Sabtu, 9 Oktober 2010

DISELUBUNG TIGA MIMPI NGERI





Tetiba berada dibumi Indonesia,
ziarah melihat sawah padi nan hijau
sambil melawat tempat ukiran seni kayu
terpegun kulihat kalimah Allah dan Muhamad.

Tetiba saja dunia menjadi lumpur,
semua pepokok bukit gunung runtuh
hanyut cuma tinggal kawasan aku berdiri
aku menjadi panik menunggu apa saja terjadi.

Tetiba saja pintu langit terbuka,
berbagai benda berhemburan keluar
diri rasa seperti berada dalam kawah nasi
aku sendiri menjadi panik dan cemas melihatnya.

OLEH : Nurimanja,
Itulah tiga mimpi yang ngeri,
 tanpa catatan tarikh dalam hidup.(B)


50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA SAKA BAGAIMANA BABI UTAN PUN TUNDUK DENGAN ILMU AJARAN SAKA.

Sewaktu saya masih kecil , atuk saya pernah bercerita; Pada satu hari dia seorang diri melalui satu lorong kecil bersebelahan dengan kebun getah yang semak tidak terjaga oleh tuannya. Sewaktu dia berjalan itu, tetiba ada saekor babi hutan jantan terus menyerbu ke arahnya. Atuk saya berlari menyelindungi dirinya di sebalik pohoh getah tua itu.

Ruapanya si babi hutan jatan ini , apabila dia menyerang kedua belah matanya terpejam, apa bila sasaran tidak mengena, babi jantan ini tersus terabas.Apabila matanya celek kembali, babi jantan ini sambil menghidu cuba mencari sasaran semula. Atuk saya berdiri di hadapan babi jantan itu, di belakangan ada perdu batang getah tua.

Apabila babi jantan itu memejamkan matanya untuk menyerang , atuk saya pun mengelak. sasaran babi jantan itu mengena batang getah tua yang disondol dengan
hidungnya kemek itu. memekek babi hutan jantan itu kerana kesakitan domoinya menghentam tunggul getah tua.

Babi hutan jantan itu kian naik minyak, cuba mencari atuk saya, dalam ketakutan yang amat sangat atuk saya cuba melarikan diri selit menyelit di celah pokok getah tua, agar babi hutan jantan yang lari lurus itu sering saja terbabas. dan bertambah marah.

Sewaktu atuk saya kehabisan tenaga. Dia tersandar di batang perdu getah tua, nafasnya turun naik menyelak dari serangan babi hutan jantan itu. Tetiba ada orang menepok bahunya dari belakang, semacam ada suara berkata;
"Hai! kau lupakah, apa yang aku ajar dulu?" terasa semacam ada teman berbual walaupun tidak nampak sesiapa.

Atuk saya pun segera membaca , apa yang diamalnya dulu, tetiba babi hutan jantan yang naik minyak dengan mata merah dengan dengkus nafasnya yang mengerunkan itu. bagai terhenti, lalu tundukan kepalanya, memusingkan badan
nya lalu berlari anak meninggalkan atuk saya. seolah semacam kena ilmu penunduk. terus lari tidak angkat kepala lagi.

BERSAMBUNG.

ANJ berkata...

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kekecohan serta ugutan oleh sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga
menyebabkan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman membatalkan
sidang akhbarnya semalam jelas membuktikan PKR merupakan sebuah parti gengster.

Sehubungan itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip meminta polis membuat siasatan terperinci serta mengenakan tindakan terhadap mereka yang terbukti membuat kecoh serta mengugut Muhamad Rahimi dalam kejadian itu semalam.

Beliau berkata, insiden tersebut tidak boleh dibiarkan kerana jelas mereka menghalang Muhamad Rahimi
daripada membuat sidang akhbar melalui cara kekerasan.

''PKR kata mereka juara kebebasan bersuara. Mengapa apabila Muhamad Rahimi hendak mengadakan sidang akhbar, ada ahli-ahli PKR dan penyokong Anwar cuba menghalang beliau dan paling dikesali mereka berlagak samseng.

Bekas Tun Dr Mahathir kata politik yang bersih x ada saman, kecuali dia berasa bersalah, belum dedah
sudah pakat nak saman, ini mumkin belajar dengan negara jiran sebelah.

Pak Awang berkata...

