Sabtu, 16 Oktober 2010

BILA ANAK X BERHARGA




Hari ini,
kalau ada seorang ibu
membawa seberkas rotan,
lalu diberi kepada anak-anaknya
lantas dengan kesedehan dia berkata
anak-anakku! engkau rotanlah ibumu ini
kerana malu di atas kesilapan ibu selama ini.

Jika dulu,
ibu patut merotan kamu
sewaktu berusia lapan tahun,
bukannya hari ini sudah terlewat,
jadi kesalahan kamu itu kesilapan ibu
elohlah anak-ananku engkau rotan ibumu
di atas kesilapan mengasuh kamu waktu dulu.

Oleh: Nurimanja,
sesal kemudian x berguna.
jika anak terjebak dlm gejala sosiol.
dua bulan yang lalu julai atau ogos 2010.



50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA SAKA SIRI 5

Begitu juga dengan kakak number dua pula tetiba saja deman sikit saja . lama muram saja, lama lagi tak denagr pula. akhirnya tenguk orang muka sunggul. cakap kita dia buat tak tahu , akhirnya pekak tak dengar apa satu. main isyarat
bila nak bercakap dengan dia.

Sudahlah muka dia pun kita takut tenguk, masa itu saya ingat sikit walau pun belum sepuluh tahun. Dia nampak macam singa mengeram, nak kata marah tak marah, muka cum saja. senyum langsung tak ada, berbulan juga lamanya. ubat dan
berubat morden tak menjadi. kata dukun kampung saka pula lagi. Ayah naik bengang dengan cerita saka ini.

Duit habis banyak. Dukut itu duk bercerita banyak dari berubat. abang ipar saya pun dah naik meluat. tapi nak buat macam
mana nak berubat. (yang tak masuk akal dia kata kampung dia orang solat berterawih pukul 4 petang dalam bulan puasa) saya masih ingat, walaupun tidak bersekolah lagi. sebab apa malam mereka nak pergi tikam udang galah cari rezeki. depa hentam solat terawih awal . Gila!!

tetapi betul juga dukun kata. selang beberapa hari selepas saya dan dua abang saya di arah oleh dukun gila itu mandi air buyung waktu mentari senjakala di tepi sungai dungun, orang masa itu nak solat manghrib, kami masa itu tiga beradik, aku yang kecil sekali, kakak sulung tak kena pula. Masa aku macam percaya dengan tak percaya sama banyak. mula cadang
nak lari tak mahu mandi. tetapi kesian dekat kakak mandi juga.

Akhirnya kakak saya number dua itu pun pulih seperti sedia kala. hari dia masih kuat banyak puasa sunat dan tiga bulan punya puasa deret , kuat solat berjumaah, merata dia pusing dunia, sampai tembuk besar negeri cina pun dia sampai, kota
london, beging, entah ada rombongan luar negara dia ikut sama. hotel lima bintang perkara biasa. malu saya tidak pernah
sampai. dia pergi umrah entah berapakali.

ANJ berkata...

PKR Ranting Lepar Utara dibubar
Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my (sedutan akhbar UM)

KUANTAN 12 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Lepar Utara dekat sini lumpuh apabila 215 ahlinya hari ini menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.

Serentak itu, PKR Ranting Lepar Utara secara rasminya dibubarkan berikutan semua ahlinya menyertai UMNO.

Penyerahan borang keahlian UMNO disampaikan oleh wakil kumpulan tersebut, Abdul Rahim Darus, 61,
kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman di pejabat UMNO di sini hari ini.

Kesemua mereka yang merupakan peneroka tanah rancangan membuat keputusan meninggalkan parti
pembangkang itu kerana kecewa dengan sistem pemilihan serta sikap pemimpin di peringkat ranting di kawasan berkenaan.

Difahamkan mereka sebelum ini merupakan ahli UMNO tetapi keluar dan menyertai PKR selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 atas faktor-faktor tertentu.

Menurut Ahmad Tajuddin, UMNO tidak pernah meminggirkan bekas ahli yang menyertai parti pembangkang
sebaliknya menerima dengan terbuka kehadiran mereka menyertai semula parti itu.

Katanya, kemasukan semula ke dalam UMNO membuktikan PKR bukan parti yang sesuai dipilih apabila ia menjadi masalah kepada ahlinya.

Ustaz Hamidah berkata...

PADAM API

aku tahu kau tak mahu
aku kira semuanya duka
aku bisa menghembus udara
yang baunya jadi sakit
yang padamu satu penyakit
pembawa matimu dijalan semalam
apakah itu tak bererti
aku lalai menakung jasa
membiar lalang menumbuh keji
sedang hanya paruh yang melekat
untukku menampung isi dan kudrat
memberi jiwa loponglah dada
menghantar isi melapah hati
lalu pandang kan kesini
rendahkan bahumu teliti apakah aku
yang bulat tanpa mata
mengigil tanda carilah harga padaku
tinggal sepertiga kati
sebelum tadi mati
sebelum padam api


Ustaz Hamidah
sajak sebelum kawin

Ustaz Sahzan berkata...

SIMPANG SIUR PERJALANAN

Hidup satu perjalanan,
Simpang siur itu laluan pasti,
Pusing kiri atau kanan,
Hala depan arah bertentangan,
Kecil besar tak pernah kira,
Mati itu laluan hakiki,
Pilih satu suka atau duka,
Kelak rasa bahagia juga binasa,
Rebah itu bukan kalah,
Kalah itu tidak selamanya,
Pegang erat satu ikatan,
Jalinkan kerukunan,
Sama redah tembok kita bersama,
Kerana satu takkan jadi seribu.


Ustaz Sahzan
di kantin sekolah
10pagi

Tinta Mutiara berkata...

