari ayah bonda
hati rindu sanak saudara

Oleh; Nurimanja, Qalam Mutiara,Tinta Azimad,
 Pena Utara. dan Pena runcing.
Pulau Burneo


30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...



CERPEN BERSIRI SEMPENA ULANG THUN 55 HARI KEERDEKAAN

MATAHARI MERAH DIREMBANG PETANG.
SIRI 1 OLEH : NURIMANJA.


Hari itu aku dan Sandin dihantar jauh ke hulu Sungai Semak oleh Taike Ah Teek dia eorang pemkal kayu bakau di sebuah syarikat Jepun yang lbih di kenali dengan nama Syarikat Wood Chip atau S.W.C. yang teletak di kala Sungai Rajang Sarawak.

Aku dan Sandin hamper lima tahun bekerja dengan Tauke Ah Teek itu,, walaupun Sandin seorang yang berketurunan Iban,namun jalinan perahabatan kami seperti adik beradik.dan tugas aku cuma mencari pekerja tempatan dan membayar gaji mereka.

Selain dari itu aku juga mencatat bagi setiap bulan berapa tan kayu bakau yang dapat kami keluarkan setiap bulan dari utan bakau itu. Sedangkan Sandin betugas sebagai mandor bagi mengawas setiap pekerja-pekerjanya serta mengarah mereka kawasan manakah hutan kayu bakau yang hendak ditebang.

Biasanya bebulanlah aku dan Sandin tinggal dikawasan kayu bakau itu. Oleh sebab kami terpaksa tinggal lebih lama di satu-satu kawasan , Sandin dan aku terpaksa membuat pondok tempat kami tinggal atau berteduh sementara untuk berteduh dari hujan dan panas matahari.

Tauke Ah teek pula telah membekalkan kami barang keperluan asas secukup mungkin Termasuk makanan dan ubat-ubatan untuk kami dan pekerja yang lain. . Sebulan sekali tongkang-tongkang cina akan dating mengangkut kayu-kayu bakau yang telah terkumpul di tebing sungai untuk dibawa ke kilang S.W.C. itu.

Setelah tiga bulan kami bekrja di kawasan Sugai Semak itu, kami telah dapat mengeluarkan beberapa ratus tan kayu bakau dalam hutan itu, pekeja kami pula bekerja dengan tekun dan rajin kerana mereka telah ditawarkan dengan gaji yang lumayan.

Di satu petang yang tidak diduga aku dapati Sandin tidak pulang ke pondok kediaman kami, sehinggalah matahari merah di rembang petang, senja telah lama mengambang, aku mula dicengkam keresahan dan kegelisahan,aku cukup khuatir sesuatu yang tidak diingini akan berlaku ke atas Sandin.

Aku cuba mnyusuli Sandin dengan perahu kecil meredah anak-anak sungai dengan ditemani seorang pekerja kami beketurunan Iban.Malam itu cukup merasa hampa dan kecewa kerana tidak dapat menemui Sandin,beberapa orang kami juga tidak mngetahui kemana perginya Sandin .Aku bercadang untuk membuat laporan Polis saja jika kami gagal juga mencari Sandin.

Tetapi bagaimana ? tempat kami tinggal ini telalu jauh dari sebuah pekan kecil yang ada di kuala Sungai Semak ini, jika hendak keluar tepaksa memakan masa berjam-jam pulak lamanya barulah sampai.



SAMBUNGAN SIRI 2

Tinta Azimad berkata...


PESANAN BUAT ANAK-ANAK SAHABAT.
Oleh: Pena Utara.

BIASANYA di pagi aidil fitri bangun awal sadikit sunat mandi kerana adil fitri, lepas solat subuh, bersedia pakai pakaian yang baru sadikit bersama bauan. Sebelum berangkat eloklah bersarapan sadikit, kerana pagi dibenarkan bersarapan pagi, sebelum ini sebulan anda beruasa.

Sebaiknya buat kanak-kanak bermaafan dengan kedua ibu bapa begitu juga suami isteri sebelum pergi ke masjid. Biasanya kalau kita pergi guna jalan lain balik dari masjid pula guna jalan lain pula balik ke rumah.