HUTANG ALONG

sebuah hutang wujudnya mencengkam
sebuah hutang adanya mengancam
seorang lelaki terbelenggu
ke mana arah kakinya menapak
saat bayang keruntuhan ekonomi
mengejar dan menerkam..
masih adakan lagi mentari siang
menutup gelap bayang itu
masih adakah mentari siang
membawa sinar harapan baru..
datanglah ayat ini
kami bukan along
cuma mahu tolong
tolong tanam bunga
bunga tahi ayam
kalau tak cukup bulan
bagi kami jari tangan
potong buat hidangan
kami bukan jahat
cuma mahu berkhidmat
bagi khidmat nasihat
tolong cari tanah
buat kubur sendiri
kami tolong gali
kain kapan semua percuma
tolong tadah air mata
air mata anak isteri
buat siraman di pusara nanti...


Pak Awang
mengenang nasib jiran yang berhutang dgn along

Ustaz Deris berkata...

SIAPA MUHAMMAD

siapa Muhammad? ramai sudah lupa
siapa Michael Jackson? ramai puja
lupa asal kita lupa petunjuk kita
sudah moden katakan
zaman sudah berubah
tak releven lagi
ummati...Ya ummati
sampai akhir hayat
sampai akhir kalimah
masih ingatkan kita
ummat akhir zaman
capati...ya capati
apa mahu makan nanti
siapa mahu dimakan nanti
lapar serba serbi lapar harta
lapar pangkat lapar dunia
roh terus kelaparan
tak sempat diberi makan


Ustaz Deris
sedih apabila ada pelajar saya tak menghormati nabi muhamad

Puteri Bunian berkata...

DIA CUMA MANUSIA

bila dia bersuara kau pekak telinga
kau anggap suara dia tak berharga
dia ingin kau tahu apa dia rasa
tapi kau palingkan muka
kau rasa kau berkuasa banding dia
bagi kau apa kau lakukan betul
apa ada pada dia cuma sekadar biasa
berkali-kali kau lukakan hatinya
tapi dia buat seperti tiada apa-apa
kerana bagi dia kau segalanya
di dalam dia sudah banyak derita
apa kata sekali cuma,
kau berikan dia ruang berharga
kerana dia bukan sekebal waja
boleh diketuk diguna sesuka
dia cuma manusia.


Puteri Bunian
Kuiss
11malam

Qalam Mutiara berkata...

Kisah hutang along semacam menjadi budaya kehidupan masyarakat hari ini, Susah saja , cari along minta tolong, jalan pentas dan cepat. Sebenar jalan cepat masuk jerat.

Dengan bunga yang berganda, anak isteri, harta benta, malah silap langkah nyawa pula jadipertaruhan. Mengikut iklan memamng sedap : Jalan Mudah Jika Susah. Sila datang jumpa along kami ada wang kami boleh tolong. Bila sudah teperangkap susah hendak cakap. Barulah tahu siapa along. Bila sudah berutang , banyak peras ugut dan Bulan lagi hendak tolong. Itulah orang yang sudah kena penangang utang dengan along.

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Deris dengan rasa kekecewaannya dengan gelagat anak sekolah dinihari, mereka lebih mengenali penyanyi dan pelakun dari mengenal dan mencontohi nama nabi dan sifat baik yang patut dicontohi yang di bawa oleh nabi dan para rasul.

Sajak ustaz Deris bertajuk Siapa Muhamad anak Abullah? Seorang yang sayang dan mengenang umatnya hingga sampai akhir hayat dia masih menyebut berulang kali kerana cintanya kepada umatnya. Sedangkan lewat kebelakangan ini untuk menyebut nama nabi pun susah, bagaimana mungkinuntuk berselawat ke atasnya. Dan bagaimana mungkin untuk mendapat safaat nabi di hari akhirat nanti? Ibu bapa perlu mendidik dari sekarang selain dari guru yang mengajar membantu apa yang kurang.Amin.

Qalam mutiara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Qalam mutiara berkata...

Sudah pun dibuat ulasannya tetapi hilang pula. Aneh juga. Megesahkan kehidupan Seorang isteri mungkin di pergunakan oleh sang suami yang bagai tidak memperduli akan pendapat dan pandangan isterinya, Di perlakukan si isteri bagai barang mainan, Suka dipakai tidak suka mahu dilemparkan saja begitu, langsung tidak ada rasa sifat perikemanusiaan.


