Khamis, 7 Oktober 2010

DALAM PERJALAN INI



-buat sahabat CR dipinggir senja  -


Dalam perjalanan ini
setiap kali kaki melangkah
perhitungan arah akan diambil kira
pada setiap langkah-langkah niat hatinya.

Jika langkahmu baik
maka baik jugalah langkahnya
jika  langkahmu banyak yang sumbang
maka pastilah perjalannya menjadi tempang.

Aku cuma mengingatkan
diriku dan sahabat-sahabat CR
dengarlah khutebah  jumaat setiap minggu
semoga diredhai perjalanan kita yang hamper tamat.

Oleh : Nurimanja,
Masjid Tepi Jambatan, Prai.
19hb, February, 2010.


50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA BENAR DARI EN NURI WAKTU PETANG HUJAN RENYAI LINTAS KUBUR CINA DI KEM TENTERA SUNGAI ARA
___________________________________

Siri 2.

Kerana aku takut injen mati aku pelahankan kereta agar air tidak terperecek kuat. Tiba-tiba bagai ada orang naik, atau
tompang, bila pintu kereta itu terbuka sendiri bagai orang tarek, kemudian tertup kuat sendiri. Aku dan aniq mengerling ke belakang, tidak ada siapa pun. dalam hatiku cuma menyangka angin atau aku tutup pintu tidak kuat, mungkin terbuka dan tertutup kembali.tapi rasa macam ada orang naik.


Aku turus memandu, walau pun kereta tidak banyak petang itu, namun hujan masih turun renyai-renyai. Apabila sampai sahaja
ke selekoh berdekatan dengan bukit belah, di situ ada hutan kiri kanan jalan, ada pokok buluh lemang bercabtum pula daunnya
kiri kanan jalan, menjadikan tempat itu rengkup , sejuk dan mengerunkan, kerana kiri kanan bukit, mereka belah buat untuk buat jalan, dinamakan bukit belah.

Betul-betul di tempat daun buluh rungkup itulah , dalam keadaan kereta kurang laju, jalan sempit. tiba-tiba sekali lagi pintu kereta
aku terbuka dengan sendirinya, kemudian terasa macam ada orang turun, kemudian dia tutup kembali. Aku jadi hairan.berkata kepada anakku. tadi tak tutup ke pintu?. dia cuma diam tak dapat menjawab, agak terkejut. sebenarnya aku pun
hairan juga. siapa pula yang turun semacam ada orang menumpang kereta
kita.

Sampai hari ini aku tidak dapat jawapan. Aku agak saja barangkali dia nak tompang dari kubur Cina dan sempadan kubur India itu ada mahkluk yang naik keretaku itu sesampai ke bukit belah dia pun turun. Sekarang bila ingat cerita itu baru naik bulu roma. Mestiri dalam huajn renyai-renyai.

S E L E S A I.

Ustaz Rahman berkata...

BILAL

hitam legam
ke mana pergi penuh cacian
jadi hamba kaum bangsawan
dalam isinya putih melepak
sinaran hidayah terpancar jelas
walau diseksa penuh azab
walau terjemur di terik mentari
walau dada terhempap batu
walau tiada daya kuasa
tidak sekali ia menyerah
hanya lidah mampu melawan
ahad...ahad...ahad...Allahu Ahad
si gelap penghuni syurga
nama harum sepanjang zaman
nama kekal ke akhir dunia


Ustaz Rahman
Teluk Kumbar
Surau ql fulqan

Ustaz Zulkainan berkata...

SOLEHIN

Aku ingin menjadi Abu Bakar
Menjalin agung sebuah persahabatan
Sebagai Omar yang sedia
berkorban demi sebuah keadilan
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Inginku seteguh Ibnu Zubair
Yang setia menahan panah hajjaj
Bersama ibu tua Lantas mati
dalam dakapan sejarah
aku ingin seperti pemuda Ghiffari
menentang kezaliman walau diancam
Aku ingin selam keredha hati Yusuf
Yang memaafkan saudaranya
Walaupun berteman
kegelapan di perigi tua
Serta tawakal Ibrahim
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Ingin ku semai benih iman Al-Banna
Yang merelakan tubuh dimamah peluru
Serta senyuman Al-Qutb
Ketika berteman dengan tali maut
Lantas terukir haruman dipusara ku
Bagai harum pusara Ashabul Ukhdud….


Ustaz Zulkainan
Sk Sungai Batu
10pagi

Teratai Mekar berkata...

huh! di tumpang ke?? seram la baca cerite en nuri ni...

Umar Haslam berkata...

makluk apa plak yg tumpang tu?

Puteri Bunga berkata...

hantu apa yg tumpang tu en nuri?

Yati Ishak berkata...

arghhh!! seram cerita en nuri sah kena histeri malam ni..

Wasiril Azmi berkata...

dia tumpang lps tu turun plak? seramnyer...

Geletek Malam berkata...

org bunian agaknya en nuri yg tumpang tu...

Haji Atang berkata...

bnda apa yg tumpang tu? makin seram terasa...

Sharifah berkata...

hantu agaknya yg tumpng tu en nuri...

Ai Kurubudin berkata...

nk kata hantu x logik sbb siang masa tu...

Pencari Inspirasi berkata...

seram bulu roma dah naik la baca cerita en nuri ni....

Jalal Rafzee berkata...

seram sejuk plak badan sy ni en nuri menyeramkan makhluk apa yg tumpang tu?