Sewaktu dalam masjid ikutlah orang ramai bertakbir , bertahlil dan bertahmit, sebelum solat dan mendengar khutebah hari raya. selepas solat raya bolehlah anda ziarah kubur datuk nenek. Atau sanak saudara yang telah pun pergi dahulu meninggalkan kita.

Kanakkanak sebaiknya masuk ke rumah jiran perlu memberi salam. Jika dijamu makan jangan terlalu gelojoh, jangan kata kami nak minta duit raya, kalau diberi terima kasih, jika tidak bersalaman dan beraya saja. Orang yang kuat meminta , bila mati mukanya tidak berdaging, Nampak tulang muka sahaja. Itulah pesan Tok Wan Dollah atau Pak Tuan Syeid Abdullah bin Syeid Alwi. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Saudagar Emas berkata...

73.BALUTAN JIWA (TBD)

DALAM BALUTAN KEHENINGAN JIWA
SETIAP RENUNGAN HATI
DALAM PENERJEMAHAN MASALAH
KEINGINAN YANG TERPENDAM
TERSENYUM TERTAWA MENANGIS
SEDIH SAKIT JATUH…BANGKIT
BERLARI SIMPUHKAN KAKI
TUNDUKKAN WAJAH DI HADAPAN
KENAPA RASA SAYANG ITU HILANG
KESEDIHAN HATI MEMGHARAP

Oleh: Saudagar Emas
sajak ketuhanan/28 Ogos 2012 9:20 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.

Sdra Saudagar Emas kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:BALUTAN JIWA . Tema sedih merentih nampaknya ? Pengucapannya mengelirukan antara tema dan mesejnya namun ada \ juga ceritanya Mesejnya pun semacam penuh keharuan sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...



Petualang Tiga berkata...

74.BAIT -BAIT CINTA YANG INDAH (P)

ketika malam diresapi sunyi
menyelimuti hati menjadi gundah
kerinduan meronta ingin melepaskannya
kerana bintang hatiku kini telah redup
pudar , gelap dilengkari penyesalan
bersama mimpi tawa yang indah
walaupun hanya sesaat buat kasih
berharap bintang yang selalu berpijar
akan menjadikan bait -bait cinta yang indah

Oleh: Petualang Tiga
sajak jiwa2/28 Ogos 2012 9:24 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.

Sdra. Petualang Tiga kembali lagi dengan sajak bertajuk: BAIT-BAIT CINTA YANG INDAH Tema jiwa mengharap nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan , bersahaja tapi punyai artinya tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang jiwa yang mengharap sebuah cinta menjadi bait puisi yang indah... Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Qalam Mutiara berkata...

Kembara Budiman berkata...

75.MENYAPA (TBD)

ku ingin menyapa
lewat getar manis
sepiku menikmati lekuk disudut itu
lewat lembut desah sang bayu
mereguk wangi diujung
lewat hangat sinar rembulan
memeluk saat melewatkan sunyi
berbisik lewat nadiku
jika tak hanya ingin
tapi sungguh ku mahu

Oleh: Kembara Budiman
sajak sedih/28 Ogos 2012 9:40 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.


Sdra Kembara Budiman kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:MENYAPA. Tema sedih juga nampaknya ? .Pengucapannya sadikit mengelirukan namun ada ceritanya Mesejnya pun agak longgar bagi memaparkan cerita..Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Sarah berkata...

76.LUKISLAN (P)

lukislah pelangi sperti fajar
lukislah malam dengan bulan bintang
tataplah mata dalam bingkai wajahku
adakah pelangi disudut bibirku
bintang di binar mataku
hanya awan pucat dipipiku
biru langit tak tampak dikeningku
aku tak ingin kau tahu jika
aku terluka saat kau berjauhan
mengharap tak bisa menyentuh ii
dan kini aku pasrah menangis
melebihi hasrat hatiku ini

Oleh: Sarah
sajak parsah/28 Ogos 2012 9:42 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.

Sdri Sarah kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: LUKISAN PELANGI Tema sajak pasrah katanya. Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan , tapi punya artinya tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang penderitaan hidup yang dialaminya penuh harap semoga orang yang diingati tidak melupai diri... Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)


Qalam Mutiara berkata...

Jengking Perak berkata...

