Khamis, 14 Oktober 2010

DIANTARA MANUSIA DAN KERETA




Manusia bernyawa hidup sihat sakit mati
Kereta berinjin hidup bergerak rosak bengkel
manusia mempunyai perasaan , nafsu, dan berfikiran
kereta diarah bergerak kemana saja kemudian dimatikan.

Manusia bila sakit tidak dapat diubati
lalu mati dan tidak dapat dihidupkan kembali,
kereta berrinjin boleh berapa kali hidup dan dimatikan
walaupun buruk dibengkelkan pasti boleh hidup kembali.

Siapa lebih baik manusia atau kereta?
manusia boleh membuat ada pahala dan dosa
kereta pula boleh dipandu kejalan syurga atau neraka
hanya terpulang kepada pihak manusia yang mengunanya.

Oleh: Nurimanja,
Jika anda rasa tidak terfikir,
bayangkan bagaimana keadaannya,
seminggu yang lalu, jumaat oktober, 2010.

50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA PENGACAU SI HANTU RAYA. ANGKAT KAKI DENGAN PENANGAN HATU RAYA

DI Sungai kepar jalan Taiping bagan serai. Ada sebiji rumah hendak jual dengan tanah rumah pokok durian pun ada. walau pun murah ditawarkan. tidak ada siapa mahu membelinya, kerana diganggu si hantu raya. Sebelum ini ada
cikgu dua tiga orang sewa. tak lama angkat kaki cabut semua.

Masakan tidak, tidur di atas di bawah rumah dia buat bising, pongpang pongpong pinggang mangkok kena baling. tidur pula di bawah tingkat atas pula dia bergentang, macam budak-budak lari main aci di tengah malam buta. Ada juga macam harimau kumbang garu dinding. Kekadang ada juga bunyi macam orang tukang papan keranda .

Dua tiga orang cikgu pergi suluh tak ada apa. bila gaya hendak tidur dia buat kacau pula. mana tahan, esok hendak mengajar mata mengantuk. fikiran berserabut. Masuk kelas jadi sugul. melain pindah sajalah , angkat kaki, tak boleh jadi, Itu baru dia acah saja, belum di depan pintu , deman tak kebah jadinya.

Geletek Pagi berkata...

APA TUJUAN KE INDONESIA?
Sedangkan kata Anwar, semalam beliau hadir di Dewan Rakyat dan bertanyakan soalan kedua sebelum bertolak ke Indonesia pada sebelah petangnya.

"Kepada Utusan Malaysia saya ingin nasihat, Indonesia itu tidak semuanya tenaga kerja (TKI),
tidak semua kongsi, tidak semua reformasi huru-hara, akhbar di sini beri liputan lebih adil,
reformasi sangat bererti untuk mematangkan demokrasi, pertumbuhan ekonomi Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia dan pelaburan Indonesia juga jauh lebih baik,"
kata Anwar yang sering menggambarkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja. – sedutan utusan

Cuma andaian; Jangan nak lari dari dengar perbentangan belanjawan Negara. Nak jadi PM bila masa ,
tak tenguk ka ranting dan cawangan pun dah banyak bercempera…kawan dan rakan dah kenal siapa.Atau pun nak cari pengaruh akhbar Indonesia…….(Geletek Pagi)

Saidatina Ayubi berkata...

MASIH BERJALAN

jalan samar dijalani walau lambat
masih terus mengharap tiba
tiba di atas sana walau berliku
walau luluh segala rasa
masih terus diterusi tiba di tengah
jatuh tersadung tiada berpaut
tubuh berdarah hati menangis
jiwa diratah, semangat dikunyah
siapa mampu ubati?
siapa mampu menolong?
tiada apa tiada siapa
masih cuba berdiri
masih cuba berlari
kenapa rasa gembira itu
tak bertahan lama
hanya beberapa saat tersenyum
bila beralihnya waktu
hampa menjemput gembira berlalu
adakah aku tidak layak untuk
melalui hari yang indah dengan rasa
untuk tempoh yang lama?
aku hanya orang biasa
ibarat kain perca hanya diperlukan
mengelap kesan tumpahan.


