Sabtu, 9 Oktober 2010

BEKALAN KAMU TAKWA




Usia enam puluhan begini
Adalah peluang keemasan
Sebagai subsidi kenekmatan
Kerana berada digaris penamat
Kita hamper kepada kematian.

Usia bonos yang diberi ini
Janganlah membuat onak
Perbanyakan muhasabah diri
Dalam geliran menanti ini
Untuk dipanggil berangkat pergi.

Oleh : Nurimanja,
Petang hari ketika azan berkumandang,
17hb, Februari, 2010




50 ulasan:

Suara Bebas berkata...

DALAM NEGERI
Jauhi penggadai bangsa – Sultan Sharafuddin (petekan UM)

SHAH ALAM 7 Okt. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta rakyat menjauhi pihak
yang menggadai bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan mencapai
cita-cita politik mereka.

Baginda turut menasihatkan pembesar daerah yang dilantik tidak memihak kepada mana-mana
parti politik dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

“Pembesar daerah perlu memastikan mereka menjadi tempat orang ramai mengadu dan pembesar daerah juga perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak istana untuk kemajuan
masyarakat,” titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas menyerahkan watikah pelantikan Orang Besar Petaling yang baru kepada bekas Ketua Pengara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Emran Abdul Kadir yang menggantikan Datuk Abu Bakar Abdul Hamid di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Titah sultan Selangor, patut ambil perhatian , jangan masuk telinga kiri, keluar pula telinga kanan. semat dalam hati berfikir dua kali, jangan ikut lambang mata satu. Suara Bebas

ANJ berkata...

INFO AGAMA HARI INI:

2010 Mac 10 13:57(BB)
PENYAIR AGUNG berkata...
SAYA JUGA INGIN BERKONGSI TENTANG ILMU LADUNI... HARAP EN NURI TIDAK KISAH DENGAN PENGKONGSIAN SAYA..


Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang.Ia ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Alla maka tidaklah perlu dipelajari,sebaliknya ia merupakan hasil amalan dan taqarrub kita.

Ilmu Ladunni akan membawa seseorang lebih mengetahui tentang Allah,rahsiadiri,hakikat,penciptaandan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni anugerah dari Allah dengannya hamba mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah,lalu meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah.

Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah,tipuan diri dan
syaitan,tipu-daya dunia,perkara-perkara merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya,
kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan makhluk Allah Jadi, yang utama bukanlah ilmu ladunni,tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah.

Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni. Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis menambahkan kesombongan perasan diri hebat. Biasanya orang soleh tidak akan
memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh
anak-anak muridnya atau oleh orang lain yangmbergaul dengannya.

Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak
dan auliyak. Ramai para ulamak dan auliyak tidak menyedari karamah pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir,
istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan.

Diterbit semula oleh: ANJ

Pak Kassim berkata...

APA MEREKA BUAT KITA TENGOK SAJA

apa mereka buat
senyum senyum kambing
ketawa berdekah-dekah
nampak macam mereng
kepala sudah pening
otak berpusing-pusing
jalan hoyong haying perut penuh gam

apa mereka buat
nampak terketar-ketar badan lebam
cucuk sana sini jadi dokter sendiri
tersadai tepi longkang jadi sampah tunggu orang kutip apa mereka buat
kumpul ramai keliling lampu jalan
tengah belukar duit bertukar tangan
poket jadi nipis baru susah hati
beras lupa dibeli jadi tahi judi
apa mereka buat
kita cuma tengok sahaja...


Pak Kassim
di gerai awie pukul 3pagi
8.10.2010

Pak Bostamam berkata...

JATUH

Dulu Aku jatuh.kaku.
Tiada siapa, Membantu.
Aku sering terjatuh.
Terjatuh dan mengaduh.
Tapi masih belum ada
siapa membantu ramai yang lalu,
Tapi buat-buat tak tahu.
Mencuba bangun sendiri.
Jangan bantu aku! Aku tahu,
tiada siapa sudi…
kini bila aku kaya?
Semua mengaku sedara?
Semua kawan datang dekat-dekat
Musuh ketat datang lagi rapat
Semua kerana pangkat aku
Dulu masa sakit adakah yang datang?
Kata mereka dulunya
Bukannya tidak pernah.
Sebab sibuk urusan peribadi
Sampai mata aku terkunci rapat.
Di jam terakhir hingga payah
menemui kunci dan selalu bimbang.
Semakin bimbang mana saudara mara?
Seorang pun tak datang
Sekarang bila aku sakit sedikit
Sampai dari seberang pun datang
Semua kerana imbuhan aku terima


Pak Bostamam
apabila menerima bayaran pencen dari kerajaan
9.10.2010

Bulan Terang berkata...