77.TERSESAT DI SAMUDERA (TBD)

Terasa riak hati
tapi tak mengerti
apalah teraba gemuruh qalbu
tapi tak paham meraba
tapi tak kenal dan mengerti
layaknya bagai pandai membaca arah
tapi tersesat di samudera

Oleh: Jengking Perak
sajak simbolik/28 Ogos 2012 9:44 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.


Sdra Jengking Perak kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:TERSESAT DI SAMUDERA. Tema sembolik nampaknya ? .Pengucapannya pendek dan mengeliukan namun ada ceritanya Mesejnya pun semacam sinis pada pihak tertentu sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)


Qalam Mutiara berkata...

Zainal arifin berkata...

78.LAUTAN WAKTU (LSS)

Lama berjalan dalam lautan waktu
melalui hitam dan putih kehidupan
terasa letih melewati ruang tak bertepi
Mencari jiwa yang telah lama mati
Menggugat hidupku dengan kendahanmu
dengan bijaksana membaca lembaran hidup
agar bayangmu selalu mengisi disanubari
Merasuk dalam hati yang luka dan parah
kini, izinkan aku mengukir memori bersama
sebagai sebuah puisi bersemdi di jiwa.nan lara.

Oleh: Zainal arifin
sajak sedih/28 Ogos 2012 9:48 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.


Sdra. Zainal Arifin dengan sajak bertajuk: LAUTAN WAKTU Tema sajak bersedih nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi bersahaja dan punya artinya yang tersembunyi . Mesejnya tentang kisah lama yang mungkin mengures perasaan kini mahu menyimpan memori bersama dalam hati nan lara.dalam lautan waktu. Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...


Putera Damien berkata...

79.MASIH TERDIAM DISINI (LSS)

Masih ku terdiam di sini
Menagih janji antara rintik hujan
Masih berdiri terpaku kaku
berbalut dingin angin malam
aku hadir kini menagih janji
Di antara canda hujan berpanjangan
Menatap sendu pilu hatiku
bersama langkahkan kaki hulurkan tangan
Terlepas genggaman sayap harapan
Mengharap kasih yang terus terlerai
bagaikan air menetes bersama anak hujan

Oleh: Putera Damien
Sajak Kecewa/28 Ogos 2012 9:51 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.

Sdra. Putera Damien dengan sajak bertajuk: MASIH TERDIAM DI SINI Tema sajak kecewa katanya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan, bersahaja punya artinya yang tersembunyi . Mesejnya tentang kisah lama yang mungkin mengures perasaan kecewa bila di dia terus membisu seribu bahasa, namun hati terus membisu menunggu. Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Yusmanira berkata...

80.KU RINDU (TBD)

seluruh cinta telah datang
seluruh hati telah ku selami
sungguh tak bisa ku berpaling
kasih kau lah yang terindah
brjanjilah akan slalu ada
Selalu saja kurindui
abad terus berlalu
Berjuta kali ganti baju
Nun jauh di sana menatapku haru
Penuh rindu Mata selalu kurindu

Oleh: Yusmanira
sajak kerinduan/28 Ogos 2012 9:55 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.


Sdri?Pn. Yusmanira kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:KURINDU . Tema kerinduan nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan antara tema dan mesejnya namun ada juga ceritanya .Mesejnya pun penuh rindu mengenang pada sesaoarng .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)


Tetamu Malam berkata...

HUKUMAN

Ku disini terdiam termenung
Tak ada orang mengetahui
aku kini bersembunyi
semalam aku penuh gundah gelisah, mungkin takut serta trauma
Malam menyingkap kenangan
hancurkan segala yang ada
Apa ini cobaan atau mungkin hukuman

Tetamu Malam
sajak simbolik

Dam Catur berkata...

LUKISAN TANPA WARNA

Keindahan yang kurasa
kini perlahan pudar seperti
sebuah lukisan tanpa warna
ku coba meraba tapi hampa
namun hatiku tak terasa
jauh hampir rebah dan menghibakan
namun kutanya dalam resah
mungkinkah semua ini akan akhirnya?

Dam Catur
sajak penantian

Ungku Zubir berkata...

BEGITU DALAM

aku yang terbius masa lalu
mencoba menyusun kembali
apa yang telah menjadi serpihan
diriku tak pernah
melihat lagi kesempurnaan
betapa jarak telah membuat
ku tersiksa oleh rindu begitu dalam

Ungku Zubir
sajak kecewa apabila putus tunang buat kali ke 4

Ali Conan berkata...

