Sabtu, 16 Oktober 2010

JANGAN LAWAK JIKA BERCERAMAH




Jika berdakwah,
seorang ustaz menyeru
akan kebaikan bersih rasahati
menyampaikan ceramah atau tarbiah,
ilmu pun bertambah keinsafan pun menyerlah.

Tetapi jika ada
unsur lawak berlebihan
jadi hati pendengar menjadi mati
jika dimasukan hadis dan cerita palsu,
layak disebat sebelum orang lain terus disesat.

Kerana 40 ribu
ada cerita hadis palsu,
contoh terung ubat segala penyakit
cinta anak muda satu perjuangan jihat,
sebenarnya telah menempat diri dalam neraka.

Oleh: Nurimanja,
jumaat 15/10/2010


50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA SAKA SIRI 6

Begitu juga dengan aruah ayah saya tak pernah dengar kata dia sakit, kuat saja 24 jam . boleh kayuh basikal dalam bulan puasa sehari dua kali (mat noh tahu sungai dungun) pagi dia pergi kuala kurau, sebelah petang pula dia pergi bagan serai. hari ini siapa yang mempu umur 70an boleh kayul basikal tengah panas pula itu. pakai kain pelekat saja baju melayu. dan bersongkok hitam. kalau bukan bulan puasa hisap curut cap teko.

Kawan baik dia pak Isa kedai dua. orang panggil gelemornya (Isa bongkok) sama -sama tak sekolah tapi kuat kerja betul dan lurus hati. Hidup tidak pandai menipu, sebab tak bersekolah, mungkin dunia saja menipu mereka. hanya allah saja yang tahu. Anak cucu mereka semuanya pandai ramai jadi guru. Iman dan ustaz. Amin

Ayah saya juga kena satu penyakit . dia tidak boleh berjalan (saya kecil lagi dengar cerita ibu) berbulan lamanya, mak pun jadi sedeh, kerja seharian tidak dapat dijalankan, ekonomi pun teruklah. Mak terpaksa ambil upah siat rokok, dan menyemat atap nipah, buat kueh jual. masa itu komunis dan Inggeris memerentah selepas jepun tawan tanah melayu. atau malaya. memang keadaan rakyat agak susah.

Berbagai cara berubat. akhirnya kata orang banjar teman tempat ayah buat bendang parit haji amin (dulu parit ah hong).semua parit nama orang cina di kerian. sebab mereka buka kedai runcit di kepala parit berniaga di situ. Dulu orang cina yang menguasai ekonomi. selepas 13 Mei, baru melayu bangkit hingga kini.Dulu saya ingat

Dulu saya ingat orang cina masuk kampung beli relur dan ayam dengan harga dia letak sendiri. bila dia balik ke bandar dia jual semula dengan harga dia letak sendiri, tanpa kawalan. Dua- dua dia dapat. tidak salah mereka kerana melayu masa itu belum celek. Semua perniagaan dikuasai oleh mereka.

Bersambung

ANJ berkata...

Anwar dakwa mampu selesai masalah Malaysia-Indonesia segera
Oleh BORHAN ABU SAMAH (B) borhan.samah@utusan.com.my
JAKARTA 12 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjungi Indonesia hari ini mendakwa pertikaian dan masalah Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan segera jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dakwanya, beliau hanya memerlukan beberapa minggu sahaja untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku melibatkan kedua-dua negara.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen TVOne, Anwar berkata, tujuannya ke Indonesia adalah bagi menyatakan tidak ada sentimen memusuhi dan menghina negara itu,
melainkan kalangan mereka yang jahil, dangkal atau sombong.

Anwar juga dengan angkuh mendakwa beliau lebih memahami sistem pemerintah di Indonesia kerana mendukung demokrasi, berbanding pihak pemerintah Malaysia.

Selain itu, Anwar yang dilihat berang dengan tindakan media Malaysia mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam PKR mengambil kesempatan ketika wawancara tersebut untuk melabelkan media di Malaysia sebagai menjijikkan kerana menjadi alat propaganda kepada kerajaan.

Difahamkan, Anwar berada di Indonesia sejak semalam, bagaimanapun tidak diketahui apa tujuan kunjungan berkenaan yang merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu.

Sementara itu, Anwar pada sidang akhbarnya selepas pertemuan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Indonesia, Priyo Budi Santosa, berang apabila ditanya mengapa beliau tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat di Malaysia,
sebaliknya sibuk mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Indonesia.

Tanpa menjawab pertanyaan itu beliau terus menyerang wartawan Utusan Malaysia sebagai berniat jahat. "Akhbar ini milik UMNO kerja mereka hanya serang saya dan tidak pernah beri ruang bebas, kehadiran saya di sini juga tidak disenangi dan diserang sebagai tidak setia kepada negara," katanya.