Saidatina Ayubi
Ipoh
9malam

Ghulam Rasul berkata...

MULUT RADIO

Mulut tak pernah penat
ada cerita tentang bola dan cinta
cerita kucing bertanduk
macam dj radio semua serba tau
gosip sana sini
jaja segenap tempat
konon berita terkini serba tau
lepak di kedai kopi buka cerita
kejap jadi menteri kejap jadi artis
berbuih bibir mamak naik pening
teh secawan belum habis cerita lagi


Ghulam Rasul
ketika membawa mak sedara(mami jarum) makan di restoran

Jengking Perak berkata...

SELUMBAR

aku seorang manusia rumit
bila hati diguris selulit..
bermakna luka terbuka sulit
pedih terselit diguris
mana tahu ianya diusik
bahawa bila air mata menitis
erti bila jantung berdesik..
desiran pasir dihempas pantai
aku turut terbias terusik jiwa
goncang duka terguris bukan dihiris
tetapi nyaris digilis kuharapkan hati besi kaca tapiremuk hancur maruah aku seorang lelaki
tapi bagiku itu hanya kulit luar
hanya luluh kerana cinta lagi tulus
bukan sempurna ku mahu bukan emas ku cari cuma secebis sayang
mungkin harus mengemis menangis
agar dapat kupujuk hati tragis
mungkin kata seindah pelangi
terhasil bila hujan menyinsing
menyingkap rasa sesak didada
untuk diri lasak kian nazak
rasa dihati mengelegak tak sabar keluar dari kepompong tapi semuanya bisa terhenti kerana daya hati mati tutup mataku bila akhirnya semua terburai alam tolong pegangi aku agar ku tak jatuh kedukaan di selumbar ini


Jengking Perak
kedai dua
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

Saidatina Ayubi dengan sajak bertajuk: MASIH BERJALAN. Pengucapannya agak
Jauh terasa melalui liku kehidupan dalam perjuangan memburu cita. Walaupunmasih ada perasaan rendah diri, tetapi masih ada rasa semangat yang kental untuk terus saja bangkit dari jatuh, tidak kira lama mana masa yang perlu diperguna demi memburu cita yang maseh belum tercapai. Jika seorang pelajar kena ambil lama masa, dan ramai guru, kecekalan hati dan banyak kesabaran untuk mendapat kejayaan. Amin .

Tinta Mutiara berkata...

Sajak yang agak melucukan, oleh Ghulam Rasul bertajuk MULUT RADIO minum secawan kopi bawa radio tanpa betteri. Kalah dj bergaji, kisah dari kampung sampai ke kota, dari rumah sampai ke restoran mamak nasi kandar pun naik pening. Depa ingat mamak tidak tahu apa. Sebenarnya depa yang tak tahu dosa pahala. Apakah hal
nya duk mengumpat dan mengata, duk cerita hal orang lain tak berdosa. Cuba fikerlah sikit. Kalau ada mamak pening atau muntah , bukan pasal apa? Duk dengar depa punya cerita dan menimbun dosa, Apa punya darca murba….(.ulasan Tinta Mutiara )

Qalam Mutiara berkata...

Hang duduk kedai dua ke? Mesti kenal penyair agung? Pena Mutiara batu 14 .Tempat saya berulang sekolah kecil-kecil dulu. En nuri x letak madu kat batu lima? Mungkin ada ubat lain pembantu dia akan letak tak lama lagi dengan harga berpatutan. Tunggu sajelah.

Jengking Perak dengan sajak SELUMBER . benda tajam istilahnya duri yang tajam boleh menikam hati atau jantung. Pengucapan pada ayat perbandingan. Seandainyalah
Kata-kata kekasih itu bagai selumbar yang tajam , ia boleh terguris dan terhires akan segala perasaan orang yang mendengarnya. (sajak jiwa-jiwa) Sebenarnya kasih saying dan kemesraan yang diharap akan jadi kecewa bila hati kini dilukai.Semoga kembali tenang dan mendapat kemesraan semula. Amin.