HEMBUSAN ANGIN

aku tersentuh oleh tangan rindu,
malam telah meniupkan dalam hatiku
membangkitkan semua di masa lalu
melalui mimpi malam ini….
pagi ini ku rasakan berbeza
karena seperti kehilangan sesuatu
lelah aku memikirkan
hingga lupa secepat itu
aku tuliskan pada selembar kertas
ku kirimkan bersama hembusan angin

Ali Conan
sajak sedih

Guest berkata...

ALAM BERSAMA KERINDUAN

alam bersama kerinduan
hujan mengingatkanku akan cinta ingin kusematkan di dada
malam yang semakin larut
membawa sebuah kenangan kita

Guest
sajak cinta

Dang Anum berkata...

AIR MATA

kutanya pada air mata
tak henti meneteskan air
masih ingatkah tentang ketawa
selalu mengingatkanku padamu
tentang jalan selalu kita lalui
masih ingatkah kau
pada selembar kertas
kau tuliskan kata cinta
kubalas dengan curahan kasih

Dang Anum
sajak sedih

Ku Dania berkata...

MENIDURKAN MALAM TANPA BINTANG

tertuang dalam pikiranku
suatu keinginan mmeninggalkan
perasaan hancur menyedarkanku
sulit untuk menerima semuanya
tapi langit telah menangis
menumpahkannya ke laut yang luas
membasahi bunga tak tumbuh
menidurkan malam tanpa bintang

Ku Dania
sajaks imbolik

Gelora Maya berkata...

ANDAI KAU MENGERTIA

ada geletar perih menusuk tajam
serapuh hampa yang hitam
lupakan aku biar bayangku menghilang
biar jiwaku menghitam
meski tertatih perihku menjauh darimu
andai kau mengerti

Gelora Maya
sajak kecewa

Tanpa Nama berkata...

wfewfewf

Tanpa Nama berkata...

ewfefew

Tanpa Nama berkata...

ewfewfewf

Tanpa Nama berkata...

wfewfewf

Qalam Mutiara berkata...

Tetamu Malam berkata...

81.HUKUMAN (TBD)

Ku disini terdiam termenung
Tak ada orang mengetahui
aku kini bersembunyi
semalam aku penuh gundah gelisah,
mungkin takut serta trauma
Malam menyingkap kenangan
hancurkan segala yang ada
Apa ini cobaan atau mungkin hukuman

Oleh: Tetamu Malam
sajak simbolik/29 Ogos 2012 1:47 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.

Sdra Tetamu Malam kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:HUKUMAN . Tema sajak simbolik nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan agak samar ceritanya Mesejnya pun semacam penuh keharuan cemas dan takut dan troma sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)


Qalam Mutiara berkata...

Tetamu Malam berkata...

81.HUKUMAN (TBD)

Ku disini terdiam termenung
Tak ada orang mengetahui
aku kini bersembunyi
semalam aku penuh gundah gelisah,
mungkin takut serta trauma
Malam menyingkap kenangan
hancurkan segala yang ada
Apa ini cobaan atau mungkin hukuman

Oleh: Tetamu Malam
sajak simbolik/29 Ogos 2012 1:47 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.

Sdra Tetamu Malam kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:HUKUMAN . Tema sajak simbolik nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan agak samar ceritanya Mesejnya pun semacam penuh keharuan cemas dan takut dan troma sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)


Qalam Mutiara berkata...


Tetamu Malam berkata...

81.HUKUMAN (TBD)

Ku disini terdiam termenung
Tak ada orang mengetahui
aku kini bersembunyi
semalam aku penuh gundah gelisah,
mungkin takut serta trauma
Malam menyingkap kenangan
hancurkan segala yang ada
Apa ini cobaan atau mungkin hukuman

Oleh: Tetamu Malam
sajak simbolik/29 Ogos 2012 1:47 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SUKU AKHIR.

Sdra Tetamu Malam kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:HUKUMAN . Tema sajak simbolik nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan agak samar ceritanya Mesejnya pun semacam penuh keharuan cemas dan takut dan troma sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Tita Azimad berkata...