Firasat Hikayat berkata...

mmg misteri dari kisah pak malek.....

Adi Cana berkata...

rasanya hantu siang kot yg tumpang?

Naga Samudera berkata...

makhluk apa yg tumpang tu en nuri? siap buka dan tutup pintu plak?

Capcricorn berkata...

hantu tu tumpang mcm tu ke?? lagi seram dari kisah pak malek....

Raja Muda berkata...

hantu en nuri xde adap sikit tumpang mcm tu je hantu pak malek lebih beradap dia tahan dulu...

Ali Omar berkata...

hantu cina kot? atau hantu india? salah satu la...

Geletek Siang berkata...

turun mcm tu je ke??? mmg seram badan sy baca ni....

Nurul Husna berkata...

msti masa balik sekolah en nuri demam sminggu ni...

Olie Pajutdy berkata...

esok tu en nuri lalu lagi x kat situ?

Pagok Lana berkata...

hantu apa bnda la? rasanya makhluk halus la...

Guest Guest berkata...

makluk dari alam ghaib agaknya dia tumpang en nuri tu...

Pak Kassim berkata...

selamat dia tumpang sekejab je kalau dia ikut sampai rumah? tu dah kes lain dh...

Jiman berkata...

en nuri x rasa seram sejuk ke masa bnda tu tumpang?

Hantu Katek berkata...

dulu dia tumpang pak malek skrg dia tumpang en nuri plak?

Abdul Karem Kramjit berkata...

dia turun mcm tu je? pintu terbuka sendiri? seram btol...

Rahman Rahim berkata...

selamat dia buka pintu je kalau dia ucap terima ksih plak? lagilah seram.... hehehe

Bumi Hijau berkata...

bnda apa lah agaknya yg tumpang en nuri tu?

Seruling Kelana berkata...

org bunian kot yg tumpang sbb nk kata hantu masa tu siang...

Sumpah Keramat berkata...

rasanya makhluk ghaib kot? saja dia nk tumpang en nuri msa tu..

Nahul Hidzar berkata...

aneh jgk kenapalah agaknya dia tumpang en nuri?

Nasruq Haqq berkata...

selamat dia hanya tumpang saja dia x kaco en nuri masa tu...

Karim Ghani berkata...

seram kisah en nuri ni selamat dia x tonjolkan diri dia kalau x lagi seram...

Husni Kola berkata...

seram naik bulu roma mcm ada kat situ jgk bila baca cerita en nuri ni..

Juragan Desa berkata...

naik bulu roma la baca kisah en nuri kali ni...

Nik Aziman berkata...

hantu cina ke yg tumpang en nuri? seram2...

Inspektor Halim berkata...

yg paling seram bila pintu buk sendiri...

Seksyen 18 berkata...

bila baca kisah en nuri lps ni aku xnk buat rondaan malam kat jirat cina...

Ismail Harakam berkata...

la..hbis mcm tu je saja ke en nuri??? mmg seram la...

Julia berkata...

tetiba2 rasa seram nak bawak kereta berulang tgh2 malam....

Emily Bayans berkata...

sah! lps baca cerita en nuri sumpah aku xnk lalu dekat kubur malam...

Ummu Akilah berkata...

kisah ni paling seram seumur hidup sy yg pnh sy bca... mmg 24jam bulu roma naik la...

Jimba berkata...

ni kisah paling seram di abad ni! tahniah en nuri mmg seram....

Ustaz Majusi berkata...

seram cerita hantu tumpang kereta ni en nuri sy tgh taip ni pun tgn mengigil2...

Orang lama berkata...

kisah en nuri lagi seram dari cerita jangan pandang belakang...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN;

Ustaz Rahman daripada Teluk Kumbar mengetengahkan sajak Bertajuk BILAL.satu sirah atau sejarah perjuangan seorang hamba Allah berkulit hitam iaitu Bilal bin Rabah, penyeru azan yang tidak ada tolok badingnya. Kerana lauangan azannya sehingga naik sampai ke langit para malaikat pun mendengarnya.

Walaupun dia seorang hamba orang bangsawan arab dia diseksa dan diazab setelah dia mengistiharkan dirinya Islam, seperti dijemur dan dihempat dengan batu besar, tapi kerana imannya yang kuat dan keyakinan aqidah yang kental, dia tetap mengatakan tuhanku satu, satu. Lalu dia dikurniakan balasan syurga. Amin, syabas buat ustaz rahman. Amin usaha lagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Ustaz Zulkainan sk sungai batu sajaknya bertajuk SOLEHIM juga mengupas sirah kisah silam para nabi dan para ambiak attabie dalam memperjuangkan agama allah Dan tingkahlaku kehidupan mereka yang patut kita contohi. Kehidupan dari para perjuang yang terdahulu kebanyaknya akhirat di junjung dunia pula dikelek.

Oleh Itu tidak hairanlah kalau mereka beribadat saolah untuk mati esok hari dan berkeja saolah mahu hidup seratus tahun lagi. Tetapi umat Islam akhir zaman, lewat kebelakangan ini, telah melakukan sebaliknya. Walau bagaimana pun semua perjuagan sesaorang itu terpulanglah Kepada nawaitunya. Amin. Syabas. Semoga berusaha lagi hantar sajak islamic somoga dapat berdakwah melalui alam maya.amin buat ustaz Zulkainan.