SUDAHLAH TU PENDERHAKA

kira satu sampai tiga
akan tahu mana raja mana hamba
lebih baik berhenti berangan
dari baling batu sembunyi tangan
jangan derhaka wahai penderhaka
kalau akal kau sempit
kalau otak fikir tak boleh
kalau hati keluh kesah
kalau hati tak ikhlas
kalau hati tak rela
kalau asyik reka alasan
kalau lari dari realiti
kalau diam tak bertanya
kalau sudah malas belajar
kalau aku lahir genius
kalau asyik fikir negatif
kalau begini buang masa saja…


Bulan Terang
Kelantan
12malam

Qalam Mutiara berkata...

Pak Kassim sesekali dengan lawaknya sajak bertajuk Apa Mereka Buat Kita Tengok Saja. Penceritaan kisah budak-budak berdengun dengan gam dan dadah. Memang depa ini nak jadi mayat berjalan. Hidup segam mati tak mahu. Bila kita cakap letak dicelak ketiak atau pungkur mereka sahaja. Bahasa yang baik langsung tak boleh nak diguna. Malaikan kata Pak kassim Mereka Buat Kita Tengok Saja. Kalau mati kita tanam saja. Memang mereka dah menenpah nasib celaka. Sebaiknya kita kompol budak-budak ini . minta tanda tangan ibu bapa . masuk mereka dalam sebuah pulau bom saja bagi mampus buang . hidup pun menyusah masyarakat. Setuju Pak Kasim. Buat macam mereka bakar anak ayam. Berpuluh ribu duit kerajaan habis buat belanja nak pulih mereka.

Qalam Mutiara berkata...

Begitulah kehidupan manusia hina besi kerana karat , hina manusia kerana melarat. Bila ada nama ada pangkat, ramailah yang mengaku kawan untuk nak dekat. Apa yang ada boleh kita kongsi bersama. Begitu sajak Pak Bostaman mempertikaiankan Kehidupan masyarakat yang buat baik ada udang disebalik batu. Buat baik mesti ada maananya. Sehingga yang jauh pun datang menyeberang. Yang dekat tiap hari datang bertandang. Semoga kita perlu ikhlas membuat sesuatu yang tidak meragukan. amin

Qalam Mutiara berkata...

Sudahlah Tu Penderhaka sajak daripada Terang Bulan memperkatakan tentang rasa
Kemarahan melihat sang durhaka yang pandai bermain sandiwara. Pandai baling batu sembunyi tangan. Yang bertambah pelek dan membingungkan lagi kepala. Bila ada
Hamba allah semacam tidak dapat hidayat. Tahu dah benda itu salah sokong setengah nak mampus. Bagai mencabar azab Allah. Tuhan paling murka bila seorang buat salah dia berasa bangga dan mempertahankan segala kesalahannya . Di dunia engkau lepas bebas. Di akhirat engkau akan tersangkut dan terjerat. Melaikan orang yang beriman yang takut hari pembalsan. Minta dijauhkan kita dari bersubahat menegak kebatalan.

Tanpa Nama berkata...

regerger

Tanpa Nama berkata...

dfhdfhdfh

Tanpa Nama berkata...

hgfjfgj

Tanpa Nama berkata...

ghmghmhg

Ustaz Sahzan berkata...

Maaf kalau x keberatan sy ingin berkongsi sedikit tentang info agama buat tatapan semua...



~Bayi pertama lahir dalam Islam sebelum peristiwa hijrah adalah Abdullah bin Omar bin Al-khattab r.a.

~Bayi pertama lahir dalam kota Madinah daripada kalangan Muhajirin ialah Abdullah bin Az-Zubair r.a.

~Bayi pertama lahir dalam kota Madinah daripada kalangan Ansar ialah An-Nu`man bin Baysir r.a.

~Bayi pertama lahir di Habsyah (Ethopia) ialah Abdullah bin jaafar bin Abu Talib r.a.