SEMPENA MENYAMBUT KEMERDEKAAN 55 TAHUN
CERPEN BERSIRI DENGAN SIRI PERTAMA
BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA
OLEH:NURIMANJA

LAMA dia termenung, setelah surat itu dibuka dan dibacanya. Bintik-bintik peluh halus tumbuh bergeregih di gigi rambutnya yang telah bercampur aduk hitam dan putih di selang seli rambut beruban itu. Mukanya jadi merah.

Giginya yang tinggal sebatang dua lagi itu memgigit bibir. Kening dan dahinya berkerut-kerut. Digengamnya surat itu sekuat hati hingga menjadi terperunyok seperti bola kertas.

Isterinya sedang membawa secawang kopi untuk minuman petang. Tiba-tiba terhenti, Kemudian pelahan-lahan dia meletakkan minuman itu di atas meja di sisi suaminya. Dengan pelahan dia berkata.“Kenapa Bang?” Tanya isterinya ingin tahu.
Dia tidak menjawab. Seolah-olah dia sedang berhadapan dengan anak lelakinya yang sedang dimarahi itu.
“Abang! Minumlah kopi ini dahulu.” Pujuk isterinya, sambil mengangkat kembali cawang kopi itu dengan penuh hormat menghulurkan kepada suaminya.

Dia menyambut cawan kopi itu, kemudian digagahinya menghirup barang sedeguk, untuk membasahi rengkongnya, ternyata keenakkannya tidak seperti hari-hari yang lalu sebelum dia menerima surat dari luar negara itu.

“Surat siapa itu bang?” Tanya isterinya lagi, kelembutan suara isterinya memang tidak pernah berubah sejak dia berkhawin lima puluh lima tahun dahulu. Suara itu selalu melemahkan hatinya. Kekadang cukup menyenangkan.
“Ya bang! Surat siapa tu bang?”
“Anak awak!” jawabnya
“Darimana bang?”
“London,”
“Taip ia bang?”
“Emmm!”
Dia membuka gemgaman, surat yang telah terperonyok menjadi bebola kertas itu lalu jatuh tergolek di atas lantai di hujung kaki suaminya. Isterinya mengambil dengan segera, dan memperbetulkan kembali surat yang telah terperoyok menjadi bola kertas itu.
“Surat Taip?”
“Ya Taip!”
“Apa katanya bang?” Tanya isterinya ingin tahu. Begitulah isterinya seorang perempuan dusun yang tidak pandai membaca dan menulis, selalu sahaja merendah diri.

“Beri tahu bang. Apa katanya bang?”
“Dia nak khawin,”
“Nak khawin!!”
“Ia dia nak khawin,”
“Dengan siapa?”
“Orang kulit putih,”

Dia bangun dari kerusi, berjalan menuju ke bilik tidurnya, kemudian keluar semula, tidak ada apa satu yang diambilnya, kelihatan gayanya bagai tidak menentu.

“Orang kulit putih jahanam, mereka semua memang seteru aku. Mengapa Taip memilih anak gadis orang kulit putih menjadi isterinya?” Bentak suaranya meninggi.Isterinya juga terdiam, tidak terdaya mengucapkan kata-kata seperti terpukau dengan penerimaan berita itu.

Di ketika itulah kenangannya masa silam tersingkap kembali.

Kira-kira usianya dua puluh lima tahun yang lalu, masih belia dan rumaja , dia bekerja sebagai salah seorang Budak suruhan di pejabat kastam di Gelugur.






Tinta Azimad berkata...


CERPEN SIRI 2
BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA
OLEH:NURIMANJA

Pagi-pagi buta lagi, sebelum tuan Brader Joe datang , dia yang datang dulu. Menyampu dan menyusun fail di atas meja di ruang pejabatnya. Sebelum tuan Brader Joe datang, jika tidak dia nanti kena maki hamun. Very stupid!” kata tuan Berader Joe

Jadi untuk mengelak dari kena maki hamun, dia terpaksa datang awal daripada orang lain ke pejabat dan setelah selesai kerja hariannya, dia berdiri tegak di hadapan pintu pejabat, jika tuan Berdar Joe lintas di hadapannya, dia kena memberi tabit hormat dengan mengangkat tangan ke dahi, dengan menyebut “Good moning sir!”

Memang hatinya rasa panas, lebih panas dari sinar matahari pagi. Sesekali terasa dirinya bagaikan saekor lembu yang telah dicucuk lubang hidungnya dan ditarik talinya sesuka hati.