Begitulah sajak Puteri Bunian dengan sajaknya Dia Cuma Manusia , mungkin ingin mahu menceritakan penderitaan seorang isteri yang dirundung malang , hasil ketidak
Perdulian atau memberi perhatian kepada isterinya..Semoga tidak begitu, Amin

dhdhdfd berkata...

dfhdfhd

Penglipur Lara berkata...

atuk en nuri baca apa plak?

Adi Cana berkata...

tinggi jgk ilmu atuk en nuri...

Atuk berkata...

ayat apa plak yg dia baca tu?

Orang Lama berkata...

eh! doa apa yg dia baca????

Nasruq Haqq berkata...

atuk en nuri msti pengamal silat ni... sy pun ada ajar kat anak murid sy tentang ilmu penunduk babi hutan ni...

Budak Rap berkata...

babi hutan tu mcm bodo jer... hehehe

Petualang Tiga berkata...

babi hutan tu mmg serang mcm tu ke? pakai serbu je? hhahaha

Budak Surau berkata...

mengelak sikit je babi hutan tu xdpt? hahaha

Putera Damien berkata...

bodo btol babi tu serang pejam mata plak? hehe

Danial berkata...

atuk en nuri pegi cari apa plak kat pokok getah tu?

Danial berkata...

sapa plak yg cakap kat belakang dia tu??

PEYAIR AGUNG berkata...

TAJUK SAKA MENUNDUK BABI HUTAN? TP DALAM CERITA XDE PUN SAKA???? SILAP TAJUK KE???

Pak Awang berkata...

huh! ayat apa dia baca plak? misteri..

Datuk Borhan berkata...

en nuri xnk kongsi ke ayat yg atuk en nuri baca tu???/ sy nk thu jgk sbb sy selalu masuk hutan memburu...

Kembara Budiman berkata...

byk ilmu jgk atuk en nuri tu...

Mat Noh berkata...

hebat jgk atuk en nuri tu klu sy rasa dh lemah lutut dh...

Pak Ngah But berkata...

tenang saja atuk en nuri tu klu dh dh gelabah jgk nmpk babi hutan rupanya ada cara nak menundukan babi hutan...

Badrolshah berkata...

atuk en nuri turun x ilmu dia kat en nuri?

Nabil Quldi berkata...

hebat atuk en nuri! atuk sy hanya thu berkebun saja eh! jom tukar atuk nak x? hehehe melawak je ustaz jgn marah... hehe

Panglima Ketot berkata...

atuk en nuri tu yg cerita tok sidek ke??

Pak Bostamam berkata...

mcm mimpi hari kiamat jer...

Hamba Allah berkata...

seram plak baca mimpi en nuri ni...

Pak Kassim berkata...

mimpi en nuri mcm petanda hari kiamat plak?

Ustaz Rahman berkata...

en nuri dh dpt petunjuk dalam mimpi smoga kita semua sedar dan insaf...

Brader Joe berkata...

sah! mimpi en nuri pasal hari kiamat la...

Tanpa Wajah berkata...

tahun bila en nuri mimpi pasal bencana alam ni?

Nuri Jaguh berkata...

meremang bulu roma baca pasal mimpi ngeri en nuri...

Malik Wariya berkata...

en nuri xtnya org alim ke tafsir mimpi en nuri tu?

Ustaz Zulkainaan berkata...

berderau jgk darah sy baca mimpi en nuri... takut...

Ali Omar berkata...

en nuri ada tanya x apa ayat yg dia baca tu?

Abul Hassan berkata...

atuk en nuri pengamal saka jgk ke?

Sharifah berkata...

rasanya msti wali yg tegur atuk en nuri tu...

Seri Suri berkata...

saka dia kot yg tegur dia masa tu?

Mozaire berkata...

terrer atuk en nuri selalunya org tua2 ni byk ilmu dorg....

Ibrahim Lee berkata...

en nuri mimpi pasal apa la agaknya?

Jalil Janggut berkata...

en nuri mmg 1 dlm sejuta sbb di beri petunjuk olehNya pasal hari kiamat...

Geletek Malam berkata...

en nuri ada tanya x ayat apa dia baca utk menundukan babi hutan? klu ada bagithu la kt kami jgk... hehe

Capcricorn berkata...

kenapa x tulis sekali ayat yg di bca tu en nuri???? hehe

Julia berkata...

atuk en nuri ni msti bomoh ni...

Karim Ghani berkata...

atuk en nuri tu pengamal perubatan tradisional ke???