Anwar juga menuduh Utusan Malaysia tidak pernah melaporkan Perdana Menteri dan menteri-menteri
yang tidak hadir pada sidang yang sama kerana akhbar berkenaan dikawal oleh UMNO. (Petekan UM)

Faezawatie berkata...

BILA KU PENDAM PERASAAN

Perasaan terpaksa dikandung
Dimampatkan dalam-dalam
Menjadi kudis tahu tak rasa sakit?
mahu nangis tapi air mata degil
tak mahu keluar gembira. geli hati.
Mahu tersenyum, tertawa besar.
Sakit rahang juga pipi menahan.
Perit bibir ditekap
Marah ingin jerit
tetapi kotak suara ini tersekat
Pedih rasanya dalam hati
Tak mampu digambarkan perasaan
dimampat Hanya mampu dikarang.
terpaksa dilakukan senyuman munafik
lambat laun mungkin hati, jantung,
dan paru akan meletup jua


Faezawati
sabtu
11malam

Datuk Murad berkata...

TAK BERKESEMPATAN

Sayangnya aku tak sempat
menjejak kaki di tanahmu
aku hanya mampu
merenung lewat jendela kaca
Aku redha meski berharap
diberi masa mengatur langkah
menghidu udaramu
bersama orang-orang itu.
Sayangnya aku tak sempat
kerana masa mencemburuiku
dan tugas mengejarku
dan aku terpaksa pergi
meninggalkan tanahmu
yang belum sempat ku injak.

Datuk Murad
selangor
12pagi

Qalam Mutiara berkata...

Sajak berunsur jiwa-jiwa sadikit oleh Faezawati daripadamana ya? Bertajuk BILA AKU PENDAMKAN PERASAAN. Pengucapannya yang dapat saya tangkap anda bagai ada hati memendamkan perasaan sama dengan tajuknya. Anda tidak perlu menyimpan perasaan hati nan marah atau gundah, luahkan secara berhemah, jika berdendam sama seperti gunung berapi, lama kelamaannya dia kan meletup. Bertambahlah kacau bilau jadinya. Jika bercinta katakan harsrat hati, jika ditolak cari lain untuk diganti, jangan Biarkan dia permainkan hati, merana diri jadinya. Semoga tidak begitu, amin! Usaha lagi.

Qalam Mutiara

Qalam Mutiara berkata...

Kebanyakan hasrat sering saja tidak kesampaian, kerana sebuk dengan tugas, kekadang terasa masa terlalu sadikit atau sempit, ingin rasanya mahu melulus diri dari
kesempitan masa ini, tetapi apakan daya tugas dan kerja menanti kita. Terasa ingin jadi seperti orang lain bebas dan sedia kemana saja. Begitulah sajak Datuk Murad dengan tajuk TIDAK BERKESEMPATAN.

Pengucapannya terasa bagai ingin menunaikan fardhu yang kelima atau menziarahi ke tanah suci agaknya seperti hajat hati, tetapi keadaan tidak menizinkan dengan kekalutan tugas dan masa kian mencemburinya. Cuma andaian. Terima kasih datuk Murad Syabas!

Pak Bostamam berkata...

ni mcm cerita anak ku sazali je? dia marah bapak dia sbb x didik dia dgn btol....

Ustaz Majusi berkata...

dalam ceramah x boleh buat lawak ke?

Guest Guest berkata...

eh! xkn x boleh buat lawak jenaka?

Saizul Maizav berkata...

xkn x boleh buat lawak jenaka nnt semua pakat mengantuk plak?

Ustaz Zulkainaan' berkata...

alamak! bru sy thu lps ni kalau nk bagi ceramah kena berhati2,...

Syeikh Al Habib berkata...

alhamdulilah selama ana berceramah ni ana x byk buat lawak sbb tabligh x di galakan ceramah ada lawak2...

Jalal Rafzee berkata...

ceramah xkn x boleh langsung buat lawak? fadzilah kamsah buat lawak jgk...

Capricorn berkata...

en nuri bagi sajak ni takut nnt penceramah agama saman en nuri plak? kata en nuri perli dorg....

Ambuyak berkata...

klu ceramah agama x boleh buat lawak? kalau ceramah pasal lain boleh ke?

Mozaire berkata...

payah jgk x boleh buat lawak nnt semua pakat lena....

Abul Hassan berkata...

tp en nuri skrg ramai ustaz bagi ceramah msti ada lawak....

Ustaz Zamree berkata...

bahaya jgk en nuri letak sajak ceramah jgn buat lawak takut penceramah kat luar anti blog ni plak?

Jalil Jnnggut berkata...

mana en nuri dpt thu pasal ni? penceramah x boleh buat lawak?