Memang dia terasa dirinya terbakar di api yang tidak menyala, geram dan dendamnya .Membuak-buak, sudahlah dia datang memerentah nagara ini, kena beri tabik hormat pula, Bukannya dia bodoh sangat, jika dia diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, dia juga boleh jadi seorang pegawai takbir negaranya.

Tetapi peluang itu telah dibunuh oleh penjajah, anak melayu cukup setakat darjah lima atau enam saja, paling tinggi kerja kerani rendah atau budak pejabat. Atau pun guru sekolah kampung. Cukup jangan lebih,

Semua buku dilabel sebagai canai bacaan, awang kenit cuma boleh panjat pokok perecut, kisah mat jenin dengan angan kosong, pak pander lelaki bebal yang tak boleh diharap, lebai malang dengan kerja tidak menjadi.


Masyarakat bangsanya di waktu itu dalam kemiskinan dan cetek pemikiran tidak berpelajaran tinggi. Apa yang telah dilakukan oleh pihak penjajah terhadap negaranya, Seperti diterima sahaja semuanya baik tiada bangkangan.

Pada masa itu anak muda kampung tidak ada peluang untuk jadi pegawai atasan apatah lagi untuk mentakbirkan negara, semuanya dimonopoli bangsa penjajah kulit putih ini. Rasa tidak puas hati itulah yang menyala hingga kini.

Dia sering berdoa di hujung malam, agar satu hari nanti Allah swt akan mengkabulkan doanya, semoga bangsanya akan menganti bangsa kulit putih setelah rakan-rakannya berjaya menuntut kemerdekaan dari negeri Kedah hingga ke Johor dengan kata lain, dari utara hingga ke selatan tanah air.

Kini dia telah menyedut udara kemerdekaan .Setelah negaranya mencapai kemerdekaan partama dengan diistiharkan pada tiga puluh satu ogos 1957. Dia merasa maruah bangsanya yang dahulu diperbodoh-bodohkan oleh pihak penjajah telah pun terbela.

Dia amat sedar kebijaksanaan pihak penjajah mengambil hasil dalam negaranya dengan memberi hadiah dan ganjaran bantuan kepada orang-orang kenamaan dalam negeri dan persekutuan. sebagai agenda tersembunyi mereka menarik hati orang kenamaan.

sambungan siri 3

Tinta Azimad berkata...

CERPEN SIRI 3
BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA
OLEH:NURIMANJA.

Setelah beberapa tahun kemudian. Taip merupakan anak tunggalnya yang pertama diberi peluang oleh kerajaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi ke luar negeri di negara orang.

Dia masih ingat sebelum Taip meninggalkan lapangan terbang Subang Jaya, untuk menyambungkan pelajarannya ke kota London, sebelum meninggalkan tanah air ini, dia sempat berpesan

“Taip! Bila kau di sana nanti, jangan pula kau lupa kami di sini. Kita orang timur dan jagalah adap resam orang melayu kita. Berpegang kuatlah pada ajaran agama Allah dan semoga kau kembali nanti menjadi seorang pemimpin yang boleh diharapkan,”

Taip cuma mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanpa berkata sepatah kata, selepas bersalaman dia bergegas ke bilik penantian penerbangan bersama beberapa orang teman pemergiannya.

Sejak pemergian itulah, Belum sampai dua tahun Taip sudah berada di luar negara, surat-suratnya telah kurang diterimanya, malah jarang-jarang sekali dia mengirim berita sehingga terasa malu bila ada kawan-kawannya bertanya untuk menceritakan hal Taip diluar negara.

Malah cerita Taip anak tunggal kesayangan seperti cerita batu jatuh ke laut tengelam terus, tidak mungkin timbul kembali. Hati ibu bapa mana yang tidak sakit. Atau tidak rasa tergoreh . pilu dan sayu dibuatnya.

“Bila Taip akan khawin bang?” Tanya isterinya lagi, kemudian duduk di sebuah kerusi di sisinya.
“Mengikut surat ini lebih kurang seminggu lagi, dua hari sebelum kita menyambut ulang tahun kemerdekaan,” Jawab suaminya,
“Tetapi bangaimana dengan ustazah Hamidah ini bang? Hamper lima tahun dia menunggu,” kata isterinya, mengingatkan cadangan mereka yang telah berkenan dengan keluarga ustazah Hamidah untuk menjodohkan Taip dengan anak mereka.