~Orang pertama mengubahsuaikan masjid ialah Sayidina Othman bin Affan r.a.

~Orang pertama mengimamkan para anbiyaa serta memuji Ilahi kerana dapat berbuat demikian ialah baginda ~Rasulullah s.a.w.

~Orang pertama melihat anak bulan pada setiap bulan-bulan Islam ialah Abu Al-Hasan Ali bin Affan.

~Orang pertama mengasaskan ilmu tarikh Islam (sejarah) ialah Abdullah bin Rofi`.

~Orang yang pertama menyeru penyembahan berhala untuk orang Arab ialah `Amru bin Luhai Al-khaza`ie.

~Sahabat nabi yang dikebumikan di Bandar Himso (Syiria) selepas menetap di situ ialah khalid Al-Walid.

~Sahabat nabi yang dikebumikan di bawah jambatan Constantinople ialah Abu Ayub Al-Ansari.

~Satu-satunya wanita yang disebut di dalam Al-Quran ialah Sayidatina maryam (ibu nabi Isa).

~Orang pertama yang direjam mengikut hukum hudud di zaman baginda Rasulullah s.a.w ialah Ma`iz bin Malik.

~Orang pertama syahid dalam peperangan Uhud ialah Abdullah bin amru bin Haram.

~Wanita pertama yang syahid dalam peperangan Kepulauan Qubrus (Cyprus) ialah Ummu Haram binti Mulhan al-Ansariah.

~Orang pertama murtad dalam Islam ialah al-Aswad Al-Ansi.



=kalau tak jadi keberatan en nuri bolehkan lepas ini sahabat sy 1 sekolah jugak ustaz majusi dan ustaz zamree ingin berkongsi ilmu agama di sini jgk?=

Pak Kassim berkata...

MENGENAL FIZIKAL RASULULLAH (S.A.W)

Adalah diceritakan bahawa pertumbuhan jasmani Rasulullah s.a.w sehari sama dengan pertumbuhan kanak-kanak biasa sebulan. Usia tiga bulan boleh berdiri. Lima bulan pandai berlari. Sembilan bulan pandai bertutur dengan lancar dan fasih. Di antara dua belikatnya terdapat tanda khatamun Nubuwah yang sentiasa memancar dan dapat dikesan oleh orang yang memandangnya.

Baginda membesar dengan wajah yang berseri-seri. Cahaya wajahnya sentiasa bersinar seperti bulan purnama. Tinggi perawakannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Luas kedua-dua belah matanya. Kening dan bulu matanya melengkung indah. Tajam dan putih bersih giginya. Lebar sedikit mulutnya. Mulus pipinya bersih. Hidungnya mancung indah. Tangannya lembut bagaikan sutera.

Bidang bahunya lebar. Kukuh kedua belah tangannya. Kuat tulang-tulang sendinya. Sedikit daging di tumitnya. Tebal janggutnya. Rambutnya terurai kemas mencecah bahu. Peluhnya bagaikan butiran mutiara, sentiasa berbau wangi. Tenang setiap langkah bejalannya, agak sedikit tunduk seolah-olah orang sedang berjalan menurun bukit.

Apabila Baginda berjabat tangan, tinggallah bau semerbak di tangan orang yang dijabatnya sepanjang hari. Apabila Baginda mengusap kepala kanak-kanak maka akan segeralah diketahui sentuhan itu kerana baunya yang semerbak mewangi.



=maaf ingin berkongsi info tentang rasul yang sempat sy tulis apabila pulang dari ceramah agama di masjid teluk kumbar=

Haji Atang berkata...

hebat ustaz sahzan ni mna dapat?

Ustaz Nasarudin berkata...

ustaz sahzan mengajar di mana???

Haji Khali berkata...

semua yang pertama ustaz sahzan thu mana dapat???

Jengking Perak berkata...

jad brulah aku thu serba sedikit tentang yang pertama ni...

Mr Casanova berkata...

yg pertama saja ke? yg kedua xde ke?

Saidatina Ayubi berkata...

boleh copy x ustaz sahzan pnya info ni?

Guest berkata...

pak kassim pun thu jgk bab2 agama ke? hehe

Mozaire berkata...

pak sedara aku ni setahu aku malam2 dok kat awie je? mcm mana thu pasal agama plak ni? haha

Pak Awang berkata...

byk jgk pasal nabi pak kassim bagi...