Atuk berkata...

xkn x boleh buat lawak langsung? sikit boleh kot?

Ali Omar berkata...

klu x boleh buat lawak x ceria la ceramah mcm tu?

Putera Damien berkata...

bkn lawak jenaka ke yg bagi ceramah jd ceria? xkn x boleh plak?

PENYAIR AGUNG berkata...

KALAU CERITA PASAL USTAZ LAWAK NI SAPA LAGI KALAU BUKAN USTAZ AKHIL DAN USTAZ FADZILAH KAMSAH...

Nuri Ketitel berkata...

mngkin siki2 lawak boleh kot? xkn nk serius saja en nuri?

Danial berkata...

kalau ceramah xde lawak mengantuk la org dgr...

Mr Casanova berkata...

btol tun en nuri kalau nk buat lawak baik masuk je raja lawak? hahaha

Mata Langit berkata...

susah jgk xde lawak2 msti boring ceramah kalau mcm tu?

Budak Surau berkata...

benar kata en nuri kalau org tabligh mmg ceramah dorg xde lawak2...

Tengku Anita berkata...

ceramah xde lawak? boring la nnt en nuri?

Ustaz Nasarudin berkata...

ceramah agama mmg x boleh ada lawak2 sbb kita nak menyampaikan pasal agama kena serius...

Sumpah Keramat berkata...

wah! hebat btol ayah en nuri? dia makan ape?

Orang Lama berkata...

sy ni dalam 60an pun xlarat nk kayuh basikal tgh panas...

Tok Mahat berkata...

peristiwa 13mei? mmg tersemat di ingatan sy sbb abang sy mati terbunuh msa tu....

Rossa Long berkata...

jahat jgk cina masa 13 mei? tp skrg semua telah berubah kita kan 1 malaysia....

Kopi Susu berkata...

ayah en nuri kena penyakit apa x boleh jln 2?

Nuri Jaguh berkata...

eh! ayah en nuri kuat kayuh basikal dan x boleh jalan sbb saka ke?

Lelangit Biru berkata...

ksian dulu myu di tindas masa 13 mei...

Ummu Akilah berkata...

kenapa panggil pak isa bongkok??? dia bongkok ke?

Suara Misteri berkata...

anuar ni mmg suka putar belit.... semua org thu dia yg buat huru hara!

Geletek Siang berkata...

anuar ni bila la nak bertaubat! sudah2 la buat putar belit!

Nahul Hidzar berkata...

kecewa dgn anuar sanggup dia huru harakan negara sndiri...

Sulaiman Embong berkata...

anuar ni mmg pengkianat negara! org semua dah thu pun nak putar belit lagi!

Puteri Bunian berkata...

anuar kata utusan milik anmo konon? paper milik PKR lagi byk!

gelora maya berkata...

tangkap je la anuar ni keja buat huru hara saja!! dah salah x mangaku plak!

Pak Ngah But berkata...

x mangaku plak anuar ni? sbb nampak sgt lps dia balik indon trus bendera buat hal??? hbis salah siapa? sah! ni keje anuar!

Pak Kassim berkata...

najib kena segera buat pemantauan kat indon ekori anuar kat sana....

Mat Noh berkata...

semoga semua akan tersedar dari lamunan tentang agenda anuar ni...

Bumi Hijau berkata...

kesian plak atuk en nuri sakit x boleh jalan?? sbb byk tenaga dia guna agaknya?

Guest berkata...

cerita hantu dah hbis ke en nuri?

nurimanja berkata...

Sajak ini memang kena batang hidung sendiri, saya juga pernah digelar ustaz lawak , walaupun dulu guru pendidikan seni dan BM selepas saya ambil pendidikan agama.

Saya lihat pendakawah tabligh memberi takzirah, sedeh dan ada yang hamper menangis, lalu ada keinsafan di hati, sesekali aznil AF (pengecara) rancangan dia boleh buat juga khalayak akan keluar air mata dan menangis.kalau dia bagi ceramah atau tazkirah, mungkin agaknya lebih hebat dari ustaz akhil atau fadilah.

sebenarnya, nabi pun ada nak kata lawak sikit-sikit gurau/ada pengajaran, kerana banyak ketawa,
hati mati, sebab nabi tak pernah
ketawa besar, sekadar dia senyum sahaja.kerana ada pahala sedekah.

kita kena fikir sendiri sebagai
pendakwah, terpulang mana yang baik.Yang sedeh ustaz cukup ramai
generasi muda hari ini, bagaimana?
berkesan kita tidak?


Cerita anakku sezali lahirkan sajak
bila anak x berharga. sepatutnya
babak tapi saya srahkan kepada ibu
sebenarnya yang mendidik, babak banyak cari nafkah atau rezeki.amin