“Terpaksa kita batalkan saja, Taip memang tak mengenang budi, dia sanggup melupakan kita, nak putuskan hubungan darah daging bangsa kita. Sudahlah dulu aku telah diperhambakan oleh bangsa kulit putih itu, kini nak jadi menantu aku pula?” Begitulah , marah rasa hatinya.

Isterinya berasa begitu sayu, dia tidak sedar air matanya mengalir jatuh ke kedua belah pipi, bila mendengar kata-kata al marah suaminya itu. Terasa di hatinya bagaikan menyumpah anak sendiri.
“Sudahlah bang, barangkali jodohnya bukan dengan utazah Hamidah, tetapi jodohnya memang dengan bangsa berkulit putih itu, terima sajalah bang,” Tambah isterinya sambil mengesat air matanya yang mengalir di pipi dengan hujung lengan baju kurung kedahnya.

“Biar dia dengan betina bangsa kulit putih itu, dia memang nak buang aku dan kau, jangan balik lagi ke negara ini, Anak yang tidak mendengar kata,” gerutu hatinya lagi. Jika tidak kerana isterinya, mahu rasanya dia ingin menyumpah menyeranah lebih panjang lebar lagi terhadap Taip anak tunggalnya itu.

Dia amat kesal Taip yang lahir dari darah daging keturunannya sendiri, telah berani menentang akan kemahuannya. Dia cukup rasa tercabar dengan sikap Taip itu, tetapi apakan daya dirinya sudah tua, kemarahan itu dia simpan dalam hati.

BERSAMBUNG SIRI 4.

Tinta Azimad berkata...


CERPEN SIRI 4
BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA
OLEH:NURIMANJA.

SELEPAS lima tahun berlalu. Dua hari lagi negaranya akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang kelima puluh lima tahun. Semua rakyat di negara ini akan menyambut dengan rasa kegembiraan di hati. Tetapi dia amat kesal Taip anak tunggal kesayangan tidak pula turut serta.

Dia teringat kembali akan kata-kata teman sekerjanya di pejabat daerah timur laut, Taip budak baik, otaknya juga pintar, besar kemungkinan bila dia balik nanti akan menjadi seorang pemimpin atau pun menjadi ketua menteri di dalam negeri ini.

TETAPI hari ini Taip telah mengecewakan harapannya itu. Dia amat terasa malu dengan teman-teman-teman se pejabatnya dahulu. Bila Taip tidak pernah menyatakan bila dia hendak pulang ke tanah airnya ini. Segala harapannya selama ini telah musnah dan hancur seperti kacah jatuh ke batu.

Sedang hari kemerdekaan negaranya akan tiba dua hari saja lagi. Panas hat, rasa kemarahannya kepada Taip kian memuncak sepanjang bulan dan minggu ini. Tetiba di sebelah petang dia menerima panggilan telephon dan pesanan rengkas.

Apa bila dibacanya ternyata ayat rengkas dan pendek itu berbunyi: Taip akan pulang esok bersama isteri dan seorang anaknya untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negaranya.

Betapa gembira hatinya terasa dia ingin memekek sekuat hati mengkhabarkan kepada Dunia, doanya juga telah dikabulkan Allah, Rasa kemenangan seperti merayap keseluruh tubuh tuanya. Dia bangun dari kerusi malasnya sebagai seorang perkasa, kopi pahit di hadapnya dihirup sekali gus. Dia nampak wajah kemenangan.

“Taip akan pulang juga bersama isteri dan anaknya, sempena hari ulang tahun ke 55 menyambut kemerdekaan negaranya.” Dia bercakap sendirian dengan senyum yang melebar.

Terasa dia ingin menkhabarkan berita ini kerpada teman-temannya yang masih hidup dan menyedut udara kemerdekaan ini. Anak tunggal Abdul Taib bin Mahmud , cucu Sulaiman Embong akan pulang. Rumah yang selama ini sepi akan bersiri kembali.