Pak Bostamam berkata...

boleh rupanya sumbang info? nnt sy pun nak sumbang jgk la...

Angker 13 berkata...

nabi mmg ajaib btol rupanya

Mawar Harum berkata...

eh! nabi byk perwatakan yg lain dari yg lain..

Muhamad Rabbi berkata...

eh! boleh ke sumbang info dalam blog ni??? ingatkan hanya perkeja en nuri je boleh hntr/...

Mat Noh berkata...

wah! rajin btol pak kassim menulis ceramah agama malu plak rasanya sy selalu jgk di msjid tp jarang sy tulis apa yg dikatakan....

Bulan Terang berkata...

tahniah pak kassim kerana menyumbang info kpd kami semua...

PENYAIR AGUNG berkata...

ILMU LADUNI SAYA PUNYA KE??? SAYA PUN DAH LUPA YANG SAYA ADA HANTAR INFO TENTANG IN TERIMA KASIH EN NURI SIARKAN KEMBALI....

Jupri Halim berkata...

kalau penjaga blog boleh hntr jgk x info bukan info agama???

Eddy Capil berkata...

sy cadang nk hntr info jgk tp bkn tentang agama tp takut jalal dan en nuri x lepas plak? sbb sy bukan sebahagian dari blog ni....

Hambali Maliki berkata...

org luar boleh x sumbang apa2 maklumat dalam blog ni?

Rossa Long berkata...

eh! xpham la apa yg pak kasim dan ustaz sahzan hantar ni...

Mei Ling berkata...

alamak! sy xthu nk komen apa sbb smua info tentang muslim plak?

Salleh Muhamadon berkata...

wah! blog ni ahli pun dibenarkan hantar info ke???

Hafiz Zikriilah berkata...

menarik jgk perkongsian yang pak kassim beri ni...

Ustaz Zamree berkata...

wah! menarik perkongsian yang ustaz sahzan beri ni insyaallah lps ni sy plak nk hntr...

Naga Samudera berkata...

nabi mcm2 fizikal dia yg lain dari manusia biasa...

Johnson Iqbal berkata...

eh! mcm mana dorg thu pasal fizikal nabi? dorg pnh jmpa ke?

Hantu Gigi berkata...

menarik maklumat yang pak kassim beri ni....

Halilintar berkata...

semuanya yang pertama belaka ustaz sahzan bagi... hehe

Ustaz Rahman berkata...

ustaz sahzan hebat jgk saya pun byk xthu lagi pasal ni...

Ustazah Janariah berkata...

menarik ustaz sahzan bagi ni pinjam boleh? cdg nk ceritakan kpd budak kelas sy..

Atuk berkata...

sajak utk org pencen ke ni?

Orang Lama berkata...

sdih dan sayu baca sajak ni..

Inspektor Halim berkata...

sajak yg menyentuh perasan sy.. sbb sy pun hampir di pengakhiran kerjaya...

Satria Juragan berkata...

kenapa sajak ada 3 plak?? selalu 2 jer...

Nik Aziman berkata...

selamanya pun ada 3 sajak ke?? atau minggu ni je?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Terima kasih buat ustaz shazan dan pak kasim dan buat mereka yang sudi menyubang info agama.
silakan. Sebainya sehari satu jalal tolong kelola lepas sehari satu atau dua macam sajak juga, okey! kerna en nuri juga bukan semuanya serba tahu. samalah kita bertukar info agama amin.

Kekadang en nuri akan menyiar semula mana info agama yang telah tersiar seperti Penyair Agung.
untuk renungan kita bersama dan saudara atau sahabat baru kita. En nuri pun dia lupa siapa nama
saudara baru kita. Anda semua boleh berkongsi dengan ustaz-ustaz yang ada di blog CR ini. amin.

Richad Sariosa
Karim Karam
Zain Isaac
Kavin Chong
Ibrahim Lee
Yusuf Lim
Lagenda Pulau
Johson Iqbal

begitu juga haji atang telah lama berpengalaman dalam islam. jupri halim dan joseph lee,rossa long,fata fat(danilson) mei ling boleh bertanya khabar tentang Islam. semoga kita sama dapat pahala. amin. Islam tidak memaksa
(dalam Islam tidak ada paksaan) kecuali memang dia dan hatinya yang tergerak memilih agama Allah.