Adi Cana berkata...

eh! hantu raya kaco org penyewa rumah ke?

Jengking Perak berkata...

kisah hantu raya tu berlaku di mana???

Mat Toopa berkata...

eh! hantu raya suka kaco org ke?

Kevin Chong berkata...

hantu raya ni dia hisap darah x?

Pak Awang berkata...

hantu raya? seram plak baca malam2....

Orang Lama berkata...

bila plak nak cerita pasal org minyak en nuri?

Tetamu Malam berkata...

huh! bahaya klu duduk rumah tinggalan ni...

Tanpa Wajah berkata...

seram plak cara dia kaco penghuni rumah tu...

Seri Suri berkata...

klu mcm tu mmg x boleh tahan nk duduk asyik kena kaco sahaja...

Julia berkata...

selalunya rumah tinggalan terlalu lama mmg hantu raya suka duduk...

Diana Sanubari berkata...

hantu raya ni makan apa?? darah ke?

Badrolshah berkata...

kisah tentang hantu raya ni klu buat drama msti best ni sbb sebelum ni mne ada cerita pasal hantu raya lagi?

Roslan Bidin berkata...

kenapa en nuri x terbitkan saja cerita2 hantu ni dalam 1 buku?

Ibrahim Lee berkata...

hantu raya mmg suka kaco org ke? menyeramkan...

Saizul Maizav berkata...

kenapa dorg x paggil bomoh je buang hantu raya tu...

Golok Buta berkata...

kenapa kat pendalaman msti ada hantu raya????

Kembara Budiman berkata...

klu dok kmpung msti seram ni sbb hantu raya byk...

Angker 13 berkata...

hantu raya ni spesis setan ke?

Ku Dania berkata...

hantu raya yg kaco dorg ni xde tuan ke?

Yati Ishak berkata...

semua org kena kaco? mana nak tahan mcm tu...

Busur Berduri berkata...

susah jgk kalau nak cari rumah di pendalaman ni...

Olie Pajutdy berkata...

hantu raya ni mmg tinggal dalam rumah tu atau ada org hntr?

Nuri Jaguh berkata...

kisah tahun bila pasal hantu raya kaco org ni en nuri?

Ku Farah berkata...

yg jd mangsa penyewa la asyik kena kaco saja...

Shukri Latif berkata...

dia mcm nk main2 plak? kesian cikgu2 tu...

Aziz Moktar berkata...

hantu raya dari spesis jin ke en nuri?

Ambuyak berkata...

selalunya ada org yg hntr ni sbb tu cikgu tu kena kaco...

Mei Ling berkata...

hantu raya ni makan org x en nuri?

Atuk berkata...

selamat sy dh buang hantu raya sy dulu klu x bahaya jgk tkut dia kaco org kmpung...

Budak rap berkata...

cikgu tu msti x kuat agama ni sbb tu x tahan...

Budak Surau berkata...

panjang jgk cerita pasal hantu raya ni... hehe

Raja Muda berkata...

mana en nuri thu pasal semua kisah hantu raya ni?

Petualang Tiga berkata...

huh! ada sajak perbandingan plak?

Ustaz Sahzan berkata...

manusia dan kereta? tinggi imaginasi en nuri ni...

Ustaz Majusi berkata...

kereta dgn manusia pun ada persamaan? x perasan plak selama ni.. hehe

Brader Joe berkata...

kereta ada persamaan dgn manusia???

Jalil Janggut berkata...

yg sdih manusia mati mmg xleh hidup kereta boleh hidup semula...

Bob Kuli berkata...

best sajak en nuri kali ni ada persamaan plak?

Inspektor Halim berkata...

x terduga akal rupanya kereta ada sedikit persamaan dgn manusia...

Ummu Akilah berkata...

sajak kereta ni mmg menarik...

Hantu Gigi berkata...

buat lagi sajak2 perbandingan best jgk bacA...

Kipas Mati berkata...

sajak yg lain dari yg lain kali ni...