Inilah rumah yang dibeli hasil wang simpanan pekerjaannya, sebelum Taip berangkat ke luar negara , lebih 35 tahun rasanya Taip tidak pulang, rumah ini juga tidak lama dia tinggal bersama Taip. Kini Taip mungkin sudah menjangkau umurnya 55 tahun.

Taip tentu banyak berubah, kalau di ikutkan sebelah aruah datuknya Slaiman Embong merupakan seorang tokoh yang disegani, pandai berbicara dan berpengaruh di kampung, pekan kecil dan daerah di bandar ini.

Tidak hairan Mahmud anak Sulaiman Embong layak jadi budak pejabat dari beratus anak muda di kampunya itu. Sebab dia sahaja yang boleh membaca dan menulis dan berbahasa inggeris di waktu itu..

Di mengharap agar Taip akan pulang dan melangsungkan perkhawinan dengan ustazah Hamidah. Tetapi bila tamat pengajian Taip tidak pulang. Terus menetap di kota London. Harapan mengunungnya terhadap Taip runtuh berkecai .Ini yang membuatkan hatinya dibaham rasa kecewa.


SAMBUNGAN 5

Tinta Azimad berkata...


CERPEN SIRI 5 AKHIR
BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA
OLEH:NURIMANJA.


BILA berita itu disampaikan kepada isterinya. Kelihatan kedua suami isteri warga emas dimamah usia itu bagai menaruh harapan. Agar kepulangan Taip isteri dan anaknya terus menyerikan lagi rumah desa bernaungan mereka.

Sepanjang malam itu dia seperti tidak sabar lagi menanti hari esok. Kelihatan gelisah sepanjang malam di atas katilnya dan entah berapa kali dia bangun dan keluar masuk di dalam rumah itu , mundar madir ke ruang dapur dan ruang tengah rumah.

Sambil menonton TV dia menangkap segala ucapan PM. Terutamanya bila PM menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan ada kepakaran balik berkhidmat di negara ini, kita akan bayar dengan gaji yang setempal dengan kos kehidupan mereka belajar dahulu.

Dia senyum puas bila melihat anak bangsanya dahulu cuma sekadar layak jadi budak seruhan penjajah kini telah ada yang menjadi pemimpin negara. Dia juga tidak pernah ketinggal bersama perarakan warga emas dalam menjayakan hari ulang tahun kemerdekaan negaranya.

Pagi esok diluar jendela kelihatan sebuah teksi berhenti di hadapan rumahnya. Turun seorang lelaki dan seorang perempuan bersama dengan seorang anak muda berambut perang.

Seketika kemudian pintu rumahnya diketuk, salam pun diberi, jelas suara itu agak garau dan kasar bunyinya. Isterinya meluru ke pintu setelah salam dijawap. Bila daun pintu di buka, isterinya meluru keluar dan terus memeluk anaknya dengan tangisan rindu dan hiba.

Dalam beriringan itu, Taip melangkah ke dalam rumah setelah memperkenalkan isteri Dania dan anaknya mohamad akmal, belum pun sempat duduk Taip meluru kepada seorang tua yang lama menunggu. “Ayah!!...”

“Taipp!!” Dia memekek, bila wajah itu muncul di depan matanya. Taip terus sujud di kaki ayahnya. Kemudian berpelukkan, air mata kasih berjujuran jatuh ke pipi. Sebak rasa di dada untuk berkata. Keduanya dalam tangisan pilu dan kasih sayang seorang anak dan ayahnya. Drama itu diperhati oleh isteri dan anaknya.

Kemudian Taip memperkenalkan pula isteri dan anaknya yang berkulit putih dan bermata cokelat itu. Keduanya datang dan mencium kedua tangannya. Di ketika itu dia terasa sebagai menerima satu penghormatan yang amat tinggi di ketika negaranya sedang menyambut ulang tahun kemerdekaan.

Kini telah tibalah masanya bangsa kulit putih yang datang mencium kedua tangannya. Seperti mana dia dahulu mengangkat tangan memberi hormat kepada tuan Brader Joe bangsa kulit putih ketika berdiri di muka pintu pejabat kastam dahulu. Hatinya kini berasa bangga dan puas!
S E L E S A I.


Semua nama dipinjam daripada sahabat CR. cerita lama dihidupkan kembali. Ahli FB drp bumi Kenyalang mungkin dapat menangtangkap cerita ini.