Sajak agak personality atau keperibadian menyingkap kisah lama yang barangkalikurang menyenangkan hati oleh Ustazah Hamidah bertajuk PADAMKAN API. Ini mungkin dendam ataupun kemarahan yang memanjang. Agaknya sebelum ini anda telah termakan budi, lalu ditagehi budi dengan body, tetapi anda mungkin tidak ada hati, si pembantu jadi marah dan minta balasan , anda menolaknya kerana ada udang disebalik batu.Bila anda sudah berpunya,diharapan api kemarahan itu akan dapat dipadam. Cuma andaian. Semoga sukses. amin

Tinta Mutiara berkata...

ULASAN:
Sajak perbandingan oleh Ustaz Sahzan dengan tajukSIMPANG SIUR PERJALANAN. semenangnya dalam kehidupan kita penuh dengan simpang siur perjalanan. Kitalah yang perlu pandai memelih lorong atau jalan yang mahu dilalu, lurus tau pun bengkok, dalam kekalutan hidup dan kesusahan di himpit kemelut pasti ada orang yang suka mencari jalan short cud atau pintas. Lalu terkandas kena denda , terima sajalah. Begitulah kehidupan. Terima kasih Ustaz Shazan.

Seri Suri berkata...

sdih plak sajak pasal ibu ni...

Julia berkata...

kesian mak dia dalam sajak ni...

Ustazah Hamidah berkata...

sajak ni en nuri tujukan kepada siapa?

Dang Anum berkata...

eh! mak suruh anak rotan dia plak?

Tanpa Wajah berkata...

sajak anak2 kali ni agak menarik maksudnya...

Budak Rap berkata...

terbalik plak anak rotan mak?

Laila Mellisa berkata...

tak berosa ke anak rotan mak dorg?

Diana Sanubari berkata...

insaf plak baca sajak pasal rotan mak ni..

Mak Mah berkata...

nnt nk buat kt anak2 sy buat mcm sajak ni tp harap2 anak2 saya x rotan btol2 plak?

Ustazah Janariah berkata...

cara yag agak baik mendidik anak-anak boleh cuba ni...

Zuraifah berkata...

sy cadang nak cuba buat mcm sajak ni sruh anak2 rotan sy tp takut jgk sbb anak2 sy msa bdk2 lagi?

Dayang Intan berkata...

wah! kretif sajak en nuri kali ni anak rotan mak....

Hamba Allah berkata...

dorg rotan x mak dorg? klu dorg rotan mmg derhaka!

Badrolshah berkata...

sajak mcm ni kalau buat filem barulah menyentuh hari nnt nk bincang dgn ahmad idham...

Kevin Chong berkata...

anak plak disuruh rotan mak dia?

Ibrahim Lee berkata...

boleh ke anak rotan mak dorg?

Mei Ling berkata...

mak dorg tu gila ke? xkn nk suruh anak2 dia rotan dia? mati la dia kalau mcm tu...

Malik Wariya berkata...

xpnh berlaku lagi mak suruh anak rotan dia?

Kasih Abadi berkata...

sebak baca sajak pasal mak suruh anak dia rotan dia...

Syakila Adnan berkata...

sedih dan menyentuh hati sajak ibu ni....

Mat Glamor berkata...

anak2 dia mmg x kenang budi btol!

Angker 13 berkata...

mak dia ke yg salah? x patut btol sbb anak dia yg patut di persalahkan....

Olie Pajutdy berkata...

sedihnyer mak dia sanggup di rotan anak2 dia...

Man Pendek berkata...

anak2 dia mmg derhaka sbb buat mak dia bersedih....

Ustaz Rahman berkata...

mahzab mana dorg belajar?? solat terawih pukul 4 ptg plak?

Aziz Moktar berkata...

gila apa solat terawih ptg2???

Hambali Maliki berkata...

dorg ni main2 dgn solat terawaih plak?

Kembara Budiman berkata...

eh! akak en nuri no 2 pun kena saka jgk?

Pak Kassim berkata...

ramai jgk sedara mara en nuri kena saka? en nuri kena jgk x?

Nabil Quldi berkata...

jutawan ke kakak en nuri tu?

Panglima Ketot berkata...

byk tempat dia pegi? dia x sedekah sikit ke duit dia kat en nuri?

Petualang Tiga berkata...

tu dah katogori jjutawan kakak en nuri tu semua tempat dia dah pegi!

Malik Wariya berkata...

nak buang saka pun kena mandi kat buyung

Penjejak Badai berkata...

kepecayaan karut la ada plak mandi kat buyung saka boleh hilang?

Adi Cana berkata...

wah! semua masuk umno!! hbislah PKR....

Suara Rakyat berkata...

hbis pupus PKR cawangan lepar utara... hahahaa

Bulan Terang berkata...

main lompat2 plak? dulu Umno lps tu pkr skrg umno plak? hehe

Wasiril Azmi berkata...

di harapkan semoga lps ranting lepar ni byk lagi PKR masuk umno....

Atuk berkata...

wah! nampaknya byk PKR sertai Umno! di harap najib jaga btol2 la...

Mat Toopa berkata...

aku doakan smoga lps ni PKR pupus di muka bumi! hahaha

Pak Awang berkata...

byk tembelang beliau dh mmg pecah patutlah ramai masuk UMNO.. hehe

Bicara Bulan berkata...

eh! mana ANJ dapat pasal berita ni?

Hantu Katek berkata...

pasal PKR cawangan ranting lepar utara masuk UMNO ni cerita btol ke? xde dalam tv pun?

Brader Joe berkata...

smoga ramai ahli yg sedar dan masuk UMNO kembali....